Bila SPM Pun Bukan Segalanya

Dulu masa UPSR dapat 2A 1B 2C, mereka kata, “tak apa.. nanti PMR boleh cuba lagi.” Bila PMR dapat 3A 3B 2C, mereka berkata lagi, “tak apa.. SPM nanti buat betul-betul.” Bila keputusan SPM keluar, mereka masih tak dapat keputusan yang cukup bagus. Mereka tak layak untuk mendapat bantuan kewangan yang besar untuk melanjutkan pelajaran. Sekali lagi mereka berkata, SPM bukan segalanya.

Kalau dah sampai tiga kali kasi peluang, kasi alasan “tak apa” dan “bukan segalanya” memang lama-lama liat dah. Nak masuk form 6 ambil STPM? Silakan tapi kena tahu STPM tu punya susah macam mana. Dengan umur lingkungan 18-19 tahun, aku tak pasti mereka ni mempunyai mentaliti pelajar sekolah tu lagi. Mereka di awal kedewasaan, manalah nak ikut sangat dengan pemakaian uniform sekolah yang nampak sama lebih kurang macam budak 13 tahun, belajar di tempat yang sama dengan mereka. Secara peribadi, aku lebih sanggup mula dengan mengambil diploma terlebih dahulu daripada masuk sekolah balik untuk menduduki STPM. Lebih bebas.

Aku tak cakap STPM ni sesuatu yang kurang bagus atau membuang masa, cuma apa yang aku nak sampaikan adalah STPM bukan untuk semua. Kalau setakat nak bagi ‘peluang’ kepada anak muda yang macam tak tahu hala tuju untuk belajar, aku rasa lebih baik la ibu bapa suruh je terus anak-anak pergi cari kerja daripada mereka habiskan duit simpanan mereka menghantar anak ke sekoleh semata-mata untuk menduduki STPM. Aku tujukan cadangan ni kepada keluarga yang kurang berkemampuan, yang pendapatan bulanan pun cukup makan je. Kalau yang kaya banyak duit tu memang takkan faham sentimen aku dalam entri ni.

Aku sebenarnya kesian kepada ibu bapa ni. Mereka bertungkus lumus cari duit, tapi anak yang dihantar ke sekolah tak reti nak mengubah nasib diri. Ni belum lagi kita cakap soal tanggungjawab, baru suruh mereka berusaha untuk mengubah nasib diri. Ubah nasib diri dahulu, kemudian bila dah mampu dan stabil sikit-sikit barulah boleh pikul tanggungjawab sikit-sikit. Mula dari bawah.

Pada aku, anak lelaki ni kalau tak menunjukkan potensi apa-apa, bolehlah suruh dia kerja terus. Kena ingat, dalam dunia ni bukan semuanya doktor, engineer, peguam dan sebagainya. Ada yang kerja posmen, ada yang kerja kerani, buruh dan macam-macam lagi. Ada ibu bapa seboleh-boleh nak paksa anak mereka buat apa yang anak mereka tak mampu dan tak minat nak buat. Bila SPM dan STPM dah terang-terang menunjukkan anak tu tak minat nak belajar lagi, mereka sehabis boleh berusaha dan bergolok gadai untuk memasukkan anak ke mana-mana institut pengajian tinggi.

Memang pelajaran itu penting. Aku tak sangkal kepentingan pelajaran dan kelulusan tu semua. Tapi ada tahap-tahap dia di mana ibu bapa perlu sedar bahawa apa yang dilakukan tidak berkesan lagi. Semuanya salah budaya tak apa yang diamalkan dahulu. Kalau betullah nak ikut haluan ‘pelajaran dan kelulusan adalah kepentingan utama’ kena terapkan dari awal lagi, sejak mereka muda, sejak mula bersekolah. Kikis budaya tak apa tu, sebaliknya jadi lebih tegas dan serius. Kebanyakan ibu bapa yang tegas dengan anak mereka terutamanya dalam soal pelajaran ni mempunyai anak yang cemerlang di sekolah.

