Cerita Hantu Kat Hostel

Reading Time: 2 minutes

..gambar hiasan

Korang mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan.. Entah la.. aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama aku selalu duduk kat dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.

Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa maklumat tu takde kaitan la dengan cerita hantu ni.

Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.

Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk. ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah bermalam-malam kot dia online waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best dapat minum air panas.

Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap takde langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh nampak paya tu. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni.. Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk je..

Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek bukak baju tanya:

“Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?”

“Mana ada, semua dah tidur la..”

“Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you”

“….”

Bila ditanya balik, sepanjang mereka chatting sebelum tu memang si awek nampak kelibat orang belakang kawan aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap kan. Ingatkan kawan sebilik yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur. ish..

Ingat ye, ni kisah benar first hand daripada orang yang kena. Pada aku, memang seram la sebab dalam hostel ni je. Pada korang, mungkin tak.


Posted

in

by

Comments

75 responses to “Cerita Hantu Kat Hostel”

  1. Ladfe Amir Avatar
    Ladfe Amir

    aku kasi 2/10 je bro.. cite bro blm cukup seram. blm seseram situasi aku dan rakan2 masa tinggal di di asrama anak polis, POLAPOL

  2. cik allly Avatar

    err….seram gak ckit..sbb kwn2 sy dh tdo..skrg 2.33pg..sy sorg je trcatuk kt laptop..k bye.tdo dlu

  3. deCrewz Avatar

    Erk, konfius nak bagi rate bape nih… seram + klakar.. Five and the half boley?

  4. rahimah Avatar

    agak ngeri, bagi 2/10 kat encik ariff.
    tapi masa study kat uitm shah alam dulu ada 1 citer pasal nenek yg duduk atas almari, dia cakap camni;
    “1 dah tidur, 2 dah tidur, 3 dah tidur..4 belum tidurr..”
    haishhh..lepas dgr citer tu memang gile susah nak tidur mlm2..huhuhu~

    1. ariff Avatar
      ariff

      haahaha. Yeah. Yang tu memang popular, tapi tu cerita klasik la. Tak tau betul ke tak.

  5. iqbalhakimi Avatar

    huuh..seram jugak..dah la time baca nie dah lewat..hehe..so bagi rating 7/10 lah..pesan kat member uh nak webcam usha kiri kanan dan belakang..jangan tgk screen jek..hehehe

  6. arrizz Avatar
    arrizz

    feel seram tak cukup sampai..tapi feel stim tue memang sampai..so aku bagi 5-lah,haha..

  7. Liyana Avatar

    baru semalam rasa seram sejuk semacam.. tak leh tido..
    keke… maybe sbb rumah jiran kanan n kiri bekas benda tu duduk.
    tak pernah2 rasa seram semacam… huwaa..

    kat asrama biasa la kena… adesh..

    rating : 4… keseraman dia kureng sikit.. hahahaha

  8. sha amane Avatar
    sha amane

    3.5.. sebab citer hantu ni kurang seram sangat. kalau wat smbungan lagi best kot, jadi tanda tanya..

  9. tina Avatar
    tina

    tiga la..sbb sy pnh dgr lagi best..tp sb ni cite real kn..hehehe

  10. syahrilhafiz Avatar

    sampai sekarang hantu tak usik aku lagi.
    harap2 tak kacau ler..hehe

  11. ohujan Avatar
    ohujan

    setan yang jd cover utk lagu Kalau Berpacaran kowt… Har har har

  12. Mohd Isa Avatar

    pergh…seram gak…aku selalu gak online sampai kul 3 pg…sorg2 plak dalam bilik ni…hoho

  13. bratt Avatar
    bratt

    oke aq bg 10 la,,,bkn pasl sup0t mmbr,tpi sbb aq pon dok ostel ne,,s0 ak rase “feel” keseraman bnde tuh,,ad0ii seyesly pasne cuak kot nk sty mlm2,,,
    h0pe bnde tuh g maen2 kt tingat 15 je la kot,,hu2 (antu x pandai gune lif)haha,,nice ,,=))

  14. shiedahkamil Avatar

    bace cerite ko ni buat aku teringat yg aku pernah usik kwn aku cmni gak.

    aku ckp kt die, ‘ eh nape kwn x tido lg?’

    cuak dh kwn tu sbb die duk bilik single. pdhl aku main2 je pon kihkih

    tp lps bace ni aku rse aku x ptt usik sesape dh =.=’ (tau takot)

    1. ariff Avatar
      ariff

      jangan.. usik-usik orang ni nanti sendiri pulak yang kena :P

  15. mariea Avatar
    mariea

    hhahaha…… 4/10. tak nak interview mangsa ker? nak tau feel dia. mana tau happy lak sebab selalu ada partner masa chatting. tak la sesorang jer… bah! mr.arif. before tuh, make sure itu mangsa yang sebenar. sapa tau kan… hahahha…..
    tp kan, kenapa taktik hantu russia sama je macam kat malaysia hah. suka main lalu-lalu. hahah… hantu tuh migrate ker? kahkahkah.

