Kenapa Hidup Perlu Sedap?

Kan? Kenapa sedap? Kenapa tak ceria? Atau gembira? Atau mungkin kaya? Bahagia pun ok gak. Apa-apa pun biarlah tuan punya blog Hidup Biar Sedap yang jawab soalan ni. Ke dah jawab? Mungkin dah ada entri untuk ini.

Rasanya dah berulang kali aku cerita pasal blog ni, jadi kali ni kita tengok dari segi teknikal. Apa yang mungkin boleh diperbaiki?

Disebabkan kak Jie nak mungkin nak kekalkan header banner, jadi kita kekalkan. Lagipun itu identiti blog dan ada sentimental value tersendiri. Takpe. Simpan. Cuma bagi background tu sama warna putih dengan header. Pada pandangan aku, akan nampak lebih kemas.

Copy code ni masuk dalam file style.css:

digi award2 Banner

#body {background: #white;}
#container {background: #white;}

Kedua. Kat bahagian komen tu, text dia akan bertembung dengan gravatar. Kalau ada space sikit, nampak lagi kemas. Boleh diselesaikan dengan CSS. Cuba masukkan code ni dalam style.css:

.avatar {margin-left: 15px !important;}

Ketiga, social button kat bawah setiap post dalam front page agak berterabur. Untuk optimization, elakkan letak social button tu semua sebab setiap kali page load, javascript untuk setiap button pada setiap entry akan diload, seterusnya menambahkan load time.

Site-site besar seperti Techcrunch pun letak button kat depan, tapi diorang ada Lazyload query untuk button tu. Javascript untuk setiap social button hanya akan load kalau ada mouseover pada button-button tersebut. Lagipun site besar-besar ni di back-up dengan premium CDN seperti NetDNA dan Edgecast.

Tak tau boleh jadi ke tak, tapi try social button yang  dibuat untuk blog ni. Masa pembuatan memang dah susun betul-betul, hanya akan nampak tak betul pada button Facebook kalau buka blog ni gunakan browser Opera. Download sini.

Kalau siapa nak guna, silakan. Dinasihatkan supaya try kat tempat lain dulu sebelum masukkan dalam blog atau dapatkan khidmat individu yang berpengalaman (selain daripada aku).

http://denaihati.com/contest-cabaran-seo-lelaki-kacak-komen-ariff-shah

Loading time dari Moscow, ok! Kalau dari jauh ni cakap ok, maksudnya kat Malaysia takde masalah. Percayalah. Itu sebenarnya benchmark sebenar kalau nak tau site loading laju ke tak.

Jadi itulah review dari segi teknikal blog Hidup Biar Sedap. Harap jadilah kod-kod yang disertakan tu sebab dari sini eksperimen, memang tak bermasalah :p

Teruskan menulis. Ramai pembaca setia tu dan tahniah atas ulangtahun perkahwinan ke 20.


27 thoughts on “Kenapa Hidup Perlu Sedap?

  1. Pingback: Keputusan Giveaway Kujie2.com | Hidup Biar Sedap

    • maksudnya banyak yang boleh diperbetulkan. Cuba teliti satu-satu result dan suggestion dia

  2. Pingback: Pasang Feedburner , Edit Css Tetapi Bukan Chatbox | Hidup Biar Sedap

  3. ariff.. kak jie tak faham background tu sama warna putih dengan header – kak jie nampak background dgn header dah sama warna.

    erk… lain ke warna dia?

  4. pertama kali org geek review

    css komen kak jie tu kena edit kat Ajax Comments-Reply
    lamaaa sgt tak jengok, terimakasih kerana bagi idea

    social button , betul mmg nampak tak berapa sesuai letak kat main page, kejap nk pi usik..hehehe

    dok nampak, tapi malasss ya amat nak usik, bila org ckp
    baru tergedik2 nak pi buat.

    terimakasih ariff
    Entri terbaru Kujie >> Konflik Dalam PerhubunganMy Profile

    • tu kakjie guna plugin kan?
      tgk styling pun dah tau, kena edit kat file plugin tu la.

      btw, pasal social sharing plugin tu. ada kebaikan dan keburukan.

      selalunya kalau letak kat homepage, lagi sng dapat tweet, fbshare etc. Selalu tgk counter lagi tinggi. haha. sebab kadang2 orang tak baca pun, main klik je hahaha. kalau letak kat single page je, memang org yg baca je akan klik
      Entri terbaru Affan Ruslan >> Giveaway Doodle tajaan TheSharkox.comMy Profile

      • sokong dengan bro affan tentang butang sharing tu.kalau nak letak,letak je kat single.php.kalau tak orang main klik je dan tak baca.lagi2 kalau pakai punchtab tu,macam aku.ekekeke :p

        letak butang sharing tu kat akhir entri.sekurang2nya diorang kena baca dulu sebelum klik butang sharing tu :)

        haha…kat entri sendiri tak komen.kat entri orang pulak aku komen blog kak jie ni.hehe :p
        Entri terbaru Pacifista >> Seniman Menangis…My Profile

    • kalau letak kat style mungkin boleh gak. Cuma letakkan !important sebelum penutup setiap line “;”