Insurans / Takaful Nyawa vs ASB Loan

asb-insurans-takaful

Nota: ‘Insurans’ & ‘Takaful’ mempunyai fungsi yang sama. Bezanya, insurans bukan syariah compliant, manakala takaful syariah compliant. Mulai dari sekarang, kita guna takaful je.

Dalam perbincangan berkenaan takaful nyawa semalam di Facebook, saya terbaca komen seseorang yang mengatakan ASB loan pun sama je fungsinya macam takaful nyawa iaitu dengan perlindungan yang diambil sekali dengan loan tersebut, kalau peminjam meninggal dunia, loan tadi jadi percuma. Jadi lebih baik ambil ASB loan sebab dapat dividen.

Contoh, kalau ambil loan RM100,000, dapatlah RM100,000 dalam ASB kalau meninggal dunia.

Orang yang tahu tentang kewangan ni tahu dua benda ni berbeza dan tak sepatutnya dibandingkan. Bezanya macam langit dengan bumi. Walaupun begitu, salah satu benefitnya sama. Jadi saya buat entri ni untuk mereka yang terfikir idea ni.

Senang je sebenarnya. Kita bandingkan dari segi kos je.

Katakan A adalah seorang lelaki, baru berkahwin, umur 25 tahun. Dia perlukan satu mekanisme yang boleh membantu isterinya sekiranya tiba-tiba dia meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal sehingga tidak mampu bekerja.

Kalau dah tak boleh kerja, takkan nak harap kat wife 100% kan? At least kalau ada duit puluhan malah ratusan ribu, takdelah rasa macam loser sangat di saat kejatuhan macam tu.

Kalau ada anak, of course perlu ada duit untuk tangung anak tu sampai umur 20 tahun, sekurang-kurangnya. Takkan nak tengok anak tinggalkan pelajaran sebab si A tak mampu tanggung?

Jadi dia buat perbandingan antara takaful nyawa dengan ASB loan.

Nak ambil takauful nyawa RM100,000 pampasan, hanya RM30 sebulan selama 25 tahun. Kalau ambil ASB loan pada amaun yang sama, bayaran bulanannya ~ RM600 untuk 25 tahun. 20 kali ganda daripada bayar takaful.

Setahun bayar Takaful tadi RM360 je, ni nak bayar ASB loan RM7200. Memang tak berbaloi.

Jadi untuk protection, ambillah instrumen protection yang betul. ASB loan ni lebih kepada investment.

Sedikit tips untuk mengambil insurans nyawa:

1. Ambil dengan ejen berdaftar, bukan dengan bank atau beli kat telefon. Bila sesuatu terjadi, agent will serve you, bank akan suruh kamu tunggu dan yang beli kat telefon takde orang tahu.

2. Amaun yang digalakkan adalah 5 tahun gaji. Contoh, gaji RM3,000 x 12 bulan x 5 tahun = RM180,000. Ini disebabkan kalau anda lumpuh, RM180,000 tu cukuplah nak bertahan selama 5 tahun kalau diurus dengan betul.

3. Jumlah kos insurans / takaful bulanan anda tak boleh lebih 10%. Kalau lebih tu dah tahap membebankan. Adjust balik. Yes, protection penting, tapi janganlah sampai jadi beban bulanan. Ini usaha kita, buat sekadar mampu. Selebihnya, kita bertawakal.

Actually simple je. Yang bujang pun digalakkan ada life insurance. At least, kalau ditakdirkan umur tak panjang, pampasan tu dapatlah kat ibu bapa. Besar pahala lebih-lebih lagi kalau ibu bapa orang susah, bayangkanlah bila duit pampasan tu dapat bawa diorang pergi haji. fuh..

Anyway, ni rate loan ASB paling murah sekarang. Tak pasal-pasal BSN dapat iklan free.

pagebannerasb


Posted

in

by

Comments

12 responses to “Insurans / Takaful Nyawa vs ASB Loan”

  1. Norhayati Suaib Avatar

    Kena cari agen yang betul-betul fully komitmen.Senang untuk kita buat rujukan nanti.

  2. Hasnul Mutawif Avatar

    Dan semestinya LOAN (Pinjam) itu berasaskan riba. Jatuh haram

    Lainlah kalau buat FINANCING (Pembiayaan)

    Sama macam insurans dan takaful.

    Sama tak serupa. Dibezakan dengan akad dan kontrak yang patuh syariah antara 2 pihak atau lebih

  3. wan Avatar

    Saya memang ambil semua takaful untuk anak2 dan diri sendiri

  4. Asyrof Asri Avatar

    Insurans Takaful ni penting bagi setiap orang.

    InsyaAllah, ekonomi dah kukuh nanti boleh la mohon. :)

    1. Mazni Azmi Avatar

      Lebih mula beli lebih bagus

  5. azimah mohd zainuddin Avatar

    Insurans penting untuk persediaan kita menghadapi sesuatu yang di luar jangkaan. Cuma sediakan payung sebelum hujan

  6. Ummi Avatar

    Saya mohon share ye..
    Masih ramai lagi kat luar sana yang belum terbuka hati untuk ambil perlindungan diri. Orang sekeliling dan orang terdekat dengan saya sendiri masih ramai yg belum ada kesedaran tentang hal ini,,

  7. siti hazreen Avatar

    yep, saya pun pilih takaful ;)

    1. Mazni Azmi Avatar

      Ambil smentara masih sihat. Bila dah sakit dah tak guna

      Masa sihat nikmat yang besar

  8. blog amir Avatar

    penting takaful ni sebenarnya especially yang buat bisnes sendiri

  9. ohcikgu Avatar

    ramailah orang serbu bsn nanti. haha..

    1. akubiomed Avatar

      Sudah tentu mereka mencari rate yang rendah untuk kurangkan bebanan.