Kisah di Sebalik Logo Kemerdekaan Tahun ni

Dato’ Seri: Ali, kamu reti design logo tak?
Ali: Retilah sikit-sikit Dato’ Seri. Kenapa?
Dato’ Seri: Kamu tolong designkan logo merdeka kita tahun ni. Nanti saya bagilah duit belanja..
Ali: Boleh je Dato’ Seri. Logo tu nak macam mana?
Dato’ Seri: Yang penting ada logo 1Malaysia. Kamu taulah boss saya macam mana sekarang kan.. Lepas tu kamu letak la perkataan “Merdeka” dan “Janji Ditepati”. Alah.. simple-simple je. Jangan lupa mention kemerdekaan ke berapa, takut nanti pembangkang cakap kita guna balik logo lama. Susah betul diorang ni. Semua benda nak cari salah..
Ali: Baiklah Dato’ Seri. Saya cuba buat balik nanti. Dah sampai pun kita. Nanti pukul berapa nak saya pick up?
Dato’ Seri: Lepas dinner nanti kamu datang. Dalam pukul 10 macam tu. Sementara tu kamu bawak dulu kereta saya ni ke carwash. Dah seminggu tak basuh. Elok-elok tau, saya baru dapat minggu lepas.
Ali: Beres Dato’ Seri. Enjoy your dinner.

Dan hasilnya…

Cadangan kepada kementerian:

  1. Anjurkan pertandingan kepada pelajar universiti untuk reka logo. Kita kan ada banyak pelajar dalam bidang art & design.
  2. Fire graphic designer yang reka logo ni. Berapa ribu dia charge? Ke DS Najib sendiri yang design?
  3. Kurangkanlah agenda politik kepartian. Kemerdekaan ni milik rakyat Malaysia, bukan milik parti politik tertentu.

Saya tak kisah kalau mereka cakap logo ni direkacipta oleh pelajar sekolah rendah. Takpelah.. Sekurang-kurangnya boleh cover line sikit. Overall, logo ni memang nampak sangat kerja last minute.

Update:

Sumber


50 thoughts on “Kisah di Sebalik Logo Kemerdekaan Tahun ni

  1. Aku Baru jah balik dari Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke 55 Tahun 2012 Peringkat Negeri. Dlm Mesyuarat Tu Aku Kena Bentangkan Laporan Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Di Kampung-Kampung Tradisional. Org Lain Pulak Bagi Laporan Kemerdekaan Peringkat Keagamaan Islam, Peringkat Keagamaan Bukan Islam, Peringkat Daerah, Peringkat Kg2 Baru dan Kawasan Bandar, Peringkat Ladang2 Petempatan India dan Peringkat Belia. Yg Tak Perlu Bagi Laporan Ialah Peringkat Konvoi Jalur Gemilang Sbb Sudah Berlangsung. Esok Pulak Aku Kena Hadiri Mesyuarat Pelaksanaan Pertandingan Kampung Merdeka Tahun 2012 Oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Mesyuarat hari esok juga diadakan serentak dengan Mesyuarat Formasi Perarakan Hari Kemerdekaan. Adoyai ….. Aku nak je cadangkan kat YBhg Dato’ Pengerusi supaya mesyuarat2 ini diadakan di atas kapal sambil belayar ke United Kingdom supaya btul2 dpt menghayati erti kemerdekaan.

  2. itu ke yang dinamakan logo?hahahahahahaha. tu jadiknye kalau semua nk dimasukkan.