Kalau Aku Jadi Perdana Menteri

brought to you by


Idea gila datang, apa aku akan buat kalau aku jadi Perdana Menteri? Aku kasi 5 benda simple je.. tak payah kompleks-kompleks sangat. Pening nak baca nanti.

  1. Internet kat Malaysia memang akan berubah sekelip mata. Takde lagi monopoli TM. Takpe pun kalau TM bankrupt sebab aku jemput company internet dari luar masuk jadi provider, asalkan internet laju giler. Aku faham macam mana perasaan internet macam celaka, tapi masalahnya VVIP kita kat atas tu sekarang ni tak faham sebab diorang tak reti guna internet dan jarang guna internet. Kalau guna pun ada special internet line yang memang sedia ada laju.
  2. Pendatang-pendatang takkan bersepah lagi kat negara ni. Aku wajibkan polis check permit kerja/passport/visa semua warga asing yang diorang nampak tiap-tiap hari. Semua pendatang akan dihalau keluar. Malaysia is for Malaysians! Aku benci baca berita pendatang-pendatang ni rompak rumah orang kita semua. Melampau-lampau la. Dahla pendatang. Jadi kena buat dia rasa macam pendatang gak supaya tak naik kepala.
  3. Tambak Johor akan dibuka by hook or by crook. Kerajaan Singapore boleh go to hell. Orang dah kasi air murah tu nak bising-bising pulak. Bila tambak Johor dibuka, kapal-kapal ada short cut untuk masuk ke port kat Johor. Agak kurang ajar gak kalau jiran kecik kat bawah tu nak bising-bising cakap apa boleh buat apa tak boleh buat kat tanah kita sendiri. Duduk diam-diam sudah la.
  4. Harga air dijual ke Singapore akan dinaikkan. No more hanky-panky dengan kerajaan Singapore ni. Agreement berubah ikut zaman. Malaysia dah setuju stesyen KTM Tanjung Pagar pindah Woodlands sebab Singapore mintak, so isu air ni pun patutnya boleh settle dah.
  5. Abolish sekolah Cina, Tamil, etc. Buat satu national school. Even better buat English school je terus, barulah takde kaum nak dengki2. Nak cakap pasal perpaduan rakyat ni kena start dari peringkat awal pendidikan. Kalau masih ada pendidikan yang berlainan mengikut kaum, sampai kiamat pun akan ada sentimen perkauman ni.

Apa pendapat korang?


53 thoughts on “Kalau Aku Jadi Perdana Menteri

  1. Janganlah macam tu… janganlah sampai doakan TM bankrupt.. ramai tau rakyat Malaysia yang carik rezeki kat situ buat sara hidup keluarga, termasuklah saya. Memang saya tak nafikan perkhidmatan TM banyak cacat celanya, tapi kami sedang berusaha untuk memperbaikinya, sebab kami sangat sedar customer berhak dapat yang terbaik. TM tak monopoli, tapi tiada syarikat lain yg boleh keluar modal yg sangat besar untuk buat wired connection ke semua rumah, 1 KM guna fiber dah telan berapa RM… TM buat pun sikit-sikit, tgk penempatan padat atau tidak..

    • eheh.. takdelah nak doa macam tu. Monopoli kat sini maksudnya government protect tm tak kasi company lain bawak masuk line internet. Itu je sebenarnya. Bila protective sangat macam ni, orang-orang atas tu relax je sebab dah monopoli. Cuba kalau government kasi peluang kat company luar bawa masuk internet.

    • semua orang memang sedia maklum internet negara kita ni masih pada peringkat yang tidak memuaskan..

  2. setuju sangat..

    satu lagi patut ada perubahan pasal tol plus..
    tol tiap2 tahun naik..
    minyak naik,tol naik..
    kadang2 g travel mana2 kos tol lebih tinggi dr kos minyak..
    apakah??? tak paham tol..
    org plus makin kaya,rakyat juga yg makin miskin…

  3. tambah satu lagi.. cukai kereta dikurangkan kpd nilai yang munasabah.. xde lagi cukai smpai 120% harga asal jualan. bagi rakyat tarik nafas lega sket.

  4. SAYA MESTI PILIH!!!

    setuju sgt!
    jadi pemimpin yang tegas n ada pendirian…good2…

  5. pasal 5 perkara tuh aku suka…

    Cita2 aku pun tinggi melangit mcm kau..

    insyaallah jika dah rezeki.. ada lah tuh ya bakal PM Dr. Ariff…

    huhuhuhu…. =)

  6. agak dahsyat tp setuju ar…200%..hapuskan jer pendatang asing nie..dan mmg betul line lambat cam siput…nak 2 pakai broadband….