DiGi Mobile WiFi (MiFi)

Reading Time: 2 minutes

Produk terbaru daripada Digi, Mobile Wi-Fi atau singkatannya MiFi yang baru sahaja dilancarkan. Pada masa ini, sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan sebelum produk ini dilancarkan secara rasmi. Hari terakhir tempahan boleh dibuat adalah pada 20 Jun 2010.

Apa itu MiFi?

MiFi adalah singkatan kepada Mobile Wifi merupakan satu lagi kemudahan wireless internet yang menggunakan network 3G/Edge tanpa modem yang perlu dipasang pada komputer atau laptop. Modem MiFi ni membolehkan korang berkongsi internet 3G/Edge dengan empat lagi gajet seperti iPad, iPod Touch, iPhone, Blackberry dan notebook/netbook lain melalui WiFi secara serentak. DiGi adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pakej MiFi ini.

Kelebihan MiFi

  1. Kemudahan wireless hotspot di mana-mana sahaja asalkan ada line 3G/Edge DiGi
  2. Membolehkan korang tukar terus broaband kat rumah kepada MiFi kalau korang tinggal di kawasan yang mempunyai signal yang kuat. Dengan ini dapat menjimatkan kos internet broadband kalau selama ni korang ada dua jenis broaband, di rumah dan mobile broadband.
  3. Modem boleh disimpan di dalam beg dan tak payah nak bawak keluar kalau nak guna. Lagi senang macam ni, confirm tak hilang atau tercicir punya.

Keburukan MiFi

  1. Modem MiFi ni guna battery, jadi kena charge sebelum guna. Battery boleh tahan sampai 4-5 jam untuk satu full charge
  2. Battery phone korang cepat habis kalau guna WiFi berbanding kalau korang guna 3G/Edge kat telefon tu
  3. Kalau dah guna ramai-ramai, dengan mudah kuota yang diberikan akan habis.

Komen aku tentang MiFi DiGi

Disebabkan telco kita terkenal dengan fair usage policy diorang, aku cadangkan supaya pakej yang ditawarkan adalah paling minimum pun 7GB la. Maksimum mungkin 15GB sebelum speed kena capped. Kalau buat kuota sikit, no point sangat sebenarnya sebab tujuan asal benda ni adalah supaya penggunaan mobile internet tu jadi fleksibel, maksudnya boleh guna apa-apa device dengan connection yang sama. So expect penggunaan yang lebih excessive daripada pelanggan la.

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni pengguna postpaid DiGi yang melanggan dengan unlimited 3G internet pada harga RM149 sebulan akan di capped apabila penggunaan mencecah 3GB. Dari situ cuba kira pulak untuk MiFi kalau DiGi buat plan dengan lebih banyak data, mesti bayaran bulanan lagi mahal.

Apa-apa pun, kalau benda MiFi ni tak perlu kontrak dan modem boleh sewa aje, confirm aku amik punyalah untuk kegunaan cuti summer ni. Masih lagi mencari dan mengcompare internet broadband sana sini. Cuti ni 2 bulan jadi blogger full time sebab takde benda nak buat, so internet mesti ada.

brought to you by

Apa DiGi boleh buat untuk mempromosi MiFi bersama blogger Malaysia?

Point penting kat sini adalah mobiliti. Disebabkan MiFi membolehkan akses wireless hotspot di mana-mana tanpa modem perlu disambungkan ke laptop, aku ada satu idea best untuk DiGi. Berikan MiFi kepada beberapa blogger untuk mereka membuat live blogging dalam sesebuah event. Dengan kemudahan laptop, blogger-blogger ni mampu menghasilkan entri live blogging yang lebih bermutu berbanding live blogging menggunakan smartfon.

Selain daripada events, bayangkan kalau blogger tu boleh bukak laptop dalam LRT, Komuter atau bas dan buat live blogging pada masa tu. Kalau tak pun, time dia melepak di Taman Tasik Titiwangsa atau di park kat KLCC mengupdate blog. Aku rasa promosi macam ni lebih berkesan sebab ada live participation from average people. Dengan itu orang lain akan berasa lebih yakin untuk melanggan perkhidmatan DiGi MiFi ini.


Posted

in

by

Comments

23 responses to “DiGi Mobile WiFi (MiFi)”

  1. […] bermula, perjuangan mesti diteruskan. Semangat Hidup Untuk Memberi mesti di kukuhkan. Seperti kata Ariffshah Page Rank ini misteri tugas kita menulis dengan betul selainnya terserah kepada Google. Page Rank […]

  2. ahm Avatar

    aku merupakan salah seorang yang bertuah kerana dipilih oleh Digi untuk membuat review berkenaan Digi MiFi ni.. aku diberi 1 bulan menggunakan device tu secara percuma dan buat beberapa review melalui entri di blog..

    sepanjang 2 hari aku guna memang memberangsangkan.

    rujuk blog aku untuk maklumat MiFi
    http://myvitrd.blogspot.com/2010/09/digi-gadget-wireless-mobile-router-mifi.html

    1. ariff Avatar
      ariff

      Yang ni under Nuffnang atau DiGi yang pilih direct?

      1. ahm Avatar

        under Digi semasa majlis berbuka puasa Digi & Nuffnang dkt the Appartment KLCC..