Tanya balik anak tu, mereka nekad nak sambung pelajaran atau tidak. Kalau nak ambil STPM, pastikan kelak dia dapat keputusan yang melayakkan mereka mendapat bantuan untuk degree. Kalau tak, tak payah. Daripada duit dihabiskan lagi tak tentu hala, eloklah anak tu disuruh mencari duit sendiri, mungkin dari situ barulah mereka tahu betapa susahnya nak hidup dan cari makan. Diharapkan daripada pengalaman bekerja itulah yang akan membuka mata mereka untuk berubah. Takpe, mungkin mereka tidak berjaya dalam bidang pelajaran, tapi peluang sentiasa datang kepada mereka yang sentiasa berusaha dengan gigih kerana Tuhan itu maha adil.

Keputusan SPM 2010 nak keluar dalam masa terdekat ni. Kalau tak lepas untuk degree, paling koman pun ambillah diploma, masuk politeknik atau matrikulasi. Kalau nak ambil STPM pastikan itu pilihan terakhir sebelum degree atau melangkah ke alam pekerjaan. Sekadar nasihat daripada seorang abang..

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

55 Comments

  • ieda

    26 March, 2011 at 7:09 am

    bagi sy, better amik diploma than matriks or stpm…sy ni dulu bdk matriks pastu smbg degree…masa wat degree tu, sy rs rndh diri sgt ngn bdk2 degree lepasan diploma…sbb diorg da ade basic dlm course tu b’banding kami bdk matriks ni….ms lecturer mengajar, kiteorg ternganga je tp diorg da phm…siap bleh argue ngn lecturer lg…hohoho…kirenye diorg ad advantage la dr segi tu…lecturer pun bleh ngajar cpt sbb diorg da ade basic…kiteorg basic pun xtau sbb ms matriks kn blaja fizik,kimia, maths tp ms degree subjek more specific to our course…tp kalu dr segi kewangan mmg sgt b’baloi msk matriks or amik sptm…kiteorg just wat loan ms degree je….ape2 pun spm bkn segalanya…xsemestinye lulus cemerlang dlm spm, pas tu pun cemerlang gk…yg penting usaha, sedar diri & jgn lalai…huhuhu

    • aishah

      26 March, 2011 at 7:47 am

      betul tu setuju dgn ur opinion…..kekdg matrik sethn tu xcukup utk belaja smbung degree…..dan lg xbest nye matrik n stpm ni…kite cuma dpt konvo sekali je la…hihihi….dibandingkan dgn dip dorg leh la dpt konvo 2 kali kn….

    • azmi

      31 March, 2011 at 10:54 am

      erm,,,asal nak malu dgn graduan dip yg further dgree??…dyorg lame bbnding kte yg amik matriks or asasi…tu la ternganga bile lecturer ajar,,,,xde beze nye ade pnglaman or advance ckit…tu la study niat just nk show dpt study tggi2…ALLAH lak diingati bile time exam n sometimes,,,cube btul balek la niat tu,,,btulkan balik niat tu kita study semata2 kerana ALLAH supaya kte tggunjwb mlaksanakan tuntutan kwajipan mnuntut ilmu dgn sewajarnya….kalau org nk bjye x kn fkir sume ni…yg dfkir nye hnye la sbuah kjyaan…n satu ag pnyakit kita hari ni,,,rmai pmpuan pg kuliah pkai pkaian sendat mcm nk bogel pun ade,,pkai tdung tp bntuk bdn sume dtayang,,,ade gak yg free hair….cube korang pkir sedalam2 nye…mane lah ilmu korang nak berkat kalo mcm tu…dilaknat ALLAH adela…muhasabah diri…jangan pndai bkomen je…bersyukur je dgn ape yg ade…owner blog ni wat statement mcm org dh ptus asa smpai mnyalahkan stpm….kalau niat kite betul2 nk study,,,x kan pkir sume soal KEBEBASAN….kat dunia ni pun bukannya kita bebas,,,makin kita bebas,,makin jauh kita dari rahmat ALLAH…lg bgus org yg amik stpm x yah nak pinjam wang amik diploma…masa pun singkat…kalau org lain bleh dpt 4p,,,nape kte x bleh??..tanye diri,,tanye kemahuan!!…
      n spe cakap spm BUKAN SEGALANYA??…spm tu la segalanya….bile korg mntak keje kelak esok…ade ke yg 1st dy tanye master or degree yg korg ade??…no,,,spm la yg utama dtnye…BM mesti kredit…apply u pun utk further degree…spm gak yg 1st dtnye….so what??…so jgn slhkan sesuatu tu sbb sume salah kte sndiri yg mndtgknnya….so renungilah sejauh mane ilmu yg korg belajar tu di bumi ALLAH ni,,,adakah berjaya jd amal dan manfaat??..atau semata2 demi habuan dunia??…

