Cara Membeli IPO Melalui Maybank2u

Reading Time: 3 minutes

Pertama kali saya beli IPO, saje nak timba pengalaman sebelum pembelian IPO satu lagi yang saya tunggu-tunggu. Mudah je sebenarnya. IPO yang dibeli kali ni adalah IPO Pavilion REIT.

Pavilion Real Estate Investment Trust (REIT) adalah pemilik Pavilion (yes.. tempat budak-budak poser melepak tapi tak beli apa-apa tu.. ) dan menara Pavilion. Daripada namanya, kita tahu bahawa perniagaan utama mereka adalah hartanah runcit tempatan (shopping mall).

Mereka dalam perancangan untuk membeli pusat membeli belah Fahreinheit 88, Pavilion Extension dan sebuah lagi pusat membeli belah di USJ.

Antara pelabur institusi Pavilion REIT adalah Permodalan Nasional Berhad, KWSP dan Kumpulan Wang Persaraan. Pelaburan dalam saham REIT biasanya dilihat lebih selamat dan stabil kerana pelaburan itu disokong oleh hartanah yang mereka miliki. Dengan lokasi hartanah utama mereka yang terletak di Bukit Bintang, saya tak perlu risau sangat untuk memiliki saham Pavilion REIT ni.

Bagaimana membeli IPO melalui Maybank2u?

1. Kena ada akaun CDS. Sila buka akaun CDS di cawangan Maybank berdekatan anda. Pembukaan dikenakan caj sebanyak RM10. Dokumen yang diperlukan adalah buku akaun bank dan kad pengenalan.

2. Log masuk ke akaun Maybank2u. Pergi ke Investment > eShare. IPO akan disenaraikan di sini. Rajin-rajin baca berita untuk mengetahui bila permohonan boleh dibuat. Boleh juga memohon IPO melalui mesin ATM, tapi kat Moscow ni takda mesin ATM Maybank.

3. Pemohon IPO mestilah berumur 18 tahun ke atas dan bersetuju bahawa permohonan ini mungkin akan ditolak sekiranya anda tidak terpilih dalam proses pengundian. Biasanya IPO akan mendapat permintaan bilangan saham yang lebih besar daripada penawaran, maka proses pengundian akan dijalankan untuk menentukan siapa yang dapat.

4. Masukkan bilangan unit yang dikehendaki. Biasnya bilangan adalah dalam gandaan 100. Pastikan baki dalam akaun Maybank mencukupi. Ada orang cakap pemegang status bumiputra akan mendapat sedikit pemberat semasa proses pengundian nanti. Kalau ada pun tapi bumiputra tak ambil kisah nak beli IPO pun takde guna, ye tak?

Kelebihan beli IPO ni adalah, pada hari pertama saham ini disenaraikan di Bursa Malaysia, pelabur lain yang tak dapat memiliki IPO akan cuba untuk mendapatkannya pada harga pembukaan.

Permintaan yang banyak ini akan menyebabkan kenaikan harga saham, kadang-kadang sehingga 30% pada hari pertama. Jadi pemilik IPO awal-awal lagi dah dapat untung. Boleh dijual atau disimpan berdasarkan matlamat pelaburan seseorang.

5. Sahkan butiran pembelian anda. Kalau semuanya ok, klik confirm.

6. Kalau semuanya ok, status permohonan anda akan berjaya. Biasanya permohonan IPO dibuka dalam tempoh antara seminggu atau dua minggu. Pemilik akaun CDS layak untuk memohon sekali sahaja bagi satu akaun CDS, tapi seseorang boleh memiliki seberapa banyak akaun CDS yang mereka mahu (lain bank/broker).

Semoga pembelian IPO anda (dan saya juga of course) berjaya!

* Segala maklumat tambahan dan pendapat di sini adalah berdasarkan pemahaman daripada pembacaan. Sila betulkan kalau ada yang tak betul. Terima kasih.


Posted

in

by

Comments

41 responses to “Cara Membeli IPO Melalui Maybank2u”

  1. khairul Avatar

    Nak tanya… Klu dah beli dan dah dapat. Mcm mana prosedur nak menjualnya plak?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      tu kena ada brokerage/nominee account. Biasanya kalau nak buka CDS, akan disuruh sekali buka brokerage/nominee account. Dengan nominee account, dah boleh trade kat bursa malaysia.

  2. ahmad Avatar

    salam, saya ada maybank2u online. saya tengok kat eshare ada IPO
    PAVILION REAL ESTATE INVST TRUST ni
    kalau saya nak beli terus guna online ni boleh ke.. atau kena register jugak CDS tu. tak boleh ke selamber je beli online cam beli topup tu..

    emm CDS tu apa.? kena register kat kaunter maybank dulu ke

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      CDS tu akaun untuk pegang saham kat Malaysia. Kalau takde akaun, tak boleh beli

  3. azlan Avatar
    azlan

    so nak bukak akaun cds kat maybank rm10 kan? bila tarikh tamat ipo ni?

  4. ny Avatar
    ny

    dah boleh beli ke? dah lama nak cuba..tapi dengan panduan yg diberi ariff berkobar-kobar pulak rasanya nak beli. sebenarnya saham dan Reit ni dah diajar di sekolah dalam subjek perdagangan tingkatan 4 pada bab last dan kebanyakan skip atau ajar sikit2 sebab bukan tajuk spot ( nampak sangat belajar utk exam) …tapi rasanya cikgu cikgu pun masih blur..sebab apa diajar adalah teori.. sebab tu cikgu2 pun kena rajin guna bahan dari newspaper supaya lebih mendalam pemahaman guru dan pelajar…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      IPO pavilion ni memang boleh dah beli sekarang asalkan ada akaun CDS.

