‘Kenapa’ Dalam Menulis Blog

Hari ni aku nak tackle soalan-soalan lazim yang orang tanya pasal penulisan blog ni. Pada sesetengah orang blogging ni masih lagi merupakan sesuatu yang baru dan mereka mempunyai banyak soalan tentang kenapa dan mengapa blogger buat itu ini. Harap entri ini dapat memberikan general idea yang diperlukan oleh golongan ini.

Kenapa tulis blog?

Personally, aku tulis blog sebab aku nak kongsi cerita aku kat Moscow. Aku pendiam, kurang bercakap dengan orang hatta rakan sebilik sekali pun. Jadi blog adalah medium untuk aku bercakap, bercerita dan meluahkan apa yang terpendam dalam kotak hati dan minda ni. Kalau pendam segala-galanya boleh jadi gila, oleh itu aku luahkan.

Ada orang tulis blog sebab mereka nak menyampaikan maklumat. Mereka pakar dalam bidang tertentu maka mereka buat blog untuk berkongsi ilmu yang ada. Mereka mungkin berpengaruh, mempunyai ramai kawan dan network yang besar. Jadi pengaruh tersebut digunakan untuk menyebar maklumat.

Ada juga yang menulis blog atas sebab suka-suka. Mereka suka lihat penulisan mereka dibaca dan dihargai oleh orang lain, jadi mereka tulis blog. Mereka suka bercerita tentang kehidupan harian mereka dan apa-apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka.

Ada yang menulis blog atas sebab minat kepada bidang penulisan dan bahasa. Golongan macam ni tak ramai tapi masih ada di kalangan kita. Gaya penulisan mereka cantik, kisah mereka menarik dan banyak memberi pengajaran kepada pembaca.

Ada yang buat blog untuk menjana pendapatan sampingan. Yes, kalau kena gaya, blog boleh memberi pendapatan sampingan kepada pemiliknya. Ini bukan sesuatu yang mustahil dan ramai blogger kita yang sudah berjaya. Dalam masa 5-10 tahun lagi, media di internet akan lebih banyak diguna pakai dan pengiklanan di internet boleh memberikan impak besar kepada syarikat-syarikat di negara kita seterusnya memberikan lebih banyak peluang kepada penulis blog menjana pendapatan sampingan.

Korang pulak macam mana? Kenapa korang buat blog? Aku pasti semua orang ada kisah unik tersendiri.

Kenapa serius sangat?

Ada blogger betul-betul berusaha untuk memantapkan blog mereka dari segala segi. Mereka kejar ranking Alexa, PageRank dan trafik yang banyak. Mereka mahukan yang terbaik untuk blog mereka dan mempunyai target untuk blog mereka. Tiap-tiap hari, kalau tak jenguk blog memang tak sah. Dalam sedar tak sedar aku tergolong dalam golongan ini.

Cerita aku: Pada asalnya aku buat blog memang saje-saje nak kongsi cerita (macam yang aku cakap atas tadi). Tapi lama-kelamaan, kegilaan tu datang. Mungkin disebabkan pendapatan sampingan yang telah di jana menjadikan aku lebih bersemangat (dan jangan tipu diri sendiri, aku tau semua macam tu). Masa berlalu dan blog aku semacam ada tarikan tersendiri dan aku sedar yang aku perlu serius dalam karier aku sebagai blogger ini. Aku jadi serius dan itu telah membuka banyak lagi peluang kepada ku.

Aku pernah merancang untuk memasukkan blog ni ke dalam resume aku apabila aku nak mencari pekerjaan nanti. Melalui apa yang telah aku capai, aku rasa itu sudah cukup untuk menunjukkan aku ni seorang yang serius dalam apa yang aku lakukan. Dah ada satu bukti yang nyata dan boleh ditunjuk live masa interview tu dan aku rasa syarikat swasta memang mencari individu yang serius dalam apa yang mereka buat. Kan dah ada avantage tu, betul tak?

Orang lain pula, mereka serius atas sebab biasa; duit. Kena tahu ramai juga yang berjaya sebagai blogger sepenuh masa, duduk depan komputer dalam keselesaan rumah sendiri dan bekerja tanpa masa yang tetap. Bukankah itu impian semua orang? Tak perlu ikut telunjuk orang lain untuk cari makan.

Boleh buat duit ke dengan menulis blog?

