Ini pendapat saya berkaitan GST.
Katakan Najeeb bergaji RM1500 sebulan. Setahun gajinya RM18000. Dengan gajinya yang rendah, dia tak perlu bayar cukai pendapatan.
Kemudian, cukai GST sebanyak 7% diimplementasi oleh kerajaan Malaysia yang tercinta. Boleh dikatakan nilai gaji tahunan Najeeb telah berkurangan sebanyak RM1260. Oklah.
GST ni unik kerana coveragenya merangkumi segala aspek kehidupan kita. Boleh kata semua benda akan dikenakan cukai GST.
Katakan Najeeb kurang berbelanja dan hidup macam bangla, dia dapat kurangkan perbelanjaan dan dapat jimatkan wangnya sebanyak RM260 setahun. RM1000 dah habis kat tax.

Belum cerita lagi cukai lain yang terpaksa ditanggungnya. Dengan gaji RM1500, besar kemungkinan dia hanya menggunakan motosikal. Cukai eksais motosikal adalah sekitar 10 – 20% (ramai orang tak tau ni).
Mereka nak kurangkan cukai korporat. Tahukah anda yang dimaksudkan dengan cukai korporat ni adalah cukai pendapatan syarikat besar yang membuat untung ratusan, jutaan malahan billion ringgit? Cukai korporat adalah cukai untuk orang kaya.
Persoalannya kat sini, wajar ke orang yang berpendapatan rendah terpaksa tanggung cukai yang banyak?
Comments
19 responses to “GST”
Salam. Tapi gst akan ganti sales dan service taxl.
Dan mengikut blogger hishah, ia tidak inflationary.
http://econsmalaysia.blogspot.com.au/2013/05/gst-and-inflation-part-iv-some-theory.html
haha tergelak2 baca entri ini 2 dalam 1 huhu
GST wajar dilaksanakan jika
1- Pendapatan penduduk RM3500 minima
2- Tiada penduduk miskin tegar.
3- Jalanraya/Perkhidmatan awam perlukan kos penyelenggaraan yang tinggi
4- Pendidikan percuma sehingga PhD.
Tapi pendapat saya, didiklah diri untuk menunaikan zakat. 2.5% je. Cukai kerajaan itu hak kerajaan, kerajaan pula, rakyat juga yang pilih. Salah pilih, inilah akibatnya.
nak laksanakan gst boleh. tapi kenapa perlu deme nak hapuskan cukai korporat, agak pendek akal disitu. padahal cukai korporat lagi banyak leh dapat
nasib baik aku makan pasir
saya sendiri x setuju pasal gst nih
Kalau macam nilah gayanya Tahulah nasib kau nanti lagi 5 tahun Pak Jeeb.. semua nak kena GST.. org kaya apa kesah pasal GST ni.. bayor jelahkan kalau kena charge dekat resit tu.. tapi org yg gaji bawa 2k mcm aku ni.. memang rasa beban..
Teruk jugak bagi yang berpendapatan rendah macam saya nie.
korporat dah tolong sponsor kempen ngundi ari tu..jadi untuk ‘kenang budi’, dapat laa pengurangan cukai.
tah..agaknya la kot :)
hehe.. terdesak teruk dah ni nak pakai duit..
“Mereka nak kurangkan cukai korporat…”
Adakah ini bermaksud cukai untuk golongan kaya akan dikurangkan?
Sudahkah secara rasmi perlaksanaan GST di negara ini?
Malaysia buleh…keje rajin2 :D
Yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin.
hidup 1 Malaysia!!!! hahahaha
Soal wajar\tak? Saya jawab: Hidup dunia akhir zaman dah tak kenal apa itu ‘kewajaran’. Manusia berhati kering kesang ramainya.
aku pun tak sokong GST..agak2 lah kan, orang gaji rendah macam mana.
yup rasanya xbrapa adil bila sampai situ…miskin kaya tetap sama
jawapan dah ada dalam kepala. kan?