Geng Blogger Yang Keji

[CASE CLOSED. COMMENT SECTION CLOSED. HARAP BENDA NI TAK BERULANG & THINGS WILL GET TO NORMAL ]


Entri kali ni bersifat kebencian kerana aku benci sesetengah ahli Geng Blogger yang manipulate GengBlogger.com untuk dapat trafik mudah dan paksa orang klik link Dapatwang dia. Dulu aku dah pernah ‘sound’ manusia ni sebab dia dok sibuk advertise link Dapatwang dalam forum Geng Blogger, melenting habis dia. Macam biasa keluarlah tuduhan Melayu tak suppot Melayu la, siap cakap kalau dia buat macam tu kat forum orang Cina diorang tak kisah pun. Kalau tak kisah, pergi la buat kat sana kan. Apa-apa pun pasal tu dah settle dah, dia dah stop buat yang tu tapi baru ni dia dah start buat hal balik.

Apa masalah yang dia buat sekarang?

Dulu kat GengBlogger.com tu boleh ping satu blog sorang jer. Lepas tu bila ramai orang request mintak boleh ping banyak blog untuk satu akaun, admin buat. Tapi bila sampai orang dah start buat satu blog sampah semata-mata nak ping entri dia dua kali kat GengBlogger.com tu, memang dah tahap melampau la. Modus operandi dia macam ni:

  1. Dia ping entri baru kat blog utama dia.
  2. The next day, publish tajuk sama dalam blog sampah tu, lepas tu suruh orang klik link untuk pergi ke entri asal kat blog utama dia. Kononnya kalau ping next day orang tak perasan la.
  3. Bila orang klik link kat blog sampah dia tu, akan keluar pop up Dapatwang. Untuk orang yang dah lama fed up dengan pop up widgeo, mesti hangin kalau terkena macam ni sebab dengan terang dan nyata pemilik blog tu paksa orang klik link Dapatwang dia.

Aku dah lama perasan manusia ni buat benda tak senonoh macam ni. Susah la. Inilah jadinya kalau buat blog semata-mata nak buat duit cepat. Tak salah kalau kita buat blog dengan motivasi nak buat duit pada cemasa yang sama, tapi tak bolehlah sampai menggadaikan moral pulak. Bila moral dah tergadai macam ni dah layak la kot dipanggil keji.

Punca masalah ni senang je. Blogger tu anonymous, dia guna nama samaran. Sampaikan Facebook akaun dia pun dia guna nama blog dia. Bila anonymous, tak guna nama sendiri dia boleh dengan sesedap hati buat perangai buruk tanpa perlu fikir nama dia nanti busuk ke tak. Baling batu sembunyi tangan. Cuba jadi jantan sikit, guna nama sendiri. Tunjuk rupa kau yang sebenar & guna nama sebenar kau dalam forum. Tengok berani ke tak kau nak kecoh-kecoh dalam forum tu. Ramai dah bagi tau aku secara diam-diam yang budak tu memang ‘kecoh’ tak tentu pasal sikit dan tak hormat orang lain langsung. Kalau dah berforum ni, benda yang paling penting sekali ialah hormat orang lain. Tak semestinya kat alam maya ni, budi bahasa boleh dilupakan.

Mungkin aku rasa dia tu masih budak-budak lagi, mungkin budak yang belum baligh barangkali. Yelah, perangai pun sebijik macam budak-budak belum sunat. Kalau ya budak-budak, aku minta maaf la dengan teguran yang macam ni. Tapi kalau bukan macam mana? Cuba bayangkan pulak, dengan perangai buruk dia macam tu, kalau dia adalah seorang yang berumur 19 tahun di dalam dunia sebenar? Macam mana hidup dia agaknya ye? Macam mana layanan dia terhadap mak bapak dia? Masih kurang ajar macam tu ke? Budak 19 tahun yang berperangai macam budak belum sunat.. Hm.. susah tu.

Apa-apa pun aku tegur ni sebab tak nak la tengok orang manipulate Geng Blogger tu. Aku tau korang ni semua bijak pandai, ada siap dapat straight A SPM lagi tapi jangan la buat benda yang nak kaut untung cepat macam ni. Cuba bayangkan kalau 1000 lagi ahli Geng Blogger buat benda tak senonoh macam ni, confirm lama-lama orang dah fed up lepak situ sebab asyik ping benda sama je. Bila orang fed up lepak situ, dah takde orang lagi nak baca entri yang di ping, lepas tu komuniti tu mati macam tu je. Itu yang kita tak nak. Jadi eloklah kita sama-sama jaga komuniti Geng Blogger tu sebab aku tau semua orang dapat benefit dari situ.

