Follower Twitter Beribu Tak Semestinya Trafik Masuk Pun Beribu

Reading Time: < 1 minute

Ini adalah fakta. Bila kita tengok akaun Twitter seseorang tu yang mempunyai follower beribu-ribu lemon, kita seringkali menganggap bahawa individu ni bila tweet je entri baru mesti trafik masuk pun cecah beribu juga. Hakikatnya tidak. Sebenarnya, jumlah click-through pada kebiasaannya hanyalah dalam 0.5 – 5% dan nilai ini bergantung pada pelbagai faktor seperti:

  • Interaksi individu tersebut dengan followernya
  • Tajuk/headline yang digunakan bersama link
  • Kualiti keseluruhan content/tweet individu tersebut
  • Followers yang aktif

Dengan penggunaan Triberr, blogger dapat melihat pengaruh mereka dalam bentuk bilangan klik yang didapati setiap kali entri baru ditweet. Daripada maklumat bilangan klik ini, kita dapat mengetahui beberapa perkara, antaranya:

  • Adakah headline/tajuk entri yang digunakan bagus atau tidak?
  • Adakah isu yang dibawa menjadi tarikan kepada follower?
  • Adakah follower kita aktif di Twitter atau hanya sekadar mempunyai akaun Twitter?
  • .. dan macam-macam lagi yang boleh difikirkan.
Tribe Blogger Malaysia

Sedikit tips kepada pengguna Triberr, terutamanya mereka yang berada dalam tribe yang besar seperti Denaihati Network (kini mencecah 72 ribu followers) untuk meningkatkan bilangan klik dari Triberr:

  • Kurangkan tweet iklan Churp Churp dan Says.my. Reach anda dah ada 72 ribu, jadi concentrate pada blog – letaklah segala link tersebut di blog
  • Gunakan headline/tajuk entri yang bermutu tapi jangan pula gunakan taktik headline lain, content lain
  • Lebihkan interaksi dengan follower

Semoga dengan kemudahan yang ada dapat lagi meningkatkan bilangan trafik, pendapatan, kualiti dan blogging experience anda.

+ Kepada yang baik hati boleh tolong aku RT (klik sini) untuk menang Chromebook Series 5. Kalau menang macam biasa akan ada cash giveaway.


Posted

in

by

Comments

36 responses to “Follower Twitter Beribu Tak Semestinya Trafik Masuk Pun Beribu”

  1. cyril Avatar
    cyril

    btul2

  2. puanbee Avatar

    still tk pandai guna triber ..apa lah PB selow

  3. Nur Fannun Avatar

    sama juga ngn follower di blog..klu follower 1000, tak semestinya trafik pun hari2 mesti 1k, bleh jd lebih, blh jd kurang..bkn smua follower tu online hari2 & tiap masa. & online masa kta publish entry..

  4. Mohd Isa Avatar

    terbaiklah bro, aku setuju sgt apa yg dikatakan. ini tidak, asyik nak promote churp2 ng says jerk. sapa nak klik. klu dah pk duit sgt, buka la akaun twitter yg lain, khas utk promote benda alah tu jerk. hehe

  5. zulkbo Avatar

    salam..
    saya setuju dengan anda
    berkenaan dengan Twitter tu

  6. ekspresiruang Avatar

    kdg2 membantu gk tribber ni tapi xdela yg utama. yg penting jaga loyal reader. tu sumber trafik utama :)

  7. ohcikgu Avatar

    betul setuju. Twitter cuma salah satu cara untuk dapat trafik. Ada banyak lagi cara lain.

  8. azura Avatar

    dah join triberr Denaihati…memang terbaik

  9. syahrilhafiz Avatar

    wowowo, aku rasa dah nampak tribe ni macam mana sekarang fungsi? dua2 manfaat tak kisah, memang mantap

  10. matjoe Avatar

    bro, apa best chromebook?

    1. Kasimo Avatar
      Kasimo

      Aku pun baru dengar…

  11. Bean Moreno Avatar

    aku baru nak tulis pasal ni ko dah buat so pendapat ko lebih kurang macam aku jugak…

  12. reezluv Avatar
    reezluv

    first time aku dgr tribber ni..ngeh3

  13. belog amiyo Avatar

    yer. itu menunjukkan kebanyakan orang follow dengan tidak jujur.

    1. ariff Avatar

      erm. Tak jugak sebenarnya..

  14. Hami Asraff Avatar

    Assalamualaikum.

    Agak jarang komen di sini. Makin tidak peduli akan trafik. Kalau ada, kalau tiada pun tidak mengapa :) Oh, triberr jugak tak join. Baguslah triberr ni. Saling membantu.

  15. Azah Avatar

    tapi klau ahli tribe buat content mengarut2, dan kita pun duk tweet link dia.. nnt follower kita akn rs kita ni duk “spam” je.. tak gitu ke?

    1. ariff Avatar

      Yeah, itu satu kekurangan kalau join tribe besar2, tak dapat dielakkan. Cara yang paling senang, semua orang kena bagi komitmen untuk content dan headline yang berkualiti.

      1. zuls Avatar

        kalau rajin sedikit, boleh juga buang post tersebut dari queue.

  16. zuls Avatar

    Dah pakai intent, nice! :)

  17. zuls Avatar

    setuju sangat-sangat, banyak faktor, macam demographic follower dan sebagainya lagi..

    biasa aku punya twitter dapat 10 klik pertweet atau kurang daripada tu.. tu pun kira dah tinggi dah tu.

  18. Syazwan Avatar

    dah buat experiment dengan Triberr. entri pasal Bersih 2.0 tu dapat sekitar 550+ hits :D

  19. Twit N View Avatar

    memang bagus triberr ni…
    so kwn2 yg ada twitter meh ler join mana2 puak dari malaysia…
    denaihati network pun terbaik..

  20. Mr.Bintang Avatar

    camne nk join triber?

    1. ariff Avatar

      kena minta invite daripada tribe leader

  21. Azuan Avatar

    Follower twitter tak ramai pun.. Tapi baru join triberr, then baru faham mcm mana triberr berfungsi…

  22. azrijohan Avatar

    wuhuuuu…ni yang terasa nak tribber jgk ni.tapi kena cukup kan 1500 followers

  23. Wadi Ahmad Sapian Avatar

    xpenah ade twitt2 encik

  24. Amir Said Avatar

    Hits yang tinggi dari triberr Jejaka! :D

  25. Pacifista - X Avatar

    rasanya aku tak pernah lagi dapat referral dari twitter.mungkin aku tak aktif ber’twitter’ kot…

  26. akmalhilmi Avatar

    same pendapat nan aku

  27. Izwan Avatar

    aku tak paham lagi headline tu untuk network kita atau headline personal.. letak link latest kat headline nanti kita je yg nampak atau semua nampak?

    btw,post ni 14 Julai?..

    1. ariff Avatar

      headline adalah tajuk entri. Letak tajuk yang descriptive sikit, jangan terlalu general.

    2. Pacifista - X Avatar

      rasanya ada error pada tarikh tu.ke sebab dah berada kat jepun?hehe…

      1. ariff Avatar

        yeah. Ni sebab WordPress update rasanya. Ada error somewhere. Biar jelah.

  28. haiqal Avatar

    Tu lah,rasa nak join tribe.Ada juga baca tapi tak paham sangat.T__T.

    Tapi mostly followers aku kawan-kawan aku sahaja.Jarang blogger follow twitter aku.;)