“Encik Ariff Dah Kahwin Ke Belum?”

Reading Time: 2 minutes

Rasa tercabar keremajaan diri bila ditanya soalan ni. Muka saya ni ada rupa macam bapak budak ke? Pegang baby pun tak reti lagi. ha ha..

Saya belum berkahwin. Bujang. Biasanya kalau cakap macam tu cukup dah, tapi lepas tu lawyer tu mintak surat pengesahan bujang. “Err.. mana saya nak dapat surat tu? First time dengar,” soal saya pada peguam tersebut. Daripada suaranya yang lunak, boleh rasa macam umurnya sebaya saya.

“Encik mintak kat company encik,” eh.. tak payahlah berencik-encik, terdetik di dalam hati. Namun disebabkan tak nak dicop gatal oleh gadis lawyer ni, saya maintain profesional.

“Ok. Esok jumpa saya bawa sekali surat tu. Around lunch hour, ok?” jawab saya pendek. Takut boss masuk pulak. Dah berapa kali bergayut kat phone dengan lawyer hari ni. Tak terkira.

Lepas tu, saya cuba mendapatkan penjelasan di Facebook:

Rupa-rupanya macam ni:

  1. Kalau nak beli apartment jenis low cost, gaji mestilah dibawah RM2500. Tadi detail ni ditanya oleh lawyer dan walaupun dia tak cakap macam ni, boleh agak la. Takkan la orang kaya nak kasi beli apartment low cost?
     
    Siap ditanya untuk memastikan yang saya ni adalah sole-buyer (bukan joint application) untuk pembelian apartment tersebut. Mungkin kalau untuk joint-application, jumlah dua-dua income pembeli lebih RM3000 dah tak layak nak beli apartment low cost.
  2.  

  3. Surat pengesahan bujang untuk memastikan yang saya ada satu je punca pendapatan (takde pendapatan lain termasuk pendapatan pasangan).

Jadi kesimpulannya, nak dapat rumah low cost sekarang memang susah. Orang yang dah ada rumah, tak boleh beli rumah low cost. Sementara masih layak nak beli inilah yang membuatkan saya terus terjun ke dalam bidang pelaburan hartanah ni, kebetulan peluang ada di depan mata. Naik gaji nanti confirm tak boleh beli.

Terima kasih atas penjelasan wahai Encik Mentor.


Posted

in

by

Comments

35 responses to ““Encik Ariff Dah Kahwin Ke Belum?””

  1. sohoque Avatar

    lawyer tu yg nak tau tu. hehehehe

  2. muazfaris Avatar

    encik kahwin awal ye encik.. haha.. senang nak isi nanti.

  3. Myra Jay Avatar

    Owhh baru tau jugak, mula ingatkan tadi cik lawyer nak ngorat..heheee

  4. pinkbubblegumprincess Avatar

    cik lawyer nak ngorat tu hihihihihi

  5. azriMy Avatar

    haha, kelakar baca post ni… yang ni boleh la faham :)

  6. Sadiq Avatar

    Ala..lawyer tu suruh kahwin cepat2 la tu.hehe =)

  7. dya Avatar

    yang ni Ariff guna skim rumah pertamaku tu ke atau sendiri2 deal?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      sendiri deal. Skim rumah pertamaku leceh sikit nak apply

  8. beckhrooy Avatar

    masih tak mampu nak beli lagi

  9. zuha Avatar

    ariff,

    pengalaman saya membeli rumah kos rendah. first kena beli borang dari pej tanah, isi form, slip gaji 3 nulan, surat pengesahan majikan dan salinan kd pengenalan. then hntr borang ke pemaju, pemaju hntr ke kerajaan negeri. alhamdulillah kerajaan negeri luluskan, dihntr surat ke pemaju dan saya, baru pemaju proceed utk loan dan sbgnya.

