Giveaway Wang Tunai RM500

Giveaway tamat. Keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat.

 

Wang tunai hadiah kemenangan pertandingan Famous Bloggers hari tu dah pun selamat masuk ke dalam akaun, jadi seperti yang dijanjikan aku buat giveaway ni sempena kemenangan tersebut. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang menyokong, tanpa anda semua memang agak payah nak menang contest tu. Ok, tak nak cakap banyak, ikuti langkah-langkah ni untuk menang.

 

Join sekarang!

Tweetkan status mesej ini. Kalau takde Twitter, inilah masanya untuk anda buat akaun Twitter.

Giveaway RM500 daripada @ariffshah & @denaihati – http://bit.ly/tunai-500 (RT untuk join)

Dah tweet, copy URL tweet tadi, dah pastekan dalam ruangan komen bawah ni. Harap takde link promosi entri terkini atau yang sewaktu dengannya pulak, kalau ada komen tu akan dipadam serta merta. Nak tweet 1000x pun boleh (anda memang baik hati) tapi hanya satu tweet sahaja diterima.

 

URL: Right click pada masa (contoh gambar atas – 53 minutes ago) > Copy Link

Kemudian, follow akaun twitter @ariffshah & @denaihati. Akhir sekali Like page Facebook blog.ariff & Denaihati Network (boleh promosi blog di sini). Ini syarat utama supaya mudah untuk aku contact pemenang atau menudahkan berita kemenangan tu sampai.

Selesai! Kalau anda bernasib baik dan dipilih sebagai pemenang, RM50 tunai akan menjadi milik anda. Senang kan? 10 orang pemenang akan dipilih. Dengan hanya menghantar satu tweet status, anda dah layak untuk menang hadiah wang tunai.

 

Saya rajin, saya mahu lebih peluang untuk menang!

Baguslah kalau anda rajin. Kalau macam tu, postkan entri bertajuk 5 Entri Best Di Denaihati.com. Bila dah post entri, tinggalkan satu lagi komen URL entri tersebut di bawah ni.

Nak senangkan kerja anda semua, aku senaraikan 10 entri yang best di Denaihati.com [1], [2], [3], [4], [5], [6], [7], [8], [9] & [10]. Terpulang nak ikut senarai atau nak buat senarai sendiri. Suka hati anda. Panjang/pendek entri bergantung kepada anda. Semua penyertaan dikira sama.

Ini akan menambah satu lagi peluang untuk anda menang.

 

Rajin lagi ni, apa lagi yang boleh dibuat?

Anda memang cemerlang. Kalau macam tu buat satu entri puji blog.ariff tahap gaban punya. Mudah. Dah post entri, sekali lagi postkan URL entri tersebut di ruangan komen.

Ini adalah langkah terakhir, jadi kena ikut turutan. Buat entri untuk Denaihati dulu (sebab bro Ilham ni memang best dan baik hati menaja contest ni) kemudian barulah boleh buat entri untuk blog aku ni. Panjang/pendek bergantung pada anda, tapi buatlah supaya pembaca anda rasa berbaloi baca sekalipun contest entri, betul tak?

Langkah terakhir ini akan menambah dua lagi peluang anda untuk menang (bonus markah kerajinan). Jadi kalau anda memang rajin dan cemerlang, peluang untuk anda menang adalah 4 kali ganda berbanding yang join kat Twitter sahaja tadi. Banyak tu..

 

Kata-kata akhir

Harap anda semua enjoy giveaway ni. Rasanya syarat untuk melayakkan anda menang mudah sangat dan wang tunai RM50 tu agak banyak untuk contest mudah macam ni. Disebabkan ini adalah giveaway dan bukan contest tulis entri, jadi aku rasa lagi banyak pemenang lagi best. Contest akan berlangsung selama 10 hari dan tamat pada 21 May 2011 jam 11.59 malam. Ruangan komen akan ditutup selepas itu.

 

140 Comments