Dapat Google Sitelinks

Sebenarnya dulu dah pernah dapat sitelinks tapi terpadam sebab verification code untuk Google Webmaster Tools hilang lepas tukar theme baru. Jadi kena tunggu Google Webmaster Tools buat sitelinks yang baru.

Pandangan dalam Google Webmaster Tools

Cara nak dapatkan benda ni masih tak diketahui macam mana, tapi yang pasti blog atau website korang mesti berdaftar dengan Google Webmaster Tools untuk membolehkan diorang menganalisis blog korang dan buat sitelinks. Biasanya, sitelinks terhasil daripada static pages yang ada kat homepage, maksudnya page macam Pengiklanan, About dan sebagainya. Link entri yang masuk kat sitelinks, adalah link yang memang popular, maksudnya dah dapat beribu-ribu hits dalam search engine result page (SERP) Google.

Masih banyak yang pelu diperbaiki

Jadi itulah, daftarkan blog korang dengan Google Webmaster Tools. Kat situ macam-macam lagi Google tunjuk yang berkaitang dengan blog korang termasuk keyword yang bawak trafik masuk dan site performance – berapa laju blog korang loading. Sentiasa ikut panduan daripada Google kalau nak dapat trafik banyak dari Google. Itu tips yang paling penting penting dalam SEO.

Selamat berjaya =)

55 Comments