Dari Amerika ke Singapura

Reading Time: 2 minutes

Kurang update minggu ni. Maaf. Sebab utama adalah hartanah maya ni dipindahkan lokasi dari Amerika ke Singapura. Terima kasih diucapkan kepada Eizil Network kerana membantu saya dalam segala urusan pemindahan.

Kepada yang nak buat website/blog, Eizil Network menawarkan one stop solution untuk blog anda, daripada design hinggalah ke bahagian penyelenggaraan dan keselamatan. Kos yang dikenakan adalah sangat berpatutan. Don’t worry.

Empat tahun berturut-turut saya gunakan perkhidmatan hosting yang ditaja dan hanya menanggung kos domain (RM40 setahun). Jadi secara teknikalnya, modal untuk blog ni hanyalah masa dan idea. Pendapatan yang masuk adalah 99% keuntungan.

Orang ramai kecoh pasal pelaburan hartanah. Berhempas-pulas mengumpul modal nak beli rumah RM100k untuk dapatkan pendapatan RM500 sebulan. Blogger boleh dapat lebih daripada tu dalam sebulan. Nampak tak siapa yang lebih hebat kat situ?

Ramai yang saya nampak boleh menulis, tapi tak nak menulis blog. Bila ada basic skill dalam menulis, takde masalah nak tulis entri setiap hari. Sampai masanya, blog akan matang dan mampu menjana pendapatan. Nak sampai tahap tu dengan lebih cepat, belajar daripada pakar.

Mungkin ada yang pandang blogger ni takde class. Mereka kata budak-budak je jadi blogger. hmm..

ariff-shah-honda-civic
Hari tu dapat lenjan kereta ni. Drift, berdiri sambil pijak brake kuat-kuat, racing dalam litar, semua dah buat. Full story coming soon~

Apa-apa pun saya bersyukur sebab hartanah maya ni dah mendatangkan pelbagai peluang dan pengalaman kepada saya. Agak sayang kalau saya berhenti. Banyak lagi yang boleh dicapai daripada blog ini.

Terima kasih kepada yang sudi membuka blog ini setiap hari walaupun saya tak update. Ok. Lepas ni akan lebih rajin lagi keluarkan entri baru.


Posted

in

by

Comments

10 responses to “Dari Amerika ke Singapura”

  1. Faizal Fredley Avatar

    untung bro dpt tajaan hosting percuma utk 4 tahun berturut-turut. sekarang nak jana income blog dri iklan advertising memang susah. tp kalau advertorial Insha Allah kalau selalu update blog n pandai tarik pembaca nak dapat income 1K sebulan memang tak der masalah.

  2. eyriqazz Avatar

    Bro, kongsikan skit kelebihan pemindahan server ni? saya ni bak2 camni memang noob….

  3. Zuan Avatar

    selamat maju jaya! We meet once, maybe you just dont remember :)

    p.s blogger kurang class macam saya ni tak brapa orang nak pandang pun walaupun isi ‘diselit didalam karipap’

  4. CARL LESMANA Avatar

    untung lah ! :)

    fuyooo . kereta dengan orang tepi kereta tu memang handsome .

    p/s: rajin2 update entri baru ya :) eksited nak baca :)

  5. Denaihati Avatar

    Denaihati Network sedang berusaha menaikan taraf kerjaya sebagai Blogger cuma perlu masa utk buktikan pada masyarakat.

  6. waiman takwa Avatar

    Terima kasih kerana ia sangat memotivasikan diri saya untuk terus berblogging

  7. zie fauzi Avatar

    Beruntungnya bila ada yg sudi menaja hosting… 4 tahun berturut2 pulak tu….

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Ada yang dapat direct, ada yang menang giveaway

  8. akubiomed Avatar

    Mungkin satu hari nanti hala tuju blog ini akan berubah mengikut minat dan bidang baru yang diceburi.

    1. Mohd Helmi Avatar

      Ya, biasanya macam tu. Apa pun semoga terus sukses. :)