Tried and tested. Ini cara paling cepat nak dapatkan laporan CCRIS. Yang pernah ambil pinjaman PTPTN wajib semak laporan CCRIS sebelum memohon apa-apa pembiayaan, terutamanya kalau nak beli rumah.
Kenapa Laporan CCRIS Penting?
Laporan CCRIS ni menunjukkan rekod pembayaran hutang anda pada institusi perbankan. Daripada rekod ini dapatlah mengetahui samada anda ni pembayar hutang yang bagus atau tidak.
Sekiranya anda mempunyai salah satu daripada yang dinyatakan di bawah, anda sudah mempunyai rekod CCRIS.
- Pinjaman PTPTN
- Pembiayaan peribadi daripada bank
- Kad kredit
- Pembiayaan pembelian kenderaan
- Pembiayaan kereta
- Pembiayaan perniagaan daripada bank
Daripada laporan ini, senanglah bank nak tahu samada seseorang itu pembayar hutang yang bagus atau tidak sebelum mereka beri pinjaman kepada individu tersebut.
Laporan CCRIS Untuk Siapa?
Bagi yang ada pinjaman PTPTN dan nak beli rumah, anda wajib semak laporan ini dahulu. Takut ada rekod buruk yang anda tak tahu. Leceh bila sampai masa nak beli rumah dan dah letak deposit, loan sangkut sebab ada masalah CCRIS.
Saya juga diberitahu melalui Twitter bahawa ada yang dah membayar PTPTN on-time dan tiada tunggakan tapi PTPTN gagal mengemaskini akaunnya menyebabkan rekod buruk di dalam CCRIS. Ya, ini berlaku lebih-lebih lagi bila sistem ini baru diperkenalkan. Jadi kepada yang membayar on-time pun saya sarankan supaya periksa rekod CCRIS.
Selain itu, yang dah ada banyak produk kewangan (personal loan, kad kredit, loan rumah) eloklah menyemak laporan CCRIS anda setahun sekali atau beberapa bulan sebelum membeli hartanah. Kalau ada yang tak cantik tu, adalah masa untuk cantikkan supaya mudah dapat pembiayaan.
Terutamanya yang nak masuk lelong, semak je laporan CCRIS. Just in case kan. Yang main lelong kalau menang tapi loan tak approve, memang menangis tak berlagu sebab deposit 10% hangus. Jangan main-main.
Bagaimana Nak Dapatkan Laporan CCRIS Tanpa Perlu Keluar Rumah?
Laporan CCRIS boleh didapati daripada kiosk yang disediakan di Bank Negara dan cawangannya. Tempat lain takde dah kiosk ni.
Satu lagi cara adalah yang saya ajarkan di sini. Kenapa cara ni penting? Sebab selama ni majoriti yang saya kenal bersusah payah bayar tol, bayar parking, redah traffic jam pergi Bank Negara semata-mata nak dapatkan laporan ni.
- Laporan boleh didapati daripada Credit Bureau Malaysia (CBM). Pergi ke laman Self Enquiry Report
- Download borang. Klik sini.
- First page borang ada checklist. Senang cerita, kena sertakan salinan IC dan dua dokumen sokongan.
- Second page borang isikan maklumat peribadi. Tandatangan.
- Third page borang. Pastikan anda tandatangan kat bahagian atas surat.
- Scan borang yang dah lengkap.
- Lakukan pembayaran pada akaun Maybank Credit Bureau Malaysia 5123 5260 4549 sebanyak RM10.60. RM10 untuk bayaran perkhidmatan dan RM0.60 untuk 6% GST bayar pada abang Jib.
- Emelkan borang dan resit pembayaran tadi ke info@creditbureau.com.my.
- Dalam masa kurang daripada sejam anda akan dapat laporan kewangan penuh, termasuk laporan CCRIS dan rating tahap kewangan anda.
Ni contoh laporan CCRIS bagi yang tak pernah tengok. Kalau 0 je semua, ok ler..
Ini pula rating yang bakal diberikan berdasarkan laporan kewangan anda. Rasa-rasanya anda di mana?
Untuk bayaran sebanyak RM10, saya rasa ini perkhidmatan terbaik yang paling murah pernah saya guna. Tak sampai sejam dapat dah laporan kewangan. Sangat efisyen!
Nota: Lebih 10,000 orang dah baca entri ni. Jadi berkemungkinan besar Customer Service CBM sibuk sikit sekarang dengan permohonan laporan kewangan yang baru masuk. Harap bersabar ya.
Saya cadangkan bookmark entri ni dan enam bulan sebelum beli rumah/apply loan boleh semak laporan kewangan masing-masing. Juga, untuk pembeli rumah pertama, selain daripada menyemak CCRIS, baca ebook ni dulu. It will help you save money during your property purchase.
Like / Share blogpost ni kat kawan yang nak beli rumah. All the best!
Nota: Bermula 1 Januari 2016, bayaran telah dinaikkan kepada RM10.
