Kejadian ni berlaku di suatu petang yang nyaman. Hujung September ni dah tak panas sangat. Jadi aku lepak depan hostel baca buku sebab keesokan harinya kena jumpa advisor untuk membincangkan tentang final year project.
Datang seorang kanak-kanak perempuan ke arah aku. Umur dalam lingkungan 7-8 tahun. Dalam tangannya ada anak patung. Basikalnya diletakkan di tepi tangga.
Dia tanya samada aku boleh tolong dia ke tak. Aku tanya nak tolong apa? Dia cakap tolong ambil ‘sesuatu’ yang aku tak faham maksudnya dalam bahasa Russia. Dia tunjukkan aku pokok tempat aku berteduh. Takde buah pun.. ke nak suruh aku amik rumah burung kat atas pokok tu?
Kemudian dia tunjuk aku ke pokok sebelah. Sambil menuding jari ke arah setangkai buah berwarna oren. Nampak macam ceri, kecil-kecil dan serumpun. Aku lompat dan petik buah tu. Lepas bagi, dia cakap, “yesho.. yesho.. ” (lagi.. lagi.. ). Sebab buah tu semua tergantung pada tangkai yang tinggi-tinggi, aku dapat petik lagi dua tangkai je.
Dah bagi kat budak ni, dia boleh cakap “yesho” lagi. Dari jauh kedengaran kawan dia lagi seorang gelak-gelak sebab tak percaya dia boleh suruh aku tolong.
Aku bagi buku hardcover Introduction to Rudder System Control kat budak tu suruh dia pegang. Kali ni aku berdiri atas pasu kat bawah pokok tu. Dapatlah dua tiga tangkai lagi. Bagi balik kat budak tu. Baru angakat buku nak blah, lagi sekali dia minta lagi buah tu. “yesho.. yesho.. nam nuzhna mnoga!!” (lagi.. lagi.. kami perlukan banyak!!) sambil membulatkan mata.
Aku cakap tak sampai dah nak amik yang lain, tapi dia insist jugak. “Dai yesho.. Ya podderzhu knizhku ” (Bagi lagi.. Saya tolong pegangkan buku). Aku tanya mereka, buah-buah ni nak buat apa? Makan ke? Katanya tak. Bukan untuk dimakan. Aku rasa untuk main masak-masak kot..
Last-last aku patahkan satu dahan. Budak-budak tu terkejut kejap tapi terus pergi memetik buah-buah tu. Mereka kumpulkan buah tersebut di atas kerusi tempat aku duduk tadi. Aku pun blah. Tak pasal-pasal warden hostel ni bising sebab aku patahkan pokok dia pulak nanti.
Tapi serius. Orang Russia agak demanding. Biasanya kalau nak minta tolong awal-awal tu memang baik je dengar, tapi bila kita dah start buat, memang rasa macam dia tu bos kita pulak. Mereka taklah biadap, cuma dah terbiasa dengan cara yang direct macam tu.
Dalam hal ni, nasib baik budak kecik perempuan yang minta tolong. At least comel la lagi..
And no. Tak snap pun gambar apa-apa. ish ish.. apa pulak orang ingat aku ni nanti kalau snap gambar budak-budak perempuan.
Kepada yang bermimpi-mimpi nak berawekkan awek Russia, think again. Kalau kecik lagi dah macam ni, besar nanti lagilah macam-macam..

Comments
41 responses to “Budak-Budak Russia Kecik Lagi Dah Pandai Demand”
Nampak macam susah je bahasa russia ni. Nak mengeja pun terbelit lidah.
kena buli lak di budak..hehe
kecik2 dah pandai..hehe
haha..agak cute la tolog bdk 2 petik..haha~
amboi..bg penampar nk..hhaha
budak sekarang pun demand weh.
tak macam zaman aku dulu tu.
haha
yesho yesho..? hehee.. tu lah beza org sana ngan orang sini..
huhuhu
adoi, mengarah kemain lagi budak tu.
(” `з´ )_,/”(>_<'!)
eee xnk aku.kalau aku la kan dah lame aku cakap kat budak tu”dah x larat laa…. ok bye” [terus lari]
haha. rasa tak sampai hati lak nak buat camtu
Macam ini budaya mereka kalau tidak faham terasa jadi kuli
salam…
hahahahaha…kesiannya…
klu diaorang nih jenis nak kawin kena bagi hantaran cam kita…agak2 brapa arrr hantaran diaorang….
barang kemas mau serba berdiri…serba bertinggung…pun ada….hahahaa
Mesti budak perempuan tu comel. AWW~ <3
Kalau comel kenapa?
gadis tempatan je lah menjadi pilihan.. :D
sharapova di hati ku… hehehehe
kalau yang minta tu budak laki, ariff layan x?
haha. akan berfikir 2-3 kali dulu.
Kalau snap gambar budak kecik kang..orang ingat mamat ni mesti ada something wrong..hahhahaa.
Rajin bro layan budak tu…kalau aku pun layan gak tapi dalam hati mahu kutil kepala budak tu ajer…kekekke
Cari lah awek malaysia, tak demand sgt
yesho yeshoooo !
agak-agak budak nie ingat balik tak kat ariff shah niie?
hahaha… yesho..yesho.. mati bro nak ikutkan hati budak2.. :P
jarang jumpa budak kecik demand lebih2.
aku ingatkan “yesho2” bahse jepun…
rupe ye bahse rusia =,=;
slamat ko translet maksud die…
hihihihi
haha…aku suka nasihat yang terakhir tu.hehe…
cun ke awek2 rusia ni bro?rasa2 awek malaysia lagi cun kot.haha…
pertolongan yang telah digunakan sebaik mungkin oleh bdak2 rusia tu..hihi
haha terbaiklah bro…citer nie…seb baek ak xpenah tfikir nk camtue…haha :p
hahaha… terbaik! XD
memang gaya hidup depa macam tu kot.
rasanya dalam dunia ni orang timur yang paling sopan..
Laaaaa… baru ingat nak suruh ko carikan awek Rusia buat temankan mem aku yang kat rumah ni.. hehe
hahahaha, kelakar. ketawa baca. yesho yesho. tapi muka orang Russia lawa lah. serius cantik macam patung.
haha,tak pasal2 jer kena patahkan dahan tu..sebab nak banyak sangatkan..
kalau dpt awek rusia pon, nnt minta dai yesho dai yesho tiap2 malam, xleh tahan gk. silap2 cramp…hahah
tapi yg best pasal perempuan russia ni, dorang cantik n lagi tinggi dr lelaki kot. hahaha. ari tu transit kat moscow jap, friendly gak ppuan russia tapi ada gak yang nampak sombong kan.
yang friendly biasanya yang kaya-kaya.. Status hidup yang lebih tinggi. Kalau orang biasa, memang susah sikit nak dekat dengan diorang.
Yang kaya pulak friendly? Terbalik la pulak. Selalu yang kaya sombong2. xD
Hahaha.
Kalau tengok Movies pon banyak kata
Dont play2 with Rusian.
Macam cite Leverage.
Diorang Ditactor tinggi woo
pikirkan belanda je gila minta tanah…
russia pun macam tu gak …^^…
kalu kecik dah demand besar tak xtaula mcmne hehe