Alhamdulillah. Gathering semalam okay, walaupun starting tu memang slow sikit. Biasalah, benda first time masing-masing baru first time jumpa. Jadi semua macam awkward habis. Aku cuba sedaya upaya nak berkenal-kenalan dengan semua orang dan walaupun sekarang ni dah banyak yang ingat-ingat lupa, harap takde yang kecik hati ngan aku la semalam. Kepada cik awek-cik awek yang aku tak sempat tegur tu, ehem.. sori ye.. bukan tak nak tapi aku ini memang segan sikit. ekeke..
Aktiviti semua okaylah. Walaupun aktiviti last minute punya perancangan thanks to bidang terjun Bro Framestone, asalkan ada untuk mengisi masa bersama dah cukup bagus. Salute you bro! Sebenarnya bukan tidak dirancang tapi itulah miscommunication sana sini so faham-faham jelah kan. Apa-apa pun thanks for all the support, kehadiran korang dah cukup bermakna untuk Geng Blogger – Komuniti Blogger Anda.
Untuk pengetahuan semua, semalam Kosmo ada datang untuk membuat liputan. ehem.. adalah abang reporter tu interview aku sikit, mewakili bahagian pentadbiran Geng Blogger. So macam biasa aku tekankan yang Geng Blogger ni bertujuan untuk mengumpulkan blogger-blogger yang menulis blog dalam bahasa Malaysia dalam satu komuniti macam sekarang ni. Itu sebab tagline yang dipilih adalah Komuniti Blogger Anda. Komuniti Geng Blogger ni adalah untuk korang semua, jadi yang buat komuniti ni berjaya atau berkembang adalah korang jugak. Admin akan menyokong selagi termampu dan kita harap benda macam ni tak stop kat sini je. So thanks a lot to Joegrimjow sebab jadi tulang belakang untuk gathering kali ni. ehem.. baju ada banyak lagi, so siapa nak boleh contact Joe. Aku rekemenkan la ahli Geng Blogger beli baju tu.
Aku share sikit gambar-gambar masa sesi perkongsian sebab aku rasa time tu takde orang amik gambar. Masing-masing kusyuk dengar. Bagus2. Aku? Aku masa tu tengah tunggu loading internet. Nasib baik kat situ line okay, cuma lembab sikit. Gambar diambil menggunakan Samsung Galaxy S yang aku dapat melalui program Maxis10. Check it out.
Supirnya tidur berdengkuran.. hehe.. jangan marah Syah gyahahahahha~
Kak Jie tekun mendengar keluhan rakyat
Darkbatman: Lu jangan cari pasal sama gua!
Masing-masing pegang kamera besar-besar Azrul Hisham, Syah, Ejam, Azizie (lagi dua seorang sila contact aku nak letak link sini)
Habis gathering, Mr Piratz pun sampai (dari Subang kot..). Sempat la berborak kejap. Aku tak taulah macam mana dia balik ke Cheras lepas tu, hujan lebat. Nak gi MidValley pun GPS tak dapat signal sangat. Dapat panggilan dari sorang lagi kawan baik Geng Blogger ni. Kesian dia.. get well soon!
Ya, lepas gathering besar kat Putrajaya tu, gathering aku belum habis. Ikut Syah ngan Ieyra lepak kat MidValley. Joegrimjow join kejap, siap belanja dessert lagi. huhu~ Oklah tu kan, nama pun boss Herbalife :P Dapat jumpa blogger full time muka calar/blur Justkhai. Bukan senang nak jumpa and lepak-lepak dengan dia ni. Orang kata Khai ni sungguh pemalu.. aww… – Khai juga adalah ahli Geng Blogger.
Posing gambar gay bersama Khai Hassan. Untuk pengetahuan semua, Khai suka makan di McD..
Lepas Midvalley pergi main bowling. Ambik ko, dua tahun tak baling bola bowling memang main baling entah ke mana. Main dua game, lepas tu lepak kat restoran mamak Nurin @ Ampang. Buat pertama kali aku layan shisha. haha.. saje je.. Melepak bersama lagi dua orang sidekick Khai memang buat aku tak mengantuk. Masa tu Syah dah tumbang atas meja. Takpe2. Aku faham kepenatan memandu itu.. (bajet..)