  10. nazra Avatar

    encik ariff shah jambu sangat, tu yg depa mintak. hahaha
    btw tak tau jugak pasal ada surat pengesahan camtu. hehehe. dapat info baru :D

  11. titan Avatar

    haa..sape yang bujang tu..sila-silalah beli rumah sekarang ye..

  12. hasrulhassan Avatar

    Pengesahan bujang memang perlu, termasuklah check ada HIV ke tak …. :) nak tahu diri tu bersih ke idak .. walaupun ada stgh negeri tak wajib check HIV ni tapi tak adillah buat pasangan kalau kita ni ada penyakit tu ..

  13. hasrulhassan Avatar

    Hmmm rumah kos rendah skang pun susah nak jumpa … kalau ada, yang dibuat oleh kerajaan negeri …mesti penuh punya … dgr2 setiap umah kos rendah tu ….ada kuota tertentu …termasuklah org2 VIP …hmmm …. betui ke tidak … saya pun dgr dari mereka yang arif pasal ni

  14. Pemikir Avatar

    Tapi rasanya bloger ariff ni dah tak layak beli rumah kos rendah. Penpatan blog ini dah mencecah hampir lima angka kan hehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Ish.. Mana sampai banyak tu. Fantasi je

      1. hasrulhassan Avatar

        Fantasi ….. huhuuuu…. biasalah … takkan nak tunjuk ye tak?

  15. Fazreen Avatar

    Kalau aku yang jenis tak ada fixed income ni lagi layak ye dak beli ruma low cost?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Panjang cerita dia tapi kalau ko, aku rasa memang tak layak dah beli low cost.

      Better start dengan medium cost. Haritu ada launch satu projek medium cost kat Setia Alam. Kalau tau awal-awal, dah suruh ko beli. Memang akan buat untung bila siap nanti

  16. Denaihati Avatar

    Jadi kalau orang Bujang dah beli nak jual balik ke Bujang tiga boleh ke??

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      haha.. boleh2. asalkan income seisi rumah tak lebih RM5k

  17. are_rull Avatar

    info y sgt bguna .. sy pn x tahu org bujang pn perlu kan pengesahan. hahahahaha (^_^)

    p/s : mohon jasa baik kwn2 utk support sy dlm contest iPhone 5 Gadget Impian .. thanks in advance!

  18. Nurul Avatar

    Nurul suka dengan penerangan AE.. Terang & Jelas..

    1. abangensem Avatar

      Sayapun suka dengan Nurul.

  19. cik sha Avatar

    hahah..penjelasan AE tu terbaek sungguh..:P

  20. ohcikgu Avatar

    dia tanya tu..dua dalam satu tuuu..

  21. akubiomed Avatar

    Alang-alang minta surat status surat bujang boleh tahu setatus pemohon. Mana tahu boleh bertaut. Ha..haa..betultak AE?

  22. Tho Ha Avatar

    Dulu-Dulu Selalu Diajukan Soalan Sudah Sunat Ke Belum ?? Sekarang “Kamu Bila Hendak Kawin?, Kalau Takde Org Aku Boleh Carikan” ………. Tetapi Tenang Sahaja. Aku Jwp Dgn Tersengih.

  23. donnyien Avatar

    terima kasih diatas penjelasan tersebut…

  24. Eizil Avatar

    Owhh macam tu rupanya, ada syarat juga nak beli rumah kos rendah ni ya… nampaknya macam terkubur satu peluang dah setakat ni…

  25. boni kacak Avatar

    bestnya..tak sabar pulak aku nak terjun dalam bidang hartanah ni….

  26. MK Kimi Avatar

    Good knowledge. Baru tahu pasal ni… Thanks Ariff

  27. fatin farliana Avatar
    fatin farliana

    haha. ingat ending cerita lawyer tu tesangkut ke. :D

  28. Azah Avatar

    suh cik lawyer baca blog dari A-Z la.. confirm bujang. haha

  29. sha myheart Avatar

    ingatkan dah nak kahwin. Kalau nak kahwin pun kena minta surat pengesahan bujang dari majikan.
    Untunglah dapat beli rumah.