Gejala Ragging Dan Buli Di Sekolah – Hebat Sangat Ke?

Reading Time: 3 minutes

Terbaca pasal berita kematian seorang pelajar Maktab Tentera Darat, Mohammad Naim yang dipercayai dibuli dan didera oleh pelajar senior di maktab tersebut. Takziah  diucapkan kepada keluarga mangsa.

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal isu ni, ingatkan dah pupus kot sebab orang semua makin lama makin cerdik pandai. Sifat kebinatangan atau dalam bahasa Inggeris mereka panggil barbaric sepatutnya dah lama terhakis. Zaman aku dulu boleh la kot, sebab zaman tu semua macam bodoh-bodoh alang lagi, terutamanya pelajar senior yang nak tunjuk hebat, tunjuk kuat kat pelajar junior ni la. Jadi kenapa benda macam ni boleh berlaku?

Bacul? Lemah?

Biasanya benda ni kalau berlaku dalam kumpulan senior yang besar la. Macam geng a la kongsi gelap gitu. wa… hebat. Diorang tak berani nak pull out one man show. Kalau nak pukul, diorang pukul ramai-ramai. Kalau one on one, budak tu tak boleh melawan langsung sebab kalau dia melawan geng abang senior ni pukul sekali.

Apa da korang ni.. Lemah sangat ke? Atau bacul? Nak tunjuk kuat main one on one sparring la. Ni setakat pukul bodoh macam tu je tak ke mana. Buat jatuh maruah je beb. Ko fikir kalau ko pukul camtu, budak tu nak respect ko la? Kenapa ko ni bodoh alang sangat?

Nak Tunjuk Who’s The Boss

Hebat. Pembuli kat sekolah asrama ni kalau boleh diorang nak letakkan taraf diorang sama besar macam ketua warden. Kalau boleh diorang nak budak-budak lagi takut kat diorang daripada ketua warden. Gila kuasa ni.. Dulu masa aku kat sekolah asrama, adalah jugak senior-senior bodoh ni mintak sedekah duduk tepi tangga. Budak-budak lalu mintak seringgit sorang. Alahai.. belum habis sekolah dah mintak sedekah. Kesian aku tengok.

Agaknya masa tu diorang dah nampak kot masa depan tak ke mana sangat sebeb otak pun bebal semacam je, so practice mintak sedekah dulu la. Kalau cerdik, diorang tak buat benda-benda ragging ni semua. Tapi memang betulla, aku tengok yang kaki ragging tunjuk hebat time sekolah dulu tak ke mana sangat pun. Nak cakap dapat scholarship mahal-mahal pergi oversea, jauh sekali.

At the end, habis sekolah terpaksalah melilau cari kerja ke.. hisap dadah ke.. Result SPM pun tak cukup nak bawak dia pergi mana sangat. Mungkin sebab berpuluh juta makian dan doa orang kat dia, tuhan balas balik dapat hidup camtu. Tapi ikut logik, ‘hero-hero’ ni bukannya belajar sangat pun. Banyak masalah kat sekolah. Dengan rokok, ‘fly’ malam-malam, kurang ajar dengan cikgu dan banyak lagi.. Pelajaran dia buat tak kisah sangat. So dapatlah result yang cukup tak cukup makan.

brought to you by

No Respect

Aku pandang pembuli-pembuli ni semua macam.. macam.. entahla. They are nothing. Nak cakap kuat pun tak sebab pukul ramai-ramai. Nak cakap pandai pun tak sebab result SPM confirm entah ke mana. They are just wasting their time. Kenapa bazirkan masa korang hidup macam tu eh? Orang dah hantar pergi sekolah bagus-bagus, belajar jelah elok-elok. Tak nak boleh berambus. Jangan la menyusahkan hidup orang lain, perabiskan duit kerajaan tapi belajarnya habis zero.

Cerita Aku

Aku? Aku dulu banyak dapat free pass, aku lebih cerdik daripada diorang sebab aku tau diorang bodoh. Aku fly since form 2, kalau kantoi mesti kena jumpa boss boss ni semua, kena pukul dan belasah dengan diorang sebab takde lesen tapi tak pernah kantoi sebab aku buat one man show. Keluar meredah hutan awal-awal pagi selepas subuh untuk balik rumah sebab aku tau si bodoh ni semua bangun lambat. Lepak kat rumah kadang-kadang lagi seronok sebab makan pun sedap.

