+ Sedikit tentang gambar: Tahniah kepada kawan-kawan seangkatan zaman sekolah dulu yang belajar kat UTP. Dulu aku hampir-hampir masuk sini.. Kalau diterima dulu dah grad pun aku sekarang ni kan.
Bila aku terbaca blog budak ni, alahai.. teringat zaman menulis blog ketika masih di bangku sekolah dulu. Blog aku masa tu memang bercelaru, takde tujuan. Aku start ada blog masa tingkatan 2, itupun terikut dengan mak cik aku (yang berumur 2 tahun lebih muda daripada aku, tinggal di Singapura) yang masa tu ada blog. Dalam hal teknologi ni, confirm la orang Singapura lagi maju kan.. Kat Malaysia teknologi tinggi macam mana pun internet masih mahal dan perlahan.
Sepanjang aku menulis blog di bangku sekolah, aku tak pernah tulis dalam bahasa Malaysia. Semua nak bantai tulis dalam bahasa Inggeris. Tak tau kenapa, mungkin dah terbiasa dengan bahasa Inggeris walaupun aku bersekolah di Melaka je.. Kalau kat KL tu lain la, bergaul dengan anak orang bandar yang rata-ratanya memang bertutur dalam bahasa Inggeris pun.
Tentang entri pula, masa tu pandangan terhadap blog ni masih lagi terlalu sempit. Jadi blog tu tak lain dan tak bukan jadi macam diari. Adoi.. Cerita pasal kehidupan harian dengan penuh emosi. Tak puas hati sikit pasal apa-apa, tulis kat situ. ish.. Tapi itulah blog budak-budak. Takde benda sangat yang nak difikirkan atau yang boleh difikir untuk ditulis. Tak reti nak suarakan pandangan, hanya emosi dan mood.
Sebenarnya semua orang pernah berada di situ. Nak jadi seorang blogger yang tahu menulis dan bercerita ni bukan sesuatu yang boleh berlaku dalam satu malam, kecualilah kalau orang tu memang dah banyak menulis sejak dari awal penglibatan dia dalam dunia blog. Dan dunia blog ni pun bukan setakat penulisan sahaja, malah lebih daripada itu. Selain daripada berkongsi buah fikiran, pemilik blog boleh berkongsi pengalaman, bakat yang dia ada seperti menyanyi dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya.
Setiap daripada perkongsian tu akan ada orang yang menghargainya tetapi bukan semua. Jadi adalah normal kalau awal-awal buat blog memang takde langsung orang yang baca. Dulu blog ni pun mana ada orang baca, sekarang ok dah. Walaupun blog tutup, ada je orang yang bertanya bila nak buka semua. Terharu pulak.. Itu maksudnya blog tu dah matang, dah ada pembaca tetap.
Jadi kepada yang baru nak mula menulis blog, relax je. Takde benda yang nak dikejarkan. Buat blog yang ada hala tuju, lama-lama akan ada orang yang ikut. Kepada budak-budak sekolah yang baru belajar nak tulis blog, aku ucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada korang. Budak-budak macam ni lebih cepat matang berbanding budak-budak sekolah yang lain sebab bila menulis memang banyak gunakan otak untuk berfikir. Ibu bapa patut galakkan anak menulis blog.
2010/2011 Premium Sponsor
Vote For Me

Comments
60 responses to “Blog Budak Sekolah”
aku pon baru nak berblog..dah umor 27! baru nak kenal blog
woah ! sye trase, blog tade tujuan mmg btol , maen tulis je ape yg nak :P
saye baru form 1 , lagih awal ada blog , taon dpn baru form 2 ..haha
Hahaha….
Saya tetap seperti budak sekolah….lebih kurang je..(walaupun dah bekerja)…hehehe…
Orait dah tu umur 16 dah mula berblog budak tu. Aku umur 22 baru start ber-blog. Tu pun niche blog sbb nak income dari Adsense. LOL!
[atutlah macam kenal.. haha.. UTP my home!
ok. ni terlebih sudah.. ahaha,,
tengah rindu UTP ni sebab sini takde air.. adess..
stuju je.. at least dorang tak buat bende yang tak berfaedah.. boleh isi masa lapang dari melepak tak tentu hala..
huish. mcm teraso sket. haha :D
kongsi pengalaman je.. biasalah. semua orang ada pengalaman sama masa awal2 blogging dulu.
ariffshah, sy pun budak gak :P ehehehe
hehe.. bagus2. start awal ni.
