Sebenarnya.. ni first time Ariff Shah sampai Cameron Highlands. Betul. Tak tipu. So berbaloi ke tak pergi jalan-jalan sini?
Singgah Cameron Highlands masa on the way back dari Kuala Kangsar. Kalau dari utara, exit PLUS Simpang Pulai untuk ke sini. Kalau dari selatan, exit Tapah. Sejam lebih gak la dari exit kedua-dua highway nak sampai ke puncak.
Paling best masa nak naik Cameron ni adalah view dia yang hijau all the way. Sejuk mata memandang.
Tapi di sebali kehijauan tu, tempat ni tak terkecuali daripada menerima tempias pembangunan yang non-stop. Projek Oriental Lily ni adalah sebuah projek mixed development, lengkap dengan Gated & Guarded housing estate.
Not sure perumahan kat sini sesuai ke tak untuk investment. Nothing much pun atas ni unless you’re a business owner kat sini. Homestay? Maybe. Untuk investment, saya rasa eloklah cari apartment lama yang ada kat sini. Dapat unit lelong better.
Untuk sampai ke pusat penanaman teh, kena lalu Brinchang. Dari Brinchang ikut jalan sempit ni naik atas ke kawasan rizab Melayu Sungai Palas. Mencabar jugak drive kat sini.
Berhenti seketika sebelum sampai ke puncak. Sempat picnic lagi kat tepi ladang teh ni. Nasib baik jumpa spot yang best!
Untunglah kau budak. Tinggal kat kawasan yang tak kisah pada kehidupan urban.
Jernih giler air. Ingat ye. Kalau nampak tepi jalan tu macam ada tanah lapang sikit belah kanan, terus park. Nanti korang akan jumpa picnic spot tepi anak sungai ni.
Jalan depan sikit lalu sampailah ke Sungai Palas visitors’ centre.
Walaupun tempat ni entah ceruk mana atas gunung, saya memang kagum dengan effort syarikat Boh menguruskan pusat ni. Toilet free dan BERSIH, ada tour berbayar oleh pegawai bertugas yang terlatih, facility yang cantik dan bersih.
Gift shop yang kemas & very inviting.
Guided tour untuk pelawat including AV room untuk pelancong menonton video sejarah mereka. Guided tour macam ni mungkin tak menarik untuk orang kita, tapi majoriti yang ikut tour macam ni adalah pelancong asing.
Macam resort 5-star pun ada.
Bila dah atas gunung ni, kita dah ada mindset barang makanan yang dijual atas ni mesti mahal. Siapa yang dah pernah naik Genting tahu, but not here. Pada saya harga kat sini ok, surprisingly lagi murah daripada lepak kat Starbucks.
Cuma tempat agak kelam-kabut sikit sebab ramai orang. Normallah tu.. Please avoid coming during school holidays. Parents yang datang bawa baby memang takkan membantu, mengganggu ketenangan je nanti.
Bukanlah saya nak cakap saya tak suka parents bawa baby mereka jalan-jalan. Cuma for me, kalau nak jalan-jalan saya lebih suka tempat yang tenang dan tak hiruk-pikuk sangat.
Total semua ni RM15 atau bersamaan dengan satu cawan frappucino di kedai minum agen Yahudi berdekatan anda.
Kat kaki gunung Brincang, atas sikit dari tempat Boh tadi. Naik atas lagi ada kebun strawberry (again..). Sepanjang perjalanan adalah dalam 10 kebun strawberry. Memang over-rated.
On the way back singgah gerai orang asli tepi jalan untuk makan durian. Pandai orang asli ni berniaga…
Konon kongsi dengan wife sebiji, last-last 3/4 saya bedal. Nasib baik memang jenis takde masalah nak makan durian banyak-banyak. Dapat rate RM5 sebiji. Durian cantik baru lepas gugur. Saya tak reti sangat nak tawar menawar ni, dalam kepala ingat nak makan je. Takpelah. Bedal je. RM5 sebiji still very cheap kalau nak dibandingkan beli kat KL.
For me, Cameron Highlands ni memang berbaloi kalau nak pergi, especially kalau hari bekerja. Confirm takde orang. Tenang je atas ni.
So, adakah Cameron Highlands destinasi sesuai bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (Visit Malaysia Year 2014) Definitely. Saya yakin kalau pelancong datang melawat ladang teh Cameron Highlands ni, mereka pasti suka.
Cuma kalau lalu Tanah Rata tu, tutup mata jelah. Memang kotor. Sampah bersepah tepi jalan. Sad.
Comments
13 responses to “Jalan-Jalan Cameron Highlands”
Cadang nak ke cameron sabtu ahad ini kerana nak pergi pasar malam yang selalu orang cerita.
Just a tiny advice.
Saya harap nanti satu hari encik faham erti kenapa certain orang bawa bayi mereka sekali sebab mungkin itu sahaja family time. Mungkin?? Apa jua alasan diorang pun. Tempat itu untuk orang awam. Melain encik nak ketenangan 100%. Book tempat itu untuk wife dan encik sahaja :)
Thanks for the entry. Memang cari yang CH 2014 and stumble upon yours.
Sesekali nak nak rasa strawberi coklat memang best la pegi kat sini…. cuma cameron nie dah tak sejuk macam tahun 10 tahun dulu….
Global warming. Nak buat macam mana
wahhh..seronoknye…sejuk-sejuk…hihi..bilalah dapat pergi lagi
nampak tenang dan sejuk jer tempat tuh
wah bestnye nti kita nk pergi jgk tmpat ni hehe
Huhuhuhu..ni yang buat nak pi cameron highlands lagi ni..tapi serius pi time cuti sekolah memang buatkan sakit jiwa….
Saya pernah pergi time cuti sekolah. Dipendekkan cerita terpaksa tidur dalam kereta kerana semuanya dah full. Memang saya dah noted diri sendiri lain kali.
Belum sempat untuk menginap di Cameron Highlands dan jalan-jalan disana lagi. Baru ini naik Cameron Highlands singgah pasar mala di Brinchang.
kalau boleh elak pergi cuti sekolah atau sabtu ahad
jem yang amat amat amat….jalan situ hanya satu laluan, kecil pula selorong
paling kronik dari Brincang sampai Tringkap
paling sesak area Kea Farm
Nasib baik masa Ahad saya pegi tu taklah jem seperti yang digambarkan. Tapi betullah. Tempat sempit macam ni elok datang time bukan cuti sekolah
Pertama kali pergi CH tahun 1981, berbeza sangat dengan sekarang. Paling ketara bau baja yang keterlaluan.
Aku kalau pergi tea plantation, suka pergi yang lagi satu. Under BOH punya juga. Tapi plantation untuk research. Boleh hiking naik atas, plus tak ramai orang. Jadi tak serabut. Hoho