Ganjaran Wang Tunai Untuk Rakan Setia blog.ariff

Semakin ramai blogger yang menggunakan sistem pemberian ganjaran di blog mereka dengan menggunakan Punchtab. Plugin Punchtab memudahkan pemilik blog untuk melihat pembaca blog yang paling setia dan paling banyak menyokong dari segi tweet, plusone, like & komen melalui sistem markah untuk setiap aktiviti yang dilakukan oleh pembaca.

Semua dikira, termasuk entri lama.

Ranking terkini

Pendek cerita, bermula dari langkah pertama pembaca masuk ke blog ini, mereka akan diberikan markah berdasarkan aktiviti mereka di sini. Sebagai permulaan, tiga pengumpul poin tertinggi akan menerima ganjaran wang tunai setiap seorang yang akan berakhir pada bulan hadapan.

  • Pengumpul poin paling tinggi: RM50
  • Pengumpul poin paling tinggi kedua tertinggi: RM30
  • Pengumpul poin paling tinggi ketiga tertinggi: RM20
Jadi rajin-rajinkan melawat dan mendapatkan poin seberapa banyak yang mungkin. Aku tak balik Malaysia tahun ni, kalau tak dapat jugak kasi buah tangan dari Eropah. Kasi wang tunai pun ok je. Blog Denaihati pun menggunakan sistem yang sama dan menawarkan ganjaran wang tunai. Jangan lepaskan peluang ni. Terjah sekarang.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

71 Comments