Grant Me Three Wishes

Tiga je yang aku minta dalam hidup ni. Tak lebih, tak kurang. Aku rasa kalau aku dapat tiga ni, dah cukup. Tak perlu lebih-lebih. Kadang-kadang bila kita mahukan sesuatu yang lebih dalam hidup, benda tu la nanti yang akan mendatangkan kesusahan dan kerumitan pada hidup kita.

Get Me Out Of The Frozen Hell

Keluarkan aku dari neraka sejuk (beku kalau translate right) itu. Aku guna ‘frozen’ (beku) tapi bukan ‘freezing’ (membeku/sejuk) sebab kat sana ekstrim sangat. Kalau dah beku tu dah sememangnya sejuk kan.. Macam tu la.. ย Neraka pula sebab tempat tu memang tempat yang paling tak digemari. Itu sebab dipanggil neraka.

Dah mula terdengar rungutan pelajar tahun pertama cakap belajar satu benda tak faham. Satu je aku cakap, padan muka! Kalau dah satu kelas belajar sesama orang Malaysia pun ko boleh cakap tak faham, bayangkan aku ni yang belajar dengan classmate Russian. Itu sebab aku nak blah cepat-cepat dari Russia.

Aku rasa dalam hal ni, tak perlulah nak cerita banyak sangat sebab kalau sesiapa yang dah lama ikut blog.ariff akan tahu kehidupan aku yang serba tak best kat Russia. Tapi blog.ariff ni terlahir di sebalik tak kehidupan yang tak best tu. hm.. Ada hikmah juga disebaliknya kan..

Aku dah mula tambah content sikit-sikit kat page Facebook blog.ariff. Kira macam microblog lah kat sana. Content semua diambil dari site-site bahasa Russia, jadi memang unik lah sebab takde blogger lagi buat camtu. Setahun setengah lagi aku kat Russia, jadi aku nak cuba kasi gambaran yang jelas pasal Russia melalui page Facebook blog.ariff tu. Dah habis study nanti takkan nak cerita pasal Russia lagi kan..

Live Life Happily

Lepas aku blah dari neraka sejuk tu, aku nak hidup aku jadi normal balik. Aku nak dapat kerja yang bayar dia ok, tak perlu tinggi-tinggi, cukup mampu untuk aku beli rumah atau condo yang terletak di tepi exit highway; senang nak keluar masuk, beli kereta yang bukan kereta Malaysia tapi maintenance & fuel consumption rendah dan kerja yang tak demanding sangat serta waktu balik kerja tetap tiap-tiap hari.

Lepas kerja bolehla pergi gym, atau swimming. Hujung minggu lepak dengan kawan. Blog? ehem.. tengoklah kehidupan aku macam mana nanti. Kalau blog ni masih memberi pendapatan tetap pada masa hadapan, of course la aku akan maintain kan.ย Lagi satu, aku tak nak pakai spek lagilah bila kerja nanti. Susah betul pakai spek ni. haish..

Lagi.. aku nak superbike satu. Tak payah super mana pun, 250-500 cc tu cukup dah. Untuk hujung minggu punya merempit dan satu motor biasa, untuk bawak pergi 7-Eleven atau melepak di mamak. Keluar sikit-sikit nak naik kereta macam menyampah la pulak. Duduk area bandar mesti banyak traffic jam, buat tambah dosa je maki-maki time traffic jam. Jadi baik elakkan traffic jam tu dengan menunggang motosikal.

A Girl That I Love Till I Die

Bila hidup dah teratur macam ni barulah nak cari bini kan. Sekarang ni aku sibuk-sibuk sebab nak cari calon je. Ada yang aku jumpa boleh buat bini, tapi jenis yang ni elok kahwin terus je. Macam tak sesuai buat couple. Takpelah.. yang tu keep in view dulu. Tak nak kacau sangat. Cuma yang nak buat couple ni.. entah.. macam susah. Aku lagi suka couple dulu 2-3 tahun lepas tu baru kahwin.