  • khairul

    25 March, 2011 at 5:32 am

    assalammualaikum…artikel anda ni salah dari satu sudut…anda tidak boleh melemahkan semangat seseorg dgn berkata stpm tu jalan….wey,,,stpm is not last way…kalo stpm jln terakhir,,,knape mpm adakan exam tu…n bg applying 1st degree yg paling diutamakan adalah student lepasan stpm/stam…diploma?..anda pandai cakap pasal kewangan…jika anda memilih diploma,anda perlu meminjam kewangan untuk menanmpun pelajaran anda diperingkat diploma…itu lagi lah membebankan ibu bapa berbanding stpm x payah nak pinjam wang untuk pelajaran just sekolah seperti biasa belajar pun sekejap x mcm diploma 3 tahun…bukan senang nak jadi senang,bukan susah nak jadi susah,,,soal uniform bukan jadi alasan bg seseorg yg betul2 berjaya,,,yg hanya ada dlm wawasan hdup nya adalah utk berjaya,,,jd x timbul persoalan stpm jalan terakhir,,,,n 4 u all information,,,diploma tu la baru jalan terakhir sbb skrg applying 1st degree kpm mengutamakan stpm/stam/asasi/dan matriks…secara amnya,,benefit yg graduan diploma utk further degree hnya dpt chance to choose just 4 program than lepasan stpm/stam/asasi/matriks yg diutamakan benefit pilih 8 program pengajian…
    so ambik diploma dah la lambat,kena pinjam duit lak tu…ingat belajar skrg ni free of charge ke…sume kene duit…baik masok ipgm ke,,kalau yg x minat tu apply la yg sewajarnya kalau x dpt gak baru la pilih diploma….terus terang sy cakap…selagi kte ade peluang amik la yg ade,,,macam sepupu sy x dapat nak further stpm…diploma je dy dpt…rakan sebayanya dah setahun di ijazah sarjana muda,dy baru tahun akhir diploma….fikir la seluas-luasnya…pemilihan diploma bukan untuk mengurangkan beban ibu bapa,time amik diploma pinjam wang,pastu amik degree pinjam ag,nasib la kalau dpt biasiswa jpa,,,kalau x lasak la lepas graduate nnti bayar balik duit tu,,,tu pun kalau dpt kerja serta merta…sbb skrg ni kerja terhad…ramai yg menganggur…keluar u pun xde jaminan…ipta dh melebihi penawaran…bg yg lepasan spm yg cmerlang,,plan la bgus2 utk smbung blaja jgn jd mcm rakan sy dulu dpt 10a terumbang ambing akhirnya jatuh ambik diploma budak yg 5a lagi bgus dr yg 10a…anda cemerlang x semestinya menjamin di msa akan datang,,,
    bg spm yg kurg atau kurg memuaskan..ingat kegagalan bukan skali,,,so pndai2 usaha lebih lg dmsa akan datang…
    sekadar berkongsi….
    ~student uim,madinah tahun 2 degree~