Yang benar,
Ariff Shah
Admin
Geng Blogger – Komuniti Blogger Anda

p/s: Kalau ada kekejian lain, laporkan di gengblogger[at] yahoo.com


79 thoughts on “Geng Blogger Yang Keji

  1. ada juga blog sampah yang mcmtu.. tak patut la.. blog ni tempat luahan pendapat dengan entri yang berkualiti. kalau nak kejar wang, biarlah beretika.

    • setuju sgt dengan harun.. kenapa mesti ada orang mata duitan sgt dalam dunia blogging nie dengan membuat perkara2 hampehs? Hidup jangan menyusahkan orang!
      .-= Cerita terbaru Frantz-Senpai.. Checkboxes in Explorer =-.

  2. BOM321 tu dah lame gua perati… etika takde.. time orang bukak forum pasal isu serius pun, dia boleh buat main-main.. jai batu api la.. spam ayat mengarut la… kamon la.. nak poyo boleh.. tapi bertempat.. ok.. gua claim mamat ni budak darjah berape la agaknye..

    • salam ahmad, kau perati aku pun takde gunanya, setakat nama ahmad kau letak situ tanpa email tanpa blog, mcmana aku nak tau sapa yang perati aku ni, kau bising2 kat sini nak api2kan orang, takde gunanye, takde luka pun yang kena kat badan aku, kenalkan diri tu, bagi salam then boleh jumpa aku ye kalau berminat, lagi satu, kalau kau nak tau aku darjah berapa, kita boleh jumpa la baru aku tunjuk aku darjah berapa ok Salam 111Malaysia, jgn lupa lawat2 blog aku selalu, harap kau terhibur
      .-= Cerita terbaru bom321.. Rakaman Video Pemuda Mati Tercekik Plastik Ganja! =-.

  3. Reply to bom321:

    1) cara kau cakap dengan aku ni ada rasa hormat tak?
    > memang kali ni takde rasa hormat sebab ko yang start tak hormat orang lain kat forum GB. jangan buat lupa lak. Jadi buat apa aku nak tegur kau baik-baik dengan rasa hormat. Ingat tak time aku sound ko dulu pasal link advertising tu. Macam mana attitude ko masa tu. Apa komen ko lepas tu sampai ada blogger lain tegur. Time tu aku tegur cara baik, ko lawan buat cara macam sial. So sekarang layak ke ko nak demand rasa hormat?

    2) tunjukkan professional kau untuk atasi benda mcm ni, jangan main sembur je kat aku buat entri nak marah2 orang, aku ni ahli kat web kau, tak susah pun kalau kau nak contact aku, ym ada facebook ada email ada blog pun ada, send je mesej, aku baca punya
    > oh sekarang baru nak demand professionalism pulak. masa dalam forum sikit pun ko tak professional dengan orang lain. Ayat semua jenis sindir2 perli2 je. Then ko demand professionalism. Tell you what, ni personal blog. Kalau GB ada official blog, aku boleh kasi tone professional tapi bila masuk blog aku, semua ikut rules aku.

    3) kalau kau bengang dengan aku, just send email dengan aku, bincang baik2 takperlu nak letak “orang lain” pada ayat kau. sebegitu juga dengan orang lain, kalau ada masalah just email je aku, selagi telinga aku boleh dengar selagi tu boleh bincang.
    > Well yang ni mungkin silap aku la. Mungkin aku kena email ko dulu sebelum sound terang2 macam ni, tapi ko sendiri takkan tak boleh fikirkan apa ko buat kat situ kasi efek kat orang lain ke tak tapi based on attitude ko kat forum, aku rasa orang semua malas nak email dan tegur kau sebab awal2 lagi diorang dah dapat judge ko ni jenis orang yang macam mana. Silap ko jugak.

    • aku memang suka berkias dengan orang, kalau pasal dapatwang pada entri lepas, kau tak perlu kot nak bukak balik cerita, benda lepas tutup aja, aku takde pun buat spam dapatwang kat gb, kalau kau tau, memg cara cakap ada mcm aku tak hormat orang, sindir orang, tp itu sume gurau2 kosong2, ada part2 tertentu je aku serius, aku memg suka bergurau kasar, aku lalu ikut jalan belakang kau datang ikut jalan depan, selagi orang tak usik aku tak usik orang, kalau takde orang yang memburukkan aku, tak ada nama buruk pada aku pada blog aku, aku takde la obses sgt dgn berblog ni, aku obses dengan gambar2 artikel pelik2, then aku letak kat blog aku itu je, takda pun teringin nak popularkan diri aku kat blog, blog ni tempat aku tambah member2, dah memg jenis aku suka berkawan, sapa yang dah kenal bom321, dia tau la macamana bom321 tu, aku taknak panjangkan benda ni, orang fikir aku pulak yang jahat, apa2 pun untuk entri aku yang terbaru aku tak ping 2 kali atau lebih, tapi yang penting kat sini, aku memg nak jumpa kau berdepan la ok, macam tu lebih seng kau nak luahkan apa yang kau taksuka kat aku dan blog aku, bila2 je kau balik Malaysia, bgtau aku ok, bukan sebab apa pun nak jumpa, “Cuba jadi jantan sikit,” ini ayat kau kan, aku tak letak muka aku dekat post bukan sebab tak jantan, kalau kau nak sgt tgk rupa aku ni, boleh jumpa aku, anytime kau nak pegang muka aku pun takpe, Dalam blog setel kat sini je ok, kalau ada masalah lain setel kat luar, sini cite takrasa apa2, bikin malu je bloggers tgk Salam
      .-= Cerita terbaru bom321.. Rakaman Video Pemuda Mati Tercekik Plastik Ganja! =-.