    1. ariff Avatar
      ariff

      entah la. hantu tu sesat kot..

  16. wazy Avatar
    wazy

    Rating cerita ni 5.5
    Seram gak baca caerita bro ni

  17. amar haziq Avatar

    dulu-dulu..orang cuma takut dengan hantu

    zaman sekarang..orang takut dengan hantu dan HANTU(orang jahat)..

    aku pernah kena kacau dengan senior masa aku Form1..

    ingatkan hantu betul..puas lah aku baca ayat Qursi..

    tapi..rupa2nya HANTU..

    HAHAHAHA..tapi senior aku tak jahat lah..diorang just nak buat joke je

    =>

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha.. diorang kalau ramai2 berani la. Cuba sorang-sorang. Kecut jugak..

  18. syafiqah Avatar

    wohoo..member aku pon penah kene kacau macam ni..

    cmni cite die..mlm 2 mcm biase die 3g ngan balax die..tibe2 je balak die tanya
    ‘eh..kawan u xtido lagi ea??’
    pastu die kata ‘ ehh..mana ade sume dah tido la ‘
    balax die x puas ati mengiakan ape yg die nmpk ‘betul la i nmpk ade org lalu belakang u td!! ‘
    huhu..lepas tu member aku tu terus tak berani 3g mlm2..hehe

    aku kasi 5/10 la rating kat cite ni..hehe
    okey a tu kan..

  19. nur hidayah isa Avatar

    2 je sebab tak bape nak seram..kehkeh…ingat lain sikit ngn antu malaysia…

  20. ika honey bunny Avatar

    scaryyyy kott! teringat cite makcik nasi lemak ketuk2 kat luar tingkap. ughhh

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahahaha… kesian makcik tu nasi lemak dia tak laku

  21. dean winchester II Avatar

    bagi 5 je lah. sbb bulu tengkok tak naik. hehehe hantu russia mcm mane? diorg panggil ape? sana ada pocong tak? hehehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      itu nanti aku buat research lagi. hehe..

  22. RedBoys Avatar

    aku rasa mcm kurang sikit. maybe terlalu pendek sgt kot. haha

    aku bg 2/10 je. lala

  23. lurve_honeyspinoza Avatar
    lurve_honeyspinoza

    Agaga!antu tu saje je nk interframe..

    *penggemar cter antu dari kecik* ;p

  24. alif irfan Avatar

    ok la…7.5,teringt time aku kna kacau dgn hantu dalam bilik abg aku,aku plak gatal aritu nak tido bilik dia.memang real

    1. ariff Avatar
      ariff

      wah. rating paling tinggi setakat ni. thanks!

  25. Dya Mohd Avatar

    ok…not bad..cuma kena tambah kan scene2 seram lagi je..
    so far saye kasi 4/10..hehehehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      insiden ni memang satu scene tu je. takpe2. nanti aku cari lagi cerita.

  26. al Avatar
    al

    owh cerita hantu ke? x rasa seram pun..tapi dah jadi cerita blehla 2/10…hehe

  27. cik puan Avatar

    erh..baru nak rase seram, cerita dah abes? tu je ke?hehee

    1. ariff Avatar
      ariff

      itu jelah yang mampu. hehe..

  28. amar haziq Avatar

    teringat aku dulu2..pernah cari hantu

    kononnya nak tengok sangat hantu lah

    haih..zaman sekolah menengah lah katekan..

    haha

    =>

  29. mrnamie Avatar

    woot… nasib awek dia tak cakap “kawan u buat ape tu duk tiup2 leher u?”.. hehe

    1. RedBoys Avatar

      haha. lawak betul bro ni. :D

      1. nev Avatar
        nev

        sounds gay to me…LOL

  30. Megat Azfara Avatar

    cerita sangat detail, tapi tak cukup seram. 2.5/5 la haha! btw, awek die kencin je tuhh.. aku pun boleh buat kalau camtu. lulz..kire oke la kat russia hantu minah saleh.. mesia, pocong, ponti ape ade hal. haha

  31. Anarm Avatar

    Rating 7/10.. meremang bulu roma aku..

    1. RedBoys Avatar

      wah. bnyknya bg. aku baca biasa saje. haha.

  32. zikeryhassan Avatar

    3/10.

    tak seram mana pun. boleh usaha lagi.

  33. feeza Avatar

    3/10. Cerita lain ariff. Aku tahu MAI banyak cerita seram :P

    1. ariff Avatar
      ariff

      aah. aku tak tau pun! mana ko dengar ni?