  5. Isu Panas Avatar
    Isu Panas

    kalau x silap akaun bank cimb pun boleh kan…

  6. Ekspresi Ruang Avatar

    haish kalaulah aku ada 20juta, nak je simpan dalam Tabung Haji. Dpt dividen 5% setahun dalam 1juta, dok rumah xpyh buat apa, goyang kaki je. Tiap2 tahun dapat 1juta….

    1. Shahrul Avatar

      peh…sonot tu kalau dapat :)

  7. Fazrol Avatar

    Tq bro…
    Terbaik punya info…
    Risk dia boleh tahan gak bro…
    Aku suka, biar kita jadi berani cam kaum lain…

  8. Noriz Avatar

    lum berani lagi main ipo ni… huhu

    teringin tapi takuuttttt…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Main sikit2 je. Amik pengalaman. Takde pengalaman sampai bila2 kita dalam ketakutan.

  9. Sobri Mansor Avatar

    Masih ada lagi yang tak tau IPO tu apa. Nampak sangat tak ambik peludi dengan satu cabang pelaburan yang berpotensi besar. Menggelabah bila tengok menu IPO dalam maybank2u. hehehehe

    1. syahrilhafiz Avatar

      serius aku tak tahu benda ni :(

    2. Ariff Avatar
      Ariff

      Bukan tak ambik tahu, benda ni memang tak diajar di mana-mana. Kesian orang kita tak tau.

  10. Fakarepain Avatar

    Aih.. berminat la nak cuba..

    kena pergi maybank dengan kadar segera ni..

  11. Juan Avatar

    aku memang pakai cimb, dan memang ada nmpk perkataan IPO nih, tp x tau menda apa

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Ha.. lepas ni boleh la try beli.

  12. Omar Avatar

    Baru tahu. Selama ni tak tau yang boleh beli IPO dari Maybank2u.com.my tu.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Itulah dia. Sejak mendalami pengetahuan tentang bursa saham ni, baru tahu.

  13. Pacifista Avatar

    aku pernah buat tapi dia pulang balik duit aku.tak tau kenapa…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      sebab tak dapat la tu. Ikut nasib je pun..

  14. B3njy Avatar

    Wah dashyatlah entri ni … satu perkongsian yang pada hemat B3njy 5 bintang … kalau buka akaun CIMB aply CDS dan IPO melalui CIMB click ke ? atau mana2 pun boleh ? … Nampaknya pelaburan hartanah kukuh di Malaysia pada pandangan B3njy. Thanks …

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau dengan CIMB, CDS pun kena dengan CIMB.

  15. sya Avatar
    sya

    sorry. tak brapa nak faham. means bila dah bayar tu kira pembelian successful ke kena tunggu pengundian?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kena tunggu pengundian. Bayar ni sebagai permohonan je. KAlau tak dapat, duit pulang balik.

  16. Lord Zara Avatar

    Dengan gigih aku pergi Google dulu apa maksud IPO tu.
    Ke-blur-an skit. >.<"

    Er, selain Maybank?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      CIMB pun boleh. Tapi aku takde akaun cimb

      1. Ahmad Hati Avatar

        Affin Bank pun boleh, aku ada CDS dengan Affin

  17. Kazen Avatar

    ini bagus boleh mnjadi panduan buat yang baru ingin berjinak-jinak dalam bidang ni.. lebih menyakinkan :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Dah bertahun sebenarnya nak join benda ni. Baru sekarang tau nak buka akaun CDS tu RM10 je. Kalau dulu lagi tau, dah try kejar IPO besar macam Bumi Armada.

  18. Aqif Azizan Avatar

    Terima kasih atas penerbitan artikel ini. Saya pernah pergi ke seminar yang berkaitan dengannya. Nasihat penceramah, agar berhati-hati dan ambil tahu terhadap pelaburan kita. Kerana ada syarikat yang tidak syariah-compliant.

    Sekadar perkongsian. Kerana kita sebagai umat Islam wajib tahu wang pelaburan itu disalurkan ke mana. :D

    1. Affan Ruslan Avatar

      Biasalah tu, mana2 syarikat kita nak labur pun kena tgk investment yang dilakukan. Masalah sekarang ni ada sebilangan org yang terlalu taksub, sampai investment dalam emas pun boleh riba’, padahal tujuan utama penggunaan emas/dinar atau perak/dirham untuk membendung riba’

      Apa2 pun artikel ini sangat bagus sebagai panduan asas untuk beli IPO mana2 syarikat yg syariah-compliant juga lepas ni.

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        Nak galakkan kaum bumiputra berkecimpung dalam arena saham ni semua. Kaum lain semua dah advance, kita bila lagi? Kalau takut, memang tak boleh maju

  19. Denaihati Avatar

    Bro memang terbaik lah. Benda ni kalau buat betul2 dengan ilmu dah tak payah kerja dah boleh jadi macam warrent buffet lah. Atau kalau kerja pun sebab minat taak presure pasal duit. Perlu bantuan sedia membantu mana yg boleh.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Warren buffet tu dah tahap super. Takpe.. slow2.. Nanti balik nak berguru dengan bro

  20. zulkbo Avatar

    salam..
    setuju..menarik saham nih
    kalau di beli..almaklum
    Malaysia syurga membeli
    belah..mesti ada untung
    nanti..saya pu nak cuba

  21. aman Avatar

    ariff, kalau nak beli IPO dari luar negara, cam baru-baru nie Groupon. Tue camne?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau macam US, boleh register dengan broker international. Contohnya Trade Station

  22. ohcikgu Avatar

    wahh..beli ipo plak.. bagus. bagus..