[Baca: Senarai harga rasmi iPad 2 di Malaysia]
iPad 2 Untuk Dimenangi Oleh Blogger
Sebelum kita cerita lebih lanjut tentang iPad 2, aku nak mengumumkan tentang contest yang dianjurkan oleh premium sponsor blog.ariff iaitu saudara Muhammad Ilham atau lebih dikenali dengan nama pena Denaihati yang menawarkan ganjaran hadiah berupa sebuah iPad 2 untuk pemenang pertama. Hadiah lain adalah termasuk cermin mata original Rayban (4 pasang) dan wang tunai berjumlah RM300. Sila lawati entri Apple iPad 2 Malaysia Untuk Teman Setia untuk maklumat lanjut cara untuk menyertai pertandingan ini.
Pertandingan ini dianjurkan dengan kerjasama penaja Smartgold.biz dan Ray Ban Malaysia.
Ada Apa Dengan iPad 2?
Belum pun sempat merasa guna iPad dah nak keluar iPad 2 minggu depan. Pada pendapat aku, gadget seperti iPad ni adalah gadget untuk orang yang mampu, bukan student macam aku yang hanya bergantung pada duit pinjaman yang masuk tiap-tiap bulan. Jadi tengok jelah dari jauh orang guna kan.. Setakat yang aku lihat, iPad memang sebuah barangan elektronik atau mungkin kita boleh panggil mainan yang memang menyeronokkan. Ia adalah seperti Gameboy pada zaman aku muda dulu, cuma dengan bermacam lagi fungsi dan kegunaan.
Dah banyak leaked information tentang iPad 2 ni yang biasanya dilakukan wujud social buzz yang berpanjangan. Bila ramai orang yang memperkatakan tentang gadget ini pada jangakamasa yang panjang, memang makin ramai orang akan tertarik untuk ambil tahu tentang gadget tersebut. Maklumat yang leaked seperti ini ada tarikannya yang tersendiri, namun tak semuanya tepat. Apa-apa pun, apa yang kita dah dengar tentang iPad 2 setakat ini?
Spesifikasi iPad 2
iPad 2: Kamera Hadapan & Belakang
Idea untuk kamera hadapan bagus, sesuai untuk Facetime tapi kalau kamera letak di belakang, macam pelik sikit. Cuba bayangkan kalau korang gunakan sehelai kertas A4, imaginasikan yang ianya sebuat iPad dan bayangkan pula korang gunakan objek bentuk macam tu untuk tangkap gambar. Tak rasa pelik ke? Kita dah biasa tangkap gambar dengan smartphone yang jauh lebih kecil, jadi bila guna sekeping iPad untuk tangkap gambar memang nampak pelik.
Apa-apa pun, iPad 2 wajib dan berkemungkinan besar akan ada kamera hadapan.
iPad 2: Processor yang Lebih Laju
Ini sesuatu yang sudah pasti akan ada dalam iPad 2 nanti. Dengan processor yang lebih laju (khabar angin mengatakan Dual Core) lebih banyak apps yang canggih dapat dihasilkan. Kena ingat, pembangunan komputer dulu pun bergantung kepada kelajuan processor, semakin laju processor, semakin banyak benda yang boleh dibuat oleh komputer tersebut dan semakin cepat teknologi berkembang.
iPad 2: Lebih Nipis
Bentuk iPad 2 sudah tentu akan berubah. Agak mustahil kalau Apple tak buat rekabentuk baru untuk iPad 2. Apa yang boleh diharapkan ialah iPad 2 lebih nipis dan ringan berbanding iPad yang ada sebelum ini.
iPad 2: Harga
Harga untuk iPad 2 berkemungkinan besar tidak jauh beza dengan harga iPad di pasaran sebelum ni. Dikatakan harga iPad di Malaysia adalah lebih murah berbanding di negara-negara lain (mungkin disebabkan oleh faktor pertukaran wang). Tapi nak dapat harga yang murah tulah yang nak kena tunggu lama sikit.. Betullah mereka cakap, time is money.
iPad 2 di Malaysia?
Soalan ni susah sikit nak jawab. Aku cukup tak faham kenapa Malaysia lambat sangat dapat barangan Apple ni berbanding negara jiran kita di selatan sana padahal stok yang kita dapat semuanya datang dari Singapore (MacBook Pro aku yang dibeli di Apple Store online dihantar dari Singapore)
Pada jangkaan aku, kalaulah kita bernasib baik tahun ni, iPad 2 akan mula dijual di Malaysia menjelang Ogos/September 2011. Namun begitu, janganlah letakkan harapan yang tinggi sangat dan kepada yang menunggu tu memang kena sabar lebih sikit untuk dapat, melainkan kalau korang ada duit lebih dan sanggup beli iPad 2 yang dibawa masuk dari US.