Terima kasih Bro. Rasa semangat sikit bila baca artikel ini. :-)
budak2 nie boleh pergi jauh kalau diorang pon serius dalam blogging..anyway at least diorang dah belajar apa yang budak lain belom belajar lagi dan mungkin takkan belajar..:)
aku setuju 100%. Menulis membantu membina otak dan minda. sebelum aku menulis blog dulu, minda aku dah blur tanpa hala tuju tatkala aku bukak google. Tatau apa aku nak search… dengan adanya blog. Aku ada hala tuju baru. Apa sahaja yang aku jumpa melalui google.. aku boleh tulis dan kongsikan dengan org lain. setidak2nya minda aku ada pengisian.
Bermula dari blog yang xdak org baca, sampai ada yang suh review software dia. masalahnya aku masih kurang yakin nak mengreview software org. tunggula bila penulisan aku mantap sket lg. kalau skill penulisan aku semahir mr. ariff lama dah aku tulis review tu.
eh.. tak gak. Benda-benda review ni ikut pengalaman. Lagi banyak kita buat, lagi banyak kita tahu selok-belok dia. Lain kali kalau ada offer, buat je sebab developer tu pun tau siapa yang boleh jalankan tugas untuk review software dia.
100% stuju!
betul…saya sebagai wakil kepada ‘blog budak sekolah’ setuju dengan apa yang ariff cakap . blog dah jadi macam diari , tulis ikut moodd ! dan semestinya mak bapak saya galakkan ! hoho ! pitttttttttttt , nasib baik dah habis upsr bulan 9 lepas . ligat !
tak sangka ramai budak sekolah sekarang dah ada blog. Kalau dulu, memang berapa kerat je yang ada..
haha..first3 kalau budak sekolah dia tulis merapu meraban sakit gak tuh….
Blog newbie pun blog budak sekolah jugak. hehe,,asalkan info dapat disampaikan.. start berblog masa umur 19tahun di blogdrive.
cepat korang terdedah dengan teknologi. rumah aku masuk internet masa form 5. setahun lepas tu baru kenal dunia blog.
oh. hehe.. kat rumah aku dulu aku pandai2 je beli kad prepaid dial internet. Lepas tu online sendiri.
Wah, betul oh cakap kau ni :D
Tapaya keja apa-apa kan, teruskan saje :)
salam ziarah.Mabz setuju apa yang Abang ariff cakap.walaupun saya baru 12 tahun,saya tahu erti menulis blog
tahniah dan teruskan usaha anda.
Blog hanya untuk informasi kepada semua…
femes jap blog tole tu..haha~
aku start buat blog after SPM. sebab time tu rumah aku baru ada proper internet. 1st time berblog sangat lucu kalau di ingatkan. now still merangkak lagi nak buat entri yang best.
Aku dulu kenal blog waktu tahun 2003..tapi time tu memang tulis cincai je… bila kenang balik macam lawak pun ada… Pastu stop sampai sekarang baru ada mood nak berblog kembali… hehe
haha.. kalau kenang balik zaman dulu, terasa macam nak gelakkan diri sendiri je.. kurang2 budak2 sekarang takdelah seteruk aku dulu. Aku lagi banyak merapu dulu..
aiseh, gua kenal blog pun masa form 3 keh keh keh
aku mula kenal blog masa tingkatan 1 tahun 1999 kalau tak silap. Rasanya boleh kira dengan jari blog2 ka malaysia ni. Tapi sayang masa tu tak dapat hidayah nak tulis blog. Kalaulah masa tu aku dah start…ish..
hoho..aku bukan budak skoloh..tapi baru2 je la nk bermesra2 ngn dunia blog ni..
ngaku noob lagi nih..isk..isk…
xpela..aku xkisah ade follower ke x..
asalkan aku ley tulis ape aku suke kt situ
kt fb cm xsesuai n xrelaks lak..sokong bdk skolah berblogging..asah2 bahasa mereka..keep it up!=))
uiyoo….sy bdk kmpg je…lmbt knl donia intnet2 ni..ini kan nk tls blog?.1st time pkai komputer pn masa form 3, 2 pn cekgu suh wat scrapbook utk subjek sains…..tketar2 tgn mnaip…hehehe…ok gk dpt A subjek tuh..
mmg patut di galakkan budak sekolah ada blog, setuju dengan yang ariff.. hehe
wah…kecik2 g da ada blog….aku form 2…apa pown tak tahu…huuhuhu
haha. betul tu bro.
memang dalam berblog ni ada peringkat2 yg perlu dilalui.
Lagi2 kalau start masa masih bersekolah.
Entry pasal diri sendiri, kadang2 ada yg boleh meluat.
Kadang2 ada yang nak mencuba2 lebih maju tu, plagiat entry org lain dgn cara kurang bijak (maklumlah budak2) , tak bg kredit dsb.