Dalam meredah hutan yang suram tu, kadang-kadang terserempak dengan anjing putih yang kejap ada kejap takda. haa.. Lagi satu dalam hutan ada sign board budak-budak ni buat bertulis “Selamat pergi dan pulang” haha~ Selalu tergelak bila terbaca sign board tu. Kat kaki bukit ada kubur cina, yang jenis kubur besar ada pagar tu. Kalau silap jalan memang akan termasuk kawasan tu dan kena patah balik. Pernah tersesat sekali, nasib baik tak jumpa apa-apa.

Masa jadi senior, aku takdelah ragging budak-budak ni sangat. Setakat minta tolong basuh baju sehelai dua kadang-kadang tu adalah. Entah la. Aku lagi suka buat kerja sendiri. Kalau nak pukul budak tu jauh sekali la.

Jadi aku nasihatkan la kat budak-budak sekolah asrama ni, tak payahla nak tunjuk hebat sangat dengan budak kecik. Tak hebat mana pun. Buat jadi bahan makian dan kutukan lagi adalah. Ko belajar pandai-pandai, mintak scholarship belajar overseas lagi puas hati daripada terjebak dalam aktiviti yang tak berfaedah macam ni kat sekolah.

fly – Keluar dari hostel tanpa kebenaran


Posted

in

by

Comments

28 responses to “Gejala Ragging Dan Buli Di Sekolah – Hebat Sangat Ke?”

  1. kak j Avatar

    salam semua….hangat gak topik ni…bagus tul yg bagi komen2 tu…itu tanda korang smua sangat prihatin.Peranan ibubapa sangat penting dlm mencorakkan anak2 ni..Kalaulah boleh ikut cam dulu..ayah keluar cari rezeki…ibu di rumah menguruskan rumahtangga seterusnya memantau anak2..klu ayah ade duit lebih boleh gajikan maid.( tlng2 ibu mane2 yg patut macam zaman nabi muhammd dulu…melayan anak2 bukan senang..mcm2 perangai) Klu smuanya terurus,pelajaran tak terabai barula akan lahir generasi yang berwawasan.Sekarang ni manakah peranan seorang ayah?Dimanakah ibu yang entah kemane?Menyedari itu kak j berhenti keje kat bank…jage 5 anak lelaki ( alhamdulillah so far so good),dan keje sebagai guru tadika slama 10 thn…banyak mase kat umah..dan dapatla duit poket sikit..Kalau nak tau kerenah bebudak tadika ni and some tips on parenting(( you all pun nak jadi ibubapa mithali kan!)jengok2la blog kak j ni…http://ticerj.blogspot.com

    1. ariff Avatar
      ariff

      Terima kasih sebab tinggalkan komen kak j. Itulah, budak-budak ni memang kena pantau, kalau biar lepas aje, memang boleh terjebak dengan macam-macam benda yang bukan-bukan. Dalam hal anak-anak ibu bapa memang kena main peranan yang penting.

      Wah. Ada degree in Economics ye.. hebat lah kak j ni

  2. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    Dekat sekolah aku dulu ada jugak kes kena pukul ramai-ramai, tapi tak ada la sampai meninggal. Tetapi, ianya masih perbuatan yg bodoh. Yang kena pukul tu budak batch aku, dia memang masalah. Tapi tak perlu la buat begitu. Dan salah seorang senior yg terlibat adalah abang angkat aku di sekolah.

    Bila teringat balik, zaman sekolah memang kebanyakan dari kita tak boleh berfikir dengan matang. Dan aku rasa kesian dengan golongan guru-guru yg mengajar budak-budak sekolah. Lagi satu, aku rasa berdasarkan pengalaman dan pemerhatin aku, lebih baik tak tinggal di asrama.

  3. Fitrihadi.com Avatar

    B – Bangang
    U – Ungka
    L – Lembik
    I – Insaflah woiii

  4. vanilla ais Avatar
    vanilla ais

    saya pernah mengalaminya (mangsa). haha. tapi perempuan buli takde la teruk sangat macam lelaki kan. kene amek air la, amek makanan kat dining hall la. tapi paling mengarut kene tiup kipas sampai berpusing dengan tiup lampu sampai menyala. haha.

    btw, im your junior batch 0206-mozac. :)

  5. PR Avatar
    PR

    Gejala ni ada lagi eh sekarang? Ingat dah habis dah. Hish. Tak pernah rasa lagi sebab sebelum ni sekolah harian je. ;)

    JOM KERJA WATER & LEKAR…

  6. hassanah Avatar
    hassanah

    Dah elok-elok duk kt MTD tu nak try masuk Henry Gurney pulak kot.

