Dua Rumah Satu Kereta

loan kereta lulus

Tadi surat perjanjian pembelian kereta. Kalau semua ok, minggu depan dapatlah kereta pertama saya.

Namun bukan itulah yang nak saya ceritakan. Saya cuma nak kongsi konsep mudah je untuk mereka yang sebaya dengan saya dan bakal graduan. Konsep dua rumah satu kereta.

Saya bukanlah sifu hebat dalam hartanah, atau hartawan atau self made millionaire. Saya orang biasa macam kebanyakan anda yang kerja makan gaji dan advice orang ramai tentang financial planning dan takaful. Biasa-biasa sahaja.

Tapi apa yang pasti, konsep dua rumah satu kereta ni achievable. Sebab kalau kita tengok sekarang, majoriti orang berjaya dalam hartanah dan so called sifu ni orang tua. Majoriti daripada mereka start sebelum pelaburan hartanah ni semua jadi trend atau baru nak jadi trend. They were there at the right time.

Saya orang biasa. Gaji pertama saya RM2k. Gaji kedua RM3.5k. Gaji ketiga.. tak boleh bagitau sebab tu gaji sekarang. hehe. Senang cerita, gaji saya takdelah macam budak-budak oil and gas kan.

Konsep dua rumah satu kereta ni macam mana? Simple. Beli dua rumah dulu, baru beli kereta.

Kenapa jangan beli kereta dulu?

1) Kacau loan. Bila baru mula kerja, gaji kecil. Kalau beli kereta komitmen naik. Kebanyakan yang ada masalah nak apply loan rumah adalah orang yang ada loan kereta.

2) Kos memiliki kereta. Downpayment, maintenance, aksesori, insurance dan macam-macam lagi kos untuk memiliki kereta ni akan buat duit simpanan keluar macam air kalau duit simpanan sikit. Bila duit simpanan habis, takde modal nak buat downpayment rumah.

Kenapa kena beli rumah dulu?

1) Belilah rumah tak kisah untuk tinggal sendiri atau nak sewa. Takde masalah sebab gaji dah utilize untuk beli aset. Harga aset hartanah ni sentiasa naik, lebih-lebih lagi zaman sekarang. Beli rumah yang dekat dengan tempat kerja.

2) Kalau beli untuk tinggal sendiri, bilik yang kosong boleh disewakan kepada orang lain. Dapat tinggal free sebab penyewa yang bayarkan rumah kita.

3) Kalau beli untuk disewakan, lebih banyak lebihan bulanan yang kita dapat.

4) Cukup setahun atau setahun setengah, harga rumah naik dan boleh refinance. Duit refinance boleh guna untuk beli rumah lagi atau buat belanja kahwin.

Kenapa kena beli rumah kedua sebelum beli kereta?

1) Harga rumah sentiasa naik dan naik pada kadar yang tak sekata dengan kenaikan gaji. 10% kenaikan gaji tahunan belum tentu boleh tampung loan untuk 10% kenaikan harga rumah. Setiap tahun tak beli rumah menyebabkan kita semakin ketinggalan sebab harga rumah memang naik di kawasan yang bagus. Tinggal kawasan yang tak bagus je harga murah.

2) Bila beli rumah kedua, apa-apa lebihan itulah yang digunakan untuk membeli kereta. Jadi lebihan tadi dah berkurangan dan kita akan beli kereta ikut lebihan selepas membayar dua buah rumah. Kalau beli kereta selepas rumah pertama, mungkin lebihan duit banyak dan kereta yang bakal dibeli pun ikut lebihan yang banyak tadi. Kereta nampak hebat, bilangan aset kurang hebat berbanding yang beli dua rumah dahulu tadi.

3) Maximize keupayaan hutang pada aset adalah lebih baik berbanding liabiliti seperti kereta.

Jadi itulah rasional saya kenapa saya berdegil dari dulu lagi tunggu beli dua rumah baru beli sebiji kereta. Melihat keadaan sekarang, saya rasa cara inilah paling senang untuk fresh grad supaya tak pening kepala sangat bila fikir pasal nak beli rumah sebab bila tak beli kereta, confirm mampu beli rumah. Tak kisahlah rumah mahal atau murah.

Apapun, cara saya bukanlah yang terbaik dan sesuai untuk semua. Pada saya, strategi ni berhasil. Semoga apa yang saya kongsikan ni bermanfaat untuk anda semua.

P.s. Formula ni tak boleh ditukar kepada dua orang rumah satu kereta. Perang besar nanti sebab yang tak dapat kereta tak puas hati.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

43 Comments

  • adzry

    12 March, 2015 at 6:18 pm

    assalamualaikum. nak tanya sifu ariff shah. Boleh tak nak tahu step by step nak beli dua biji rumah dalam masa 2.5 years dalam keadaan gaji around 3K sebulan. saya fresh graduate 24 tahun.

    • Ariff

      12 March, 2015 at 10:43 pm

      Beli satu yang murah masa awal tahun dan sewakan cepat2. Ada tenancy agreement boleh jadi bukti sebagai tambahan income. Bila income bertambah, DSR berkurang, jadi boleh consider untuk second property.

      Yang penting, jangan ada loan2 jahat seperti kereta dan personal loan. Lagi satu penting, downpayment kena ada la. Yang ni saya tak boleh ajar, samada pinjam dengan orang, kumpul sendiri, buat bisnes atau apa sahaja cara.