  34. belalang Avatar

    klu touch up sket lagi leh jadi seram gak citer nih…
    tp mungkin psl base on story betul mcm tue so ariff pun
    xnak tokok tambah banyak2 kan…
    belalang kasi 4/10…ngee
    (mcm juri pulak)

  35. iddin Avatar

    Baru aku tengok jangan pandang belakang sorang2 …rasa seram juga….macam tu makhluk ada di belakang kita je…huhu

  36. intankuterpilih Avatar

    aku bagi rate 2 jerk…(kejam tak?) sebab belum sampai tahap menyeramkan aku…

    1. RedBoys Avatar

      haha. rate 2 tu taklah kejam sgt. aku pon baca x rasa serma pon sbb maybe tiada unsur saspen di situ. hehe

  37. Amry Avatar

    kurang seram ler brooo…tengah nak capai klimaks keseraman tu, spoiled pasal sejuk dia dek kerana tingkap tak tutup rapat…adeh… boleh dipertingkat lagi ni….idea izwan macam best….. 3 ok?

  38. pearl apple Avatar

    hahak…aku rate 3.5 gak..starting da best dah..ending dia besa jer..huhu..tp tkt gak sebab aku memang penakut dgn benda-benda alah macam nih..waa~~

  39. waden Avatar

    aku bagi 3 sebab intro dia best..ending tak best sebab hantu tak kacau dia..

    1. ariff Avatar
      ariff

      kesian la kawan aku kalau kena kacau. ishh..

  40. nev Avatar
    nev

    bro, garapan cerita da okay. cuma yg kurangnye.. aku baca je 1st paragraph da bole tau ending die. so common. i give 4/10.

  41. Aretikz Avatar

    Ahakz.. 3.42 jak bro.. leh? Gambar tu seksi pula.. haha..

  42. Niza Nyze Crazee Avatar

    i bagi rate 3/10 lah…
    bagi lagi thrilled.
    part awek dia nampak org lalu lalang kat belakang tu boleh tahan seram…

    *aw man… dah lah i kaki webcam..=__=”

  43. fatin mraz Avatar

    salam ziarah..
    part conversation tuh yg terase citer antu tuh..hik3..
    rate 5 out of 10.
    p/s:ai mse studi dlu selalu je nmpk antu2 nih.. huk3

    1. ariff Avatar
      ariff

      wow. selalu nampak ni mesti banyak cerita. kongsi la dalam blog.

  44. molmolla Avatar

    3.9 boleh kan. Kalau ada sambungan pasti lebih seram :)

  45. Nadya Avatar

    Kalau aku jadi kawan kau tu,aku da tidur pastu tutup muka dengan bantal..HAHAHA
    Aku bagi 4!

  46. Lord Zara Avatar

    Uuuuu~
    >.<

    Siapakah yang berani sungguh itu?
    Adakah dia ber-chatting lagi?

    Aku rate 4~

    1. ariff Avatar
      ariff

      adalah kawan tu.. sihat je dia..

  47. MuJE Avatar

    ok, keputusan muktamad, 2/10.

    hehe… tak cukup ummphhh lagi tuu…

  48. amar haziq Avatar

    pergh..buat cuak je

    aku selalu skype dengan awek aku waktu pagi2 ni

  49. TheSharkox Avatar

    Oklah..aku bagi 3.5…hehe

  50. aizuddin Avatar

    aku bagi 2 je..sebab gambar hiasan tak cukup sera..hehe

  51. lylaROCKprincess Avatar

    hurm…
    3…
    xckp seram gik…
    haha…

  52. mie Avatar

    skit lg nk sampai tahap keseraman..
    hehehe

  53. Izwan Avatar

    3/10 .. tak capai feel seram lagi ni.. jap aku up sket imaginasi..

    sedang chatting ngan awek,tiba-tiba angin bertiup dari belakang..ahh,mungkin pintu tak ditutup..aku melangkah ke pintu untuk memastikannya, tapi ia sudah ditutup..tingkap pun dah ditutup..mungkin imaginasi..aku sambung chatting lalu awek aku tanya..”kelakar lah awk ni cerita pasal hantu”.. “eh, bila masa? saya pergi tutup pintu tadi”… “hah? habis yg chat dengan sy tadi sape?”.. ngauman serigala tiba2 berbunyi

    sorry panjang,imaginasi terlebih akibat pengaruh novel ramlee awang murshid.. hehe

    1. Amry Avatar

      idea ni sempoiii…..

    2. L.Y.N.N Avatar

      hahahaha…best!=)

      em,rating ye?
      kasik 7 kot..kalau ada smbungan lagi,kompem lg seraaammm..

    3. ariff Avatar
      ariff

      hahahaah.. kelakar2.. tiba-tiba pulak ada serigala interframe..