Susah sebenarnya nak cari orang yang kita boleh cintai sampai mati. Yelah, kadang-kadang bila fasa hidup berubah kemahuan kita berubah dan belum tentu orang yang kita sayang tu masih lagi sesuai pada kita untuk disayangi. Aku respek orang yang boleh bercinta lama (lebih 5 tahun) sebelum berkahwin dan aku pernah juga dengar orang yang bercinta lama sampai 9 tahun putus cinta juga akhirnya walaupun beberapa minggu lagi nak bertunang. Jadi benda ni susah, tapi kalau tak cuba memang tak tahu lah kan. That’s life. You just have to try.

Sepatutnya benda ni jadi no.2 tapi sebab sekarang pun aku belum jumpa sesiapa yang sesuai untuk dibuat couple dan aku tau kalau aku balik Moscow nanti confirm aku akan jadi single sampai habis belajar. Eh kejap.. kalau balik cuti Malaysia tahun depan boleh mencari-cari lagi.. :D entah la. Itu kalau aku balik tahun depan la.. Kenapa aku tak nak cari kat Moscow? Simple. Dating kat sana leceh.. nak keluar makan pun leceh amat, dan mahal. Aku jarang makan kat luar kalau kat Moscow sebab mahal. Duit kumpul banyak-banyak, balik Malaysia boleh shopping.

Daripada dating kat sana, elok kawin je terus. Serius aku cakap. Macam tu lagi nikmat dan lagi smart dari segi financial. Tapi pandai-pandailah birth control kan. Dah kerja nanti baru la plan nak ada anak. Daripada buat maksiat dosa kering-kering tu, baik kahwin je. Romantik pun ya bandar Moscow tu. Nak pergi Europe untuk honeymoon pun takde hal. Cuma aku tak nak awek engineering atau medic Moscow. Mukttamad. Kalau Russian masih boleh di consider, tapi mesti dara lagi. haha!

***

Apalah yang aku mengarutkan tengah-tengah malam ni.. Now your turn, tell me your three wishes.

Bacaan lain: Mengapa Mengharap Orang Lain Beri Bahagia?

2010/2011 Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

55 responses to “Grant Me Three Wishes”

  1. Bean Moreno Avatar

    1. aku nak bebas hutang (loan belajar)
    2. Aku nak jadi taikoon dalam Malaysia (business)
    3. Aku nak CCNA

  2. izah Avatar
    izah

    1. punya iman dalam diri yang lebih kukuh
    2. berbakti kepada ibu bapa sehabis mungkin
    3. syurga Dia..

    (^_^)

  3. ryusuke tsubasa Avatar

    sory law wish aku merepek but tis is my wish right now…

    1. otak leh bluetoot dgn nota klas (so, sng nk jwb exam)
    2. terus dpt keje after abes study with 4 angka…(risau coz byk sgt dgr graduan tanam anggur skunk nie)
    3.dapat hang out with my fwends yg blaja kat oversea, miss them SOOO MUCH…

  4. makngah Avatar

    1. nak byk duit
    2. nak byk duit
    3. nak byk duit

  5. cik yuki Avatar

    1. nk problem settle cpt2.
    2. kerja dan ad rumah sndiri.
    3. get married n ad bby comel.

    huhuhu mcm ad 5wishes je. hahaha

  6. husna Avatar

    kte 3 wishes…. tp yg 2nd wishes tuh, asal byk lg pertambahan wishes???? da ta mcm 3wishesIwant…… dah jd byk dah tu. :D

  7. […] dan available untuk dimiliki oleh gadis-gadis yang masih dara lagi ya! Tak percaya korang usha entri ni. Aku suka lepak dengan dia ni sebab sikapnya yang suka berkawan dan menghormati kawan-kawan tak […]

  8. syahirul Avatar

    erm.. ape wishes aku eh?

    nak kerja tetap pastu leh kawen then ada anak2…

    nak improve myself jadi seorang yg lebih kuat dari skrg, yg leh hadapi apa2 dugaan..

    nak gi mekah dan stay kat sana sampai mati…

  9. syafiqah Avatar

    erm…ade yg betol gak ko ckp ney..hehe

  10. matjoe Avatar

    wish n0.2 ngko, lepas balik keje g gym – bila dah ada anak, jgn harap bro

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha. itulah.. bila dah ada anak ni, macam-macam berubah dalam hidup.