Jawapannya boleh, tapi kalau baru mula nak menulis blog dan buat blog sebab nak buat duit, kirim salam jelah. 80% kes macam ni takkan menjadi. Nak buat blog kena ada passion, sesuatu yang mendorong kita untuk rajin menulis dan mengemaskini blog kita.

Lagi satu blogger kena pandai cari pembaca dan sampaikan maklumat/cerita mengikut citarasa dan selera pembaca. Itu adalah survival blog. Pembaca kenal dengan rentak blogger/penulis dan akan sedar dengan apa-apa perubahan pada penulisan blogger yang mereka ikut.

Macam mana nak tulis blog yang bagus?

Terus terang aku cakap, takde jawapan yang tepat untuk soalan ni. Dalam kes aku, aku cuba terapkan satu main point dalam setiap entri aku. Daripada idea asas tersebut, aku olah dengan cerita yang bersesuaian, suntik sedikit emosi dan perasaan dalam entri tersebut dan akhirnya terhasil sebuah entri yang kena pada jiwa sesetengah pembaca (bukan semua, sebab pendapat setiap orang berbeza) tetapi pada masa yang sama berbaloi dan cukup menarik untuk dibaca.

Pada masa yang sama, aku minimakan kesilapan tatabahasa dan aku cuba gunakan bahasa mudah yang semua orang boleh baca. Aku pernah cerita pasal bahasa rempit dulu dan melalui komen yang diterima untuk entri tersebut, majoriti pembaca blog tidak gemar dengan blogger yang menggunakan bahasa yang susah untuk mereka baca.

Selain itu aku pastikan penyampaian blog aku adalah pada tahap yang memuaskan, kalau tak terbaik yang boleh aku berikan. Penyampaian ni termasuklah pemilihan tema blog, warna, kemudahan untuk pembaca mengakses blog & meninggalkan komen serta rupa blog yang kemas. Kalau nampak serabut, mesti ada orang yang tak selesa kan? Logik mudah.

Aku rasa semua blogger ada pendapat dan tips sendiri untuk menghasilkan sebuah blog yang bagus dan blog aku bukanlah yang terbaik, cuma aku sentiasa cuba berikan yang terbaik di sini. Aku hargai kalau ada antara kamu semua yang ingin berkongsi pendapat tentang ciri-ciri dan cara untuk membuat blog yang bagus.

Macam mana aku cari masa untuk menulis?

Aku ceritakan sedikit sebanyak tentang hari aku hari ini, hari yang sama entri ini ditulis. Aku bangun pukul 6 pagi, tidur semula sebab malas (itu biasa), bangun semula pukul 7 pagi dan bersiap untuk ke kelas. Tepat pukul 8 pergi ke kelas, setelah chatting dengan si dia sambil makan mi segera sebagai sarapan. Kat kelas beri sepenuh tumpuan, kena marah sebab ada kerja tak buat (sebab tak tau, kan hari tu ponteng 2 minggu), jumpa pensyarah sana-sini, lunch, duduk kat reading hall sambung buat kerja sikit lagi, jumpa lecturer tadi, kena marah lagi sekali, pergi lab subjek Ekologi (kelas ganti sebab ponteng hari tu) dapat siapkan 2 lab assignment, balik, pergi beli barang makan untuk breakfast, sampai bilik, work out sikit, sit up 50 kali, push up 50, mandi, dinner sambil dengar voicemail yang masuk (cuba teka siapa kasi), buka Facebook (sebenarnya sampai bilik terus buka Facebook dan check email) dan sekarang 9:54 malam waktu Moscow, aku masih lagi menulis..

Idea datang dari mana? Idea untuk menulis entri ni datang masa aku tunggu lecturer datang untuk lab tadi. Dia datang lambat, jadi dalam menunggu fikiran merewang sana sini, dan idea datang dari perkataan ‘kenapa’. Jadi aku kembangkan idea tu, aku gunakan pengalaman aku sebab ramai orang tanya soalan-soalan macam ni. Lebih kurang macam tu laa..

Aku ambil masa menulis antara 30 minit hingga beberapa hari untuk sesebuah entri. Bergantung pada tahap kemalasan, perkembangan idea dan mood. Ya, menulis kena ikut mood. Biasa kalau menulis time orang takde dalam bilik adalah waktu yang paling bagus (selain melakukan aktiviti lain) tapi kalau ada roomate main game kat sebelah, terpaksalah pakai headphones sambil dengar lagu (currently Paramore – The Only Exception)

Jadi itulah sedikit sebanyak..

Kenapa aku banyak cakap hari ni?

Si dia selalu cakap aku ni banyak mumbling (membebel). haha.. Betul kot, tapi membebel dalam chatting jelah. Kalau cakap, aku still kurang nak buka mulut ni gak. Oklah.. hari ni adalah ulang tahun pertama blog.ariff. Yea. Dah setahun pun, setahun jagung. Blog ni cukup sentimental buat aku, blog yang paling sukses dalam sejarah hidup aku. Aku dah buat banyak blog dulu, itu sebab tagline dia ‘Just another blog by Ariff Shah’. Nak cerita pasal sentimental value blog ni, aku rasa aku dah cerita dalam entri Hidup Seorang Blogger.

Terima kasih kepada semua yang pernah ke sini, masih di sini dan akan stay kat sini. Aku hargai setiap daripada korang semua. Ini adalah blog personal, jadi memang secara peribadi aku hargai semua pembaca aku. Sebab korang nak dengar aku membebel ni lah aku dapat kecapi macam-macam. Terima kasih tak terhingga aku ucapkan.

Special shoutout kepada Premium Sponsor aku, Denaihati yang percaya kepada apa yang aku lakukan dan berani melabur sejumlah wang untuk menaja blog.ariff ni. Terima kasih dan memang bertepatanlah dengan motto dia, Hidup Untuk Memberi. Blog Denaihati sememangnya popular dengan pertandingan-pertandingan anjurannya yang menawarkan hadiah lumayan. Selain daripada itu, lawati laman info.denaihati.com untuk membaca blog-blog yang terpilih di situ.

Terima kasih juga kepada Abang Ensem yang sentiasa beriklan dengan aku bila ada je ebook baru daripadanya. Abang Ensem adalah seorang blogger yang menulis tentang pengalamannya dalam bidang perniagaan hartanah. Aset hartanah terkumpulnya telah cukup untuk melayakkan dirinya digelar jutawan dan secara personal Abang Ensem adalah seorang peramah dan kelakar.

2010/2011 Premium Sponsor

91 Comments

  • 8helmi8

    25 August, 2011 at 11:53 pm

    assalam..ariff shah..blh bg tujuk ajar x cam ne nak make blog sndr..tertarik plak ble bace..n buat hati ne pun nak berkongsi ilmu n pengalaman jgk la..

  • shazlan

    20 June, 2011 at 6:17 am

    saya nak tanya, kebanyakan semua blogger guna wordpress or blogspot utk berblogging ni… kenapa yer… pasal mudah ke or pasal banyak kelebihan…

    lepas tu mana datang gambar thumbnail dkt comment tu ek… harap2 laa dapat jawapan… :D

  • Budakboy

    15 May, 2011 at 6:01 pm

    Saya suka ayat:

    “kalau baru mula nak menulis blog dan buat blog sebab nak buat duit, kirim salam jelah. 80% kes macam ni takkan menjadi. Nak buat blog kena ada passion, sesuatu yang mendorong kita untuk rajin menulis dan mengemaskini blog kita”

    Banyak saya jumpa yang mcm yang tuan sebutkan =).

  • Adilla Harun

    4 May, 2011 at 1:40 pm

    Begitu alkisahnya…..Ada benarnya! Jika berblogging suka-suka saja, sampai bila yek. Harus juga menetapkan matalamat. Addicted? Kekadang terasa juga…

  • Jerung Gergasi

    22 April, 2011 at 2:11 am

    “Pada asalnya aku buat blog memang saje-saje nak kongsi cerita (macam yang aku cakap atas tadi). Tapi lama-kelamaan, kegilaan tu datang.”

    keh3 ..sama lah aku. sampai awek aku marah bila aku da gile blogging.

  • halen

    14 April, 2011 at 1:35 pm

    terpaku saya baca entry ni. walaupun panjang berjela tapi saya tetap nak baca dan terus nak baca. informasi yang sangat berguna bg sy blogger yg baru nk bertatih. keep it up.

