Kalau Loan Tak Lepas Nak Buat Apa? – Semak CCRIS & CTOS

kalau tak lepas loan

Boleh kata 90% loan yang tak lepas adalah disebabkan ada masalah dalam CCRIS & CTOS. Disebabkan sekarang amat mudah nak dapatkan laporan CCRIS & CTOS, saya galakkan semua yang nak apply loan untuk semak dulu dua laporan ni supaya boleh kenalpasti masalah yang ada sebelum apply loan.

Saya semak laporan CCRIS & CTOS saya sekurang-kurangnya sekali setahun walaupun tak beli rumah pada tahun tersebut. Just in case lah kan. Kalau ada apa-apa masalah, boleh diselesaikan cepat.

CCRIS adalah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat atau juga dikenali sebagai Central Credit Reference Information System. Ia merupakan pangkalan data berkomputer yang mengutip, memproses, dan menyimpan maklumat pinjaman semua peminjam di Malaysia.

Kalau budak sekolah ada buku rekod peperiksaan, peminjam wang bank ada rekod CCRIS yang menyimpan rekod prestasi pembayaran hutang oleh peminjam tersebut.

CTOS pula adalah singkatan daripada Credit Tip Off Service Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat persendirian yang menyediakan servis memberikan maklumat kewangan seseorang individu . Ia digunakan oleh majoriti sistem kewangan negara, institusi bank atau syarikat pinjaman berlesen.

shareholding

Maklumat yang dikutip dalam CTOS termasuklah:

  • Maklumat perniagaan seperti pegangan saham, pemilikan dan jawatan pengarah dalam syarikat
  • Maklumat saman dan muflis
  • Maklumat pinjaman/ansuran lain seperti motosikal, perabot dan sebagainya

Biasanya kalau ada rekod buruk dalam CTOS, besar kemungkinan loan yang dipohon bakal ditolak. Bank memang beratkan laporan yang disediakan oleh CTOS.

Apa yang paling kerap menyebabkan permohonan pembiayaan gagal?

Tunggakan. Tunggakan yang dapat dilihat dalam rekod CCRIS. Paling common sekarang, tunggakan PTPTN. Lain-lain seperti tunggakan kad kredit atau pinjaman lain. Kadang-kadang ada tunggakan/kelewatan 1 bulan pun dah boleh melambatkan loan diproses sebab bank akan minta penerangan lanjut atau bukti bayaran.

guarantor

Lagi satu tentang tunggakan ni, kalau dalam rekod CCRIS ada nombor tunggakan lebih 3 bulan, besar kemungkinan permohonan loan confirm reject walaupun benda tu dah berlaku lebih 6 bulan lalu dan tunggakan telah dibayar.

Lain-lain seperti ada saman atau notis bankrap memang sah-sah akan menyebabkan permohonan pembiayaan ditolak. Untuk orang muda, tumpukan pada nak elak daripada ada rekod buruk disebabkan oleh instalment loan/kad kredit lambat bayar atau tak bayar.

Masalah ada tunggakan ni boleh berlaku pada sesiapa. Orang yang banyak hutang (banyak kad kredit, banyak rumah) lebih cenderung untuk menghadapi masalah ni. Kadang-kadang bukan sebab apa pun, terlupa tarikh akhir untuk bayar.

Jadi dengan menyemak rekod CCRIS & CTOS setahun sekali ni, dapatlah kesan masalah tu pada peringkat awal dan ‘bersihkan’ mana yang patut sebelum apply loan rumah. Nasihat saya, 6 bulan sebelum beli rumah mesti check rekod CCRIS & CTOS.

Untuk bacaan lanjut, boleh rujuk penerangan mengenai CCRIS & CTOS di laman web Mega 3 Housing. Baca sekali panduan mereka yang lain tentang pemilikan rumah. Entri ini dibawakan dengan kerjasama Mega 3 Housing.


Posted

in

by

Comments

16 responses to “Kalau Loan Tak Lepas Nak Buat Apa? – Semak CCRIS & CTOS”

  1. Am Avatar
    Am

    Jd solutions macam mana? Nak clear kan Ccris ?

    1. Ariff Avatar

      Solution untuk masalah apa ni?

  2. aiza Avatar
    aiza

    Ariff,

    Saya ada tunggakkan di 3 tempat
    1) PTPTN
    2) ASB Loan maybank
    3) Loan kereta bank islam

    Ketiga2 ni ada rekod ccriss terutamanya ptptn
    Saya sudah buat full settlement utk no. 2 dan 3
    Manakala no 1 tu sy buat full settlement pakai kwsp akaun 2.

    Persoalan saya. Jika semua settlement ini telah sy buat, da cance x kalau sy nak buat personel loan pada bulan depan?
    Layakkah saya utk buat,personel loan di bank lain slain maybank dan bank islam?

    1. Ariff Avatar

      Kejap. Kenapa nak buat personal loan lagi?

  3. umiadam Avatar

    eh tapi, ada pihak bank cakap kalau kurang komitmen susah sikit loan nak lulus. betul ke macam tu?

  4. mohdhiruan Avatar

    betul la tu…sejak ptptn masuk ccris ni mmg banyak financing application pihak bank terpaksa tolak… bila application reject, customer marah2, katanya bank tak nak tolong orang melayu… kadang kadang tu tak tau nak explain mcm mana kalau berdepan dengan customer mcm ni.

    siapa yang tak nak tolong siapa?

  5. Jie Susanos Avatar

    sebelum ni tak pernah semak pun.. nampak gaya kena semak la..nak beli rumah cpt2..

  6. Afif Rayyan Avatar

    Perkongsian idea yang amat bagus sekali..

  7. Aida Avatar

    awak ni rajin betul lah… btw, saya baru je lulus loan ASB 2. tak sangka plak. tapi sebab dah berkawan dgn org bank tu, dia boleh tolong check kan bila2 masa. janji kalau nak buat ASB loan boleh amik dgn dia sebab ASB1 saya baru je jual utk dptkan duit

  8. Khairul Zamri Avatar

    Ada orang cakap loan dengan AEON Credit tak bagus terutamanya yang beli motor. Tengokkan interestnya lebih rendah dari interest bank. Jadi mana tak elok tu?

    1. Ariff Avatar

      Kena tanya balik orang yang cakap tak bagus tu. Part apa yang tak bagus?

  9. emalin mohd Avatar

    Rekod perlu clear sekurang-kurangnya 6 bulan ke setahun untuk mempercepatkan kelulusan loan rumah?

    1. Ariff Avatar

      Kalau rekod buru contoh tunggkaan 3 bulan, lepas 12 bulan baru tak nampak.

      CCRIS simpan rekod pembayaran 12 bulan ke belakang. Jadi sebolehnya, elakkan rekod jadi buruk

      1. emalin mohd Avatar

        Kena pastikan semua reeked clear kalau plan nak buat loan rumah kan? Tq

        1. Ariff Avatar

          Clear. Kalau semua 0, memang cantik

  10. akubiomed Avatar

    Masalah kalau banyak sangat komitmen. Loan pun malu-malu nak lulus. :(