Cerita Hantu Kat Hostel

..gambar hiasan

Korang mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan.. Entah la.. aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama aku selalu duduk kat dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.

Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa maklumat tu takde kaitan la dengan cerita hantu ni.

Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.

Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk. ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah bermalam-malam kot dia online waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best dapat minum air panas.

Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap takde langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh nampak paya tu. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni.. Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk je..

Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek bukak baju tanya:

“Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?”

“Mana ada, semua dah tidur la..”

“Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you”

“….”

Bila ditanya balik, sepanjang mereka chatting sebelum tu memang si awek nampak kelibat orang belakang kawan aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap kan. Ingatkan kawan sebilik yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur. ish..

Ingat ye, ni kisah benar first hand daripada orang yang kena. Pada aku, memang seram la sebab dalam hostel ni je. Pada korang, mungkin tak.

Comments

  1. Ladfe Amir says

    aku kasi 2/10 je bro.. cite bro blm cukup seram. blm seseram situasi aku dan rakan2 masa tinggal di di asrama anak polis, POLAPOL

  2. says

    agak ngeri, bagi 2/10 kat encik ariff.
    tapi masa study kat uitm shah alam dulu ada 1 citer pasal nenek yg duduk atas almari, dia cakap camni;
    “1 dah tidur, 2 dah tidur, 3 dah tidur..4 belum tidurr..”
    haishhh..lepas dgr citer tu memang gile susah nak tidur mlm2..huhuhu~

  3. says

    huuh..seram jugak..dah la time baca nie dah lewat..hehe..so bagi rating 7/10 lah..pesan kat member uh nak webcam usha kiri kanan dan belakang..jangan tgk screen jek..hehehe

  4. says

    baru semalam rasa seram sejuk semacam.. tak leh tido..
    keke… maybe sbb rumah jiran kanan n kiri bekas benda tu duduk.
    tak pernah2 rasa seram semacam… huwaa..

    kat asrama biasa la kena… adesh..

    rating : 4… keseraman dia kureng sikit.. hahahaha

  5. sha amane says

    3.5.. sebab citer hantu ni kurang seram sangat. kalau wat smbungan lagi best kot, jadi tanda tanya..

  6. bratt says

    oke aq bg 10 la,,,bkn pasl sup0t mmbr,tpi sbb aq pon dok ostel ne,,s0 ak rase “feel” keseraman bnde tuh,,ad0ii seyesly pasne cuak kot nk sty mlm2,,,
    h0pe bnde tuh g maen2 kt tingat 15 je la kot,,hu2 (antu x pandai gune lif)haha,,nice ,,=))

  7. says

    bace cerite ko ni buat aku teringat yg aku pernah usik kwn aku cmni gak.

    aku ckp kt die, ‘ eh nape kwn x tido lg?’

    cuak dh kwn tu sbb die duk bilik single. pdhl aku main2 je pon kihkih

    tp lps bace ni aku rse aku x ptt usik sesape dh =.=’ (tau takot)

  8. mariea says

    hhahaha…… 4/10. tak nak interview mangsa ker? nak tau feel dia. mana tau happy lak sebab selalu ada partner masa chatting. tak la sesorang jer… bah! mr.arif. before tuh, make sure itu mangsa yang sebenar. sapa tau kan… hahahha…..
    tp kan, kenapa taktik hantu russia sama je macam kat malaysia hah. suka main lalu-lalu. hahah… hantu tuh migrate ker? kahkahkah.

  9. says

    dulu-dulu..orang cuma takut dengan hantu

    zaman sekarang..orang takut dengan hantu dan HANTU(orang jahat)..

    aku pernah kena kacau dengan senior masa aku Form1..

    ingatkan hantu betul..puas lah aku baca ayat Qursi..

    tapi..rupa2nya HANTU..

    HAHAHAHA..tapi senior aku tak jahat lah..diorang just nak buat joke je

    =>

  10. says

    wohoo..member aku pon penah kene kacau macam ni..

    cmni cite die..mlm 2 mcm biase die 3g ngan balax die..tibe2 je balak die tanya
    ‘eh..kawan u xtido lagi ea??’
    pastu die kata ‘ ehh..mana ade sume dah tido la ‘
    balax die x puas ati mengiakan ape yg die nmpk ‘betul la i nmpk ade org lalu belakang u td!! ‘
    huhu..lepas tu member aku tu terus tak berani 3g mlm2..hehe

    aku kasi 5/10 la rating kat cite ni..hehe
    okey a tu kan..

  11. says

    cerita sangat detail, tapi tak cukup seram. 2.5/5 la haha! btw, awek die kencin je tuhh.. aku pun boleh buat kalau camtu. lulz..kire oke la kat russia hantu minah saleh.. mesia, pocong, ponti ape ade hal. haha

  12. says

    klu touch up sket lagi leh jadi seram gak citer nih…
    tp mungkin psl base on story betul mcm tue so ariff pun
    xnak tokok tambah banyak2 kan…
    belalang kasi 4/10…ngee
    (mcm juri pulak)

  13. says

    kurang seram ler brooo…tengah nak capai klimaks keseraman tu, spoiled pasal sejuk dia dek kerana tingkap tak tutup rapat…adeh… boleh dipertingkat lagi ni….idea izwan macam best….. 3 ok?

  14. says

    hahak…aku rate 3.5 gak..starting da best dah..ending dia besa jer..huhu..tp tkt gak sebab aku memang penakut dgn benda-benda alah macam nih..waa~~

  15. nev says

    bro, garapan cerita da okay. cuma yg kurangnye.. aku baca je 1st paragraph da bole tau ending die. so common. i give 4/10.

  16. says

    salam ziarah..
    part conversation tuh yg terase citer antu tuh..hik3..
    rate 5 out of 10.
    p/s:ai mse studi dlu selalu je nmpk antu2 nih.. huk3

  17. says

    3/10 .. tak capai feel seram lagi ni.. jap aku up sket imaginasi..

    sedang chatting ngan awek,tiba-tiba angin bertiup dari belakang..ahh,mungkin pintu tak ditutup..aku melangkah ke pintu untuk memastikannya, tapi ia sudah ditutup..tingkap pun dah ditutup..mungkin imaginasi..aku sambung chatting lalu awek aku tanya..”kelakar lah awk ni cerita pasal hantu”.. “eh, bila masa? saya pergi tutup pintu tadi”… “hah? habis yg chat dengan sy tadi sape?”.. ngauman serigala tiba2 berbunyi

    sorry panjang,imaginasi terlebih akibat pengaruh novel ramlee awang murshid.. hehe