iPhone 4 – Generasi Apple iPhone Terbaru

iPhone HD yang digembar-gemburkan sebelum ini baru sahaja dilancarkan di  Apple WWDC (Worldwide Developers Conference) dengan nama rasmi yang iPhone 4. Antara ciri-ciri baru dalam iPhone 4 (iPhone 4th generation) adalah:

  • Lebih nipis, malah merupakan smartfon paling nipis dalam pasaran
  • Antena yang berkeupayaan tinggi daripada antena dalam iPhone generasi sebelumnya
  • Kamera hadapan & belakang (kamera belakang dilengkapi dengan LED flash)
  • Paparan yang lebih jelas, bersih dan cantik
  • Quad band HSPA dengan keupayaan kelajuan sebanyak 7.2 Mbps (Turbo 3G by DiGi Malaysia – 14.4 Mbps)
  • Dua mikorofon
  • Boleh digunakan dalam network 802.11n WiFi yang lebih laju
  • Dilengkapi dengan giroskop – lebih sensitif berbanding accelerometer – lebih baik untuk aplikasi games
  • 5 megapiksel kamera
  • Kompas
  • Kebolehan merakan video HD (high definition)
  • Built in video editing – tak payah edit video guna komputer

Beli atau tidak? Aku cakap beli! Aku rasa agak rugi siapa yang beli iPhone 3GS hari tu sebab iPhone 4 ni jauh lebih bagus berbanding 3GS. Macam biasa ini strategi marketing Apple, diorang keluarkan produk baru supaya orang yang dah beli produk dia yang sebelumnya terpaksa beli gak yang baru semata-mata nak kejar dengan teknologi. Smart, cerdik tapi kejam. Siapa yang bercadang nak beli iPhone tu, sabar jelah tunggu iPhone 4 ni sampai ke Malaysia.

Okeh. Website Apple dah update. More details pasal iPhone 4 boleh tengok sana website Apple iPhone

brought to you by

45 Comments