  • Nas

    17 February, 2011 at 11:02 am

    sejak aku ada blog nie mmg masa aku byk depan laptop..klu boleh setiap trafic y masuk aku nak tau sape n datang dari mana..x tau sampai ble aku akan jd macam ni..passion kah aku? hehe

  • asya

    16 January, 2011 at 2:42 am

    i blog sbb i suke writing…cuma bila dh ade baby ni byk ms terhad..so impian utk ada blog baru je tercapai semalam..yeaaayyy

    nnt ariff lawat blog i n plis kasik advise ek…hakikatnya blog i tu tahap infant…tahap bayi dlm pantang….byk benda yg i perlu improve utk berblog ni…

    cheerio

  • Johari Hamzah

    1 December, 2010 at 5:59 pm

    huhu.. baru baca.. :)
    tapi memang susah nak cari cara penulisan kan..
    sekarang ni pun masih merasakan ada yang tidak kena bila menulis..
    bila la nak jadi macam ariffshah nie.. :)

  • rose.waha

    29 November, 2010 at 10:47 am

    salam arifshah….

    sy adalah newbie dlm blogging….selama ni sy duk ‘usya’ blog arifshah.com utk lebih nk memahami psl dunia blog ni..setelah agak faham sikit, sy try buat blog sy ni..makan wujudlah http://orensunkiststory.blogspot.com/ ni..sampai skg sy agak terkial2 dlm membuat penulisan…ada idea nk buat, tp, ada masalah nk kembangkan idea tu.sy jadikan blog arifshah.com ini sbg panduan utk sy lebih mantapkan blog sy ini…

    tahniah di ucapkan krn berjaya wujudkan blog yg bermutu..

  • cimot

    5 November, 2010 at 7:09 pm

    macam2 ada..depends on person..aku pon xbpe suke cakap2 lebeyh ni..so.dgn writing will show everything and one kind of sharing..and seyesly i like ur writing…

  • Cik Misz

    19 October, 2010 at 3:41 pm

    suka baca blog arif ni…banyak info yang boleh ditimba terutamanya orang macam saya ni ,yang baru nak berjinak-jinak dengan alam blog.

  • Zul Aswadi

    2 October, 2010 at 12:41 pm

    aku ade blog sebab nak belajar ilmu baru dan alang-alang beli broadband tak tahu plak nak buat ape kat internet ni.. so aku belajar tulis blog ade gak aktiviti selain berfacebook.

  • ryusuke tsubasa

    1 October, 2010 at 4:15 am

    mule ye aku wat blog nie coz anggap mcm wat diari…
    luah isi hati n prasaan…
    rase geram n happy…

    but bile lame2 tulis…
    aku rase something missing….
    x de sape komen n give advice….
    so aku add la mane2 kawan aku yg buat blog yg interesting…
    aku ade la add kawan2 aku yg buat blog 2 but x g taw dorg la identiti sebenar aku…
    just ckp aku nie senior/junior dorg aje…

    malang ye sekarang nie “dunia semua dihujung jari”
    last2 dapat gak dorg kenal aku….
    so, ile dah kenal…
    lame2 dorg dah x komen blog aku…
    agak2 niat aku 4 buat blog nie still betul @ x???

    • ariff

      1 October, 2010 at 4:40 am

      erk. takde hal pun camtu. memang kalau nak orang komen, kenalah rajin melawat blog orang lain gak supaya expose sikit pada dunia blog. Lama-lama nanti orang kenal, diorang akan datang..

  • zikeryhassan

    1 October, 2010 at 2:42 am

    ada semacam semangat yang aku dapat dari entri kau yang ini. aku tak tahu sebab apa. tapi itulah yang miracle tentang dunia blogging ni kot. semoga kau, aku dan semua blogger yang ada kat malaysia terus sukses.

  • eiela

    30 September, 2010 at 12:29 am

    Persoalan kenapa memang selalu dikemukakan dalam entri sebab manusia akan selalu berfikir ‘why’ and ‘why’. Tuh la proses pembelajaran. Semangat inquiry yang tak pernah luntur dalam hidup manusia.

  • Masa DAH Time

    28 September, 2010 at 10:42 am

    wah..entri kali ni memang menarik. setiap blogger ada je sebab tersendiri nak buat blog tapi saya yakin kebanyakannya berblogging sebab nak duit.

  • cEro

    29 September, 2010 at 12:54 am

    bagus ariff..
    sgt berguna info camni…
    tak suka blogger yg buat blog smata2 nak duit, padahal isi copy-paste n tak ada input…
    i try not to be like them…

  • afiq aiman

    28 September, 2010 at 10:57 pm

    aku pulak masih baru dalam dunia blogging ni, bermula menulis menggunakan blogspot then bertukar kepada self hosting sendiri. aku baru kenal dunia blog tak sampai setahun pun. melabur guna duit elaun yg aku dapat…sebab apa? sebab aku minat menulis walaupun ada kalanya tak bagus mana pun seni bahasa aku tu, xpe, teruskan sampai elok…bukan rugi pun menulis ni

  • cik ciput

    28 September, 2010 at 10:14 pm

    kenapa aku masuk ke dalam dunia blog?