  • @whatsupdila

    26 February, 2015 at 5:57 pm

    Hmm… Another great tips yang saya baca lambat. Macam ni kena lebatkan lagi income memandangkan saya tak reti tunggang motor. Switching from a car to a bike is not an option walaupun dari kecil saya sangat-sangat suka dengan motor (anak ayah sungguh!). Haha!

  • Resep Kue

    18 February, 2015 at 2:29 pm

    nah, benar tuh. kereta belakangan saja. rumah harganya semakin lama semakin mahal. kalau kereta lama kelamaan semakin murah harganya. betul, inspiratif sekali. terimakasih

  • kabut

    15 February, 2015 at 4:46 pm

    Alhamdulillah..umur 26 da dapat beli 2 buah rumah..lepas tu baru beli kereta,itu pun beli 2nd hand..sekarang ni dalam proses beli rumah yg ke 3..untuk makluman gaji saya hanya RM2k++..kena pandai manage kewangan..InsyaAllah ada jalan..

  • Mohd Haniff bin Shahri

    21 January, 2015 at 10:45 am

    Suka baca idea sharing dr hang, AriffShah. Respect. Keep it up!

    Tapi untuk kes aku, aku dah tersilap langkah masa setahun kerja. Terus beli kereta atas sebab2 kepentingan keluarga dll. Harap dapat uruskan financial flow dgn baik untuk beli rumah 1st. At least buat utk sewa.

    Anyway, thank you ariff.

    • Ariff

      21 January, 2015 at 11:26 am

      Kalau untuk family bukan kesilapan tapi keperluan. Takpe2.

      Macam saya cakap, apa yang saya share ni bukan untuk jadi ikutan tapi kalau rasa sesuai untuk diikut, silakan

  • mohdhiruan

    20 January, 2015 at 8:57 pm

    tp skrg ni ramai yg terbalik… habis blaja, baru start keje dah buat loan kereta…beli kereta jenama luar negara plak tu, installment bulanan je dah lebih rm800.., senang nk cari awek katanya.

  • Njiheam

    19 January, 2015 at 4:59 pm

    Salam singgah, sukalah blog ni. Macam2 input pasal mengatasi masalah kewangan ada..berminat sponsor giveaway? Nak join pun boleh…

    studioous.blogspot.com/2015/01/sponsor-1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt.html

  • Syahril Hafiz

    18 January, 2015 at 10:40 pm

    Bagus cara hang ni. Sapa yang makan gaji awai awai elok cuba method macam ni 2 rumah satu kereta. Kalau habis grad terus pilih utk berniaga. Payah nak buat macam ni sebab perlukan kereta untuk bergerak dan untung modal sentiasa roll..huhu orang kata kembangkan dulu bisnes baru pikir yang lain. Aku pegang kata kata tu!

  • dee

    16 January, 2015 at 11:17 pm

    salam ariff, nk tanya..refinance maksudnya either buat longer loan & lesser monthly installment ke camne? sbb ariff ckp duit refinance boleh guna untuk beli rumah lagi

    • Ariff

      19 January, 2015 at 7:59 pm

      Refinance maksudnya tambah hutang sebab kita ambil loan pada current market value. Jadi nilai rumah yang dah lebih tinggi tadi tolak dengan loan lama dapatlah lebihan.

      Macam biasa, loan tenure kita ambil paling panjang supaya instalment rendah

  • weeee

    16 January, 2015 at 7:56 pm

    dah terbeli kereta dulu, anyway perlu ke beli rumah dgn tempat kerja sekarang, since saya plan nak cari kerja lain? Dan location tu pun tak pasti lagi, fyi gaji saya 2.8k per month, fresh grad. Basically 1.5k dah habis untuk contribute parents dan future perasaraan, dan kalau ikut plan sya sekarang ni nak invest asnb. Rumah atau asnb,50krm 25 yrs. apa pendapat tuan?

    • Ariff

      19 January, 2015 at 8:03 pm

      Itu sebab rumah pertama memang perlu untuk investment, bukan tinggal sendiri. Sebab awal2 ni kita pun tak tentu kerja macam mana lagi. Kalau boleh jump, jump sebab cara tu je paling cepat nak naikkan gaji.

      Alhamdulillah. Banyak tu bagi parents. Insha Allah akan berlipat kali ganda nanti.

      Kalau tanya saya, ASNB ni saya buat last, lepas dah ada rumah kereta. Sebab masa ni loan rumah pun dapat 70% je, so daripada ASNB RM200k cepatlah sikit kumpul deposit untuk rumah seterusnya (kalau boleh landed).

      Ini cara saya la. Sekadar berkongsi. Tak semestinya sesuai untuk Tuan.

  • dinsblog

    16 January, 2015 at 7:52 pm

    wah..tahniah ariffshah…teknik yg semua fresh grad kena ikut kalau nak dapat kereta free monthly installment…lebihan rumah sewa tolong bayarkan monthly installment kereta.

  • profhariz

    14 January, 2015 at 11:43 pm

    Menarik konsep hang. Tetapi aku dah tersalah langkah atas faktor keluarga. InshaAllah cuba sedaya upaya selainkan semua hutang yang ada dan mula ceburi bidang hartanah.

    InshaAllah jika betul2 pulun dengan Internet Marketing semua hutang boleh settle dalam masa 1-2 tahun.