Gathering macam ni membuktikan sesuatu, dunia online sekarang bukan setakat dunia online je. Semalam aku buat kawan dengan ramai orang yang pada asalnya kenal melalui internet. Ada orang pandang rendah orang yang ada ramai kawan online ni, mereka cakap macam dah takde kerja lain, takde life. Kawan di alam maya ni, hanyalah ‘maya’ semata-mata tapi semalam statement ni sangatlah tak benar.
Dari gathering besar-besaran ke gathering kecil-kecilan yang tamat pada pukul 4 pagi.. Nice meeting you guys. Betul tak aku cakap pasal aku dalam entri Ada Apa Dengan Gathering Geng Blogger? Salah dan silap harap dimaafkan.
blog.ariff’s premium sponsor July 2010:
adeh..lambatnya aku kenal gengblogger ni..rugi2..hhahaha..nape la dulu aku tak join mender2 ni..cambest siot
Wow! macam best je aktiviti korang dalam komuniti Geng Blogger ni. Aku ni masih baru lagi dalam dunia blogging ni. Kalau ada aktiviti ni lagi harap-harap lagi meriah & senorok dapat berinteraksi dengan blogger yang lain walaupun sebelum ni tak pernah berjumpa di depan mata.
baru2 ni pun saya ada anjurkan gathering for animal lover..tp, tak seramai gathering GB..hu hu
yeke ? nape xajak aku? aku pun animal lover gak haha
hi, i thinks its not late…..nice to meet u bro…gath GB mmg best..enjoy jer….n thanks pada sume yg sudi share tips2…
p/s btul tue, GB pun ade life….hehehe…
Nice to meet u too bro. Kalau ada gathering nanti datang jelah
memang seronok dapat jumpa kamu ..dulu silent reader ajer..segan nak berkawan dgn org pandai ni
ish2. Takdelah pandai mana. Boleh la sikit2 kak ina
hoho.. bila la ada gath mcm ni lagi kan? rasanya joe kata nak wat gath kat bowling.. ramai2 bermain.. sonok gak :P thehehehhe… selamat bercuti beb..
boleh2. Sebelum puasa cun gak nak buat. Paksa dia buat.
sebelum raya buat sekali lagi.. majlis berbuka puasa, pas raya plak kena buat gak.. rumah terbuka..
cun2. memang best kalau ada buka puasa ramai2
kewl…igt nk pegi but ada mende lak nk buat aritue…semoge ni menjadi titik permulaan kepada gathering yg lagik besar…SEMANGAT!
takpe2. Insya allah akan ada lagi next time
suke ayat last tu…
kawan alam maya pun best kan…
suke2 gathering… tp xde kesempatan nak pg.. =)
suka la masuk blog arif ni..bayak info..nak godek2 lagi nih..
=)
pepun seronok dapat jumpa blogger2 hebat macam kamu ngan kujie.
erk. banyak yang lagi hebat. hehe..
lain kali gather2 kena lepak sampai habis tau
meriah nyerrr gathering… x dapek hadir last minute atas sbb2 yg x dapek dielakkan :)
huhu~~mmg xsangka org melaka..pernah sekolah berjiran..
dunia ni kecik betull..apa2 pun haritu mmg best..lain kali boleh la buat gathering kecik2..
haha.. selamat bertemu kembali.
alaaaaahai rugi aku!
Wah meriahnya..
Dekat mana ni?lepas ni bolehlah buat besar-besaran…jangan lupa jemput aku tau :)
wow. besar-besaran kena banyak workforce. bukan senang nak buat benda2 macam ni
emmmm. tak dpt nk join pun gath nih sebab anak saudara kahwin.
dari dulu dah setahun agknya smpi skrg aku tak boleh pun nk dftr GB tuh.
entah kenapa. emmMM~
ya ALLAH Ariff! Comelnya yang gambar pertama tu..~ Tidur sambil pegang peyut tu memang comel! Aku tumpang amik ye? Ekekekeek. Ya ALLAH!! Comel! Kim salam kat supirnya ya? Waduh2.
amik2. simpan. haha~
perut cumel tu yg buat cikgu jatuh hati kan…hehe
syahirul memang ramah org nyer…aku jer kot yg xpandai berborak…hehe
bila nak gathering kecil-kecilan ngan aku lak?.
bila cik sarah nk date dengan bro jugak… dh la hari tue jumpe dah bertentang mata tapi lidah kelu untuk berkata2 he..23x