    1) an easy wat to share with people all around the world

    2) tempat paling mudah untuk meluahkan perasaan, menceritakan pengalaman

    3) aku suka menulis

  • emysahaja

    28 September, 2010 at 4:04 pm

    Setiap orang pasti ada sebab kenapa dia berblog..
    ada blog untuk orang luahkan perasaan, ada blog untuk orang kongsi segala ilmu pengetahuan dan lain-lain. But, jangan buat blog semata2 kerana duit kerana niat itu tidak ikhlas dalam berblog.
    Nyway, I will keep supporting on u bro!

  • hanisaleeya

    28 September, 2010 at 2:22 pm

    blog tempat luahan rasa hati bila sunyi
    tempat berkongsi ilmu apabila mengetahui
    ruang mengekspresi diri tatkala bersendiri
    juga medium luahan cinta kepada si jantung hati..

    blog pertama nis masih wujud lagi dan diredirect ke blog baru. ingatkan nak bukak balik tapi lupa lak kod html untuk redirect tu. main buang karang lain lak jadinya. aduhai.

    selamat buat semua..

    • ariff

      29 September, 2010 at 4:56 am

      hahaha.. cari je la alamat blog baru dalam kod html tu. mesti ada perkataan refresh atau redirect kat code tu. Buang yang tu.

  • sha-na.szied

    28 September, 2010 at 2:09 pm

    assalamualaikum.. jenuh nya mata melangut kt page nih nk baca tulisan arif yg panjang2.. ape2 pon tahniah!! dah setahun kan? bila arif cakap pasal aniversary blog ariff. saya teringat yg blog saya pun sama. but.. nothing spesial. saya masih mencari identiti blog itu. kerana kurang nya idea.(hurm..dugaan blogger ialah malas. hehe).. tp pengalaman banyak jek. erm, jemput lah masuk nanti, leh bg markah blog saya tuh..hehe

    lepas membaca tulisan ariff nih saya rasa “macam” bersemangat pulak. nak upgrade, update blog la lepas ni. dengan lebih baik. dan bermanfaat insya Allah.

    untuk pengetahuan arif, saya minat ngn blog dengan lebih dalam (sikit) sebab saya tersangkut kat page arif la.. \(^o^)/

    btw, tahniah lg sekali dapat earning yg mampu membuat tahap kejelesan orang lain bertambah ..huhu :)

    ok sekian dr saya , salam

  • Shahiran

    28 September, 2010 at 1:14 pm

    Blog ni macam blog yang established je walaupun baru setahun. Cuba gak buat blog tapi kering gusi da… Kne cuba lagi sekali guna idea sekeliling baru tak jadi beban tuk update. Tapi webshop khal tamar saya boleh maintain sebab webshop tak perlu idea baru. Letak list ngan keterangan sekali je.

  • nursarah

    28 September, 2010 at 12:28 pm

    kagum lak bila baca entry yg panjang sebegini. cerita yg sungguh jujur, dari nothing to something. baru setahun dah begitu banyak pencapaian. teruskan berkongsi tentang apa jua pemikiran dan pengalaman anda. syabas blog.ariff!

  • arrizz

    28 September, 2010 at 11:45 am

    nice really nice..kenapa aku berblog? sebab aku minat menulis, hehe..blog aku simple and biasa jer..masih banyak benda yang aku nak improve dan belajar..dan aku pon nak ucap terima kasih gak, banyak benda yang aku belajar dari blog ko nie..I’ll keep on supporting you bro, peace! hehe

  • iza

    28 September, 2010 at 11:25 am

    Salam…

    Dulu buat blog utk suka2 dan berkongsi cerita.bila dah lama sikit berblog, rupanya blog blh buat duit, so ambil la peluang ini….sambil menyelam, minum air….

  • Anwar Osman

    28 September, 2010 at 10:33 am

    Kini aku kurang pasti kenapa aku kembali menulis blog. Sekali pernah nak share info IT, tapi baru nak mula share.. dapat tawaran keja x berkaitan ngan IT. Info IT aku terbatas sebab biasanya Idea datang apabila kita buat sesuatu keja tu dan lepas tu menulis tentangnya.. mcm beberapa aricle yang aku penah tulis. Aspire 4741G dan CQ42 antaranya.. so bila dah keja bukan aliran IT nie.. aku hanya menulis pasal IT apabila aku ada new experience atau aku terbuka old pict pasal keja2 yang aku penah buat dulu. selebihnya aku selitkan perniagaan Kaspersky aku yang sebelum nie aku jual dgn cara tradisional.. jumpa kastemer yang repair pc dan suggest. Skrg aku dah buka kepada pembeli online.

