Aku bosan dengan Facebook. Serius. Tiap-tiap hari spam entah apa-apa masuk. Daripada spam video kononnya Osama kena tembak, orang tayang duit RM50 banyak-banyak dalam album, spam you view my profile walaupun aku tak pernah buka profile orang tu dan macam-macam lagilah kebodohan. Aku rasa Twitter lebih tenang sekarang.
Hari ni join benda baru iaitu Empire Avenue. Basically benda ni menilai saham kita dalam social media (Facebook, Twitter, Youtube, Linked dan sebagainya). Jadi lebih popular kita, maka lebih tinggilah nilai saham kita nanti. Lebih kurang macam Klout score, tapi yang ni lebih social dan tak serius.
Bila join Empire Avenue ni, tak perlu buat apa sangat. Boleh biarkan sahaja saham kita naik (kalau anda memang aktif dalam Twitter, lebih-lebih lagi mereka yang #tahitwitter) ataupun main game ni macam main saham. Join je akan dapat duit permulaan sebanyak berapa puluh ribu entah, aku pun tak ingat tapi kalau korang join bawah aku, dapat lagi tambahan 2000e (e atau Eaves adalah matawang Empire Avenue). Agak banyak sebagai permulaan sebab harga saham awal-awal adalah 10e.
Apa yang best adalah boleh buat komuniti kat sana dan aku bercadang untuk mengumpulkan network blogger Malaysia yang mempunyai akaun di Empire Avenue untuk join komuniti blogger Malaysia. Hujung tahun nanti bolehlah tengok harga saham siapa paling tinggi sekali.
Antara perkara yang boleh meningkatkan harga saham:
- Kekerapan status update dibuat di Twitter, Facebook dan sebagainya.
- Bilangan follower yang bertambah selepas menyertai Empire Avenue.
- Bilangan trafik yang masuk ke blog.
- Bilangan mention yang diterima di Twitter.
- dan macam-macam lagi..
Sebagai blogger/tweeple, game ni memang sesuai untuk anda. Ia menilai networking kita, jadi kalau orang yang selalu diam macam aku kat Twitter ni memang susahlah nak naikkan harga saham aku. Betul? Tak semestinya.. Aku pun ada strategi aku.
Teringin nak tengok Amanz Network dan Oh! Media join benda ni. Nanti bolehlah berbangga kalau beli saham mereka walaupun hanyalah sekadar saham di alam maya, at least ada jenama tempatan dalam bidang social media di sana. Jadi aku ingin mengajak semua rakan blogger untuk menyertai permainan ini. Boleh beli saham aku sementara masih murah dan dengan pelan jangkamasa panjang, aku boleh jamin shareholder aku semua tak akan menyesal kalau beli saham aku. Join link yang ada dalam entri ini untuk mendapat extra 2000e percuma.
Kepada yang dah join, harap bantu untuk endorse RSS feed aku kat sana. Perlu 5 orang untuk sahkan RSS fed tu. Thanks!
Comments
34 responses to “Empire Avenue Malaysia”
dah join tapi tak reti
dah join tak masih blur2 lagi …
kalau xde twitter…susah la skit nak naik rating? best jugak kalau dpt promote blog kat situ :)
eh. tak. bukan untuk promote blog kat situ.
cmner nk join nieyh?
klik link kat Empire Avenue tu. Join situ. Dah join bagitau.
Busy gila beberapa hari ni, baru sempat nak tengok. Macam seronok je ni~
dengan bangganya aku telah join!hahaha
duit tu blh exchange ke duit betul kah?
mana boleh. Benda ni just main-main, cuma nak ukur pengaruh kita dalam social media je..
aku ingat leh tukar duit betul tadi..hahaha…
ok jp lagi nk try…
haha. tak lah. ni memain je, tapi still rasa macam betul. Sila try.
Mmmm… apa saham? Macam di Bursa tu ke? Itu saya tahulah. Buy low, sell high. Cetek dan dangkal untuk saya. Canggih dunia blogging ni!
still lg x fhm tp nak cuba juga..utk pelaburan masa dpn…
Ni demam baru yang bakal melanda social person malaysia..hehe
cuba tgk pete cashmore punya pergh mantap. aku dah lupa baca benda ni kat mana tapi agak lama jugak la
aku dah join dah…sila keluar tutorial
Aku dah join game ni bawah bro ariff punya link. Game ni memang best. Aku sangat sarankan kepada sesiapa yang ingin naikkan influence di twitter dan blog sambil having fun, ini adalah cara yang bagus.
fuh~
aku dah tengok semalam
sepatah haram tak paham..haha
jom fight…! KEKEKEKE
join sekaki!!! :D
hmm nampaknya mmg boleh cube try test… saham bro arif pun ape kurang nyer…huhu..just dari segi facebook n twitter tak mcm oh media la kot kan..hehe
Artikel Panas ‘Melayu Pendatang?’: Orang Melayu Mesti Baca!!!!
itulah. Oh! Media memang aktif kat Facebook. Confirm saham melonjak cepat kalau join.
interesting… Ariff.. keep up the good work.. :)
aku lemah2 betul la numbers semua ni..ariff, joinkanlah aku :) gee~
ni Malaysian punya ke eh?so nanti boleh tau la sape paling banyak harta dan ekuiti?hehe..
hoho, cam game gak nampak.. cume yang bestnye bleh menambahkan trafik.. hohohoho
nice info. TQ for sharing
Macam linkedin ke? Cuma based pada social network semata-mata?
xsure pulak linked tu macam mana..
mcm2 yea. kak ida lama dh x update blog sejak2 dpt anak ni. melayan anak 24 jam. best sangat2….
all the best for u ariff…
nak study dulu camne cara mainnya. rasanya boleh join untuk long term trafic ke blog :)
menarik!.. tapi blog tak femes.. baru je nak hidup.. hehehe.. takpelah…
tak la. ni bukan bergantung pada blog je, tapi akaun facebook pun kira sekali. Agak seronok la game ni.