[Video] Gaza Flotilla Diserang Atas Dasar Mempertahankan Diri?

Terbaca berita dari Yahoo News, Perdana Menteri Israel menerangkan bahawa serangan ke atas Gaza Flotilla itu berunsur serangan mempertahankan diri. Kononnya komando tentera Israel yang menyerbu masuk ke dalam kapal tersebut ditetak dengan pisau dan ada laporan mengatakan tembakan dilepaskan.

Tolonglah jangan percaya kerajaan Israel ni. Kalaupun benar askar-askar tu diserang, aku rasa serangan ni berlaku mesti atas dasar mempertahankan diri oleh aktivis yang berada di atas Gaza Flotilla. Berkemungkinan besar tentera Israel ni dah tembak beberapa anggota aktivis kemanusiaan dari jauh sebelum menyerbu masuk ke dalam kapal tersebut menyebabkan keadaan menjadi huru-hara dan para aktivis terpaksa menggunakan keganasan untuk mempertahankan diri mereka.

Serangan kejam ini berlaku diperairan antarabangsa di mana Israel tidak berhak untuk menyerbu masuk ke dalam kapal Gaza Flotilla. Apa yang dilakukan mereka tak ubah seperti lanun. Serangan ini menunjukkan bahawa tentera Israel sememangnya lemah kerana menyerang anggota kumpulan kemanusiaan yang tidak bersenjata.

Video ni adalah rakaman tentera Israel semasa komando diorang diturunkan dari helikopter. Apa yang diorang nak tunjuk kat sini ialah tentera Israel diserang oleh aktivis semasa menjejakkan diri di atas kapal berkenaan. Apa yang diorang tak tunjuk ialah apa yang berlaku sebelum tu. Aku yakin sebelum menurunkan tentera dari helikopter, diorang dah tembak awal-awal beberapa aktivis. Mungkin ada yang mati. Jadi sudah tentu bila askar Israel turun dari helikopter diorang kena serang terus, lalu rakaman ini dbuat dari jauh. The whole thing is actually staged. Sebenarnya sangat senang nak mengaburi mata dunia.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

21 Comments