  3. djyakuza Avatar
    djyakuza

    “Untuk pengetahuan semua, sekarang ni pengguna postpaid DiGi yang melanggan dengan unlimited 3G internet pada harga RM149 sebulan akan di capped apabila penggunaan mencecah 3GB. Dari situ cuba kira pulak untuk MiFi kalau DiGi buat plan dengan lebih banyak data, mesti bayaran bulanan lagi mahal”

    actually info salah sikit… skrang ni unlimited internet untuk phone RM58 aje. kalau nak cakap broadband, 10 GB pun hanya Rm108… lagipun dapat modem free…

    http://www.digi.com.my/internet/3g/pricing_58.html

    http://www.digi.com.my/internet/broadband/index.html

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ok some clarificcation lupa nak tulis.

      RM150 tu untuk pengguna prepaid, dengan kadar RM5 maksimum sehari, sebab aku guna prepaid =)
      Tak nak tulis pasal postpaid dan kalau baca balik kat bawah sekali tu, aku akan amik DiGi MiFi hanya kalau tak kena bind dengan kontrak (maksudnya prepaid la tu kan).

      Anyway, thanks for commenting and welcome to blog.ariff

      1. djyakuza Avatar
        djyakuza

        eh bro, 150 mahal la kalau macam tu… lebih baik guna prepaid internet kalau nak pergi online kan? rm2 je sehari.

        im also hoping the plan will be good la. dah pre-register so waiting for price to be released! :) :)

        1. ariff Avatar
          ariff

          Kalau postpaid of course lagi murah, like you cakap tu la, rm60 per month. But it is post paid, ada contract etc. Leceh. Better go for the broadband, more volume, no contract.

          Yup. Hoping for the best. Hopefully DiGi MiFi plans would be affordable.

  4. Meow Avatar

    erm, semakin berkembang broadband skrg ye…nampaknya celcom berukband la paling slow skali
    .-= Cerita terbaru Meow.. Mentor 4 Konsert Penentuan Kumpulan A =-.

    1. ahm Avatar

      yang tu aku setuju..sebab tu aku terminate ambil maxis.. sekarang dapat Digi.. aku belasah Digi Pulak.. Digi MiFi

  5. ikoko Avatar

    sangat-sangat cool! thanks for sharing!!!
    .-= Cerita terbaru ikoko.. Universal USB Installer =-.

  6. Lord Zara Avatar

    yeah!
    sila dapatkannya Ariff~
    kalau tak, aku rasa terketar gak kau tak update blog (aku ni 4 hari takde internet pasni, mau sawan..huwaaa)
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Selamat Ulang Tahun Adik LHS – Terima Kasih Kerana Selalu Ada Untuk Kakak Ini. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      aa.. apesal takde lak? guna la broadband DiGi/Celcom ke..

  7. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    “Perfect for the mobile professional! Create a visual office wherever you are for yourself and your colleagues.”

    Diorang dah target untuk golongan businessman tu, macam susah je nak sediakan pakej untuk heavy internet user. Tengok je lah macam mana nanti.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Macam rugi nak target spesifik kat orang business camtu. Berapa kerat je yang nak guna sebab semua ada ofis sendiri. Kalau keluat jumpa customer pun kat cafe yang ada wifi. At the end of the day, DiGi akan buat gak untuk general population. So daripada diorang buat lambat, ada baiknya diorang buat satu pakej yang mungkin murah sikit berbanding lain, tapi dapat cap customer berkali ganda banyak.

      Diorang ni tak fikir ke apa? Atau diorang tau network lemah tak boleh support terlalu banyak user so dia limitkan aje camtu. Entahla..

  8. ROCKprincess Avatar

    cam xsesuai jerk tok heavy internet user…
    kalu takat 4-5 jam jerk watper…
    org on9 one time mau sampai 20 jam..
    haha..
    .-= Cerita terbaru ROCKprincess.. Freak Accident!!!!! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Hm.. ni sesuai untuk guna luar rumah je kot. Kalau tak pun orang business2 yang selalu outstation.

  9. Iza Avatar

    Salam….
    Baru je bertukar dari celcom broadband ke blockbuster streamyx wifi.
    .-= Cerita terbaru Iza.. Awas!!! Ancaman Virus. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tahun lepas guna Celcom, tahun ni nak try guna lain lak. Dengar cerita DiGi ok..

      Kalau nak pasang streamyx kat rumah memang tak dapat lah sebab bila aku takde, takde orang yang guna internet tu

  10. penyubiru Avatar

    baru tahu. thanks atas info ni.

    nampak macam best, tapi bila tahu bab keburukan tu, cam no point lah plak pakai bende ni terutamanya heavy internet user kan.
    .-= Cerita terbaru penyubiru.. Night Safari Di Malam Jumaat =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Betul. DiGi kena betul2 buat pakej yang sesuai untuk pengguna, barulah produk MiFi ni boleh laku

  11. Rara Avatar

    bestnya! coverage 3G dah lah meluas selalu ada dekat mana-mana. tapi pernah cuba broadband dia, lambat lah connection :(
    .-= Cerita terbaru Rara.. Hai, saya adalah gay =-.

  12. rabiatul adawiyah Avatar

    wah.. bagus info nih..
    .-= Cerita terbaru rabiatul adawiyah.. Terima Kasih Tun Dr Mahathir Mohamad =-.