  4. Sabor abang ariff, sememangnya ada kebenaran gak yang lu luahkan. Try to become a profesional blogger. Diaorang nie nak carik duit pun berpada-padalah. Patutlah budak-budak dalam forum lain bengang dengan taktik nie. Senang buat closure atau warning kat gengblogger. Sapa buat lagi terus ban.

  5. peh, kecut perut bila baca ‘entry ini bersifat kebencian’.hoho. bila aku berada di geng blogger, memang ada je perasan user yang berkelakuan annoying. bila bagi idea bukan main pung pang lagi, tapi tak praktik pulak kat diri sendiri. biasalah. nama pun manusia. semakin dia jadi anonymous blogger semakin la senang dia memanipulasikan alam maya. bagus gak ko bagi teguran macam ni, bukanlah sebenarnya as personal attack, tapi lebih kepada pengajaran kepada orang lain jugak.
    .-= Cerita terbaru nursarah.. I will promise you…. =-.

  6. mmg bengang gak dgn blog mcm ni. kadang mai terkena dgn dowg ni. dh la laptop ngah nazak, kuar widgeo lagi bertambah nazak. smpai kn hanged n kena turn off. aiyooo…
    .-= Cerita terbaru maisyara.. result SPM berjaya buat ku menitiskan air mata. BUT, tak bererti ku sudah putus asa. =-.

    • Program tu tak salah, cara orang promosi tu kadang2 salah dan menyakitkan hati orang lain. Itu je sebenarnya.

      Ban boleh. Anytime je. Cuma kita sound dulu, kalau berleluasa gak lepas ni memang goodbye la.

    • Well still very early for anything.
      Just taking care of stuff, making sure things are in order.

  7. aku lah orang itu : ),
    itu nama dia POPUP, kalau taknak popup tu keluar klik aja tanda pangkah, tak susah pun kan? jangan babit nama GengBlogger, GengBlogger tak salah pun dalam hal ni, memg aku anonymous kan rupa aku, aku tak suka nak jual muka kat sosial network, ada beberapa blogger yang kenal aku, dah tengok rupa aku, fizikal aku, itu dah cukup,
    pasal dapatwang tu, aku dah register, jadi kena la aku cari jalan nak cari income kat situ, tak banyak mana pun dapat, tapi aku tak kesah sangat dengan duit popup dapatwang tu tak banyak mana pun, yang aku tak suka sekali ping entri baru, pastu sekejap dah hilang, jadi 70% orang online kat GB konfem ke tengok apa yang di pingkan? aku cari jalan pakai otak aku sendiri tak pakai otak orang lain pun untuk bolehkan ping 2 kali di GB, sekarang aku boleh buat, kalau kau ditempat aku, kau akan buat benda yang sama, lain kali kalau buat entri untuk tuju pada aku, letak je nama BOM321 kat situ ok, bg aku dapat trafik free :) salam

    • Kalau macam tu tak payah nak buat kerja macam ni, ping satu blog aje. Senang. Takde timbul masalah. Macam yang aku cakap tu la, kalau 1000 lagi orang buat benda sama, semua akan fed up kat situ. Jadi tolong stop kalau tak nak akaun ko kena delete.

      Kalau tak suka ping entri lepas tu hilang, cari masa orang tak ramai ping. Ping time tu. Kalau tak suka gak macam tu, tak payah guna GengBlogger. Kita tak rugi satu sen pun ko tak guna.

      Aku tahu ko pandai sampai boleh buat cara senang macam ni. Aku pun boleh buat bai~ Tapi cara ni salah dan merosakkan web tu. Jadi jangan buat. Guna otak kau cari jalan lain.

