Dah Kahwin, Bila Pula Nak Dapat Anak?

Reading Time: 2 minutes

Dalam kehidupan Melayu Malaysia yang tipikal, biasanya orang kita kahwin dan dalam setahun dua, boleh kata confirm pasangan tersebut akan dapat cahaya mata. Ini kes biasa, majaoriti. Bukan semua.

Oklah, aku tak nak bincang dari segi takdir dan rezeki tuhan, itu kerja tuhan. Cuma dalam hal kahwin ni semua, aku yakin semua perkahwinan ni terancang, kiranya dah plan la nak tinggal mana, beli rumah macam mana, anak berapa ramai dan segala-galanya la. Cumanya, mengapa majoriti daripada kita merancang nak menimang cahaya mata cepat sangat? Cepat tu kat sini adalah kurang daripada 2 tahun. Oklah.. kasi can sket, setahun setengah aa.. boleh?

Setakat yang aku tau, biasanya pengantin baru ni akan di’pressure’ oleh mertua (tak kisah pihak belah mana) atas sebab mereka nak menimang cucu. fuhh.. kalau kena pada batang hidung sendiri, memang tak best betullah. Yelah, bila seks suami isteri terpaksa dilakukan dengan misi untuk mendapatkan anak. Susah tu. Ibu bapa tak boleh buat macam ni pada anak-anak mereka yang baru kahwin. Tak payah tanya langsung pun. Biarkan mereka. Kalau ada tu, adalah. Tapi kalau dah ada adik-beradik lain yang dah kahwin dan dah ada anak, macam relax sikit lah. ‘Beban’ nak bagi cucu kat ibu bapa ni dah kurang sikit.

Dunia sekarang ni dah kena banyak merancang, terutamanya dalam bab perkahwinan ni. Tak macam zaman dulu, si suami seorang kerja pun rasanya dah cukup nak bagi makan dan sekolahkan 10 orang anak. Ada tu siap boleh pasang no.2 lagi. Sekarang tak. Kalau orang biasa kerja biasa, kena suami isteri cari makan sama-sama kalau nak  hidup selesa sikit.

Jadi aku rasa dalam hal nak menimang cahaya mata ni, boleh ditangguh atas persetujuan si suami dan isteri. Masing-masing boleh kukuhkan karier masing-masing, beri lebih masa untuk hidup bersama dan menikmati hidup tanpa tanggungjawab besar yang satu tu. Ya, besar tanggungjawab nak jaga anak ni. Didikan tu paling penting. Kalau nak dididik dengan penuh kasih sayang, kena luangkan banyak masa dan masa terluang yang banyak adalah sesuatu yang susah untuk dikecapi kalau baru mula berkarier. Betul tak?

Lagi satu, nakal sket aa.. Kahwin ni sebab nak hidup bersama, berdua, nak gi dating sana sini lagi, honeymoon 2-3 kali dan kalau boleh nak pusing satu dunia bersama dulu. Yelah dah bercinta bagai nak rak, sekali kahwin lepas tu terus dapat anak. Masa untuk berdua dah terbahagi jadi tiga. haa…

Tapi ini pandangan tak matang aku jer.. Setiap orang punyai pandangan berbeza, dan korang tak perlu setuju dengan pandangan aku. ish… rasanya pasal perkahwinan dan anak ni eloklah korang buat keputusan sendiri. Bincang dengan pasangan atau keluarga. Aku hanya menyuarakan pendapat empat posen aku ni.

Entri adalah hasil inspirasi selepas menonton video perkahwinan anak SM Nasimuddin ni. fuhh.. talking about orang kaya punya wedding. Rezeki diorang. Tapi kena ingat, the price of a wedding does not guarantee everlasting happiness but the couple itself who values the marriage.


Video belongs to the rightful owners. Video terpaksa distrip sebab ada problem embedding dari sumber asal. Harap maklum.

Selamat berkahwin =)

2010/2011 Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

50 responses to “Dah Kahwin, Bila Pula Nak Dapat Anak?”

  1. farah Avatar
    farah

    hmm saya pun sedang menghitung hati nie..
    macam2x dalam pale nie; doakan saya yer

  2. mira selangor Avatar
    mira selangor

    ya aallah tolonglah aku berikan aku zuriat ya allah ada x sapa2 nk bagi aku anak buat anak angkat aku rasa mcm dah putus asa aja usah kata urut mcm nk tecabut urat perut aku ni dipicit bidan tapi hemmm sedih maSIH x da juga kalau ada sapa kawan yg nk bagi anak tlg col aku 0193469259 mira hanya allah dapat membalas jasa anda..

