Hari Belia Negara 2010

Reading Time: 2 minutes

Tiap-tiap tahun Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Belia Malaysia menganjurkan sambutan Hari Belia Negara dan sambutan tahun ini akan bertempat di Presint 4, Putrajaya pada 14-16 Mei yang bertemakan Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang sambutan Hari Belia Negara antaranya ialah pertandingan cyber games, sepak takraw, bola jaring, bola baling dan macam-macam lagi aktiviti lain. Malang sungguh aku kat Moscow ni. Kalaulah Kementerian Belia dan Sukan boleh sponsor tiket aku balik kejap hujung minggu ni untuk menyertai Hari Belia negara ni kan best. haha~

Pada sambutan Hari Belia Negara nanti, 50 buah blog kreatif terpilih akan dipersembahkan kepada Perdana Menteri Malaysia DS Najib Razak dan pemilik blog yang terpilih itu akan menerima sijil penghargaan daripada Kementerian Belia dan Sukan. Blog yang terpilih juga akan dipamerkan di booth pameran Information TechnologyYouth Movement (ITYM). Ini merupakan cara yang terbaik untuk mempromosi blog anda secara offline.

Mesej kepada DS Najib Razak:

Andaikata blog.ariff terpilih dan Dato’ Seri Najib Razak terbaca blog ini, harapan saya kepada kerajaan senang je dan saya rasa idea ini boleh menggalakkan lagi belia muda kita berblogging secara aktif dan sihat. Kerajaan haruslah menganjurkan macam-macam lagi pertandingan yang melibatkan blogger secara langsung seperti pertandingan Blogging for Federal Territory yang pernah dianjurkan dulu. Apa kata kita anjurkan pertandingan yang seumpama untuk negeri Melaka dan Pulau Pinang yang telah dinobatkan sebagai World Heritage site oleh United Nations Educational, Scientific & Cultural Organization (UNESCO) dan juga Pulau Langkawi yang diiktiraf sebagai Geopark oleh UNESCO.

Untuk pengetahuan semua Langkawi Geopark adalah satu-satunya Geopark yang terdapat di Asia Tenggara ni. Oleh itu, melalui pertandingan berblogging seperti ini dapat menaikkan lagi populariti tempat-tempat menarik di negara kita.

***

.. sebenarnya banyak lagi idea dan proposal yang telah difikirkan secara terperinci untuk tujuan ini. Nak reveal kat sini macam rugi sebab aku tau ramai yang boleh tiru. Jadi, kalau ada pegawai di pihak kementerian ingin bekerjasama boleh email terus ke


Posted

in

by

Comments

32 responses to “Hari Belia Negara 2010”

  1. edy Avatar

    Saya sebagai Sekretariat Hari Belia Negara 2011 ingin menjemput anda semua untuk perayaan Sambutan Hari Belia Negara 2011 pada 27 hingga 29 Mei 2011 di Putrajaya….Perayaan kali ini adalah yang terbesar akan diadakan.Sebanyak 20 segmen dan 200 aktiviti menanti anda…Maklumat lanjut sila layari http://www.haribelianegara.org.my

  2. mieran Avatar
    mieran

    Tahniah terpilih 10 blogger creative youth blog :)

  3. itym admin Avatar

    Salam.. tahniah anda tersenarai dalam 10 blogger terbaik untuk contest creatve youth blog hari belia negara.. sila email kan nama penuh dan alamat surat menyurat untuk penyediaan sijil..

    untuk maklumat lanjut.. pergi ke portal kami… http://itym.blogspot.com atau buzz kami di facebook information technology youth movement tq
    .-= Cerita terbaru itym admin.. Pemenang Creative Youth Blog Contest Hari Belia Negara 2010 =-.

  4. suhaili Avatar
    suhaili

    Jempu datang ke booth terapi lintah “LEECH MIRACLE”

  5. ainie Avatar

    jgn lupa dtg kat presint 18 yea.. ada pertandingan lompat tali.!! nie bkn yg main getah pnya.. dtglah.! best tau..

  6. syahirul Avatar

    aku baru taw hari ni.. haha.. baru reg tadi..
    .-= Cerita terbaru syahirul.. Senarai anime yang hadir dalam hidupku =-.

