Harga iPad2 Malaysia

iPad2 akan tiba ke pasaran Malaysia pada 29 April ini. Mereka yang berminat boleh membeli iPad2 daripada Apple reseller seperti MacStudio, Epicentre dan MacCity. Ada beberapa reseller telah mula membuka tempahan (ada juga yang telah menutup tempahan kerana sambutan yang menggalakkan), namun iPad2 masih boleh didapati untuk walk in customers di beberapa lokasi Apple reseller bermula Jumaat ini (sementara stok masih ada).

Berikut adalah anggaran senarai harga rasmi iPad2. Kalau lebih daripada itu, anda mungkin ditipu kerana penjual ingin mengambil untung lebih atas permintaan yang sangat menggalakkan. Senarai harga adalah anggaran minimum dan kalau lebih daripada itu, harga maksimum untuk model yang paling asas (iPad2 16GB Wifi) adalah RM1700. Walau bagaimanapun, aku rasa senarai harga iPad2 untuk pasaran Malaysia di bawah ini adalah tepat.

  • iPad2 16GB/32GB/64GB Wifi Only = RM1499/RM1799/RM2099
  • iPad2 16GB/32GB/64GB Wifi+3G = RM1899/RM2199/RM2499
  • Smart Cover Poly : RM150
  • Smart Cover Leather : RM250

Recommendations

Aku lebih suka iPad2 Wifi sahaja sebab selama ni pun aku tether je Galaxy S aku untuk internet kalau guna MacBook kat luar. Lagi satu, mengurangkan sebab untuk aku keluarkan duit dan beli plan untuk iPad2 pulak kalau ada 3G. Bukannya nak guna tiap-tiap hari pun, betul tak?

Untuk storage, disebabkan aku taklah gadget freak sangat, 16GB adalah paling sesuai untuk aku. iPad2 hanyalah sebagai barang permainan multimedia dan ebook reader, jadi tak perlu storage besar sangat.

Dan untuk Smart Cover, of course aku pilih kulit. Baru elegan dan kena pada gaya barang permainan yang mahal ni. Alang-alang menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan, betul tak?

Kalau anda adalah seorang blogger dan ingin mendapt iPad2 secara percuma, silalah sertai pertandingan ini dan ini.

Sumber: Lowyat.net

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

33 Comments