DiGi Mobile WiFi (MiFi)

Produk terbaru daripada Digi, Mobile Wi-Fi atau singkatannya MiFi yang baru sahaja dilancarkan. Pada masa ini, sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan sebelum produk ini dilancarkan secara rasmi. Hari terakhir tempahan boleh dibuat adalah pada 20 Jun 2010.

Apa itu MiFi?

MiFi adalah singkatan kepada Mobile Wifi merupakan satu lagi kemudahan wireless internet yang menggunakan network 3G/Edge tanpa modem yang perlu dipasang pada komputer atau laptop. Modem MiFi ni membolehkan korang berkongsi internet 3G/Edge dengan empat lagi gajet seperti iPad, iPod Touch, iPhone, Blackberry dan notebook/netbook lain melalui WiFi secara serentak. DiGi adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pakej MiFi ini.

Kelebihan MiFi

  1. Kemudahan wireless hotspot di mana-mana sahaja asalkan ada line 3G/Edge DiGi
  2. Membolehkan korang tukar terus broaband kat rumah kepada MiFi kalau korang tinggal di kawasan yang mempunyai signal yang kuat. Dengan ini dapat menjimatkan kos internet broadband kalau selama ni korang ada dua jenis broaband, di rumah dan mobile broadband.
  3. Modem boleh disimpan di dalam beg dan tak payah nak bawak keluar kalau nak guna. Lagi senang macam ni, confirm tak hilang atau tercicir punya.

Keburukan MiFi

  1. Modem MiFi ni guna battery, jadi kena charge sebelum guna. Battery boleh tahan sampai 4-5 jam untuk satu full charge
  2. Battery phone korang cepat habis kalau guna WiFi berbanding kalau korang guna 3G/Edge kat telefon tu
  3. Kalau dah guna ramai-ramai, dengan mudah kuota yang diberikan akan habis.

Komen aku tentang MiFi DiGi

Disebabkan telco kita terkenal dengan fair usage policy diorang, aku cadangkan supaya pakej yang ditawarkan adalah paling minimum pun 7GB la. Maksimum mungkin 15GB sebelum speed kena capped. Kalau buat kuota sikit, no point sangat sebenarnya sebab tujuan asal benda ni adalah supaya penggunaan mobile internet tu jadi fleksibel, maksudnya boleh guna apa-apa device dengan connection yang sama. So expect penggunaan yang lebih excessive daripada pelanggan la.

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni pengguna postpaid DiGi yang melanggan dengan unlimited 3G internet pada harga RM149 sebulan akan di capped apabila penggunaan mencecah 3GB. Dari situ cuba kira pulak untuk MiFi kalau DiGi buat plan dengan lebih banyak data, mesti bayaran bulanan lagi mahal.

Apa-apa pun, kalau benda MiFi ni tak perlu kontrak dan modem boleh sewa aje, confirm aku amik punyalah untuk kegunaan cuti summer ni. Masih lagi mencari dan mengcompare internet broadband sana sini. Cuti ni 2 bulan jadi blogger full time sebab takde benda nak buat, so internet mesti ada.

brought to you by

Apa DiGi boleh buat untuk mempromosi MiFi bersama blogger Malaysia?

Point penting kat sini adalah mobiliti. Disebabkan MiFi membolehkan akses wireless hotspot di mana-mana tanpa modem perlu disambungkan ke laptop, aku ada satu idea best untuk DiGi. Berikan MiFi kepada beberapa blogger untuk mereka membuat live blogging dalam sesebuah event. Dengan kemudahan laptop, blogger-blogger ni mampu menghasilkan entri live blogging yang lebih bermutu berbanding live blogging menggunakan smartfon.

Selain daripada events, bayangkan kalau blogger tu boleh bukak laptop dalam LRT, Komuter atau bas dan buat live blogging pada masa tu. Kalau tak pun, time dia melepak di Taman Tasik Titiwangsa atau di park kat KLCC mengupdate blog. Aku rasa promosi macam ni lebih berkesan sebab ada live participation from average people. Dengan itu orang lain akan berasa lebih yakin untuk melanggan perkhidmatan DiGi MiFi ini.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

23 Comments