Bunkface, Wa Caya Sama Lu!

Reading Time: 2 minutes

Pos ni adalah tribute kepada band Bunkface.

Bunkface jangan kau gay sudah

Sebelum aku balik cuti musim panas yang lepas (Julai 2009), aku tak pernah kenal pun siapa Bunkface ni dan siapa ahli kumpulan Bunkface. First time aku dengar lagu daripada band Bunkface ni adalah secara live semasa Shout Awards. Aku dapat tiket free time tu (seat VIP pulak) so aku pun pergilah. Masa kat Shout Awards tu, band Bunkface perform lagu Revolusi. Not bad gak lah. Jadi since that, aku baru start dengar lagi band Bunkface main sana sini. Aku rasa start time tu kot band Bunkface ni mula popular. Kepada yang tak sempat tengok Shout Awards kat tv atau secara live, ni ade video band Bunkface perform masa tu.

Aku lagi minat lagu Situasi berbanding lagu Revolusi daripada band Bunkface nih, mungkin sebab rentak lagu Situasi lagi best and lirik dia ada kaitan kot. Kadang-kadang tu adelah dua tiga kali aku layan lagu Bunkace ni dalam sehari. Hidup sini sumpah bosan. Nak-nak kalau time sejuk-sejuk ni. Memang kerja duduk dalam bilik je la, macam anak dara tunggu orang masuk meminang.

Nak cerita pasal ahli kumpulan Bunkface ni, aku pun xkenal sangat diorang. Bunkface ada page sendiri kat Myspace, Fanpage Bunkface kat Facebook dan page Bunkface kat AMP.channelv.com. Oh ya, kat page Myspace Bunkface boleh dengar lagu diorang streaming. Semua lagu Bunkface ada situ kot. Maybe tak lama lagi official site Bunkface siap kot. Nampak macam cun je.

Sekarang ni kalau masuk site mana-mana yang ada Innity Ads, TM tengah hebat promosi Everyone Connects – Through My Window and hari tu baru je berlangsung event Everyone Connects kat Bukit Bintang. Dengar cerita macam hebat. Siapa pergi? And yes, kalau nak download lagu Bunkface Through My Window, boleh pergi site Everyone Connects tu. Lagu original dan kualiti terjamin.

Senang cerita, Download Lagu Bunkface Through My Window. Ni official. So download lah sesuka hati anda, dan aku bukan cakap tak serupa bikin. Lagu Through My Window ni ada orang cakap setaraf dah macam lagu All American Rejects (tengok sini). Aku pun suka. Lirik dia simple and again, rentak lagu Through My Window nih memang best.

Bunkface ada lagu baru bertajuk Ekstravaganza. Lagu ni dalam bahasa Malaysia, tapi aku rasa macam tak best sangat je. hehe. Jangan marah ye.

Apa-apa pun, aku ucapkan good luck la kepada band Bunkface ni. Buat lagu best banyak-banyak lagi. Jangan jadi macam Meet Uncle Hussain. Dah bagus menang award and lagu pun best, tiba-tiba split up, memang bodoh.


Posted

in

by

Comments

22 responses to “Bunkface, Wa Caya Sama Lu!”

  1. Mr.PinGu Avatar

    minat bunkface sgt2 hehee

  2. puanbee Avatar

    belajar nk tarik keyword huhu

  3. limie Avatar
    limie

    bunkface mmg best kod . anyway , sokong je band tempatan kta . :D

  4. cik tom Avatar

    tak minat bunkface..:D

  5. chanz Avatar
    chanz

    Bunkface best. Try lah dengar album baru diorang. Phobia Phoney

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks for commenting. Akan di try =)

  6. Dya Avatar

    blog ni sgt bagus .. byk info2 blogging yg berguna. dya pn dh makin peka ngan blogging ni hehe .. thanks yang ariff .. (^^)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks Dya =)

      Keep on reading. Banyak entri lama yang masih releven lagi.

  7. fikah Avatar

    layan lagu je.
    samalah.bile tengok live,agak frustrated.
    especially kat abpbh2009 aritu.
    xpaham kenapa nak kaler2 muka.
    showmanship pun penting, tapi kaler muka??
    .-= Cerita terbaru fikah.. Tabiat Pelik #1 =-.

  8. Aini Avatar

    best la diorang punye lagu..
    .-= Aini´s last blog ..Spaghetti Yang Menggoda =-.

  9. atteya Avatar

    Bunkface? dulu mse mule2 dy kuar memang giler r ngan dy.. tp bile dgar dy wat life performance.. huhUH~ mcm hampeg.. sorry to all bunkface die-hard-fans..

    1. ariff Avatar
      ariff

      hm. performance dia xbanyak lagi yang aku penah pergi. cuma masa shoutawards tu je. nape eh? performance diorang xmantap eh?

      1. atteya Avatar

        energy tuh memang de..tp suara out.. maybe sebab de crowd.. tp siyers suara dyorg memang mcm dah nk kelaut la..mase tuh org giler frust sebab memang minat giler kat bunkface.. tp skang da lite2 da..

  10. suraya Avatar

    mase dgr lgu through my window tu pon i tot english band yg nyanyi satgi rupenye bunkface. *kagum*. but i like lagu ekstravaganza tu jugak XD

    1. ariff Avatar
      ariff

      hm. maybe ekstravaganza tak kena dengan jiwa aku. haha. apa2 pun bunkface memang best

  11. PEREKA CERITA Avatar

    sama ler sy.. mula2 xkenal pown kumpulan ni.. ingatkan artis luar negara time 1st dgr lagu die tp member pasang lagu melayu yg die nyanyi agak terkejuz gak.. mantop la suaranyer
    .-= PEREKA CERITA´s last blog ..Gengblogger – 1001 KISAH BLOGGER =-.

  12. angeldream Avatar

    best ke band ni? ._.

    :angeldream:
    .-= angeldream´s last blog ..Dear Facebook, you’re gettin irrelevant =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      hm. xkan xpenah dengar lagu bunkface pulak?

  13. rabiatul adawiyah Avatar

    be ur follower also..
    .-= rabiatul adawiyah´s last blog ..Ingat lagi tak entry kelmarin?? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      okay. followed u too

  14. rabiatul adawiyah Avatar

    best!!! minat sampai bila-bila..

    :D
    .-= rabiatul adawiyah´s last blog ..Ingat lagi tak entry kelmarin?? =-.

  15. fiffymafia Avatar
    fiffymafia

    bunkface mmg best! semua lgu dorang aku suka. lagu dorang mmg setaraf dgn international band la! dlu ak ingt lgu through my wndow tu lagu luar. rupa2nya lgu dorng. huhu
    .-= fiffymafia´s last blog ..happy birthday to my mom, aka my sister. ha…mcm mana tuh? =-.