Pictures by Dinie Irfan and story thanks to Lah Azri.
Beberapa rakan seangkatan aku di Moscow Aviation Institute melawat Mesir baru-baru ni (antara 25 Januari – 1 Februari). Sepanjang di Mesir, mereka ditemani oleh seorang Ustaz yang sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Cairo. Aku sempat menemubual mereka untuk berkongsi kisah di blog ni. Sepanjang 25-27 Januari, mereka masih lagi berada di sekitar Mesir dan bukan di bandar-bandar besar di mana berlaku rusuhan dan tunjuk perasaan. Gambar-gambar yang dipaparkan adalah pada hari Jumaat 28 Januari di bandar Cairo, Mesir. Pada masa itu, rusuhan baru sahaja bermula mendapat tempat di bandar tersebut.
Gambar dari dalam van selepas solat Jumaat (28 Januari) di bandar Cairo, Mesir. Keadaan masih lagi tenang..
Penunjuk perasaan mula berarak di jalan raya.
Semakin ramai yang menyertai demonstrasi jalanan.
Kaum wanita juga turut menyertai demonstrasi
Makcik-makcik pun join sekali
Tentera melakukan rondaan dengan kereta perisai di sekitar bandar Cairo
Anggota tentera berkawal di dalam bandar
Jalan yang kebiasaannya sibuk di siang hari menjadi lengang (di hadapan tempat penginapan rakan)
Kanak-kanak mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan
Riot polis atau Federal Reserve Unit (FRU) Mesir. Guna kayu je..
Sepanjang rusuhan, keadaan di bandar Cairo memang tak selamat. Kenderaan seperti kereta dan motosikal yang ditinggalkan di tepi jalan akan dicuri. Pencuri datang dalam satu gerombolan yang biasanya terdiri daripada rakyat Mesir yang miskin. Mereka bergerak dari satu bahagian bandar ke satu bahagian bandar lain. Golongan ini yang perlu dielakkan dan mengancam keselamatan rakyat kita di sana.
Adalah amat sukar untuk mendapatkan makanan di bandar Cairo bermula pada hari Jumaat 28 Januari itu. Harga makanan melambung naik kepada tiga hingga empat kali ganda daripada harga asal.
Walaupun digambarkan yang keadaan sangatlah tidak stabil di sana, kawan-kawan aku sempat menyertai demonstrasi bersama orang-orang Arab. Mereka ramah bersama orang Malaysia. Namun begitu dalam keadaan yang genting, masih lagi terdapat risiko terhadap keselamatan diri. Walau bagaimanapun, sehari sebelum pulang ke Moscow terpaksa duduk berkurung dalam rumah disebabkan keadaan yang menjadi semakin tegang.
Gambar sekitar demonstrasi tidak dibenarkan diambil. Rasa takut nak keluarkan kamera pun ada sebab ada cerita memory card camera pelajar Malaysia dirampas dan dipatahkan oleh pasukan tentara yang mengawal di sana. Risiko kena rompak pun ada kalau bawa keluar kamera mahal-mahal ni.
Di sesebuah kawasan kediaman, penduduk mengambil giliran mengawal kawasan perumahan mereka sendiri dan bersenjatakan pedang, kapak dan sebagainya. Pintu rumah dikunci setiap masa.
Semasa hari terakhir mereka di sana, terdapat sedikit kesukaran untuk mendapatkan kenderaan ke lapangan terbang Cairo (Terminal 3). Kesukaran berpunca daripada waktu penerbangan pada waktu pagi yang memerlukan untuk mereka bertolak ke lapangan terbang seawal 3 pagi. Agen pelancongan dan pemandu teksi tidak sanggup untuk mengambil risiko menghantar mereka akibat daripada perintah berkurung yang dikuatkuasakan oleh tentera. Akhirnya, ustaz sendiri yang meminjam kereta daripada rakan yang rapat dan menghantar mereka ke lapangan terbang. Terdapat banyak sekatan jalan di sekitar bandar dan boleh dikatakan setiap 20-30 meter terdapat sekatan jalan yang dikawal oleh tentera. Namun begitu, apabila telah dipastikan semua di dalam kenderaan adalah rakyat Malaysia, mereka dibenarkan lepas dengan mudah. Rasa takut masih ada sebab kalau di bawah perintah tentera ni, tak pasal-pasal kena tembak kalau kita kelihatan macam mengancam keselamatan.
