Cara Membuat Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Pembelian Rumah

Reading Time: 3 minutes

pengeluaran kwsp

Entri ni sekadar untuk melengkapkan Panduan Membeli Rumah yang saya tulis sebelum ni. Alang-alang saya pun buat pengeluaran KWSP akaun 2 baru-baru ni, eloklah saya kongsikan.

Saya terangkan berdasarkan maklumat lanjut yang KWSP bagi. Rujuk sini. Dalam entri ni, saya tambah beberapa info mana yang berkaitan.

Tujuan

Of course untuk beli rumah la. Bukan untuk beli kereta atau renovate rumah.

Bagi rumah kedua, boleh keluarkan dengan syarat rumah pertama yang dibeli dan ada buat pengeluaran dilupuskan hak. Tak kisahlah samada jual ke, tukar nama kepada ahli keluarga lain ke, kena lelong atau apa sahaja.

Kelayakan

Minimum amaun yang perlu ada dalam akaun ni adalah RM500. Boleh keluarkan sepenuhnya.

Syarat-syarat

Pengeluaran dibuat dalam masa 3 tahun daripada tarikh S&P. Lebih daripada tu, tak boleh dah. Kena beli hartanah lain untuk buat pengeluaran, kalau belum pernah buat pengeluaran.

Yang bestnya, boleh keluarkan lebih daripada sekali asalkan amaun yang dikeluarkan tak melebihi amaun kelayakan. Contoh macam ni. Saya keluarkan sekarang RM50k. Sebelum tamat 3 tahun tempoh daripada tarikh S&P, saya boleh keluarkan lagi seberapa banyak yang boleh asalkan tak melebihi amaun kelayakan. Syaratnya, pengeluaran mestilah setahun selepas pengeluaran yang sebelumnya dan of course, untuk rumah yang samalah. Kalau rumah lain, rumah pertama tadi kena lupuskan hak (jual / tukar nama). *Sila rujuk dengan pegawai KWSP. Saya diberitahu macam ni oleh pegawai yang saya temui, tapi ada yang lain cakap lain. Mungkin info yang saya dapat salah.

Amaun Kelayakan

Kalau tanya orang yang tak berapa tau, ada yang cakap 10%, ada yang cakap 20% daripada harga rumah. Salah. Formula pengiraan dia macam ni:

Harga Rumah – Jumlah Pembiayaan Rumah* + 10% daripada harga Rumah = Amaun Kelayakan

Contoh pengiraan:

  • Harga rumah = RM360,000
  • Jumlah pembiayaan = RM288,000 (80% loan)
  • 10% harga rumah = RM36,000
  • Amaun kelayakan = RM360,000 – RM288,000 + RM36,000 = RM108,000

(Tak termasuk insuran / lawyer fee yang dimasukkan dalam loan)

Dekat amaun kelayakan ni saya nampak kelebihannya. Ada peluang nak tambah hartanah lagi selepas setahun atau dua tahun membeli rumah pertama dengan tambahan duit simpanan akaun 2 KWSP ni.

Dokumen

Penting untuk pastikan semua dokumen ada. Bagi salinan dokumen seperti S&P, title dan bank punya loan offer letter, benda ni perlu disahkan. Dokumen tak diterima kalau tak disahkan.

Bagi yang nak buat pengeluaran lebih daripada setahun tarikh S&P, mesti sertakan penyata loan terkini daripada bank.

Lain-lain dokumen seperti yang diterangkan dalam rujukan daripada KWSP tu.

