Hari Belia Negara 2010

Tiap-tiap tahun Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Belia Malaysia menganjurkan sambutan Hari Belia Negara dan sambutan tahun ini akan bertempat di Presint 4, Putrajaya pada 14-16 Mei yang bertemakan Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang sambutan Hari Belia Negara antaranya ialah pertandingan cyber games, sepak takraw, bola jaring, bola baling dan macam-macam lagi aktiviti lain. Malang sungguh aku kat Moscow ni. Kalaulah Kementerian Belia dan Sukan boleh sponsor tiket aku balik kejap hujung minggu ni untuk menyertai Hari Belia negara ni kan best. haha~

Pada sambutan Hari Belia Negara nanti, 50 buah blog kreatif terpilih akan dipersembahkan kepada Perdana Menteri Malaysia DS Najib Razak dan pemilik blog yang terpilih itu akan menerima sijil penghargaan daripada Kementerian Belia dan Sukan. Blog yang terpilih juga akan dipamerkan di booth pameran Information TechnologyYouth Movement (ITYM). Ini merupakan cara yang terbaik untuk mempromosi blog anda secara offline.

Mesej kepada DS Najib Razak:

Andaikata blog.ariff terpilih dan Dato’ Seri Najib Razak terbaca blog ini, harapan saya kepada kerajaan senang je dan saya rasa idea ini boleh menggalakkan lagi belia muda kita berblogging secara aktif dan sihat. Kerajaan haruslah menganjurkan macam-macam lagi pertandingan yang melibatkan blogger secara langsung seperti pertandingan Blogging for Federal Territory yang pernah dianjurkan dulu. Apa kata kita anjurkan pertandingan yang seumpama untuk negeri Melaka dan Pulau Pinang yang telah dinobatkan sebagai World Heritage site oleh United Nations Educational, Scientific & Cultural Organization (UNESCO) dan juga Pulau Langkawi yang diiktiraf sebagai Geopark oleh UNESCO.

Untuk pengetahuan semua Langkawi Geopark adalah satu-satunya Geopark yang terdapat di Asia Tenggara ni. Oleh itu, melalui pertandingan berblogging seperti ini dapat menaikkan lagi populariti tempat-tempat menarik di negara kita.

***

.. sebenarnya banyak lagi idea dan proposal yang telah difikirkan secara terperinci untuk tujuan ini. Nak reveal kat sini macam rugi sebab aku tau ramai yang boleh tiru. Jadi, kalau ada pegawai di pihak kementerian ingin bekerjasama boleh email terus ke


32 thoughts on “Hari Belia Negara 2010

  1. Saya sebagai Sekretariat Hari Belia Negara 2011 ingin menjemput anda semua untuk perayaan Sambutan Hari Belia Negara 2011 pada 27 hingga 29 Mei 2011 di Putrajaya….Perayaan kali ini adalah yang terbesar akan diadakan.Sebanyak 20 segmen dan 200 aktiviti menanti anda…Maklumat lanjut sila layari http://www.haribelianegara.org.my

  2. jgn lupa dtg kat presint 18 yea.. ada pertandingan lompat tali.!! nie bkn yg main getah pnya.. dtglah.! best tau..

  3. salam singgah
    ~ wah..semoga pihak penganjur memberi ruang dan xtra peluang utk blogger
    .-= Cerita terbaru missnina.. Pagi-Petang Yang Gelap =-.

    • Cuba nasib je. Kat entri penyertaan tu buat betul2. Kasi idea mantap2 sebab blog yang terpilih nanti, diorang buat screenshot kat entri penyertaan tu je. So kalau Dato’ Seri tengok pun, dia tengok entri yang tu je lah.

  4. Oh, satu benda lagi nak cakap. Aku suka Twitter Trackbacks tu. Serius menarik. Ko baru letak atau sebelum ni aku tak perasan?