Lapangan terbang adalah tempat paling selamat, sesak dan penuh dengan orang yang terkandas untuk keluar dari Mesir. Kereta kebal dan angkatan tentera berkawal di sekeliling lapangan terbang Cairo (Terminal 3). Ada pegawai dari Malaysian Student Department (MSD) mengedarkan bantuan makanan di sana untuk rakyat Malaysia. Sesak. Maklumat penerbangan tidak diketahui dan mereka terpaksa cari sendiri kaunter mana untuk check in dan sebagainya. Di kaunter check in, pegawai petugas terpaksa dirasuah untuk mempercepatkan urusan. Waktu penerbangan yang kalau diikutkan dalam tiket adalah pada pukul 9 pagi tertunda sehingga ke 5 petang.
Alhamdulillah, selamat jugak kawan-kawan aku ni. Sememangnya sebuah pengalaman yang luar biasa pada mereka. Bukan selalu dapat pengalaman terlibat dalam demonstrasi besar-besaran yang berlaku seluruh negara kan? Cuma itulah, spoil plan bercuti je..
Bacaan lain: What’s Happening in Egypt Explained
+ Do you have Facebook/Twitter? Join these 2 networks now and start earning! http://bit.ly/bundles/ariffshah
takde sape ke yg brani bom org tua tu? setan btol dia tu.. huhu
alhamdulillah da makin ramai kembali ke tanah air.. alhamdulillah
hai senior skolahku….=D
oh.. hi =)
nasib bai terdetik hati nak balik for this winter break..tak sempat ngan rusuhan
Smoga saudara kita di selamatkan oleh Allah SWT
Pingback: [Terkini] Krisis Di Mesir, Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia dari NajibRazak | blog.ariff
alhamdulillah,sekarang dah ada pelajar malaysia yang dibawa keluar…bersyukur kita duduk di malaysia yang aman..
Semoga Malaysia tak jadi macam tu. Selagi rakyat kita mengamalkan lemah lembut sopan santun, selagi itulah segala permasalahan dapat diselesaikan dengan aman melalui perbincangan
bila kerajaan malaysia nak hantar fru malaysia tu,
Mudah-mudahan rakyat Malaysia selamat pulang ke Malaysia hendaknya… Bersama kita doakan kesejahteraan mereka di sana….
gambar mahal ni.. live dari tempat kejadian..skrg dah mula proses bawa pulang..harap semua selamat.. dunia semakin bergolak..dulu thailand,skrg mesir..esok lusa.. dimana keamanan tu susah nak dijumpai agaknya..
sedikit sumbangan utk our brothers di egypt,terima kasih
Terima kasih berkongsi, support our brothers in egypt
sedikit contribution utk difahami
http://malaysiaglasgow.co.uk/izani/?p=3174
hehe..x perasan lak ariff dah post entry terbaru :)
emm..harap semua ok dan selamat.
i got many ex-students there doing medics n other courses. tadi baru dpt contact dgn diorg kat fb. alhamdulillah diorang selamat n currently are waiting to be evacuated to neighbouring country. sama2 kita doakan diorg selamat.
menakutkan jugak tu, walaupun macam semuanya ok, tp kalau kita sendiri yang lalui, mesti kecut perut gak
alhamdulillah rakan-rakan yang bercuti disana selamat. mereka dilindungi, alhamdulillah.
yang menariknya, mereka diberi peluang untuk merasai kehangatan disana dan sudah pastinya ia pengalaman yang sangat berharga.
seronok tengok gambar suasana dan peristiwa kat sini.
Harap semua Rakyat Malaysia di sana selamat. Alhamdulilah negara kita tak hura-hara macamtukan? Tapi kalau pemimpin2 kita asyik2 dok bertelagah, tak mustahil perkara camni boley berlaku juga :-)
Harap benda ni tak berlaku di Malysia.. kalau pun nakkan peralihan kerajaan lebih baik melalui pilihanraya..