  3. Blogsyarih.com Avatar
    Blogsyarih.com

    Kalau dah kawin tu tentulah nak anak. Tapi kena rancang la baru boleh bahagia.

  4. Im Jitra Avatar

    Masa & zaman pantas berlalu.. semakin hari, bagi yang bujang akan merasa tertekan dengan ‘desakan’ hidup untuk berumahtangga.. Kos perkahwinan semakin meningkat..
    Jadi ramai sekarang yg buat loan untuk berkahwin…
    Kesimpulannya sekarang; Amalan berjimat sangat penting dan ianya berkesan..

  5. Zon Melayu Boleh Avatar

    Kawin cepat2 la buat anak..tupun bergantung pada rezeki Allah juga nk bagi..

  6. Awek PANAS Avatar

    NAk kaWIn Kena Duit Cukup DUlu..Tak Cukup Kenala Buat LOAN da…

  7. MIEYRA Avatar

    hahaha…aku sbg pempuan pun xnk dpt anak cpt.gile ko…kenala manje2 dulu…ekeke…ape kes dpt anak cpt2.mse becinta bkn sme cm dh kawin.kenala rse puas2 dulu.hahhahaa…tp disebabkn aku ni dh hmpir 30thun kenala kureng cikit kot kt situ sal org kate klau pempuan ni beranak lmbt nti byk komplikasi n aku dh nmpk kt mak sedara aku semua tu.mmg semua ank die ada komplikasi.hmmm…papepun aku ttp nak honeymoon puas b4 dpt ank.aku xske share hubby aku nga org lain!!!!termasuk ank aku.hoho.kejam tak????heee

  8. Masa DAH Time Avatar
    Masa DAH Time

    orang zaman dulu takde nak rancang2, tau2 je anak dah 12 orang. semua cukup makan.
    orang zaman sekarang mesti rancang, kalau boleh isteri selalu makan pil perancang, tau2 je dah kena kanser rahim. kasi tukar sikitlah demi kesihatan isteri, suami mesti ada bekalan kondom yang mencukupi untuk 1 tahun setengah..
    apa nak buat, lepas kahwin pun kena play safe supaya tidak hidup sebagai melayu malaysia yang tipikal..

  9. L.Y.N.N Avatar

    sgttt gerunn tgok majlis anak sm nasimuddin ni..
    mmg mcm khayalannn laaa..fuhhh..

  10. sha Avatar

    wahhh..sokong…saya setuju…
    especially kalau long distance relationship nieh..haih..
    menyusahkn bila ade beban besar..puaskn ht sndri dulu..
    dh lega2 baru pk benda lain kan..
    drpd buat keje x ikhlas..(means tibe2 ade anak)haha..
    kite mempunyai pndgn y same..

    n that video..haha..ade tgk kt fesbuk..mmg giloooo..gedebos..
    die bt majlis cmtu maybe sbb consider kawen tu sekali seumo hidup kot..huu

  11. cuit Avatar
    cuit

    mcm ak lak…kalo kawen biar ar dpt ank dulu coz nk taw diri ak ni subur or x…hahahaha
    selalunye family ak kawen tros lekat… arap2 ak pon mcm nil…

    http://cuitsaya.blogspot.com/

  12. Farah Avatar
    Farah

    Assalamualaikum..

    Hai Ariff,
    aku suke pendapatan empat posen kau ni…

    “Kahwin ni sebab nak hidup bersama, berdua, nak gi dating sana sini lagi, honeymoon 2-3 kali dan kalau boleh nak pusing satu dunia bersama dulu. Yelah dah bercinta bagai nak rak, sekali kahwin lepas tu terus dapat anak. Masa untuk berdua dah terbahagi jadi tiga. haa…”

  13. ann Avatar
    ann

    wah wah waaaaaaaaaah.. memang wedding fairytale.. ehem ariff and fida bila g? hahahaha..

    P/s: nak minta tolong kalau sudi.. tq tq tq tq :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      minta tolong apa ye?

  14. abyss Avatar
    abyss

    Ha~
    dah pandai bagi pendapat “empat posen.”

    Mungkin sebab kahwin usia kurang subur(30an ke atas) jadi nak kena cepat dapatkan anak?
    Maybe juga mereka sudah lama bercinta bertahun-tahun, kemudian baru dapat kahwin. Tak perlu tunggu lama, terus berusaha dapatkan anak.

