Konstanz adalah bandar di bahagian selatan Jerman ni. Di sini terletaknya sebuah tasik air tawar di mana mengalirnya air dari pergunungan Alps melalui sungai Rhine. Tasik ini adalah sempadan kepada 3 negara iaitu Jerman, Switzerland dan AUstria. Disebabkan persempadanan ini, peraturan yang ketat wujud supaya kebersihan air tasik dapat dikekalkan. Hasilnya, tasik Konstanz menjadi sebuah tasik yang jernih airnya dan kawasan tersebut menjadi salah satu kawasan pelancongan popular di Eropah.
Juga merupakan trek berbasikal yang popular di Eropah
Untuk ke Konstanz, kami menaiki katamaran untuk menyeberangi tasik tersebut dari Friedrichshafen
Naik Katamaran dari Friedrichshafen
Kawan aku cakap, tasik Konstanz ni pernah beku pada tahun 1970-an dulu. Jadi masa tasik ni beku, nak jalan kaki pergi Switzerland dan Austria pun boleh.
Tiket katamaran berharga 8 euro ~ RM32. Kepada first timers, jangan takut sebab pemandangan dari tengah tasik dan pengalaman memang berbaloi. Alternatif lain adalah dengan menaiki tren.
Ini adalah katamaran.
Sekitar bandar Friedrichshafen. Di sini juga letaknya Zappelin Museum.
Benda putih yang terbang atas bandar tersebut adalah zeppelin.
Pintu masuk Konstanz.
Bandar Konstanz
Bandar ni memang penuh sesak. Orang dari Switzerland datang melepak dan shopping di sini sebab Euro lebih murah daripada Swiss Franc, sama keadaannya dengan Johor Bahru la. Dengan pelancong datang dari seluruh pelusuk dunia dan juga student yang belajar di sini (terdapat lebih kurang 3 universiti di sini), bandar ni memang sesak.
Ketika di sempadan Switzerland
Sempat melangkah masuk ke Switzerland di bandar Konstanz ni. Tapi bahagian Switzerland bandar ini agak mati dan takde apa-apa yang menarik. Dulu masa perang, bandar Konstanz langsung tidak dibom kerana terletak sangat berdekatan dengan Switzerland. Jadi kebanyakan bangunan di sini adalah bangunan lama.
Kalau orang tanya dah pergi Switzerland ke belum, aku boleh cakap dah. hehe..
Berbasikal di Konstanz
Sewa basikal adalah 6 euro untuk setengah hari. Dapatlah basikal tua generasi baru yang agak canggih, lengkap dengan gear dan lampu break. Dengar cerita, basikal macam ni harganya beratus euro lah jugak.
Sungai di tengah bandar yang airnya jernih
Tersesat di ladang orang. Time naik basikal pun aku boleh amik gambar. Hebat tak?
Refill air. Free je.
Yang macam bunker ni sebenarnya adalah gedung simpanan beer dan wine.
“goreng pun sodap..”
Kami juga sempat mandi tasik di sini (gambar aku mandi takkan korang nak tengok gak kan..). Air memang sejuk, tapi best. Kalau jalan-jalan tepi tasik tu, memang boleh terserempak dengan golongan nudist (bogel) walaupun tempat tu bukan tempat khas untuk berbogel. Jadi jangan terkejut.

Comments
36 responses to “Jalan-Jalan Eropah (Siri 14) – Konstanz, Tasik Tiga Negara”
tengok air pun dah lawa dah
pergh!!!! sungai tu jernihnya air die!!!! cantik sangat ciptaan Allah -..-
cantiknyer gambar sungai tu. bila lah boleh merasa jalan-jalan kat Eropah ni.
cantik betul negara eropah,
Tengok gambar sungguh mendamaikan..
eh bro arif kenapa tak leh contact email me@ariffshah.com tu, td cuba send xleh pun.. sbnrnya nak tanya pasal pengiklanan.. :D
try ariffshah@facebook.com
aku geli sikit part air boleh refill.Tak tahu kenapa.Dalam hati fikir ‘Paip dalam tu berkarat kot”haha.Tak bersyukur ada air free langsung
awal2 dulu aku pun camtu, tapi semua orang minum dengan yakin je, so no problem la.
damai mata yg memandang damai lagi org yg dtg pi…hihihi
Nie citer2 saya suatu hari nanti..tak sabar nak kumpul duit cepat2..then satu dunia nak travel..best! Semoga cita2 ku menjadi kenyataan…doakan yer kawan2 =)
wah…memang cantik…yang penting bersih dan nyaman…kalau di Malaysia bersih macam ni kan bagus.hehe
Jemputan ke Contest Aku Berpuisi =)
salam kenal.. rajin2, jemput singgah ke blog hamba kalau nak baca pengalaman hamba mengembara ke 46 buah negara.. :)
sungai tu nampak mendamaikan.. tenang dah hijau2 biru airnya..
Bro, lepas ni pergi la ke Norway pulak…..pemandangan kt sana memang superb!! first class compared to others. Kalau kau naik feri lalu tgh2 lembah yg dikelilingi gunung2 serta air yg berwarna biru nila cukup mengasyikkan…btw jgn lupa pergi ke kawasan perkampungan nelayan mereka kalau kau ke sana ek…x rugi!!
wah!!! pasni nak pi eropah pulak lah..
Bila la agaknya boleh kesana pulak.
klu sungai-sungai kat malaysia mcm sungai kat konstanz nie.. mesti hebat ….
wahh..mesti best dapat jalan-jalan kat sana..
cantiknya. esp sungai tgh bandar tu.
x join jadi nudist ke? hiahiahihah *amboi sukanya*
best nyer dapat jalan jalan sana sini
internet lembab tapi still boleh load semua gambar.
btw gambar memang cantik sangat..!
seronok dapat tgk negara orang…
cantikk
wah, lawa gile view dia….
tempat refill air 2 pun stylo…
btw, katamaran 2 means feri la kan?
katamaran adalah boat yang macam platform. bukan bentuk V macam biasa, tapi VV (wiki)
Nampak bersih sahaja kawasannya
Wah bestnya. Lawa tempat tu.
bandar yg cantik sgt :)
bestnya,(ok ini tipikal jawapan orang yang tak pernah pergi melancong tempat2 mcm ni hahaha.)
same lah macam cikdara.haha
gila best tgok.banyak pic kali ni.memang WOW la.
sebelum ni tak letak sebab takut lambat load je..
Salam,
wah bestnyaaaa, cuti nie jalan2 jelah yea.
gambar2 atas tu semua cun2, sedap mata memandang :D
kalau dapat pegi lagi best…ehehe
Bestnya dapat jalan² kat tempat orang. =)
serius mmg igt balik nostalgia lama! rindu Konstanz. best berbasikal kt sana…
kat konstanz best layan berenang kat sungai rhein tu… hehehe
memang best tapi air sejukkk..
btol tu, di. mmg layan berenang kt sana. aku pernah mandi kat blkg WG FH. tp batu tajam byk. sakit bontot tidor dalam air. huhu