  11. PJ Avatar

    1) nak abiskan belajar..kerja dulu amik MBA
    2) buka bisnes sendiri..
    3) kawin dengan ada banglo kat atas bukit..

  12. kazen Avatar

    hahahaha wish yg terakhir tue hebat tue….cayalah

  13. Nabiel Avatar

    my 3 wishes huh?

    1) kalau buleh nk buat bisnes..sng..anak2 aku nanti xde susah2 sangat cri keja..

    2) Keluarga yg bahagia bler dh kwin nti..insyallah.

    3) Hidup dgn sehat!hehehe

  14. hanisaleeya Avatar

    1. being the real me without anyone saying I’m not the one they wanted. [It’s my life, right?]

    2. meet the one I’ll love till the end

    3. get as many knowledge, yep. I’m eating books.. ahaha..

  15. joegrimjow Avatar

    ak nye wish, dapatkan 1 billion
    dapat bini ok

    dah cukup
    =)

    1. ariff Avatar
      ariff

      huh. Hebat sangat wish tu

  16. intanberlian Avatar

    balik malaysia
    balik malaysia
    balik malaysia

    huhu tu je wishes aku setakat ni.. adoih. nak raya kat msia. dah lama aku tak taya kat msia.. sejak dekat india ni.

    1. ariff Avatar
      ariff

      laaa… kesiannye.. Budak kat India tak tau bila cuti, tapi rasanya hujung2 tahun kan?

  17. lynn Avatar

    my wishesss:::::

    1)further stdy d oversea for master..*but not in rusia la..=)
    2)men-cukup kan ape apa jgak yg serba serbi kurg dalam hidup nih….
    3)d most important..bahagiakan parent la kan..^_^

  18. ENCIK TIKUS Avatar

    haha. tak salah sekali sekala mengarut. ;P

  19. Irsalina Avatar

    Umm… My wishes:

    1. Bukak bisnes sendiri

    2. Habiskan degree OBU

    3. Beli kereta besar dan rumah besar…

    Kalau dapat tiga-tiga ni kira bagus la ni.. Haha…

    1. ariff Avatar
      ariff

      degree OBU?
      apa itu?

      ..malas nak google..

  20. azurie_zue Avatar
    azurie_zue

    huhu..mmg dasyat wishes arriff tu..tapi x salah.

    1.habis je belajar nk terus kerja. start gaji 4 angka..klw boleh nk buat internship kat Aus sbb ramai kwn kat situ.

    2.dah simpan duit bnyk beli rumah klw boleh x nk besar sgt..just nice dah ok, beli my dream car which is Black Mitsubishi lancer and bawak mama, ayah pergi Haji.

    3. of course la cari jodoh. mesti honest, loyal, ringan tulang, love me so much till i die, pandai hal agama n dunia and klw boleh x nk politician. i hope i can find someone like my pak su..setia menjaga arwah isteri 24 hours..doctor kat hospital pun puji pak su. =)

    ya ALLAh tunaikanlah hasrat ku ini..

  21. wawa Avatar

    Hahaa.. =D

    1. Kalau boleh, nak tukar dapat semula family yang aku ada dalam 10tahun lepas.
    2. Result yang excellent. So that, aku boleh senang-senang mencapai cita-cita aku.
    3. Kerja yang boleh buat aku live happily ever after…~

    Kawen? Biar ar dulu, tak ada fikir pasal kawen pun even dah ada BF, tu kerja Tuhan. Ada jodoh, Alhamdulillah~ Tak ada..life must go on. Tapi apa yang aku nak kat atas tu, aku boleh dapatkan kalau aku usaha dan usaha sikit. That’s all. The end

  22. Lord Zara Avatar

    Aku mendoakan dengan amat sangat untuk wish kau yang pertama. Sebab itu yang kau nak dalam masa terdekat kan? ^___^

    Aku punya 3 wishes?
    Yang aku dapat fikir sekarang ni…

    1. Berjaya mengukuhkan tempat dalam kerjaya aku ni.
    – Ya, semua orang boleh jadi cikgu, tapi berapa ramai yang boleh jadi GURU? Aku nak jadi orang yang dipanggil Cikgu, tetapi dengan tahap GURU. =)

    2. Kumpul duit nak pergi haji!
    – Dah daftar dah, sekarang masa untuk emnabung dengan lebih gigih (sambil bayar duit kereta setiap bulan) Sobs.

