Hotlink Hot Tiket Percuma Untuk Pembaca blog.ariff

Kepada yang tak tau, Hotlink Hot Tiket ni adalah promosi terbaru daripada Hotlink. Simple je sebenarnya, Hot Tiket ni memberikan lebih nilai kepada top up korang. Beli Hotlink Hot Tiket yang berharga RM15 dan  korang akan dapat 120 minit masa berbual dan 300 SMS (jumlah bernilai RM60) berbanding kalau korang top up biasa dapat 45 minit masa berbual je. Memang cun sangatlah sebab time raya ni mestilah banyak guna handset. Jadi dengan Hotlink Hot Tiket yang memberikan lebih nilai kepada top up korang, dapatlah berjimat sikit kan.

Selain daripada itu, Hotlink Hot Tiket tu boleh ditebus dengan 2 ketul ayam goreng di KFC. hoho.. Tak cukup dengan masa berbual dan SMS ekstra, dapat KFC lagi tu. 2 ketul ayam goreng KFC boleh ditebus dengan satu Hotlink Hot Tiket berharga RM15 atau dua Hotlink Hot Tiket berharga RM10. Jadi aku rasa dalam hal ni, beli Hotlink Hot Tiket berharga RM15 tu lagi untung lah kot. Lagipun RM5 je beza. Duit raya confirm banyak punya korang dapat kan..

Hotlink Hot Tiket boleh didapati dari Maxis centre dan agen-agen Hotlink seluruh negara. Beli cepat sebab raya nanti kedai mesti tutup punya dan biasanya barang baik camni cepat je habis. So siapa cepat dia dapat.

Di samping itu, aku nak kasi giveaway sikit la. 2 orang pembaca bertuah blog.ariff akan menerima satu Hotlink Hot Tiket berharga RM15. Caranya mudah je, tinggalkan komen korang kat bawah dan kalau ada blog, copy paste code bawah ni dalam entri korang yang seterusnya. Tak payah tulis entri atau apa-apa pasal benda ni (tapi kalau nak tulis takde salah), just selitkan aje kod ni supaya aku bleh promosi sket. Nak buat giveaway kenalah promosi sikit kan. Sesiapa sahaja boleh menang, blogger ataupun bukan blogger dan pemenang akan dipilih secara rawak. Pemenang akan diumumkan masa aku kat Moscow nanti.

Tarikh tutup – ikut mood aku. Kalau rasa nak tutup esok, maka esoklah aku tutup. Kalau korang tengok comment section untuk entri ni dah tutup, maka tertutuplah giveaway ni. haha.. Jadi sementara ada peluang, masuk je terus.

Selitkan dalam html entri terbaru korang:

Saya mahu Hotlink Hot Tiket daripada <a href="http://ariffshah.com" title="blog.ariff - Just another blog by Ariff Shah">blog.ariff</a>

Like page blog.ariff di Facebook, follow blog.ariff di Google Friend Connect atau follow @ariffshah di Twitter untuk tidak ketinggalan dalam giveaways macam ni pada masa hadapan.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua. Maaf Zahir dan Batin.

2010/2011 Premium Sponsor


60 thoughts on “Hotlink Hot Tiket Percuma Untuk Pembaca blog.ariff

  1. salam pada semua pembaca blog ini … setakat ini sya rasa pengunaan hot tiket lah yg paling menjimat kan daripada topup biasa ….

  2. Tak yah susah2 pilih…
    Sya sedia menerimanya…
    Lagipun sya guna Hotlink…
    Pintu sentiasa di buka..kwank..kwank..

  3. hi encik Ariff!! aku pakai Hotlink, so rasanya aku ni mmg salah sorang calon yang layak kan!! selamat hari raya ya!! sedey la aku tak balik raya tahun ni, kerja punya pasal, sighz -_- ..jgn lupa belanja KFC dua ketui tau!! (padahal suruh bg hot ticket tu hahaha :P)

  4. erk, kalau kat moscow macam mana kau nak bagi hot ticket ni nanti? hantar guna pigeon ke bro? -_-”

    hehe aku join gak, terselit kat entri bawah ni. selamat beraya! :)

  5. Pingback: Blog Ariff bagi giveaway?? wah wah wah!! | Anastasia Ann

  6. woo.. menarik gak hot ticket ni..
    kad topup biasa pun dah lama tak tengok..
    asyik online topup je.. heheh

    tiket panas satu!!!! :D