Jenis Blog yang Wujud Dalam Dunia Blogging Melayu

Aku rasa dah cukup lama aku berkecimpung dalam dunia blogging di Malaysia ni untuk aku perasan jenis-jenis blog yang wujud dalam dunia Melayu. So jom tengok apa jenis blog yang wujud di sekeliling kita.

Blog personal

Ni normal la. Aku rasa semua blog sejak azali lagi started as a personal blog. Lepas tu baru berkembang, tambah bidang. Jadi tak perlu nak komen banyak-banyak, semua orang faham.

Blog informasi

Ni bidang biasa yang diterokai oleh mereka yang ada personal blog. Information is power! Blog informasi ni kena cepat, pantas dan cekap untuk mendapat skop berita terkini. Blog informasi ni pun banyak jenis, ada kongsi ilmu pasal rumah tangga, pasal kereta, pasal kerja kosong, pasal masak-masak, pasal tutorial html/php dan macam-macam lagilah.

Blog ntah hape hape/blog copy paste

Blog yang macam ni biasanya takde benda original. Apa dia rasa seronok nak copy kat internet tu, dia copy masuk blog dia. Kadang-kadang ikut sedap bapak dia je copy entri blogger lain lepas tu letak dalam blog dia. Konon-konon dia tulis la. Blog camni biasanya tujuan dia satu, nak buat duit Nuffnang. Kerja senang, duit senang dapat tapi ada maruah ke tak buat duit macam tu, lu pikir sendiri.

brought to you by

Blog translate

Haha.. ni pun kadang-kadang aku buat. Takdela selalu, sekali je kot. Mengaku awal-awal.

Biasanya kalau nak jadi blog informasi, kena ada banyak sumber ilmu. Jadi kalau sumber ilmu tu dalam bahasa Inggeris, translatekan ke dalam bahasa Malaysia lepas tu pos dalam blog sendiri. Tak payah kutuk aku, semua orang buat. Kalau tak kantoi takpe, kalau kantoi sendiri malu muka lah. Haha..

Blog translate camni, kalau nak bermaruah sket, tak payahla copy semua kan. Ko translate text, amik isi dia cukup lah. Lepas tu olah sendiri. Gambar atau apa-apa attachment pun kalau boleh buat sendiri. Ni kalau copy bulat-bulat, amik semua gambar tu (ntah-ntah siap hotlinking terus) memang nampak sangat kemalasan tu.

Kalau ada blog dalam bahasa Russia yang aku boleh copy paste kan seronok. Takde siapa boleh kantoikan aku. wahahaha~

Tapi takdelah. Content dalam blog.ariff adalah 95% datang daripada kepala hotak aku sendiri, kecuali yang Guest Post tu la kan.

Blog gambar

Ni biasanya blog budak pompuan & photographer amatur. Yang pompuan suka upload gambar banyak-banyak, sebab tangkap gambar banyak-banyak guna camera point and shoot. Mentang-mentanglah sekarang ni kamera point and shoot semua kecil-kecil.

Yang photographer pulak suka tangkap gambar sana sini, tapi dengan stail dan penuh kesenian. Lagi best kalau dia reti edit gambar tu kasi cantik guna Photoshop lepas tu dia ceritakan apa kisah disebalik gambar tu. Aku kadang-kadang suka gak tengok blog-blog camni, walaupun ada masanya banyak gambar camwhore, tapi kalau gambar cantik boleh dimaafkan.

Blog politik

Huh. Ni fed up aku baca, nak nak lagi kalau blog politik yang bersikap kepartian. Memang menyampah. Orang Melayu ni kuat berpolitik, kalau dah melekat dalam bidang politik ni, kadang-kadang banyak benda yang diorang buat boleh buat malu kaum je.

Kalau blog politik aku lebih suka baca yang independant. Takde nak amik side siapa-siapa and kalau amik pun, of course setelah banyak pertimbangan dilakukan.

Blog cerita

Yang ni biasanya blog yang senang jadi terkenal sebab orang suka baca cerita yang menghiburkan. Aku rasa sekarang dah banyak dah blog macam ni, mereka tulis cerita ikut kreativiti dan imaginasi mereka lepas tu letak gambar sikit. Blogger yang buat blog ni memang berbakat dalam bidang penulisan sebab cerita yang diorang tulis kalau tak lawak, mesti menarik dan membuatkan orang tertunggu-tunggu nak baca.

Tapi itulah, kalau mereka menulis, mesti panjang-panjang. Kadang-kadang macam nak baca novel online pulak. So kena amik masa untuk baca.

*******************************************

Kategori yang aku nyatakan kat sini, tak semestinya satu kategori untuk satu blog je. Agak bosan sebenarnya nak cerita pasal benda sama dalam blog, jadi kebanyakan blogger akan tambah bidang dan cuba masukkan blog mereka ke dalam kategori-kategori lain.

Apa lagi eh? Ada lagi tak yang aku tak mention?


63 thoughts on “Jenis Blog yang Wujud Dalam Dunia Blogging Melayu

  1. Aku kini berada dalam kategori blog peribadi. i’Allah, jika ada rezeki dan diizinkannya, mahu berkembang lagi ke beberapa kategori yang lain. ;-)

  2. Pingback: Blogging Seperti Cendawan Tumbuh Selepas Hujan | There Is No Charge For Awesomeness