    3. Sambung belajar.
    -Dah 3 kali aku dapat offer Masters, tapi semua aku tolak~Hahaha~ Tunggu aku stabil dan dapat uruskan kerjaya aku dengan baik, pastu, cabut, nak smabung belajar. Yeay!

    Dan entah kenapa aku tak jumpa wish kahwin~
    hahaha~
    Takde orang nak, jadi aku tak boelh ada wish tu.
    Sadis, sigh~

    1. ariff Avatar
      ariff

      erk. Insya allah ada punya nanti. Kita mana tau kerja tuhan kan..

      Masters tu.. tak payah rushing2. Bila semua dah stable baru boleh amik lak. One thing pasal profession guru ni aku rasa profession ni memang relax je. Banyak flexibility long term.

  23. izati Avatar
    izati

    nape xnak awek engineering o medic moscow

    1. ariff Avatar
      ariff

      Saje nak cari pasangan dari latar belakang yang berbeza. Kalau sama, perspektif nanti pun sama. Bosan.

  24. abangensem Avatar

    my 3 wishes :

    1) harta yang dapat dimanafaatkan oleh mereka yang kurang bernasib baik.
    2) isteri & anak2 yang menjadi pendorong dalam kehidupan aku.
    3) kesihatan yang memuaskan untuk mencapai kedua-dua ‘wishes’ aku kat atas.

  25. fazidahaziz Avatar
    fazidahaziz

    3 wish plng senang nk cakap tp plng susah nk dapat
    1. Nk kerja best sbb aku menggangur..( br jer abis ar)
    2. Aku nk hidup senang tak payah kaya sangat….janji selesa..
    3.Aku nk ada keluarga dan suami yang boleh bawak aku masuk syurga,,,,

  26. cidut ciput Avatar

    emmm act tak pernah terpikir kot wishes-wishes ni, tapi maybe nak bandingkan kot wishes u n my wishes..

    1. Get me out of the frozen hell
    -saye study kate egypt so takdela frozen2 ni ;)) tapi panas adela! but tak pernah rase lagi summer season yg kemuncak sbb plan nak balik malaysia tiap2 taun.. ;))

    2. Live life happily
    -yeah,semua orang berharap bende ni kan?? ;)) tapi psl beli2 kereta@motor@rumah, rasenye mcm terlalu awal kot! tapi mmg dh ade cita2 nak beli kereta yg warne putih!! ;))

    3. A man that i love till i die
    -masih terlalu awal jgk sbb baru 19 tp my mom dah start bg advice psl benda2 nih..huhuhu~~

    p/s ; taknak awek engineering @ medic moscow?? awek dentist egypt nak? ;P

  27. dina Avatar

    1st dina wish nak cepat dapat keje dalam masa terdekat ne..tak larat dah jadi penganggur sepenuh masa..

    2nd wish dina nak si dia ngaku yang dia sygkan dina..tolonglah rendahkan siket ego tu untuk mengungkapkannya.

    3rd wish dina nak???dah kot..buat setakat ne wish dina sampai 2 jer..huhhuuhu..sebab tu je yang mengganggu fikiran akhir2 ne…huhuhuhu…

  28. mx Avatar
    mx

    aku rasa bagi seorang lelaki same je macam ko. first mesti la dapat keje. Second kete, motor, rumah tu dah jadi perkara wajib. last sekali kahwin. tapi dalam banyak-banyak yang aku rasa susah yang ketiga tu. bukan senang sekarang ni kan. NAk cari yang betul2 loyal kat kita. =)

    Facebook Melayu Babi

  29. Bro Framestone Avatar

    tang no 3 tue bro dah bagi calonnye.. sila pertimbangkan ek he..23x

    lama nk tgu kamu balik ek.. klu bro langsung dulu cam mne ek

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kalo bro langsung dulu, memang dah sampai jodoh lah tu. Takpe2.. No hal punya.