    Aku dapat rasakan AnwarOsman.com akan beralih arah kepada personal blog cuma penulisan dalam English menjadi sesuatu yg agak sukar ditulis dlm gaya selamba(x mahir). Tapi aku fokus untuk menulis dlm english sebab aku mahu bertutur dalam English dengan anak-anak sikit masa lagi. So ayahnya kena tambah kemahiran english lah. Training kat blog pun boleh kan?

    • ariff

      29 September, 2010 at 5:11 am

      Bagus2. Bahasa Inggeris penting dah sekarang ni. Betullah konsep tu, nak anak belajar bagus, ayanya pun kenalah start tunjuk contoh baik. Takde hal pun nak tulis guna bahasa yang mungkin skema sikit, asalkan grammar dia betul. Biasanya kalau aku tak pasti frasa tu betul ke tak dari segi grammar, aku google. Max dalam 5-6 perkataan camtu lah. Lepas tu tengok dalam ayat yang diorang guna, kalau kena tepat maksudnya betul lah tu.

      Blog sebagai medium untuk training bahasa pun memang betul dan kena gaya dia. Bahasa ni, kalau nak kuasai kena guna. Tak guna kita lupa

  • denaihati

    28 September, 2010 at 9:48 am

    Kenapa aku blogging sebab nak kongsi sikit ilmu dan fikiran kecil aku ni dan suatu hari aku azam nak jadikan blog aku sebagai sumber rezeki kepada blogger 1Dunia…suatu hari nanti ni tengah cari idea nak buat macam mana. ada idea ke ariff?

    • ariff

      29 September, 2010 at 5:13 am

      Wow.. sumber rezeki tu macam dah serius je dengarnya bro. Aku mungkin ada cadangan untuk memberi ni lagi. hehe.. nantilah akan menyusul dalam email kalau ada kelapangan

  • mankuchai

    28 September, 2010 at 9:39 am

    Salam,

    Arif,saya memang suka baca blog Arif,sebab cerita Arif sampai ke hati saya,saya juga baru belajar berblog,memang byk soalan ” kenapa ” dalam hati saya..thanks diatas cerita ini…dapat 2/3 point untuk saya terus menulis blog.

    • ariff

      29 September, 2010 at 5:16 am

      Terima kasih kerana membaca mankuchai

      Biasalah, awal2 ni memang ramai yang masih belum jelas dengan arah tuju berblogging ni. Lama-lama nanti okla..

      Selamat menulis blog bro =)

  • eykameow

    28 September, 2010 at 9:03 am

    wahhh . memang panjang entry kali ni :)
    tapi xpe,semua tu mmg betul jadi tanda tanya.
    kdg2 kita pun tak sngka “kenapa” boleh jadi femes dengan blog?
    *eh tibe2..

    HAHA btw rezeki masing² kan?
    pape pun..hope blog ariffshah akan sentiasa berkongsi
    apepun utk semua reader nya…termasuk cerita mcm mana leh jatuh cinta.
    upssss :P

    okay! happy birthday ariffshah.com!! hee.
    keep on posting ya!

  • Lord Zara

    28 September, 2010 at 5:58 am

    err…
    kenapa komen aku keluar separuh je atas tu?
    >___<

    punya panjang aku membebel tadi. uhuks.
    apa pun Ariff Shah, kenal kamu antara perkara yang mewarnai hidup aku sebagai seorang blogger. banyak benda aku belajar dari kau.

    :)

    dan ya, banyak point yang aku setuju dan aku akui, aku salah seorang yang ketagih blog. hahaha.

  • L.Y.N.N

    28 September, 2010 at 3:57 am

    d best entry lah!!
    sempena ulang tahun blog ariffshah.com!
    byk tips2 yg sgtlah bguna kat sini..
    even bru staun jgung,tapi gaya mcm pakar blog tbaik dunia lah!hahahah..

    apeponn,tahniah atas ape yg tlh anda kecapi..
    kalau takde blog ni,takde la sis fida kan?
    so,harusslaahh trus ber-blogging yee..
    rmi pnyokong2+pminat2 ariffshah.com nih..+ juge pyokong adifstory.blgspot.com..
    both of u mmg best lah!^_^