Dah lama rasanya aku tak update pasal SEO. Bukan tak nak update, cuma sekarang pun tak banyak sangat yang berlaku. Kalau ada pun perkara-perkara kecil yang tak penting sangat macam video sitemap dan local search (dua perkara yang memang belum popular kat Malaysia lagi).
Beberapa hari yang lepas, Google telah melancarkan SEO Starter Guide terbaru mereka. Starter guide terbaru ni adalah kemaskini starter SEO guide mereka yang terdahulu (tahun 2008 rasanya) dan dalam versi baru ni memang lebih lengkap. Paling best, design dan ilustrasi dalam ebook nih memang cantik dan berwarna-warni. Kira menarik gaklah.
Aku belum lagi habis baca setiap muka surat dalam ebook tu, tapi daripada apa yang aku tengok rasanya semua telah aku tulis dalam blog ni pada entri-entri yang lalu. So kalau korang ada masalah memahami panduan tersebut dalam bahasa Inggeris, boleh jer tengok segmen SEO kat blog ni. Aku dah cover semua benda yang penting tentang SEO dalam bahasa Malaysia.
Antara perkara baru dalam panduan tersebut ialah:
- Mobile sitemap – khas untuk laman web yang mempunyai versi mobile tersendiri (versi mobile adalah versi laman web tersebut yang lebih ringkas untuk pengguna smartphone). Google versi mobile (dikesan secara automatik kalau korang guna Google search dari smarphone) akan memberikan keutamaan kepada laman yang mempunyai versi mobile mereka tersendiri.
- Penggunaan Google Webmaster Tools. Satu lagi yang aku dah pernah cakap sebelum ni, webmaster tools penting kepada semua blogger. Google pun dah cakap penting. Jadi gunakan ia.
Selain daripada tu, banyak tips-tips yang boleh korang ikut melalui ebook panduan SEO ni dan jangan takut untuk baca ebook ni sebab ianya masih lagi untuk beginner. Kalau ada apa-apa yang korang tak faham boleh kemukakan soalan kat bawah nih. Mungkin juga aku boleh buat tutorial kalau topik tu sesuai.
View & Download Google SEO Starter Guide 2010
2010/2011 Premium Sponsor
Comments
28 responses to “Ebook SEO Starter Guide Google Terbaru”
[…] sebelum suruh orang lain buat dan ternyata ia bukan usaha copy-paste. Nak faham asas SEO boleh baca E-Book SEO Starter Guide dari Google. Untuk SEO Contest Tip Blogging Terbaik, ada beberapa perkara yang telah aku […]
Dah abih baca buku ni.. tpi ni teknik umum je.
time kasih ariffshah. aku pon kene baca.sangat buta seo.
Perkongsian yang menarik.. Perlu download dan baca.. Sangat tak tahu tentang seo
wohoho…baru tengok vid SEO, dah ada buku..huhu
banyak benda kena belajar lagi nie…
wah…cool :P
bagos bnda ni,
yelaa..untuk budak yang baru berblog cm sya nih.
tanx eyk bro!
bro google webmaster tu selain sitemap kita kena setting apa lagi erk???
hehehe..
aku rasa lagi faham apa yang kau terangkan dalam blog.
;)
Bila sebut saja pasal SEO dari Google mesti lemau nak membacanya..walau apapun akan saya gagahi untuk download dan membacanya. Hmm..berminat dgn tajuk dealing with crawler…
Terima kasih banyak-banyak di atas artikel ini..
Link Exchange Websites
dah ada yang baru rupanya. mesti download.
spasibo ariff ;)
wow~ nice sharing.. xD
rasa mcm penah baca edition yang lepas. tapi dpt yg edisi baru nie mesti baca lagi punya.. thanks a lot for sharing.
semalam aku dah belek2 sikit…hari ni baru nak baca betul2…harap sebulan dua lagi jadi mcm blog ko la ariff ye..entah boleh ke tak pun tak tau..cuba jela
[…] Meta Tag. Semua ni penting kalau kita betul-betl serious nak berblog tak percaya baca entri terbaru Ariffshah.com.Next projek aku nak tukarkan warna merah Web Page Analyzer ke warna hijau. Ada yang boleh bantu ke? […]
Thank untuk informasi ini ek ariff..
mu tahu x cam mne nk wat website versi mobile punya…
nice info bro…
thanks…
=)
nice..thank u..
banyak lagi nak kena blajar ni.. hasih..
terima kasih bro, akan aku download dan baca sampai habis :)
blog n informasi yang menarik..
salam ziarah..
jemput ke blog saya
blog.Ariff ni banyak informasi yang bagus2..kalau boleh saya ingin menjadi blogger yang hebat juga seperti blog.Ariff..sila2 la blog saya.
takdelah hebat mana, cuba bertuah je..
Ariff, this is good.
Thank you
Masih banyak aku kena belajar dan memahami SEO ni. Tu lah kalau ikut aturan nya pasti lebih mudah nak dapat tetamu yg tidak di undang ke blog kita melalui search engine.
wah, bestnya.. T’kasih :D
thanks ya ariff sebab share bnda ni..harap2 dapat bantu aku tingkatkan traffic blog untuk bulan oktober ni…