    • anyomous

      25 March, 2011 at 9:16 am

      salam….betul tu…bukan senang nak jd senang….ni mesti dak lepasan stam…
      erm…kalau org yg betul2 ingin berjaya x kan duk pkir psl kebebasan n gaya whatever psl uniform la ape la….sbb tu x penting,,,x menjamin…cuba tanye diri anda…kalau org lain boleh cmerlang dlm stpm or stam…knape anda tidak bisa??…so tanye ati nak x nak je…tiada yg mustahil dlm dunia ni…member aku dlm spm truk giler 5 je kredit…tp amik stpm muncul sbgai pljar cmerlang…tiada yg mustahil kan??…full a skalipun x menjamin msa akn dtg klau further study just utk dtngok org,show bgga akan diri,,,bgya2,,,niat bkn krna ALLAH…niat just ingin dpandang tggi oleh msyarakat dpt blaja tggi2….wak lu,,,camtu ke plajar cmerlang??…tu bkn plajar cmerlang,,plajar trcorot ade la…tiada yg sukar dlm dunia ni klau kte bersungguh2…dan bukan hidup kalau sumenyer senang n goyang kaki je….nak berak pun susah tau….bygkan anda terbujur koma dan lumpuh,,,camne nak berak??…dah berak dalam seluar baju….camtu gak la peperiksaan….bg yg x minat belajar..bnyak lg automotif lain utk berjaya….so jgn kluarkan entri ckp stpm jalan terakhir kerana stpm is the best to choose….bukan sume dpt further stpm…betul sgt kate org ni,,,,i support!!..just ingat…BUKAN SENANG NAK SENANG,BUKAN SUSAH NAK SUSAH,,,
      kalau blajar semata2 nak bebas bergaya or whatever,,,baek duk umah tanam anggur bebas kan nak buat ape…lantak la kan…kalau malas gak x yah hidup la!!…susah2…

  • Mohd Isa

    24 March, 2011 at 6:40 pm

    spm aku takda A lansung, pastu sambung poli ambil sijil, then diploma. skg degree on da way lg beberapa bln je lg…pointer menten baik punya…hehe…yg penting keinginan…cuba dan terus mencuba…:)

  • mimi

    24 March, 2011 at 6:24 pm

    erm..baru dpt result..4a.lain2 bc,& 1 d…tepikir jugk nk masuk f6 but…kena pikir balik ni..
    apapun mohon je dulu diploma,matrik(kalau dpt)..& lain2

  • Kenji

    24 March, 2011 at 10:01 am

    not necessary bad arif.. ade kawan aku, skrg wat masters kat UM. from degree di UM, selepas berjaye 4A STPM (bukan science), selepas kecundang tnpe sbarang A (0A) SPM. another one is doing degree in marine biology pas 2A STPM & 3B the rest. ksedaran beliau lahir spas kantol xde A SPM. haha… sume ni lahir out of frustration from spm and the desire to change.
    tapiiii…. bape kerat je yg sedar.. lain2 sdar skejap je. pastu men2. wakakaka…

    • ariff

      24 March, 2011 at 10:04 am

      heh. I never say it is bad. I said STPM is not for all. It is a good platform to achieve more success, but it is harder and not everybody can take it.

  • zool

    24 March, 2011 at 4:11 am

    Aku setuju. Sebenarnya setiap orang ada potensi dalam diri yang kadangkala kita tak nampak atau cari. Ada yang bijak pandai (cam Arif) dan ada yang kureng (cam si Zool). STPM memang tough (lebih tough dari matrik)..
    apapun selamat berjaya kepada semua yang mendapat keputusan SPM. samada cemerlang atau tidak, hidup anda masih panjang.. carilah jalan yang sepatutnya… AMIN

  • eiela

    24 March, 2011 at 3:44 am

    betul tuh, sokong entri nih. ramai yg ambil mudah hal nih. stpm tak susah dan tak mudah, tapi selangkah kaki ke sana pastikan satu kaki lagi akan terus ke IPT, kalau tak rugi masa kat situ. apa-apa pun belajar nih kena minat dan ada kesungguhan, kalau tak minat, tak ikhlas habis beribu-ribu pun tak guna jugak.