  15. inaw Avatar
    inaw

    pendapat empat posen ….empat posen jgk erk??

  16. Ckin Kembaq Avatar

    sokong pendapat cik ariff ni..sbb bila abg first time dlm fmily kawin,pakat2 nak tunggu kedatangan cucu..tp tak pa la..sbb yg abg sy ni tak kisah..kiranya beban untuk adik2 dia akan datang ni tak da la berat sgt kan..hehe

    stuju ngan kenyataan,
    “Kahwin ni sebab nak hidup bersama, berdua, nak gi dating sana sini lagi, honeymoon 2-3 kali dan kalau boleh nak pusing satu dunia bersama dulu. Yelah dah bercinta bagai nak rak, sekali kahwin lepas tu terus dapat anak. Masa untuk berdua dah terbahagi jadi tiga”..

    sblum kawin kan terbatas pergaulan,terbatas ikut ajaran Islam..bila dah kawin,tu lah saatnya nak ber’couple’ kan?…bg sy la..sbb mmg itu yang diinginkan..

    p/s : ‘couple’ sblm kawin adalah berbeza ngan ‘couple’ selepas kawin tau.. ^_^v

  17. Just.wanie Avatar

    aik , asyik cakap psl awek kahwin awek kahwin je nih . dah nak kawin sgt ke ? hahaha :D

  18. azurie_zue Avatar
    azurie_zue

    mak mertua mmg akan dok tanya bnyk kali klw x dpt ank dlm masa setahun kawin.
    tambah org melayu siap pergi berubat sana sini nak kasi cepat dpt anak.
    tapi klw dah rezeki nk dpt cepat dapt la kan..
    bagi zura (belum kawin lagi) klw dpt anak lepas setahun tu ok kot.sbb best tau bila dah ada anak boleh main ngn die..tgok muka baby je dah happy.;)

  19. nur hidayah Avatar

    anak ariff ngn fida mesti comel nti. eheh tibe2..

    1. ariff Avatar
      ariff

      erk. awal sangat nak cakap pasal benda nih.

  20. matjoe Avatar

    tunggu ariff kawen, kita tanya soalan yg sama kt blog ni. ahaha

    1. ariff Avatar
      ariff

      tak tau la bila kawen.. haha.

  21. Anwar Osman Avatar

    aku x pakai getah pun boleh planning ngan wife. Kira hari dan be in control la. Berapa bulan berapa tahun pun planning, sebenarnya perasaan nak menerima kedatangan insan baru supaya ada lebih warna dlm keluarga tu akan timbul sendiri tanpa desakan mana-mana pihak. Pastu atas Rezeki Allah la. Kalau ada desakan pihak luar pun buat tatau jela.. think +ve. Kita yg tentukan hala tuju keluarga kita.

    Alhamdulillah, kami dah selamat menerima kedatangan insan baru pada 15 September 2010. Baby girl.

    Lagipun, kalau cakap pasal rezeki nie.. aku paham. Kalau org laki yg kerja mcmmana skalipun masih x berjaya dan sampai target dia. Better dia kahwin, hidup dia akan improve dgn sendirinya(kuasa Allah). Rezeki tu ada saja lepas tu.. bila wife dah start preggy.. ada ja rezeki lain plak. Bila datang pulak org baru.. Rezeki Allah bagi mcm2 bentuk plak.. Alhamdulillah aku sedang merasainya. Tiba2 dpt Extra gaji bulan ini. Imbuhan Tahunan / Bayaran Prestasi Baik dlm Payslip. Walhal cuti 2 minggu bulan september. (Raya + Cuti Bini Bersalin.)

    1. hafizmd Avatar

      aku setuju ngn en osman kite ni..be +ve..byk jugak yg aku dgr..asal kawen jer..terus mak bapak, kaum kerabat start tanye pasal anak..kadang2 kesian jugak pada pasangan yg belum bersedia..jadi mereka kadang2 aku tgk tak berapa suke ngn soalan2 camni..ade yg sampai berfikir 2 kali nk balik kampung..takut kene ‘interview’ ngn famili terutamanya kalau masih ade opah atau yg lebih tua dari parents…

      pade aku yg mmg kahwin pd usia yg agak awal…soal anak bukan 1 penghalang utk aku beronggeng…aku serahkan semuanya pada Allah..kalau ade rezki awal..insyaAllah adalah..lau tak…usaha lagi..yg penting…suami isteri kena bincang baik2..kalau macam isteri tk bersedia..bg dorongan dan kate semangat…same2 carik jalan terbaik..

