Jangan Ikut Matlamat Kewangan Orang Lain

Reading Time: 3 minutes

matlamat kewangan

Sekarang ni ramai orang mampu memberikan tips kewangan, termasuk saya. Tips ni semua bagus dan hebat-hebat belaka, tapi tanya balik diri kita, sanggup / sesuai ke dengan diri kita?

Orang selalu cakap, ukur baju di badan sendiri. Simple je. Kita buat something biar sesuai dengan diri kita. Jangan ikut cakap orang lain bulat-bulat.

Dalam perihal kewangan ni terutamanya. Saya bagi contoh diri saya sendiri ya:

1) Saya takkan beli kereta kancil second hand. Biarlah saya naik moto LC berpanas dan hujan daripada beli kereta kancil second hand dan bayar cash. Sebabnya? Masa saya lebih berharga daripada menghadap traffic jam setiap hari.

2) Tiap-tiap bulan saya beli baju baru tapi kata orang yang nak berjimat, jangan shopping tiap-tiap bulan. Kalau ikut macam tu, memang tak boleh la sebab kerja saya hari-hari jumpa klien Takaful. Tiap kali jumpa, kena pakai smart-smart selagi boleh.

Jadi yang sebenarnya, tips kewangan daripada sesiapa pun bukan semua yang kita boleh pakai. Samalah macam artikel dua rumah satu kereta. Kat situ saya sekadar berkongsi apa yang saya buat dan rasionalnya sahaja. Kalau sanggup ikut route saya berhujan panas pergi balik kerja selama dua tahun setengah, silakan.

Matlamat Kewangan & Planning

Matlamat kewangan ni simple. Apa end game anda? Adakah anda jenis yang nak kerja keras, naik pangkat gaji besar supaya ada simpanan persaraan yang banyak? Atau jenis yang nak ada banyak aset dan bergantung kepada aset selepas bersara nanti? Atau jenis yang nak ada bisnes dan tak nak ada boss?

Bila ada matlamat kewangan, kena ada short term dan long term plan. Macam saya, short term plan (1-2 tahun) saya akan bekerja dan buat Takaful secara part time supaya boleh berhenti kerja secepat mungkin. Tahun ni beli sebiji rumah, tahun depan beli sebiji lagi.

Long term plan, buat Takaful secara full time.  .. dan lain-lain.

Bila kita buat something tanpa matlamat dan planning sendiri, lama-lama kita akan lost. Jadi seseorang yang boleh hidup sendiri, bukan seseorang yang asyik ikut orang.

Salah ke Berbelanja?

Berbelanja tak salah. Yang salah adalah berbelanja tanpa memikirkan tentang bajet dan keperluan.

Contoh lagi. Kalau saya mampu beli kereta elok sikit, adakah saya  kena ikut cakap orang beli kereta lama cash yang mana saya sudah terang-terangan tau tahap keselamatan kereta ni agak teruk untuk kegunaan keluarga saya?

Dan lagi. Kalau saya kerja keras siang malam, salah ke nak naik kereta sedap dan cantik sikit untuk tujuan kerja. Dua tahun setengah berpanas hujan, belum kira masa zaman sebelum 2012 dulu masa saya takde lesen, naik bas dan public transport je ke sana sini. Gitu.

At the end, persetankan apa orang lain kata. You work hard, you have the right to enjoy the fruit of your labor. Asalkan tak keterlaluan dan anda tahu apa yang anda buat, sudah.

Financial Freedom

Bagaimana nak capai financial freedom? Ini yang saya nampak dan cuba buat. 4 step je.

1) Make more money. Kerja sahaja takkan buat anda kaya cepat. Kena kerja keras, cari duit lebih.

2) Do business. 9 daripada 10 rezeki datang daripada peniagaan. Follow. Menjadi penasihat Takaful adalah satu contoh perniagaan.

3) Asset first, liability later. Seperti yang saya tulis sebelum ni.

4) Give more, get more.

5) Repeat.

Kenapa saya tak tulis savings? Sebab bila mention asset first, dah sedia maklum nak kumpul aset kena ada modal. Modal datang dari savings.

Kalau follow step ni secara berterusan, saya nampak dalam masa 10 tahun saya dah boleh relax. Berbanding dengan orang yang kerja, 15 – 20 tahun pun belum tentu boleh relax.

Jadi itulah bebelan pasal kewangan saya malam ni. Harap bermanfaat.


Posted

in

by

Comments

24 responses to “Jangan Ikut Matlamat Kewangan Orang Lain”

  1. Dr Fattah Avatar

    kadang kadang terlupa dengan matlamat kewangan sendiri.

  2. zierah Avatar

    Manusiakan sukakan ‘reward’..
    Cthnya: buat baik,dapat pahala..dpat pula ganjaran syurga
    “You work hard, you have the right to enjoy the fruit of your labor.”<—suka dengan ayat ni..

  3. Fairuz Abdullah Avatar
    Fairuz Abdullah

    Assalamualaikum. Boleh tak arif detailkan ciri-ciri rumah yg nak dibeli untuk dijadikan aset…dari segi apa kita patut tengok untuk beli rumah as aset. Terima kasih.

    1. Ariff Avatar

      Pada saya ciri paling penting adalah lokasi.

