Jalan-Jalan Eropah (Siri 10) – Paris Kota Cinta

Dah sampai Paris Air Show, memang tak sah kalau tak singgah Paris. Sekurang-kurangnya bolehlah tengok sendiri kota yang ramai orang kecoh sangat bila lawati padahal takdelah best sangat pun sebenarnya.

Jalan-jalan Eropah ni pada pendapat aku yang menjadi tarikan utama adalah pemandangan kota di sini. Infrastruktur setiap bandar sangat unik dan cantik. Senibina pula ada yang majestic, besar dan sangat detail yang menjanjikan pengalaman yang berbeza di setiap bandar.

Paris adalah bandar pelancongan. Segala ceruk Paris dioptimakan seboleh-bolehnya untuk menjadi tempat pelancong menghabiskan duit. Kalau duit tak habis bayar hostel, nak cari parking kereta percuma memang susah.

Menjadi bandar pelancongan ni ada baik dan buruknya. Yang baiknya adalah ia menjana ekonomi negara tersebut. Pelancong semua dilihat sebagai mesin tunai yang bergerak. Yang buruknya, bandar tersebut akan hilang identiti dan budayanya. Rasanya 80% orang yang lalu-lalang di jalanan di Paris adalah orang asing. Kuala Lumpur pun silap-silap suatu hari nanti boleh jadi macam tu. Kita terlalu banyak mengambil tenaga pekerja dari luar.

Paris juga adalah tempat untuk shopping barangan berjenama. Trend biasa yang aku nampak ialah orang dari China datang Paris mesti ada bawa beg Louis Vuitton. Tak faham kenapa orang Cina ni minat sangat dengan jenama ni.

Dari Eiffel Tower ke The Lourve jalan kaki sangat memenatkan tapi tak bosan. Di tepian sungai tu banyak taman dan tempat untuk lepak. Apa-apa pun Paris ni worth visiting tapi bukanlah bandar yang best sangat. Kami tak lama di sini, sampai petang, jalan kaki 5-6 jam then malam bertolak ke bandar seterusnya.

Paris kota cinta? Taklah sangat, kecuali kalau ada bajet puluh ribu euro untuk honeymoon kat sini. Ada bandar lain yang lagi best kat Eropah ni untuk destinasi honeymoon.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

24 Comments