      insyaAllah..yg pntg rumah tangga kita heppi dan bahgia…

      sekian…itu saje pandangan aku yg 2 singgit :D

  22. mijie Avatar

    anak tu anugerah Tuhan dan pembawa rezeki, kalau kita yang menetapkan anak kita nak pada tahun sekian-sekian tetapi kita harus menerima takdir Tuhan dan rezeki anak yang Tuhan nak bagi.

    takkan bila dah kahwin, seks bersama isteri guna perlindungan sebab takut bini mengandung, itu cari susah namanya

    Tuhan akan berikan cahaya mata kepada pasangan suami isteri apabila mereka sudah bersedia untuk menerima cahaya mata. Setiap kejadian dan anugerah ada hikmah yang perlu kita fikir-fikirkan.

    sekian pendapat hamba.

  23. syafika Avatar

    dulu mmg tak d rancang tau merancang tup2 aku ada 15org adik beradik.. ngiaaaa…. telan air liur aku tgk org kaya punye wedding.. glup!!

  24. rashid Avatar

    Orang dulu kerja sebab nak sara hidup, orang sekarang kerja sebab nak kaya..Jadi bab anak ni kurang sikit, tapi kalau suami isteri tu kerja lain-lain, contoh cikgu dan engineer, insya’Allah menjadi, sebab si cikgu tu tak kisah cuti berapa lama kan…kalau kawin ngan doktor, mungkin ambik masa, sebab nanti kerjaya terganggu sebab nak mengandung, bersalin dan berpantang..pandai-pandai pilih calon la..

  25. Irsalina Avatar

    Bagi saya, kelahiran yang dirancang adalah lebih baik sebab untuk pastikan pasangan bersedia mentally dan financially. Yang penting bukan kuantiti anak tu, tapi kualiti anak yang dilahirkan. Lagi satu, masa baru kahwinla masa nak bermanja dengan suami. Masa belum dapat anak ni lah boleh bagi full love and attention kat pasangan kita.

  26. stormz Avatar

    Hi Ariff,

    agree with your opinion!! patutnye after kawin kena relax2 berdua.time tula nak kenal btul2 kita pnye partner.kalau dh ada anak rasanyela cam susah sket.masa dh kurg sbb sibuk nak jaga ank je.

  27. ieQa sWetLuv Avatar

    tgk da video ni..cuma part bersiram tu cam banyak question marks keluar bersepah2.. awat gaya cam spartians lak ek..

    papepun org kaye jerk mampu wat gni…mudah2an bahagia la pasangan ni

  28. cik sha Avatar

    “the price of a wedding does not guarantee everlasting happiness but the couple itself who values the marriage.”

    love that words..^_^

    rezeki manusia lain2 Allah nak kasi..kalau pas kawen terus dapat rezeki anak, may be Allah nak uji kemampuan samada dapat didik dengan betul2 @ tak anak tu..kalau lambat sket dapat anak, Allah bagi rezeki lain dulu macam kerjaya bertambah baik, harta makin bertambah @ hubungan suami isteri lebih erat sebab dapt honeymun lama2..hehe..semua tu rezeki dan dugaan dari Allah..percaya dengan ketentuan Dia..hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk setiap umatNya.

  29. cEro Avatar

    mimpi aku pon tak se’grand’ nih…
    apakah??

  30. Liza Avatar
    Liza

    brgantung jgk kpd umur isteri… sbb wanita ni tahap kesuburan makin menurun seiring peningktn umur… kalau dh berumur mcm2 risiko plak… kalau kawin muda tu boleh la nk honeymoon lama2…. utk info lbh lanjut tntng risiko2nya…leh tgk sini http://www.rahsiaperkahwinan.com/2010/06/teknik-dan-tips-tangguh-hamil.html

  31. eesyaheera Avatar

    mak aihhh, nak nangis aku tengok video ni. kaya gilaaaaaa!

  32. nev Avatar
    nev

    itu la pasal bro. pas kawin je mest org expect anak. relax ar. ade rezeki tuhan bagi la tu nnt. tunggu je. tapi klo lame2 sgt tu laen citer la plak. must be something wrong with your body. kne cepat2 gi consult doctor. tapi for those yg mmg sengaje nak lambat2 nak anak tu, seelok-eloknya jgn lame sgt. kesian mak bapak ibu ayah mertua. dorg mayby da tak lama untuk melihat keindahan bumi ni. we never know. atleast before 35 years old tu da beranak da. coz takut ade age-related born defect kt baby.

