Dipaksa Menyertai Kelab Peminat FL

Reading Time: 1 minute

Semalam, telah menghadiri malam anugerah Malaysia International Tourism Blogger Conference & Award. Ramai yang hadir. Tahniah kepada Zarul, Jard, Aunty Ida dan semua pemenang yang lain.

Nak dipendekkan cerita, selepas tamat majlis, macam biasalah ada sesi fotografi. Entah macam mana saya telah ditarik oleh beberapa individu dalam gambar di bawah ini dan dipaksa untuk posing a la FL. Kata mereka, kalau tak posing, tak boleh balik.

Kepada yang mengenali saya, anda tahu bahawa saya tak akan dan tak pernah sesekali posing comel macam ni dalam gambar. Saya percaya posing sebegini sangat tak sesuai untuk penampilan diri saya yang sangat serius.

Jadi untuk mengelakkan konflik tercetus antara kami  malam tadi dan disebabkan saya nak balik awal, terpaksalah memalsukan senyuman dan posing ikut kata mereka. Saya terasa seperti dipergunakan oleh presiden kelab peminat FL untuk melariskan pendaftaran keahlian kelab kelolaannya.

Saya juga khuatir takut diapa-apakan oleh dua bouncer kelab (Eyriqazz & Jejai). Yelah, kita ni kan kurus melidi je, kalau apa-apa jadi teruk nanti. Tak sangka Bro Framestone pun setuju untuk bersekongkol dengan mereka ni.

Harap insiden seperti ini dapat dielakkan di masa hadapan. Kena berhati-hati dengan mereka ni.

Ps. Kepada Fatin Liyana, harap anda sporting dengan entri macam ni oleh saya dan rakan-rakan yang lain kerana ianya hanyalah atas sebab just for fun dan langsung tak berniat untuk making fun. Harap tiada salah faham di sini =)

Pps. Kepada pembaca lain, ini adalah entri santai. Sekali sekala tak perlulah serius sangat kan


Posted

in

by

Comments

46 responses to “Dipaksa Menyertai Kelab Peminat FL”

  1. aisha Avatar
    aisha

    tak sangka ada kelab peminat FL,lucu >.<

  2. LynnAiza Avatar
    LynnAiza

    HAHAHAHA.
    yang paling kiri paling WIN! *vote for him!hahaha

  3. Ekspresi Ruang Avatar

    manatau lps posing cmtu, FL tersangkut kt bro plak.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hahaha.. mustahil

  4. izwanyusof Avatar

    kelab senior2 kot kau masuk. mantap ape. okey,possing gedik. har3

  5. Zida Avatar

    Serius tak serius kalau posing camne pon, kalau dah comel, comel jugak. Haahaha

    (sebenarnya tak faham, pasal kelab peminat FL ni saje2 je ke?? masih blur. hehehhe)

  6. drinspirasi Avatar

    tak sangka pulak abng hensem ketua fan FL :-)

    1. iAwani Avatar

      ..wow .. Dr Inspriasi is back!

  7. drinspirasi Avatar

    tak sangka pulak abng ensem ketua fan FL :-)

  8. Sya Isya Avatar

    gaya cikgu iman plg comey. hehe.. :D

  9. sadiq Avatar

    ala2..comel2 la semua..haha=)

  10. el Avatar

    alolololo cute bebeno..hehehehe

  11. Wan Gerrard Avatar

    huhu aksi comel yang jarang dilihat

  12. azmanisma Avatar

    Sesekali santai best gak..he3…hahaha..

  13. ann Avatar

    hek eleehh. ye ke paksaan ni.. hahaha. Gurau jer malam malam nie :P

  14. LilyNrman Avatar

    Alolololo, cute nya Ariff…HAHAHAHA

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      oo.. gelak kuat-kuat ye..

  15. Izzuddin Fauzi Avatar

    Hehehe… Ini paksa rela nie :D

  16. JAI Avatar

    Wakakakaka..Jap..Jap nak gelak guling-guling Jap..hahahahaha..Ciss Bouncer katanya..Muka jer garang dalam hati ado taman bunga…Apa-apa pon sikit hari mungkin FL akan Patent kan Trademark beliau tak dapeklah nak tiru..hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      haha.. bouncer ok apa.. nasib baik presiden dah naikkan pangkat. Lepas ni terpaksalah cari ahli baru untuk jawatan bouncer

  17. Bro Framestone Avatar

    if ariff menjadi timbalan presiden kelab ini..

    Tak nak la kes yang terjadi pada kelab Seniman terjadi pulak dekat kelab ini ek

  18. muazfaris Avatar

    ariff seorg yang serius ke.. hehe.. kantoi.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hidup kena serius. haha

  19. kak ina kl Avatar

    begitulah geng blogger yang sentiasa ceria..kalau serius selalu nanti cepat tua

  20. Bloggua Avatar

    Sekali sekala ambik gambar comel apa salahnya..tak hilang “macho” tuh..haha.

  21. wandisini Avatar

    AE tetap ensem dalam gambar ni..

    1. abangensem Avatar

      Bro, lu layan kambing tak? Gua ingat nak banjer lu la kat mamak yang ada ramai awek..

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        hahah. memang makan pujian betul

  22. hazman aka species1980 Avatar

    Pose cenggini bagus untuk menunjukkan MODE RIANG RIA bersama rakan2x blogger ….hehehehehe

  23. ika Avatar
    ika

    I tak mengaku kawan dengan you…:p

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      :(

      1. ika Avatar
        ika

        Alololo…byeeee..leaving for Sydney..haha.

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          remember eh my order. 1 kangaroo

  24. Nurul Avatar

    Sian.. Terpaksa melakukan Aksi muka comel.. Hahahaha

  25. akubiomed Avatar

    Ha..ha..terkantoi sudah. Selepas ini merebaklah viral virus FL. :-)

  26. eyriqazz Avatar

    tentu mr presiden makin busy lepas ni menapis permohonan…

    oh, ini jawapan balas FL :

    Haha ok… thanks you protege!

    1. halif Avatar

      Ariff, boleh jadi Timbalan Presiden. hahaha.

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        rupa-rupanya ko yang cadangkan. patutlah tiba2 nama naik jadi timbalan

  27. PCL Avatar

    suka aku temgok korang ..sporting !

  28. iris Avatar
    iris

    patotnye yg peace tu kene kat tepi mate..lagi comel..ah ha..v(^-^)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      nama pun terpaksa. kita buat cukup syarat ada peace je..

  29. KiD Avatar

    hahahahaa.. sekali sekala kena santai.. dan ia sudah pastu akan jadi kenangan dan memori pada masa depan.. tul tak bro? hehehe

  30. Zarul Umbrella Avatar

    hahahah tu la tak pasal2…adoiiiyai…harap FL tak marah la yer

  31. hatiputera Avatar

    betul tu ariff,,,tak boleh serius selalu,,,kena santai jugak kadang-kadang supaya fikiran lebih tajam.

  32. Man Avatar

    tak bleh blah betul gaya tu..hahaha

  33. jaa64 Avatar

    haaahaaa…comel lettew posing gitu :p