      1) Lokasi mestilah di kawasan bandar yang dah matang pertumbuhannya
      2) Lokasi yang bakal mempunyai projek pembangunan seperti shopping compleks, LRT / MRT
      3) Lokasi yang dekat dengan kita / tempat kerja kita
      4) Lokasi yang lengkap dengan kemudahan awam (bank, sekolah, pejabat kerajaan, balai polis etc)
      5) … macam-macam lagi

      Kalau lokasi ok, sewa pun insha Allah ok. Kenaikan harga pun confirm lagi cepat

  4. azlan Avatar

    Yang penting kena usaha. Cuba cari alternative untuk tingkatkan pendapatan.

  5. Azeni Ahmad Avatar

    Semua orang nak hidup dgn selesa dan dlm keadaan baik.
    Tapi semua itu kena disesuaikan dengan keadaan dan kewangan kit sendiri.

    Tapi best sharing nie bro.

  6. Inspirasi Huda Avatar

    Tips yang berguna.. Tidak berhutang lebih membahagiakan

  7. Zaidi Avatar

    Financial Planning nie memang penting lagi2 hidup dalam ekonomi dunia yang tak berapa stabil nie . Tapi plan tu mudah tapi nak istiqamah tu bukan mudah huhuhu…. Yang penting financial goal to possible to achieve … Start from simple dlu dah achieve and bersemangat nak buat yang grand2 nyer goals…..

    Apapun blog nie memang banyak info dan terhibur untuk membaca ….

  8. Raihanah Ahmad Avatar

    matlamat orang lain-lain, ada baiknya matlamat kita suit dengan keperluan dan kehendak kita.

    1. Kewangan Graduan Avatar

      Matlamat lain-lain tapi semua bermatalamat nak hidup senang lenang.

  9. Aida Avatar

    Bestnya entry ni! Thanks!

  10. ahmad Avatar

    ada yang nak duit banyak, ada pulak yang nak rumah banyak, ada juga yang nak pekerja banyak…semua tu tak lari dari satu matlamat iaitu senang. orang kalau boleh hidup nak senang aje sedangkan walaupun hidup kita susah pun itu sementara je sama juga kalau senang pun sementara je. Hidup ni kan sementara je. Tak salah cari duit lebih asalkan kita ingat semuanya hanya sementara sahaja…

    1. Kewangan Graduan Avatar

      Semuanya sementara tapi nak hiduo di dunia sementara perluan matlamat. Fiat money system jadi kewangan kena kukuh.

  11. Imran Avatar

    Tu lah kita kena ada matlamat sendiri bukannya ikut saja orang lain, kena ikut keperluan kita juga.

  12. akubiomed Avatar

    Masa mudalah perlu beringat. Masalah lepasan graduan pengajian tinggi adalah hutang pinjaman dan perbelanjaan hidup dikota agak menjerut.

    Kalau mereka mula mencari duit ketika belajar mungkin boleh mengurangkan beban yang ditanggung semasa bekerja nanti . Saya ada lihat beberapa contoh yang masih belajar sudah membuat perniagaan online, menjual emas, jurugambar perkahwinan, menjadi ejen insurans dan sebagainya untuk menampung kos pengajian dan kos sara yang hidup yang tidak mencukupi. Sebelum graduate ada yang sudah berjaya meraih pendapatan 4-5angka sebulan dengan insuran walaupun layak untuk menjadi peguam bertauliah.

    Kalau mengharap lepas bekerja dan mendapat gaji lumayan tidak semua orang berpeluang.

    1. Kewangan Graduan Avatar

      Nice comment.

      Tapi pada pendapat saya kalau diri kita tak berapa nak disipin dan tak pandai urus wang dari belajar memang susah. Padahal duit PTPTN tu simpan 10% simpan ASB untuk setiap satu semester kumpul sampai habis belajar dah banyak dapat.

      Kalau nak niaga guna duit 10% tadi kalau boleh biar business yg ada demand dan yang penting jgn sertai MLM.

      1. akubiomed Avatar

        Antara tips yang baik dikongsikan.

        1. Kewangan Graduan Avatar

          Apa-apa pun back to our self lah. Kau nak hidup senang better have a good plan otherwise you’ll having miserable life with debt.

  13. Mak Jemah Jual Vitamin Avatar

    mak jemah setuju, kena ada matlamat tersendiri. Macam mak jemah 2 tahun lepas berazam nak berhenti kerja sebelum anak masuk darjah 1. sebab taknak dia kena naik van ke sekolah, hati risau. jadi utk merealisasikan kena buat benda lain selain bekerja di pejabat kerana impian nak berhenti kerja kan. alhamdulillah ia menjadi spt yang dirancang, sesuatu yg asing pada mak jemah iaitu membuat sales online melalui blog. buat blog adalah asing pada mak jemah masa tu, tapi apa yg dekat dengan mak jemah adalah suka kongsi info tentang niche ibu dalam blog. maka asing+kecintaan boleh menjadi. lagi 2 bulan cukup dua tahun mak jemah resign. hidup adalah pilihan..

  14. Cik Siti Avatar
    Cik Siti

    Info yang menarik..

  15. Azri Johan Avatar

    sangat bermanfaat. thanks bro Ariff Shah

  16. Aretikz Avatar

    Semuanya bergantung dengan keperluan dan kemampuannya kan :)

  17. fazrol Avatar

    Terbaik…
    Yang last sekali aku suka…

    1) Make more money. Kerja sahaja takkan buat anda kaya cepat. Kena kerja keras, cari duit lebih.

    Give more, get more.

  18. Kewangan Graduan Avatar

    Tu lah, lain orang lain matlamat kewangan.