  33. Farah Avatar

    Bunyi macam dah tak sabar je Encik Ariff . Hehe :D

  34. syahrilhafiz Avatar

    erm tak sabaq nak tengok ariff kawen..keke
    awek rusia erk…;)

  35. PoJiePooH Avatar

    Saya SETUJU pendapat saudara..
    Time² pas kawen la nak bercinta puas²..
    Bila rasa bosan berdua barula tambah member sorang lagi..
    Sebelum tuh kne la dua² laki bini kasi bsedia dulu financial n mental..
    Org keliling jgn duk ngata ekkk.. Laipun rezeki memasing kann..

    Love,
    PojiePooh Abdullah

  36. fazidahaziz Avatar
    fazidahaziz

    betul2…tp itu semua rezeki…kalo cepat bagus…kalo lambat apa boleh buat…kepada yg masih mencuba..teruskan usaha meramaikan umat islam…
    dan
    to en ariff shah smg anda cepat kawin …hahahhaha

  37. zikeryhassan Avatar

    gempak gila perkhawinan dorang tu.

    agak-agak bile kau nak kawen. jgn lupe jemput ok. ahaha.

  38. Eizil Avatar

    Bab merancang ni, memang ada sesetengah yang memang merancang… tetapi ada juga yang tidak merancang, bergantung kepada diri memasing. Bagi aku, stakat ni aku suami isteri memang mengambil peluang untuk bergembira bersama, bukan sebab tak nak anak, tetapi biar aa kitorang bergembira sebagai pasangan suami isteri.

    Apapun tekanan dari keluarga sememangnya kadangkala menjejaskan perancangan awal para pasangan. Semoga semuanya dipermudahkan.

    Ramai juga yang memang nak anak ramai, so awal2 dah pulun terus, masing-masing mempunyai cara berbeza. Apapun, ramai yang menasihati supaya jangan merancang, biarkan ianya berlaku secara semulajadi.

  39. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    nasib baik aku dah cukup umo nak komen entri ni…ye pendapat kita berlainan…masyarakat ni ada dari kampung dan ada dari bandar…bagi aku ni pandangan orang bandar…orang kampung maybe lain pandangannya…ni entri umum ok..bukan nak kata mana2 pihak tapi tu memang betul..cuba lihat sekeliling kita…buka mata buka hati kenali diri…nice!

  40. hanisaleeya Avatar

    bila nak kawen, ariff? haha..

    ok.ye. tak nak main sakat-sakat orang kat sini. karang ada lak yang serang nis.. haha..

    ariff, nanti kalau jadi agaknya kena gadai la ferrari tu sebab nak kena tempah dewan 2,3 buah untuk majlis kenduri.. haha..

  41. nursarah puteri biru Avatar

    banyak kes, mula2 merancang dalam setahun. lepas tu bila dah tak merancang. tak dapat2 anak sampai 3-4 tahun. banyak sangat kes macam ni. so, patutnya merancang tu dengan nasihat doktor. jangan main taram je beli2 farmasi. hehe.

    apapun. kalau dah namanya kawin. kalau boleh nak cepat2 dapat anak. sebab aku rasa. aku tak kawin awal, so mana ada masa nak tunggu-tunggu lagi, bhahaha!

  42. joegrimjow Avatar

    huhu, ku nak masukkan video ni dalam kesimpulan esok

    orang kata kawen ni ibarat bina pintu rumah
    bila dah kawen semua, baru nak isi dalam rumah tu dengan apa

    kalau dah berhabis duit nak bina pintu rumah
    camne nak hias benda dalam rumah yg paling pentg tu

    hoho

  43. cidut ciput Avatar

    emmm tapi Nabi Muhammad menggalakkan kita meramaikan umatnye.so macam takpelah kalau kita plan taknak merancang.hehe.
    just bagi pendapat jek! :)

    ”aku hanya menyuarakan pendapat empat posen aku ni”
    ehem :P

  44. mcjust~ Avatar

    nanti dah habis belajar nak kawin jugak! harharhar.

  45. APi Avatar

    selamat berkahwin gak..^^

    1. ariff Avatar
      ariff

      sape? aku ke? haha~