Note: Ada pembaca beritahu saya emelnya dah bertukar ke self@creditbureau.com.my
Comments
54 responses to “Cara Mendapatkan Laporan Kewangan CCRIS Dalam Masa 5 Minit Tanpa Perlu Keluar Rumah”
Jika sudah hantar laporan dan dapat result, jika baru tahu terdapat rekod dengan CCRIS, adakah pihak berkaitan akan menghubungi kita bagi menyelesaikan masalah kewangan tersebut? Sebab pernah menjadi penjamin kepada beberapa orang individu yang ada masalah pembayaran.
Selesaikan masalah ni biasa akpk. Diorang ni cuma sediakan laporan kewangan kalau tak silap. Cuba tengok laman web mereka ada tak sediakan perkhidmatan tu
Terima Kasih atas perkongsian ilmu yang sangat berguna. Satu Nak tanya. Jika kita dah ada report CCRIS, perlukah kita periksa CTOS.? Saya kurang jelas tentang perkara tersebut. Harap bantu. Terima Kasih.
Kalau kat borang no 3 tue, tiada ruangan tandatangan, bagaimana pula tuan?
Tandatangan di mana sahaja. Takde masalah
salam tuan…yg ranking tu apa mksd dia? setiap satu itu ade makna x? Contoh kalo dpt AA atau DD…apa pros and cons dia?
Ranking tu based on hutang kita. Dan kalau kad kredit banyak dan semua hampir penuh, maka teruklah ranking tu.
Sekadar panduan.
Cuma sekarang kalau nak apply loan rumah, had limit kad kredit tak digalakkan lebih 50%. Kalau lebih, bank boleh jadikan alasan untuk reject atau kurangkan jumlah pembiayaan.
Jadi kalau tengok dari sudut tu, ranking tu boleh dijadikan petunjuk samada keadaan kewangan kita sihat atau tak
Terima kasih dengan perkongsian ilmu yang manfaat ni. Keep it up tuan Arif! Saya suka baca blog anda.
jemput singgah ke website saya. http://www.kakipersegi.com
Terima kasih kerana menulis topik ini…boleh share kat whatsup ni..boleh ke?
Silakan share di mana-mana sahaja
wah bagus tips ini. nanti boleh cuba.
okeh.
ini memang super cepat dan super jimat masa nih.
Dah try..berbaloi bayar..siap ada credit rating..hehehe..lebih comprehensive dari ccris
sy da cuba..but still waiting…. da submit smalam pukul 2.30pm..
Saya dah cuba dah perkhidmatan ni, cuma tak ada tempat tanda tangan pada page 3, jadi saya kena update borang saya lepas kena cop tak lengkap. Apapun dah submit dan berjaya dapatkan report dalam tempoh satu hari.
Sangat mudah. Terima kasih.
Salam. Nak tanya sikit. Saya pown x jumpa tempat untuk tandatangan kat page 3 tue. Macam mana yer? Atau kita tandatangan jer kat mana2 ruangan dekat page 3? Tq
Tandatangan je mana2
Alhamdulillah, submit email pagi tadi 11am, pukul 4.30pm dah dapat reply.. cuma kurang faham, apa beza non-scored and scored individual.
Credit score saya 0, non-scored, credit grade Z1, probability of default, 99.99%. banyak nyaaaa hehehe
Alamak. Yang tu kurang pasti. Try tanya diorang balik, atau orang bank
ZI itu adalah error/tunggakan melebihi 4 dan ke atas. ini menyebabkan report CCRIS tidak akan mempuyai scor dan rating. Rujuk pada jadual CCRIS , sbb bayak error disebabkan tunggakan fasiliti dari PTPTN
TQ Khairil untuk pencerahan. Memang betul lah. PTPTN saya banyak nombornya. Error terus indicator tu hehehe..
salam tuan, kalau Z3 tu pulak maksud dia apa?
Non-scored individual. CC dan loan takde?
eh ada…loan kereta dan CC. non scored individual tu maksudnya org yg xde ape2 loan ke?
Hm.. pelik pulak. Non-scored tu takde loan. Clean. Kalau camtu cuba tanya balik diorang kenapa scoring macam tu
Semalam saya email dalam 4.30pm. Hari ni dalam pukul 2.30pm dah dapat report. Terima kasih sebab berkongsi ilmu.
Better lagi report CCRIS dari CBM sbb banyak bank guna report diorang. Rating dan Scoring yang terbaik berbanding dari tempat lain. Lagipon perbezaan report CBM dengan RMCI dan CTOS ialah CBM CCRIS ada Rating dan Scoring yang membantu semua orang atau company untuk mendapatkan loan dengan bank. Rating menunjukkan CCRIS kita tue healthy or tak. Lambat respon dari dorg tue normal la sbb ramai yg apply. Saya ada call tanya mereka, mmg tak menang tangan. Tapi mereka memberi jaminan report akan dapat dalam jangka masa 1 hari bekerja.
i see.
kalau nak apply direct dari BNM, boleh rujuk sini
creditbureau.bnm.gov.my/BMreportobtain.html
kat bahagian bawah tu die ade explain cara untuk apply. borang permohonan pon boleh download dari situ.