  7. missnina Avatar
    missnina

    salam singgah
    ~ wah..semoga pihak penganjur memberi ruang dan xtra peluang utk blogger
    .-= Cerita terbaru missnina.. Pagi-Petang Yang Gelap =-.

  8. Liyana Avatar

    wah menarik. mesti join lah mana tahu terpilih :D
    .-= Cerita terbaru Liyana.. gambar mia sara nasuha @ amani waktu gebu gebu. =-.

  9. aizuddin Avatar

    aku baru tau ada hari belia..huhu
    .-= Cerita terbaru aizuddin.. Aku Pemenang Contest Internet Anjuran Atok Poyos! =-.

  10. hans Avatar

    wow
    kalau dia baca best la ko yer ariff

    1. ariff Avatar
      ariff

      agaklah.. tapi… macam angan2 jelah dia nak baca. Dato’ Seri memang busy

  11. aidi-safuan Avatar

    ariff shah, pergi putrajaya tak nanti?
    .-= Cerita terbaru aidi-safuan.. Mari Pecahkan Teruna & Dara Masing-Masing Dengan Bermain Buaian! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Yang Geng Blogger punya insya allah pergi

  12. Adziim Avatar
    Adziim

    Moga segala cadangan dan idea anda mendapat perhatian Negara.
    :)

  13. sazali yusof Avatar

    thanx bro arrif cz join our contest.. xsangka blogger top macm anda boleh join we all dlm ITYM.. :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha. xdelah top mana. harap blog ni terpilih la =)

  14. eyriqazz Avatar

    Nampak cam menarik..kalau sempat join juga walaupun blog ku tak kreatif..hak3….
    .-= Cerita terbaru eyriqazz.. Si Dia Yang Menggiurkan =-.

  15. adamfaiz Avatar

    Idea yang baik bro..memang banyak yang boleh kita promo pasal Malaysia nih..
    .-= Cerita terbaru adamfaiz.. Dari Tukang Polish Tayar Menjadi Jutawan – Rahsia 20K Dalam 20 Hari =-.

  16. eciz Avatar

    macam tak layak je. huhu bak kata ‘orang popular’ tu. saya nii jauh ketinggalan. huhu
    .-= Cerita terbaru eciz.. Apalah nasibb =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Cuba nasib je. Kat entri penyertaan tu buat betul2. Kasi idea mantap2 sebab blog yang terpilih nanti, diorang buat screenshot kat entri penyertaan tu je. So kalau Dato’ Seri tengok pun, dia tengok entri yang tu je lah.

  17. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    Oh, satu benda lagi nak cakap. Aku suka Twitter Trackbacks tu. Serius menarik. Ko baru letak atau sebelum ni aku tak perasan?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tak lah. Dah lama dah. Benda tu kalau banyak feedback dan RT baru dia detect.

  18. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    Menarik idea ko tu. Good luck!

  19. fina fento Avatar

    oh..entri ni dah bagi idea tentang apa nak dibuat kat blog saya..wahah..sekarang idea menderu-deru!
    Thanks ariff!
    .-= Cerita terbaru fina fento.. Peraduan Online 2010, menantu mak dara & kasut tumit tinggi =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      No problem =)
      All the best ok!

  20. Lord Zara Avatar

    aku entah layak ke tak~
    blog aku cam hampeh amat rasanya~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Bisik Pada Bayu : Aku Akan Terus Kekal Menunggu =-.

  21. joegrimjow Avatar

    ku pon nak join jugak ni
    dah kul 12 lebih
    entah sempat nak karang x ni
    .-= Cerita terbaru joegrimjow.. Concert westlife – where we are (awesomee!) =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Sempat lagilah joe. Tarikh tutup 13 Mei

  22. DaHLia Avatar

    yeah!! sis pun dah join gak :)
    .-= Cerita terbaru DaHLia.. Blogger adalah Belia Kreatif, bakal Pemacu Ekonomi Negara! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Good luck to you =)

  23. khairil Avatar

    nak join gak tapi xde idea lagi -__-
    all da best

    1. ariff Avatar
      ariff

      Boleh copy paste entri asal kat blog ITYM tu. Takde hal!