  • adibabdullah

    23 March, 2011 at 6:09 am

    salam
    setuju sangat pasal STPM bukan untuk semua orang. Kebanyakkan pelajar STPM dah dewasa tapi guru2 ada yang melayan seperti budak2. Kena marah di perhimpunan bukan atas kesalahan sendiri. Tapi mungkin ada setengah pelajar rasa STPM mampu ubah hidup mereka

  • aizuddin

    23 March, 2011 at 4:45 pm

    lepas ni kena pandai buat keputusan untuk sambung belajar..tak semestinya result spm tak memberangsangkan tak boleh terus berjaya..dan tak semestinya result spm hebat boleh terus berjaya

  • nurida ardy

    23 March, 2011 at 12:09 pm

    adik lelaki den,tak amik STPM tp amik STAM..Alhamdulillah result dia bagus..this year dh boleh amik degree. n la ni, adik llk den lagi sowang pun tgh amik STAM jugak..apa yg penting ikut hati apa halatuju kita.den dulu pown terus amik diploma..pas tu smbung degree, last year baru setel study..terasa lama betul aih. kawan den yg saing diploma seme dh keje dh kawin…huhuhu..

  • azwan

    23 March, 2011 at 9:11 am

    aku skrg ni berada di tahap f6.STPM. memang aku tak nafikan yg kami terpaksa pakai semula baju sekolah, ikut peraturan sekolah. kadang2 rasa memberontak tak nak ikut peraturan ni ada. result spm aku pn ok. aku dapat dip,matriks tapi aku tolak. sebab aku tahu minat aku. apa yang aku nk ni boleh dapat dengan laluan STPM. lagi cepat ke degree. memang aku tak nafikan ada cg layan kami mcm budak2. tapi benda ni yg ajar kami untk lg matang. kami tak lawan semula cg tu. kami hormat mereka. malah lect IPT pn mengaku yg budak stpm lagi matang dan berkaliber berbanding budak dr institusi lain…sekadar luahan aku sbg budak f6

  • cEro

    23 March, 2011 at 8:59 am

    aku pon camtu dulu,
    tp semakin dewasa, aku dpat belajar dr pengalaman yg gagal bukan apabila kita tak berjaya, tp bila kita tak bangkit selepas tak berjaya..
    kan?

  • xurra

    23 March, 2011 at 7:54 am

    sy adalah budak upper 6… thun nih sy akn ambik exam stpm… mase sy dpt tau yg sy xdpt futher ke mana2, hanya Allah je yg tau btape frustnye sy masa tu.. bile ditawarkan masuk f6, hati nih still x redha lagi… tp disebabkan terlalu ‘cintakan’ subjek sjrah, sy ambik f6… hingga saat nih sy dh ikhlas n redha dgn jalan yg sy pilih skrg… walaupun pada awal tu ramai yg mengkritik n mengejek2 kne pakai bju skola, sy pekakkan je tlinge… nk buat mcm mana lagi, dh nama pun f6 kne laaa pakai bju skola… dan saya harap keputusan sy utk berkorban slame sthun stgh utk cemerlang dlm stpm adalah x sia2 dan berbaloi…
    mohon doa semua utk sy ek… :)

  • IftiLarina

    23 March, 2011 at 7:05 am

    betul tu! kalau boleh tanak la proceed study masok form 6. perhaps nt rasa boring sbb masih berada d sekolah. btw thanks :)

  • azim

    23 March, 2011 at 7:01 am

    emmm…result sy nk kate truk x r sgt…5a,4b n others c… dulu saya pom pnah terpikir xnak msuk pom form 6 ni… but after all, bile dapt intake tuk matrik n asac (2nd intake), kputusan yg sy buat adlh form 6… kalau bgtaw kat kwn2 pom ramai jah yg x setuju sy ambil form 6 mase tu…even relatives… but,i know wat best for Me wif HIS guardiance…pd sy inilah jaln terbaik yg Allah tnjukkn bt saya… spt kate shbt2 sy kat um skarg, kalau dulu sy berada d matrik @ asac,blom tentu ag kite akn bertemu kat cni… aturan Allah…