      • aku ping untuk duit ke aku ping untuk orang tengok blog aku?
        stop apa? stop ping? stop popup dapatwang?
        aku boleh saja nak stop popup dapatwang, tapi tak boleh la nak stop ping kan?
        dah nama ada blog mesti la keje nak ping2 bila ada entri,
        aku rasa kau sorang je yang fedup dengan aku, melenting2 kau marah aku,
        nasib baik kau duk moscow, kalau ada kat kl, kita boleh bincang2 satu table
        ok jangan marah2, aku akan cuba ubah cara ping aku, tapi bukan sebab kau, tapi sebab gengblogger ok? ok jangan lupa tolong2 promote blog aku yang tak berapa popular tu.
        http://bom321.blogspot.com/
        jangan lupa juga add facebok aku sekali, sori facebok personal takleh nak bagi
        sebab tu untuk member2 time aku blaja dulu, Salam 1Malaysia.

        • Stop double ping. Ping SATU blog aje. Ko nak letak ape2 pop up kat blog ko, tu hal ko lah. Tapi jangan sampai nak buat blog second, third or fourth sebab nak ping BENDA SAMA tiap-tiap hari. Bertimbang rasa la kan. Kalau orang tak nak tengok entri tu, maksudnya orang tak nak tengok la. Tak payah nak buat blog lain supaya ko boleh ping benda sama.

          Lagi satu kat forum jangan la nak kecoh sangat. Ni bukan pendapat aku sorang, ni orang lain pun cakap benda sama. Jadi dah alang-alang macam ni aku bagi tahu la kat sini kan. Perangai tu jaga sikit, tak payah kasi komen berapi-api kat forum tu. Nak komen fikir dulu. Hormat sikit orang lain. Aku tak bawak benda ni dalam GengBlogger.com sebab aku hormat orang lain. Ya, memang aku bengang dengan perangai ko, orang lain pun sama. Cuma orang lain tak cakap, tapi aku cakap sebab aku admin. Memang kerja aku sound orang kalau orang buat hal. Kalau tak ubah gak, aku boleh cadangkan supaya kena ban je. Senang cerita.

          • kalau ping satu kali bermakna aku kena update post lagi banyak la kan?
            baru boleh ping banyak kali : ), aku punya blog tu satu blog biasa satu personal, takda apa pun nak buat, kalau ada story remeh baru aku post kat blog personal

            pasal dalam forum tu, ada beberapa kerat je yang aku serius, yang lain aku hapy, aku berforum utk bg tau pendapat, bukan kecoh2 pun cuma pendapat, takkan kau tak boleh terima pendapat orang, ada aku laga2 kan orang dalam GB? just suruh berbaik antara blogger je, salah ke?
            1) “komen berapi-api”? tak boleh ke aku nak komen berapi?
            2) “Hormat sikit orang lain”? cara kau cakap dengan aku ni ada rasa hormat tak?
            3) “memang aku bengang dengan perangai ko, orang lain pun sama”
            kalau kau bengang dengan aku, just send email dengan aku, bincang baik2 takperlu nak letak “orang lain” pada ayat kau. sebegitu juga dengan orang lain, kalau ada masalah just email je aku, selagi telinga aku boleh dengar selagi tu boleh bincang.
            4) “Admin” kalau kau admin, tunjukkan professional kau untuk atasi benda mcm ni, jangan main sembur je kat aku buat entri nak marah2 orang, aku ni ahli kat web kau, tak susah pun kalau kau nak contact aku, ym ada facebook ada email ada blog pun ada, send je mesej, aku baca punya
            Salam

  8. aku dulu rajin sangat2 masuk gengblogger..
    tapi bila kena blog2 yang macam sampah tu..sakit juga hati..
    sekarang sudah malas..masuk bila betul2 free saja..

    well, setakat ni tiada lagi kekejian yang kenampakan…thanks for your concern..
    tak sangka sey..kamu rupanya admin gengblogger..
    .-= Cerita terbaru aboi.. Misi Menyelamat Sara Liona yang diperkosa ! =-.

  9. betul la bro..
    aku pun ade terkena gak..
    lagi2 kat chatboz tuh~dem…
    aku harap hantu2 raye nie tak salah gunakan web komuniti tuh~
    rugi2..

    • Memang macam tu. Kalau ping nanti redirect ke entri orang lain pulak. Senang, semua orang boleh dapat trafik

    • eh. yang ping masuk blog orang tu bukan la. yang tu memang feature gengblogger yang baru supaya kita kasi trafik automatik kat orang. Kalau sume orang tunggu trafik je tak boleh gak, kena ada yang memberi =)

  10. WAH.
    Ariff rupanya admin gengblogger.hebat hebat :)
    marah sangat ni. hehe
    biasala tu dunia ni.
    semua orang pentingkan diri. tu yang dia mcm tak faham bahasa tu kot.hehe

    • Marah2. Ni dah tahap melampau dan kalau ramai orang buat ni boleh rosak GengBlogger.com tu. Jadi kena bendung dari awal supaya orang lain tak ikut.