Strategi Untuk Orang Muda

  1. Biar rumah dibeli ada dua nama (suami & isteri) walaupun loan satu nama supaya dua-dua boleh buat pengeluaran. Had pengeluaran ikut had kelayakan, tiada had individu. Maksudnya had tadi takdelah 50:50 kalau dua nama. Boleh keluarkan ikut berapa yang ada asalkan tak lebih amaun kelayakan bagi hartanah tersebut.
  2. Bergantung sepenuhnya kepada pengeluaran KWSP untuk deposit pembelian rumah pertama adalah agak mustahil. Jadi senang cerita, kumpul duit deposit secukupnya, atau gunakan cara lain untuk cukupkan deposit pembelian rumah. Nak guna personal loan pun boleh.
  3. Pengeluaran ambil masa kurang dua minggu sekarang. Tak perlu tunggu lama, boleh dah cari hartanah seterusnya yang nak dibeli.
  4. Digalakkan pengeluaran dibuat sepenuhnya sebelum tamat tempoh 3 tahun pembelian hartanah. Kenapa? Sebab rugi simpan duit dalam KWSP. Dahlah dividen tak tinggi, dengan polisi yang macam nak diubah untuk menyusahkan lagi pengeluaran, eloklah duit tu dikeluarkan dan dilaburkan untuk pembelian hartanah lain.

FYI, Urusan di kaunter KWSP tak sampai 30 minit untuk buat pengeluaran. Ingatkan lama, rupa-rupanya KWSP ni bukanlah macam badan kerajaan yang lain. hehe. Faham-fahamlah macam mana kan.

Bila dah buat pengeluaran, kenalah tambah balik simpanan untuk persaraan. Tahu tak boleh buat pelaburan unit trust guna akaun 1 KWSP?

Cuma kalau nak guna fasiliti ni, janganlah buat sendiri sebab saya dah jumpa ramai yang rugi buat sendiri.

Dalam pelaburan, kalau tak reti tapi buat jugak bukan melabur dah, itu dah macam berjudi. Setakat bergantung pada nasib untuk dapat untung.

Pelaburan dalam unit trust kalau dibuat betul memang boleh dapat pulangan yang bagus. Masalahnya, tak ramai tahu buat benda ni betul-betul.

Tengok bahagian kelayakan pengeluaran KWSP. Kalau mention kat situ kelayakan pengeluaran >10k, maka elok sangatlah dilaburkan supaya cepat dapat besarkan balik simpanan KWSP ni.

Saya boleh bantu dengan pelaburan tersebut menggunakan kaedah active portfolio management.

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation. Currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) qualification.

58 comments

  1. Salam tn,
    Nk tanya bolehkah saya keluarkan acc 2 kwsp kali kedua untuk jelaskan loan bulanan perumahan walaupon pemaju belom serah kunci. Sy mengalami mslh lambat dpt cf..

    1. Kalau ikut seperti yang saya tulis di atas, pengeluaran untuk rumah yang sama kena buat selepas setahun daripada pengeluaran pertama. Apa-apapun, rujuk dengan pegawai KWSP untuk confirmation sebab berdasarkan komen, ada pegawai kata boleh, ada kata tak boleh. Saya kena tunggu setahun lagi baru boleh buktikan benda ni boleh buat ke tak.

  2. Good day,

    I nak tanya…kalo nak buat pengeluaran KWSP untuk buat rumah dikampung boleh tak?

  3. assalam tuan..
    sy pernah mngeluarkan akuan 2 utk pembelian rumah pertama tahun lepas(ikut kiraan xckup lg setahun pengeluaran) …now, sy nk keluarkan lg KWSP akaun 2 utk rumah ke2 pula…boleh ke..ada syarat2 lain??

  4. salam encik..saya baru mula bkerja selama 8 bulan..tetapi kwsp saya masih sedikit..layak ke nak loan rumah? harga rm180k

  5. Salam tuan…

    Dalam s&p hga rumah diletakkan RM270k…
    Bank lulus RM220k (refinance) bdasarkan penilian mereka..
    Adakah sy layak kuarkn acct 2 bdasarkn jumlah RM270K@RM220K?
    Tq tuan.

    1. Saya kurang faham.

      Kalau refinance, tak perlu S&P.