  30. si kunang-kunang Avatar
    si kunang-kunang

    my three wishes are:-

    1) AKu nak cari kerja baru..gaju lebey2 sket..hehe..

    2) Aku nk smbg blajar wat master taun dpn..insyaAllah..doa2kn la ye..

    3) Semoga hubungan aku dan encik F sampai ke jinjang pelamin..dh 5 tahun kapel..dri matrik lgi..ni pon nk soh ko tolong doakn jgk.. =)

  31. afiqaiman Avatar
    afiqaiman

    my 3 wishes pulak(kategori bebudak umur 18 tahun):

    1. nak buat website macam mashable…boleh kerja je terus ngan hanya manage website tu…dok umah baca buku je then menulis
    2. nak jadi anak melayu yang turut berada dalam ranking 10 terkaya asia…erti kata lain nak jadi macam syed mokhtar…bukan saja kaya tapi jugak dermawan
    3. nak menjelajah dunia cari yang Maha Satu…ertinya nak tengok dunia luar sambil mencari kebenaran yang sebenar sebab kita diciptakan berlainan puak untuk kita berkenal-kenalan antara satu sama lain

    p/s : kalau ikutkann ada lagi harapan anak muda ni but kewl dulu…

  32. MIEYRA Avatar
    MIEYRA

    3 wishes aku?lebih kurang same cam ko je.Cuma yang 1st tu aku tukar to aku serik nak kerja bidang customer service.Tension gile.Dahla nak handle staff bawah aku yang macam-macam hal,nak handle customer lagi yang maki orang tak tentu pasal walaupun sebab kebodohan dia sendiri.lagi best kalau dapat buka business sendiri.yang lain tu same je.Mestila nak live life happily…aim tahun depan dapat lesen dan kereta (new beetle/jazz/yariss/alto/swift/caldina).banyak tol choice.haha.papepun kena tunggu persetujuan bapak aku walaupun duit aku kenala ikut cakap dia jugak.hormat.wish yang ketiga kawin.aku ni bukan makin muda walaupun muka maintain muda.heheh.aku dah letih bercinta.kalau yang aku kenal sekarang ni betul2 nak kt aku,pandai-pandaila buat apa yg patut,dose dok bawak anak dare orang ke hulu hilir.kalau aku xnk kuar tu phm2 jela.sekali sekala kuar bru rindu.huhu.aku nak kawin!!!eh cam gatal plak.itu jela.3 je kan…haha

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha.. tak salah pun nak kawin. cuma salahnya kalau kawin tapi mentaliti belum cukup bersedia untuk menerima alam perkahwinan.

  33. tira hashim Avatar

    1st: nak kerja cepat2 or bukak bisnes lepas grad next year

    2nd: bayar hutang PTPTN secepat mungkin..*takot tak lepas pulak nak keluar dr malaysia nanti..huhu*

    3rd: live llife happily. jumpa ape yang dicari, dapat ape yang nak . insyaAllah.

  34. Izzat Ibrahim Avatar

    my three wishes are ;

    1. Nak pakai keta BMW 7 Series
    2. Nak berjaya dalam hidup
    3. Nak lagi 3450933043 wishes ;D

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha.. tamak tu. Mana boleh nak wish banyak2

  35. klcitizen Avatar

    bila dah usia macam saya, sebenarnya tak banyak mana yang dikehendaki lagi.

    1) anak saya bahagia hidupnya dunia dan akhirat
    2) pergi haji dan umrah sebanyak yang boleh—-kat sana boleh mintak doa yang banyak lagi
    3) mati dalam keadaan baik, taknaklah mati kepala berkecai ke atau apa2 yang mengerikan, lebih manis kalau mati tengah sujud ke….

    bab bercinta dulu tu ariff, jangan lama sangat, kasih semasa bercinta dan kasih selepas berkahwin tak sama….