Alhamdulillah aku rasa pun blog aku dah ok sikit berbanding dulu, tapi takleh nak mendabik dada kerana belum cukup baik lagi
benda macam menulis blog ni, dari masa ke semasa kita review balik macam mana. Baca balik entri2 yang sebelum ni. Dari situ kita tau macam mana nak improve. Kadang-kadang tak perlu pandang jauh pun kalau nak perbaiki kelemahan diri sendiri.
haha..awal gile dah ade blog arif.
budak2 sekolah sekarang advance gile aku rase..
hahaha..
anyway, ko dah habis edit belum ko nye blog theme ni? nape aku rasa yang dulu lagi best..
tapi yang ni macam ok jugak, sbb susunan entri ko tu..aku suke mcm ni, sng nak pilih bace entri mane..
bile ntah aku nak ada masa rombak balik semua aku nye layout..
oh ye WELCOME BACK! lol
p/s:
sebuk je aku komen kan..blog aku pun layout enth ape2 lagi.. -___-“
haha… background nak tambah sket. benda senang tapi sebab theme ni baru, aku tukar tak jadi2.
dan ada beberapa benda lagi nak tambah. tengoklah nanti.
Haha. ko taw x. bila ko cakap zaman kecik2 ko. Mesti aku terbayang.. Mesti comel ko n alan main2 kat taman, speaking english 2 2org tu. Paling penting, matikan api kat tgn alan.. Haha.. Biasalah. Tak matured lagi.
Ingat, jgn berangan jadi superman ok?
hahahahahaahahahahahahahaahahahah…..
superman takleh terbang..
aku speaking ngan mak jelah. masa alan dah besar sikit dah tak speaking.
Ahaaa… Dah ko pegi mozac.. Cmane nk speaking. Pastu makin tak rapat la. Lagipun, dia skolAh cine, peningla nak ckp 3 bahasa.. Ekekeke
betul3! parents patut galakkan anak2 tulis blog! hehe :P
*alasan nak duduk depan PC je.
hohoho. walupon saya da bsr, tapi blog sy blog bdk2. keh3.
prasan.
anyway, bgus btol mnyedarkn sy sbb tk perlu trkejar2 nk crik follower.
lg2 blog picisan cm sy.
;)
ehem2 . terasaaaa …. ;p
aha. samalah situasinya dengan saya ni. mula berjinak2 dengan blog pun masa form 2. daripada blog yang pernuh dengan shortform + bahasa gedik (?) yang sangat menyakitkan mata…akhirnya berhijrah kepada penulisan yang lebih penuh dan kurang gedik.
kurang je lah, bukan tak gedik langsung. ouh, tapi…masih berkisar tentang personal life. lagipun, memang itu tujuan utama berblog pun. meluahkan tanpa sekatan. XD
ps: jeles jugak tengok blog orang ramai follower + dapat jana income. tapi, aaah…lantaklah. berblog bukan kerana itu pun in the first place. but who knows…one day nanti nak tukar style pulak. kan? XD
setuju wei.. infact sampai sekarang belog aku tak ada tujuan.. ikut hati emosi kepala weng aku je.. woohoo !
sebagai blog yg femes dan pernah direview oleh wartawan..
secara peribadinya lah kan..
saya rasa blog awk ni kurang menarik.
awk setuju?
oh. haha.. tak pernah cakap blog aku ni menarik pun. Tiada paksaan dalam membaca ;)
lumut..ko terlalu jujur dan telusss….muahahaahaahaa
eh, arol pun budak sekolah jugak.
hehe. dan arol orang melaka. :P
macam perli jeee. heheh, terasa sebab latest post pasal betapa teruknya exam final. heh.
aku start masa form 2 jugak, sumpah tunggang langgang, sekarang dah form 4. dah pandai gak ah nak tulis pasal isu global, semasa, etc. ada gak follower and comment. tapi bila post yang rambling pasal personal life, memang tak dihiraukan lah en.
oh well.
op op.. takde unsur perli di sini. saje kongsi pengalaman. hehe..
Hehehe.
Kadang2 ada blog budak sekolah yang bagus. Pemikiran dia matang dan pendapat dia boleh dipakai.
Oh, kadangkala blog yang dewasa2 ni lagi memalukan berbanding yang budak2~ dengan ayat ejaan cam rempit tu~ Oh, alahai~
apa kata ko galakkan budak sekolah ko tulis blog
haha..terkena aku,,sudah lama tak buat karangan
teringat kau kata kau penah hampir masuk sini
terbaik…kecik2 da tulis blog…
amat bagus utk menggalakkan media baru ini menjadi kebiasaan dalam masyarakat..
setuju sangat4x!!!
mak bapak kat luar sana elok beno la galakkan anak2 bwt blog tp..kalau dah anak2 mreka dah tulis blog sampai jadi gian bagai,payah jugak…macam saya!!haha
wahhh!
maju betol ariff
hahahaa