Semoga bermanfaat.
※cara ni free, tapi nak dapat report dalam 1-3 hari bekerja
Salam. saya baru email pada CBM. harap mereka akan respon secepat mungkin
RAMCI pun bleh… byk bank/ahlong guna service dari dorg ni.. rm7 bleh dpt semua detail.. ccris+ctos+ssm.
Ni lagi best. Nanti nak try
Saya cuba buat. tengok la esok macam mana.. kalau takder.. call diorang balik la jawabnya.. hehe..
Ptptn dah register ccris ke, my colleague baru gi event akpk last 3 weeks, akpk mention ptptn tak register lagi…my colleague print report pun takde state pasal ptptn…
Some contacts (banker & property agent) dalam FB saya dah tunjuk CCRIS yang sampai berpuluh bulan tertunggak PTPTN.
So most probably yang dah masuk rekod ni rekod2 yang dah lama. Mungkin start secara berperingkat? Saya pun tak tau.
Yang pasti, memang dah start. Nak senang, check rekod sendiri enam bulan sebelum nak apply loan supaya takde masalah bila sampai masanya
perghh..info yg sgt menarik dan berguna pada masa hadapan bila memerlukan..thanks sharing!
pandai cbm buat duit tapi lagi bagus kalau improve system di gov..ramai yang boleh dapat benefit..sekadar pandangan..
Cara lain boleh pergi ke AKPK, mrk ade myediakn khidmat ini, cuma kne isi borang dan kne beritahu mrk knpa kita nk laporan ccris ini,wslm
Nak pergi dan jumpa orang yang leceh. Camni emel je apa yang perlu dan tunggu siap.
Apa2 pun thanks for sharing
Terima kasih tuan sharing.
Saya sudah buat… masih tidak dapat reply dari pihak CBM setelah 4 jam… saya akan tunggu lagi sampai esok .. kalau xde jugak nant saya akan hantar email follow up dengan mereka :)
Ada lebih 5k orang baca entri ni hari ni. Kalau 100 orang request serentak, saya yakin CBM tak menang tangan nak handle.
Salam..
Saya sudah dapat result pada petang hari yang sama.. Terima kasih atas perkongsian tuan yang sgt membantu… Minyak jimat tol jimat masa n tenaga pon jimat.. dan report dia pon lagi terperinci dari yang sebelum ni saya print dekat kiosk bank negara.. TQ :)
macam mana..da dapat reply dari CBM?
Bukan “DALAM MASA 5 MINIT” tapi “KURANG DARI 1 JAM”. Betulkan tajuk.
Jazakallah Khairan atas perkongsian.
Yang dimaksudkan usaha nak dapatka tu tak sampai 5 minit. Print borang, sign, scan transfer duit.
Gitu.
Sy dah cuba harini.. Just waiting for CBM to reply..
Terima kasih atas info yang sangat berguna..
Untuk orang yang suka buat kerja online, ini sangat memudahkan.
RM2.12 sangat berbaloi untuk dicuba.
Penting selalu semak benda macam ni. Kalau tak nanti bila dah terkena sakit juga nak bersihkan balik. Jib mesti dapat sikit hasil-hasil semua ni.
Bagus ada cara macam ni. Mudah nak buat semakan. Perkongsian berguna untuk mereka-mereka yang nak beli rumah.
Minggu lepas saya baru je lepas mohon laporan CCRIS ni secara online.
Lepas BNM hantar email laporan tu, kene call BNM untuk dapatkan password
untuk buka file laporan tersebut.
Tapi sepanjang proses die takde cakap plak ade bayaran and saya takde pon
buat bayaran RM2.12 tu. Kenapa ye? ke die auto deduct? huhu
Yang ni dengan CBM, bukan BNM. Badan berbeza, tapi CBM pun boleh akses CCRIS.
Tak tau pulak boleh minta direct dengan BNM. Cari-cari hari tu tak jumpa pun. Dah hampir nak pergi BNM, last2 jumpa kaedah ni.
bole request CCRIS dgn BNM melalui emel TP hanya jika kita berada di luar negara…contoh kena kerja 6 bulan kt Singapore..kena lampirkan sekali surat pengesahan dr majikan atau pas kerja yg mengatakan sedang bekerja atau berada di luar negara di samping CCR form dan supporting document yg lain…
lupe lak..sambungan dr atas…xde bayaran ape2 dikenakan dr BNM…
Owh dah ada secara online ye. Dulu kena pergi kat BN kiosk dan print sendiri kat situ.
Belum pernah mengunakan perkhidmatan ini untuk memeriksa laporan kewangan untuk diri sendiri.
Serius murah caj yang dikenakan.