  36. APi Avatar

    my three wish..

    1st : dapat gunakan otak aqu 100%..
    2nd : stabil dari semua segi kehidupan..
    3rd : vespaku dapat race ngan superbike..erkk

    1. ariff Avatar
      ariff

      erk. mana pernah vespa dapat race ngan superbike.

      1. APi Avatar

        tak pernah la nak wish..
        hehe~

  37. nursarah puteri biru Avatar

    huhu, dah agak bab yg pertama tu, mesti akan ada pasal nak get out from Moscow. haha. punyala hell moscow tu ek. :p

    my 3 wishes.

    – satu hari nanti. aku nak. once aku choose 1 benda tuk aku miliki. tak kisah la apapun ia. aku tak perlu letak balik benda yang aku berkenan tu disebabkan oleh mahal. lebih extreme lagi. aku tak perlu tau bape harga dia. aku hanya akan dapatkan. begitu jugak dengan bila mana aku terdetik nak ke mana-mana. dalam atau luar negara. aku nak aku mampu pergi bila-bila masa. di mana life yang tidak terikat dengan apa-apa jadual kerja kena mohon cuti awal ke apa.

    – bila mana aku berjaya realisasikan wish yang pertama, aku masih mahu menjadi diri aku yang sebelumnya. ini adalah wish aku yang kedua. sebab aku tau, manusia mudah berubah, mungkin aku berubah. mungkin orang sekeliling aku berubah. maka aku mahu diri aku sebagaimana pada awalnya. aku mahu kesayangan aku juga begitu seperti mana sebelumnya. bukan makin disayangi sebab kemampuan yang aku ada.

    – kalau boleh, aku belum mahu meninggalkan dunia ini. sebelum yang kedua-dua di atas tercapai.

    done!

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha.. aku pernah hari tu ‘terjadi’ macam yang ko cakap tu. Beli something tak tengok harga sekali punch kat cashier terkejut tengok harga. Tapi takkan nak letak balik kan.. malu la.. So hulur kad dengan kacak dan selambanya dan bayar…

      erm.. nasib baiklah ada duit sana sini sikit-sikit.

  38. zulfadhli isman Avatar
    zulfadhli isman

    my 3 wishes are:

    1) nak study & grad cepat. insyaAllah sampai Phd
    2) nak setup company network sendiri. tak suka kerja bawah orang :D
    3) hidup bersama dengan insan tersayang

    itu sahaja :)

  39. tarmizishukri Avatar

    My 3 Wishes:
    First aku nak study oversea & lepas baca blog ni, tak nakla tempat2 yang sejuk..hehe

    Kedua nak ada bisnes sendiri, coz aku tak suka terikat dengan kerja. Ni tak boleh, tu tak boleh. Buat apa gaji besar kalau takde life.

    Ketiga semestinya nak kawin..hehe.

    Eh, mcm sama je.. hehe..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Correction. Tempat sejuk ok, cuma selain Russia. Percayalah, budak yang study oversea kat negara sejuk yang lain semuanya sihat, selamat dan gembira je. Ada tu siap boleh jadi kaya sebab negara tu bagus kasi elaun lagi kat diorang.

  40. ana Avatar
    ana

    wow, great!! wishes yg sempoi aje..suka membacanya,santai aje cewah !!
    akak pulak tentunya nk habiskan belajar gak, tentunya nk flying colors..klu tak dpt flying janji lepas setiap sem pun syukurla. payah sebenarnya kerja sambil belajar ni..

    nak kehidupan lagi sihat dan bahagia tanpa dukanestapa

    nak tambah anak lagi ler..1/2 lg ke?..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Yea. Alangkan bekerja ni pun kadang-kadang payah, inikan pula bekerja. Tapi alhamdulillah sekarang ni pun blog ni dah jadi macam kerja saya. Adalah masuk secara tetap tiap2 bulan. Bila buat kerja yang kita suka ni, tak terasa sangat macam kerja.

      Tambah anak.. hmm.. tu kena fikir banyak tu kak. Especially bab financial.