      Kalau beli baru, harga boleh dikeluarkan daripada KWSP acc 2 ni adalah Harga S&P – Jumlah Loan Bank

  6. Salam En Ariff Shah,

    Fakta Tuan seperti dibawah adakah betul? Setahu saya pengeluaran hanya boleh dibuat sekali sahaja walaupun belum melebihi 3 tahun. Saya baru sahaja menghubungi pihak KWSP untuk kepastian, dan beliau menyatakan perkara yang sama iaitu pengeluaran hanya boleh dibuat sekali sahaja walaupun tidak melebihi 3 tahun. Saya berhasrat untuk membuat pengeluaran kali kedua, tarikh sign snp saya belum melebihi 3 tahun. Harap Tuan dapat membantu..

    “Yang bestnya, boleh keluarkan lebih daripada sekali asalkan amaun yang dikeluarkan tak melebihi amaun kelayakan. Contoh macam ni. Saya keluarkan sekarang RM50k. Sebelum tamat 3 tahun tempoh daripada tarikh S&P, saya boleh keluarkan lagi seberapa banyak yang boleh asalkan tak melebihi amaun kelayakan. Syaratnya, pengeluaran mestilah setahun selepas pengeluaran yang sebelumnya dan of course, untuk rumah yang samalah. Kalau rumah lain, rumah pertama tadi kena lupuskan hak (jual / tukar nama).”

    1. Yang ni pegawai di Kwsp Shah Alam beritahu saya, bukan pandai2 sendiri tulis ya.

      Masa diberitahu, memang saya verify dulu sebab benda ni perkara baru.

      Tapi kalau perkara ni tak sama dengan tempat lain, samada pegawai kat tempat tu tak tau tentang perkara ni atau pegawai yang beritahu saya salah maklumat.

  7. Aslkm. En ariff… ade kemusykilan skit dlm hal pngeluaran kwsp.. rumah yg sye bli skrg nie , geran status masih dlm master title… means rumah tu x pecahkan lg ke individual title lg. Boleh x permohonan pengeluaran kwsp akaun 2 dilakukan????? Mohon pencerahan

  8. bole kuarkan duit kwsp utk repair Rumah ayah?saya lom beli umah.saya duduk ngan mereka juga.penama atas Rumah tu Mak n ayah shj.

  9. Assalam Tuan.. saya pernah kuarkan akuan 2 untuk pembelian rumah 4 tahun lepas.. boleh ker saya kuarkan lagi duit kat akaun 2 nie untuk tujuan pembayaran loan rumah saya yang lagi 26tahun…

    1. Boleh keluarkan untuk pengurangan baki. Rujuk dengan KWSP. Yang saya terangkan kat sini untuk pembelian. Kita dapat cash. Pengurangan baki ni lain sikit

  10. saya just nak tahu…
    saya da ada tanah cuma nak buat rmh xth nak mula dari mane… sy bkerja gov… suami kerja swasta… sy pnyer kwsp blh ambk slps 3thn bkerja… so,adakah sy kena tggu dpt kwsp dahulu?? sbb kwsp akn dpt dlm 10k shj… ke ada cara lain??? maksud sy loan rmh???

    1. Kalau tak silap boleh buat pengeluaran untuk pembinaan rumah. Yang ni boleh rujuk pegawai KWSP. Saya memang tak reti.

      Loan pun boleh, tapi banyak syaratnya

  11. Salam Bro Ariff, formula amaun kelayakan ni utk harga rumah tu.. based on harga rumah yang owner jual atau harga market value yang bank bagi? Contoh owner nak jual RM100k, MV RM150k, jadi yang mana satu?

  12. Perkongsian menarik dan panduan yang cukup membantu. Ramai lagi di luar sana yang tidak tahu berkenaan hal ini. KWSP menyediakan perkhidmatan yang lebih cepat dan mudah.

  13. Pelupusan hak tu mcamana? Dulu mse bli rumah first xtau pasal boleh keluar epf. Baru ingat nk kluarkan for second house. Tp xplan nk jual the first house. So kne tukar nama? Atau ade cara lain?

