Jakun Di Air Terjun Sungai Gabai

Let’s see.. sejak aku belajar kat Russia, rasanya dah 4 tahun aku tak mandi kat air terjun. betul weh. Tak tipu. Kat Russia manalah ada air terjun ni, salji je banyak. Jadi ya, aku agak jakun sikit tadi masa pergi picnic bersama blogger-kaki-twitter kat Sungai Gabai.

Asalnya malam tadi aku dah macam malas-malas nak pergi sebab balik lambat. Pergi konsert MTV World Stage kat Sunway Lagoon, berdiri kat X-Zone barisan kedua/ketiga dari hadapan dari pukul 4 petang sampai 12 tengah malam. Sampai rumah bukak laptop sampai pukul 2, sebelum tidur tu dah niat dah tak nak pergi. Sekali pagi tadi Syah call aku sampai bangun. adesss.. Sejam lepas tu dua kereta sampai depan rumah. Jadi ikut jelah.

Tak sangka pulak dekat je sebenarnya Sungai Gabai ni. Ingatkan berjam-jam perjalanan. Sampai sana Bro Framestone dan awek bersama Azrul Hisham dah ada. Yang kanvoi ramai-ramai ni biasalah lambat sket. Nak amik orang, nak cari rumah orang, nak tunggu orang cucuk duit, itu ini.. macam-macam. Terima kasih atas kesabaran anda bertiga menunggu. ekeke..

Sampai sana terpukau dengan keindahan dan kehijauan alam sekitar. Yelah, aku duduk kat USJ, bandar serba batu. Moscow pulak jangan cakap ah, lagi satu hutan batu. Sungai ada pun kotor. Agak menenangkan jiwa yang kacau ini. Lupa terus pada internet, handphone, twitter, blog dan sebagainya. Kadang-kala kita kena keluar dari kehidupan yang urban ni, back to the roots, back to nature. Camtu barulah mental stabil sikit.

Memang puas hati dapat mandi kat air terjun Sungai Gabai tu. Walaupun aku takdelah nak panjat sampai atas, dapat lepak kat tengah-tengah pun oklah. Tempat pun luas. Walaupun ramai orang, still boleh enjoy. Paling best blogger  yang pergi tadi pun memang semuanya jenis fun dan happy. Enjoy habis la..

So thanks a lot kepada yang memasak dan menyediakan makanan – AyongQiela, yang datang awal untuk amik tempat Bro Framestone, Atie & Azrul Hisham, yang plan picnic ni – Fazreen, yang jadi driver – Paeh, yang menangkap gambar – Syah dan yang kena buli – Niza. ekeke.. Orang Moscow ini sangat gembira hari ini walaupun penat dan kaki lenguh giler.

Gambar dan cerita lain di sini:

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

80 comments

  1. Jangan marah nak tanya..air terjun sungai gabai tu kat mana,saya orang spore minat kat sungai dan air terjun dan yg sewaktu dengannya..suka pada tempat mcm lata kinjang dan Chepor,bole kasi some details tak..

  2. gabai mmg best..tp,pnt kot m’daki bukitnye..huhu…daki bukit,turun bukit,kepale lutut cam nk t’cabut jek….lg best g sg tekala…hehe

  3. lepas ni kena pergi Sg Congkak pulak, kat situ ada tmpt utk camping….
    bercamping lebih mencabar…..dgn pacatnya….teringat dulu, sampai sanggup dok dlm kereta, takut pacat panjat kaki….akhirnya terkena jugak,

  4. salam…,
    uwaaaa bestnyerrr sg gabai…..

    sorry la sume, sbb amy tak dpt p… balik kg… bro ade gak mesej ajak p.. padahal da dekat je ngan umah tu… hehehee… btw, best baca blog u… epi:))

    1. laa… takpe2. Insya allah lepas ni banyak lagi perjumpaan kecil-kecilan mereka nak buat. Kalau ada peluang datanglah =)

  5. Salam, tahniah utk keluar di kosmo hr nie..

    About gabai, mmg cun.. ingat lagi dl pernah bekhemah kt sana. Anjing datang pusing2 kt khemah waktu malam

    Time mandi lak, 2 orang kawan hampir lemas :-
    1. konon nak test power terjun dari tebing, (dia ingat cetek) sekali lomas.. ana juga yang torjun..
    2.Nak main gelunsur batu.,, sekali hanyut..
    3.Time amik gmb ramai2 nak blk.. sorang ni gi la terlompat2 takut muka tak masuk dalam camera.. sekali hanyut… lomas lagi..

    Adeh…kenangan muda dl

    1. ekeke.. banyak kali lemas.

      camping? waaa….. macam lagi seronok je. Tak tau pulak ada anjing berkeliarang kat tengah hutan tu

  6. salam..

    wakaupown sg gabai tuh dekat jer dgn umah aku…
    tp aku hnya g skali jerk…tuh pown sbb bwu pindah
    pas da g tuh…rasa cm serik jerk…sebab ramai sgt…huhu

    1. ye ke? oo.. ada kawan xleh tahan la sebab ada penyakit. kesian lak. so lepak bawah2 je..

