Skip to Content

Jadi Kaya Dengan Menyimpan Dalam ASB

yang aku tengok sepanjang aku berblogging ni, tak banyak blogger yang membincangkan tentang cara nak jadi kaya dengan hanya menyimpan duit. Semua sibuk nak cari duit dan tambah sumber pendapatan, padahal selama mereka hidup ni sentiasa ada duit. Yelah, kalau takde duit mustahil ko boleh bayar duit internet, beli laptop, beli berukben yang maha lembab, beli henpon mahal-mahal dan sebagainya. Jadi kali ni aku ajar ko cara paling senang simpan duit. Semua orang boleh buat sebab semua orang ada duit.

Untuk pengetahuan semua, tips ni aku dah lama tahu dan terbaca balik kat buku I Will Teach You to be Rich daripada Ramit Sethi. Boleh pergi ke laman web dia di iwillteachyoutoberich.com.

Aku rasa semua rakyat bumiputera Malaysia ada akaun ASB kan? Kalau takde tu, pergilah buat esok ye. Kerajaan nak kasi duit percuma kat bumiputera tanpa risiko dan dijamin halal jadi rugilah kalau ko tak ada akaun ASB. Kalau kaum lain diberi peluang buka akaun ASB memang sekelip mata ASB tu sampai limit dia. Duit free tiap-tiap tahun, siapa tak nak?

Ni trick yang aku nak ajar. Start simpan duit awal. Aku kasi contoh simple yang semua orang boleh capai, RM50 sebulan.

Jadi RM17000 Lebih Kaya Daripada Orang Lain Dengan Cara Mudah

Encik FEncik K
Umur masa start menyimpan..2030
Mereka menyimpan sebanyak RM50 setiap bulan selama.. 1020
Dengan kadar 8.0% dividen dan bonus 1.0% (contoh),
pada umur 50 simpanan mereka bernilai..
4760030400

Senang kan? Mula-mula kita mesti ingat Encik K yang simpan duit selama 20 tahun tu akan jadi lebih kaya daripada Encik F yang menyimpan hanya selama 10 tahun. Rahsia dalam menyimpan duit dalam akaun pelaburan ni senang je, simpan duit lama-lama/start awal. Lepas tu biarkan lah duit tu beranak-pinak. Jangan cari alasan nak guna. Aku saje kasi contoh RM50 sebulan. Berapa sangat RM50 sebulan tu? Sekali makan sehari dah habis. Nak guna untuk dating pun kadang-kadang tak cukup dah.

Cukup untuk setakat ini. Membebel panjang-panjang pun takde guna. Nak bincang pasal duit ni senang je, semua kena datang dari diri sendiri. Aku cakap panjang-panjang kalau ko tak ikut pun tak jadi gak.

The single most important factor to getting rich is getting started, not being the smartest person in the room

Related Posts with Thumbnails


46 Responses to “Jadi Kaya Dengan Menyimpan Dalam ASB” Leave a reply ›

  • salam semua....hmmm...mmg best dgr simpan duit nie..sebln rm50 je..
    2 buat org yg ada duit lebah..klu org yg takde duit lebih..contohnye...
    anda dpt gaji..rm 1500..sbln..tolak utang..tolak tu nie..tggl berapa..duit dapur lagi nk kena fikir jugak...setiap bulan dpt je gaji..pokit kering..cm mna nk nak buat..

  • salam bro,

    im not into ASB since it is not shariah compliant as announced by security commission. for your information, neither ASB nor the government have declared that the fund is shariah compliant.

    but when it was first introduced, bumiputeras put the money in because of the high dividen and back then there was little awareness on islamic banking. so nowadays ppl perceive that it is halal because many muslims invest in it.

    up until now, the fund size of ASB is kept secret and how they could give high divident remains unknown.

    as a solution, for young ppl since we still got more time to invest, better put money in shariah compliant trust fund. eventhough there are some risks, but due to the long time to invest, it will be leveraged and at least we take care of our income. nak untung byk mane sgt pon? esok lusa mati jugak kita ni. wallahualam. chill :D
    Cerita terbaru nazlan.. PLC tutorials Complete PLC practical guidesMy ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled