Giveaway RM10,000 di blog.ariff – Kalau Aku Menang La..

Mungkin ramai yang tak suka entri promosi contest macam ni, aku pun tak berminat sebenarnya. Tapi.. tapi sebab hadiah dia wang tunai RM100,000. Maka aku pun nak cuba nasib la. Banyak tu beb!

Cara nak join senang je, daftar di Dealmates guna akaun Facebook dan.. settle. Pastikan nama penuh dan nombor diisikan mengikut MyKad anda sebab kalau terpilih, detail yang tu akan digunakan untuk pengesahan pemenang.

Dan macam biasa polisi yang aku gunakan di blog ni, kalau aku menang, 10% daripada nilai kemenangan akan digunakan untuk tujuan giveaway. Kalau nak tau, rewards di Punchtab sebelum ni dan beberapa cash giveaway yang aku buat sepanjang tahun ni bermodalkan semua kemenangan yang aku dapat melalui blog.

Cara mudah, memang ikut nasib dan percuma je nak join. Manalah tau rezeki korang nanti. Aku dah baca semua syarat mereka, takde syarat tersembunyi. No purchase required. Just buat apa yang aku dah bagi tau atas ni.

Scam? Takdelah. Ada rakan blogger yang dah pernah menang daripada giveaway Dealmates ni. I know it’s a scam when it’s a scam.

Kalau dapat RM100,000 tu kan, aku tak nak keje tahun depan. Nak bercuti setahun. Boleh? ha… ada duit semuanya boleh. Join sekarang!

 

 

40 Comments