  7. aku dapat invitation tapi cam biasa~
    jauh dan nenek aku tengah masuk hospital~
    sebab aku antara saksi utama kejadian, ajaib kalau aku dilepaskan merayau~
    T___T

  8. :D ngee~~~~ memang best time tu. tp siyes kesian ngan niza… ariff memang hero sbb x smpai hati nk lepas niza gelongsor sorg2…. :D

    ~~nyza nati kalo lepak g bwk r gitar…leh nyanyi same2 g :D

  9. ariff~~~~
    thanks for the treat bro…
    super hero dan pembuli at the same time…*grrrr~~~~
    but, seriously gila happy okay?
    boleh menangis ni time balik sarawak nanti teringat korang…
    waaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~T_________________T

    p/s: I’m so gonna miss all of u…
    keep-in-touch r…^___^

    1. haha.. mood baik. no problem je =)

      tak taulah bila boleh buat picnic camni. memang bestt!

  10. agak lama jugak tak pi air terjun… semenjak ada anak kecik nih… tambahan pulak nak bertambah lagi…. alamatnya berkurun lagi tak pi … huhuhu… pi pantai jer la..

  11. he…23x bukan dengan awek la.. tunang la.. kne betulkan statement tue he…23x

    eh… ariff dtg melengang rupenye.. patut la di epaling laju sampai atas huhuhu…

    antara sungai moscow n sini mane paling kotor ek

  12. Aku sekarang ni macam tak berapa nak boleh dengar pasal mandi sungai dan air terjun ni. Sebab kawan aku meninggal dunia akibat jangkitan Leptospirosis, mandi dekat Lubuk Yu. Sekarang ni baru nak kecoh tutup tempat tu dari orang ramai. Sebab? Bulan lepas ada kes beberapa orang dari kumpulan penyelamat yg meninggal akibat Leptospirosis dan Melioidosis.

    Bila ramai yg kena baru la media hebohkan dan baru la pihak berkuasa nak ambil tindakan. Tutup kawasan tu untuk orang ramai dan memulakan kerja-kerja pembersihan, ujian sampel dan bla bla bla. Kes kawan aku tu masa bulan Januari kot. Sampai sekarang masih tak dapat terima kenapa lambat ambil tindakan. Kan dah meragut lebih banyak nyawa.

  13. msti sesak kn kt gabai..2x jer aku p gabai..mlas..sesak sgt..nak mndi pon sush..cuci mata jer la jwbnya..hehe

  14. Pingback: Bersama blogger di Air Terjun Sungai Gabai
          1. hahahhaha i pnya sardine tu tak masam sgt kan niz? i letak 6 bijik limau kot hahahahha sbb taknak bg hanyir :P

            ye la cik ariff/. aku penat buat tau pepagi kul 4am sardine tu then sleep. tak teman adekku qiela masak nasi goreng hahah

  15. nantikan kemunculan entri baru aku tentang picnic tadi.. hehehe.. aku baru siap edit gambar dan pilih gambar yang sesuai ditatap umum.. gyahhahahahaha.. ada satu gambar ko buat aku mmg jeles sgt2.. thanx utk smua yg terlibat.. maaf aku tak dapat bagi ape2 bantuan dari segi lain, hanya jurugambar bergerak sahaja yang aku mampu jadi… hehehehe… nanti aku upload pic mandi k :) thanx sbb belanja makan beb…

  16. aku nak ikut pagi tadi sebab aku kat KL, tapi tak dapat sebab nak bawak ayah aku berubat.. agak kecewa gak sebab gathering gengblogger sblom ni pun aku tak dapat join hukhuk

  17. JEleznye! AHHHHHHHHhhhhhhhhh…

    Bowling gath pun xleh pergi. tiba2 ada program peers pula mengejut.. waaaaaaaaaa………

    [sesi lepas geram di blog Ariff. Sori, Ariff.. Hehe..]

    1. erk. bukan ke kat Facebook diorang dah invite ramai-ramai?
      ni pun last minute ikut. hehe..

  18. sama la kat sini. x pernah aku singgah air terjun sebab takde pun hutan2 khatulistiwa. hari tuh aku singgah northern pakistan, ada la air terjun, tapi air salji la plak. sejuk giler! hehe :)

  19. aku tak datang sebab jauh ..
    syoklah korang bermandi manda ek..

    p/s :- Tegur sikit pasal tajuk.. ‘Jakun’ ni suku kaum orang Asli. Rasanya ramai dari kalangan kaum ni dah educated.. Jadi tak berapa best kalau kita gunakan perkataan ‘jakun’ untuk melambangkan yg kita teruja melihat sesuatu yg baru.. sekadar cakap kosong je ni…

      1. takpe.. memang ramai tak tau..

        takde ke nak buat kat Sagil?? boleh gak join.. sungai gabai tu jauh sgt.. menangis poket aku..

Comments are closed.