  7. Dakjaat Avatar
    Dakjaat

    tunjuk samseng.. macam anjing jugak.. kencing sana sini jaga kawasan.. kena ceroboh sikit dah melalak macam babi.. babi menyalak ke? kahkahkahkah!

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahahahahaha.. itulah. fed up gak dulu kat sekolah. ntah apa da.. tak fikir panjang langsung diorang ni

  8. arrizz Avatar
    arrizz

    takziah kpd kluarga mgsa..xtahu la nak ckp apa lagi but i have 1 word for them, STUPID..ksian mak bapak dorg pent2 besarkn dorg, alih2 p conteng arang kt muka dorg dgn jdi pmbnuh..

  9. Azfarul Avatar
    Azfarul

    dulu ko skolah mozac kan?
    Btw sian budak tu..
    baya aku tu T_T…

  10. Lord Zara Avatar

    hahaha~
    aku takde masa nak buli2 orang~
    asrama pertama aku adalah matrik~

    ha ha ha

  11. PoJiePooH Avatar

    Best juga dengar story budak2 asrama nih, tp byk story yg xbest daripada yg best.. Sebab tuh malas nak masuk dulu walaupun dapat offer ;p

    Love,
    PojiePooh Abdullah

  12. slay Avatar

    haha salah satu sebab kenapa aku tolak tawaran sekolah asrama dulu-dulu.
    err..sebab ke alasan? :P

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahahaah.. Sekolah asrama ni not for everyone. Takpe2.. Normal la tu. Adik aku masuk sekolah asrama pun kejap je, lepas tu keluar. Ntah la pasal apa. Sebab tak tahan kehidupan yang institutionalized kot..

  13. hanisaleeya Avatar

    haha.. Ariff ni nakal gak ek? Sekolah dekat ngan rumah ek? Haha..

    Sekolah nis dulu hostel laki pisah junior senior. satu form satu hostel. Settle problem.. [Itu pun sebab silap bina hostel.. Patut hostel ppuan 5, laki 3. Sekali silap pasang toilet daa.. Haha..]

  14. adamfaiz Avatar

    Aku pun pernah kena belasah ngan senior ni…lepas 20 tahun jumpa balik, dia buat-buat tak kenal…ikut geram mau aku pelangkong..tapi aku tak sebodoh itu..

    Fikirlah pasal adik-beradik, anak sendiri nanti bila diperlakukan camtu..(kena tibai)..

  15. Azah Avatar

    sejak kecik sampai sekarang aku x pernah alami situasi buli ni (samada dibuli atau membuli atau rakan2 yang dibuli atau membuli), sebab tu aku heran bila dengar berita sana sini pasal kes buli. tapi bila dah banyak kes buli sampai mati, so aku terpaksa percaya.

    aku no komen.

  16. afifa. Avatar

    my cousin yang blaja kat sbp pn dibuli.
    dekat seminggu x nak pergi sekolah dan terfikir utk pindah sekolah.
    naya.

  17. Wan Perlis Avatar
    Wan Perlis

    benda ni dah jadi trend
    junior kena dgn senior

  18. Failure Avatar
    Failure

    HAHAHA EPIC FAIL

  19. nur hidayah Avatar

    nak tunjuk kuat la kot..takpon kalo kat hostel yg dah lama2 ni,kire mcm tradisi la nk buli budak2 ni..tah hape2 je..pas jadik cmni, baru pdn muka…tak msl je kena tangkap…

  20. huda Avatar

    hostel kan. of course la nak tunjuk who’s the boss. MTD pun all boys kan. kesian kat arwah. haihh

  21. ira hajerah Avatar

    selalunya lelaki suke buli2 ni. teringat kes senior ugot member lelaki beger. sebab rasa menyampah kitorg ludahkan beger tu lepas tu bg dia makan T_________T. k tak la keji sgt kan? sebelum ludah tu pijak la dulu beger tu

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahahaha.. kejam gak.

    2. Anwar Osman Avatar
      Anwar Osman

      Mmg sepatutnya pun mcm tu. Aku sokong perbuatan di atas.

  22. Anwar Osman Avatar

    Aku rasa benda mcm nie mmg berlaku dikalangan remaja yang mmg sah xdak te10q… aih.. tergeram plak.

    1. maisyara Avatar
      maisyara

      huh! gila. diorang fikir hebat, padahal lembik macam sutun! T____T

      *ape aku cakap ni. iskkk… :( geram ler…