Mana nak beli iPad 2 di Malaysia? Macam biasa akan ada penjual yang akan mengimport iPad 2 dari negara-negara batch pertama memasarkan iPad 2 dan jual di forum Lowyat.net. Rasanya takde tempat lain lagi di internet ni yang paling efektif untuk memasarkan barangan elektronik dalam pasaran Malaysia selain Lowyat.net.
blog.ariff proudly sponsored by
Comments
41 responses to “iPad 2 Keluar Minggu Depan | Anda Mahu? Saya Mahu!”
Good luck kepada semua.. teringin join contest ni.. tapi tulah PR0 je.. memang tak layak pon.. huhu
good luck bro…a very good review from u..
Aku tgh tunggu android Pad…yang reliable…
Sorry. Aku mamat Droid.
haha.. aku dengan android macam tak ngam sangat kot. setiap orang ada pilihan masing-masing. normal la tu..
Nak dapat percuma iPad setiap minggu cuma perlu tonton Agro-Xplorasi setiap Sabtu di TV3 jam 7:30 malam. Borang contest boleh didapati dari Harian Metro. 10 iPad untuk dimenangi dangan 1 iPad setiap minggu. Bukan iPad2 tapi iPad
Baru tahu nama betul bro denaihati hari ni…. :D :D :D
Good luck kepada yang join contest ni… ;)
good luck.. baru je nk cari info tentang iPad.. dah nk keluar yg baru.. iPad 2 lak ye..http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/02/baru-nak-baca-tentang-ipad-dah-nak.html
Memang cam best je.. nanti kumpul duit sehari RM0.50 cukup tahun boleh beli
wooot, aku nak gak satu ipad 2, promote sudah.hehe
bila la dapat merasa ipad nie, huhu
all the besttt bro!;)
cool. i want this one too! yeah!
agak2 berapa harga dia eh?
lebih kurang je dengan current ipad.
Best contest ne,teringin juga nak merasa penangan ipad 2 walaupun tak ipad pun tak pernah sentuh lagi
saya juga mahu! (kumpul duit luuu)
wahhhh gud lux, otai2 join ni
Terkini : Akuarium Paling Kecil Di Dunia
tu la ramai otai join.. takut aku..
wah! kalau ariffshah join, konfem menang punyalah ;p
aminkan doa tu banyak2
[…] untuk pengunjung setiaMelalui intipan di google serta peserta contest iPad 2 Abang Iwan, Pendekar, Ariffshah dan Ieyra memang tak menyesal menunggu berbulan-bulan iPad 2 ni bak kata orang memang […]
Ada kamera itu penting. Sebab macam hari tu, yang guna iPad, bila feeling2 nak buat live blogging, tak dapat nak letak gambar immediately sebab iPad takde camera macam smartphone (baik pakai smartphones kan?) Ha ha ha.
Moga2 dengan iPad 2 ni, dia akan lebih berguna dari segi fungsi dan features dia. XD
ha’ah ek. untuk live blogging perlu ada kamera belakang. Tapi masih rasa janggal nak guna ‘sekeping’ iPad atau barangan tablet macam ni untuk tangkap gambar.
itu aku kena setuju dengan kau. angkat benda besar gitu, dan tangkap gambar orang. boleh kena bahan nanti (ni yg nak tunggu orang demo ni..kih3)
Ipad 2 baru nak keluar yang ada kamera depan belakang, tapi samsung galaxy tab dah keluar awal-awal.
Kalau betul Ipad 2 nanti akan diletakkan processor Dual Core, Samsung Galxy Tab 10.1 dah guna pun processor Dual Core.
Hurm… (berfikir)
Peace!
(^_~)
hahahaha.. semua orang ada citarasa sendiri..
pergh… haha… memang best… teringin jugak nak menang tu.. hehe…
hang pun masuk kan? all the best la bro!
uhuks, xlayak untuk join..
insyaALLAH rezeki Ariff mana tahu kan :D
kena usaha lebih ni. Persaigan confirm hebat punya..
Kali ini aku tak fikir akan beli iPad 2.
Aku juga harap Steve Jobs hidup lama, kalau tidak, produk Apple akan kehilangan “Ommmph”nya…
http://bit.ly/fNfZJ9
aku enjoy tengok steve jobs launch produk. memang unik.
Nasib aku tak baik, tak dapat join. syarat tak cukup. Good luck ariff!
thanks bro. nanti tolong la mana yang patut.
nmpk gaya kena start simpan duit dr skg ni. hehe
hmm..mmg pelik kalau ipad2 ni ade kamera…sbb bentuknya yg besar dan nipis…kalau saiz kecik sket mcm samsung galaxy tab oklah jugak kan…
setuju dengan point kamu.
walaupun aku dah ade ipad, tapi spec ipad 2 ni lebih cool!
sape mau sponsor aku? hahaha…
fuhhhh ipad 2 tu, kalau ariff dapat memang rezeki la kan.. ;)
kita cuba je.. harap dapat berikan support nanti :)
insyaAllah ;))
tak mustahil kali ni bro akan dapat guna iPad 2 rezeki siapa tahu.
yeah. akan buat betul2 untuk contest ni walaupun persaingan sengit. Cuba selagi boleh.