  14. Nak tnya..kalau penjawat awam yg memilih option kwsp instead of pencen, dah ada tanah cuma nk buat rumah je..boleh ke nak kluarkan KWSP tuh?? Or ada benda2 kena buat dulu sblm layak

  15. Cadangan yang sangat bernas. Sebenarnya cara ini sangfat efektif untuk membantu kita meringankan beban hutang.

    Perkara yang kurang mendapat perhatian masyarakat kita ialah bekerja untuk membayar hutang, dan tak manfaatkan jalan yang lain yang lebih mudah untuk meringankan beban hutang kita.

    Dan tak keterlaluan untuk saya katakan, sebenarnya tak ramai yang tahu konsep bayar rumah dengan Akaun 2 KWSP seperti yang tuan tulis di sini. ^_^

  16. If saya ada geran tanah n nak buat pengeluaran akaun 2.. tahu x ape dokumen yg sy perlu sediakan?

  17. eh boleh keluar lebih sekali dlm tempoh 3 tahuun ke?

    adoi nasib baik terbaca post ni, kalau tk rugi je duduk dlm KWSP.

    Sejuta terima kasih bro

      1. As salam tuan ariff. Kalau saya nak beli rumah yg pertama mcm mana nak keluarkan duit kwsp dalam akaun ke dua untuk bayar deposit 10 % dan boleh x kalau nak renovet rumah tu guna akaun ke dua juga.

        Terima kasih

        1. Wsalam. Macam saya cakap atas tu, kena beli dulu baru boleh keluarkan. Tak boleh harapkan kwsp untuk deposit 10%.

          Kecuali kalau owner ahli keluarga dan dia boleh tangguh tunggu 10% tu..

  18. Kalau nak keluarkan utk beli rumah lelong boleh Tak n Tak buat loan. Contoh rumah lelong 50k (rumah flat je) Duit dlm acc2 ada 70k..boleh ke keluarkan semua

    1. Rumah pertama ke? Kena faham nak keluarkan ni kena beli dulu rumah tu, baru boleh keluarkan.

      Kalau dah pernah beli rumah sebelum ni, boleh kira amaun kelayakan dan keluarkan based on that

  19. EPF memang cepat dari dulu lagi lepas bangunan kat Jalan Raja Laut tu di perbaharui. No 4 tu betul .Sekarang boleh nampak macam macam cara mereka nak guna untuk tak nak bagi kita keluarkan duit kita. Baik keluarkan dan invest beli rumah.

    1. Ekceli, baik simpan dulu kalau x urgent nk pakai duit. Sbb nk dapatkan dividen dia. Kalau saya, saya cuba tunggu sampai dua tahun lepas loan, dan keluarkan pada awal tahun (dividen dikira pada setiap akhir tahun)

  20. Memang bagus cara ini terutamanya untuk fresh graduate tapi apakan daya tak ramai yang sedar dari awal. Habis je belaja fikir nak kerja dan beli kereta import nak tunjuk dah bekerjaya punya pasal

    1. rasenyer utk 2nd house x boleh..
      • Withdrawal to reduce / redeem the housing loan balance for a second house is allowed when the first house is sold or disposal of ownership has
      taken place. Disposal of ownership means loss of ownership of the first house owned through previous EPF withdrawal due to auction, surrender
      of property by court order, transfer of ownership because of love and affection, destruction of house due to natural disaster, abandoned housing
      project or cancellation of purchase.

  21. Saya mmg setuju dgn pengeluaran akaun 2 untuk pembelian umah. .. duit tu duit kita, hak kita..nak tunggu tua ntah sempat ntah tidak nak merasa… dan saya berpendapatan akaun 1 sudah memadai untuk kelangsungan hidup di hari tua nnt sebab saya invest juga duit akaun 1 tu dlm cwa.

    Selain itu, akaun 2 skrg ni saya keluarkan untuk pembayaran bulanan pinjaman umah.

Comments are closed.