  • mcjust~

    23 March, 2011 at 4:55 am

    Sangat setuju part yang kerja dulu tu lepas SPM. Berdasarkan pengalaman aku la, kalau tak kerja memang aku takkan paham betapa susahnya nak cari duit. Lepas kerja memang aku sedar dah diri sendiri dah boleh fikir rasional dengan tanggungjawab sendiri.

    BTW, masuk IPGM pun kira jalan cepat jugak. Setahun setengah je foundation, pastu terus degree. Dah tentu hala tuju masa depan jadi cikgu.

    Tapi.. macam yang kau cakap tu la. Profesion keguruan ni bukan untuk semua orang. Kalau tak minat memang la rasa tak seronok..

  • nev

    23 March, 2011 at 4:31 am

    agree with u “abang” =p

    yeah, if u no hati to study anymore then better u go find a job. dun wori. learning is a lifelong process. mana tahu later in life suddenly u ada hati balik to study u wont be having any to finance ur study coz u have miney dari ur job. if u have one la. stpm is so difficult i wont deny. i highly respect those who finish their sptm with flying colours. tabek spring ah sbb korg ade otak enstein. n for spm2010 leavers, goodluck

  • shams

    23 March, 2011 at 2:46 am

    salam
    setuju..
    stpm tu mg la kena usaha lebih sikit la lau nak dpt 4flat…
    tapi agak2 cam da takde kudrat n rezki kat belajar tu better galakkan tuk cari kemahiran atau terus cari kerja tuk jamin masa depan…

  • Gadisku

    23 March, 2011 at 2:31 am

    dulu SPM dpt result yg bgus jgk la..masa tu baru nk pkenalkan sistem online (apply u),xde pendedahan lnsung (sng ckp xreti) so mmg xdo hrpn la masuk u wpun mmg lyk. Nasib ade apply poli,dpt poli amik diploma..STPM mmg tolak tepi, xminat dh nk pkai bju skul..Alhamdulillah diploma politeknik mmg laku,n skrg dh ada kerja yg bgus,dgn gaji yg x disangka2 mmpu dpt..bbanding dgn kwn2 yg dulu amik STPM n continue degree kt U tp smpai skrg still struggle cr kerja..sama jgk mcm kwn2 yg dulunya bangga bgelar student U..

    • Miss Meen

      8 April, 2011 at 3:25 pm

      @Gadisku says:
      March 23, 2011 at 2:31 am

      Hurm..rezeki masing2..^_^
      Ada yang dipermudahkan..
      Ada pulak yang diduga..

  • eiman

    22 March, 2011 at 11:39 pm

    terima kasih abang.. anyway generasi sekarang ibubapanya adalah dari generasi yang susah payah untuk berjaya.. mungkin zaman mereka ibubapa mereka pun tidak tahu apa hala tuju anak mereka, yang mereka tau anak masuk universiti dah bagus.. terpulang pada mereka untuk mencipta kejayaan untuk diri sendiri..

    berdasarkan pengalaman aku dulu.. thanks pada mak ayah aku yang menghantar aku masuk universiti..

  • Lord Zara

    22 March, 2011 at 9:49 pm

    Aku lepas SPM masuk matrik.
    Dan aku tak nafikan, ramai yang lebih suka masuk diploma compare ambil STPM. Walaupun camtu, ramai yang ambil STPM, laluan dia lebih laju nak masuk degree. Tapi cam kau cakap jugalah, kalau keazaman dan tekad takde, mungkin takkan membuahkan hasil yang sepatutnya.

    Orang lagi suka ambil STPM sebab dia track 2nd pantas nak masuk degree (kalau kau ambil matrik setahun) bagi budak2 yang sekolah biasa dan budak2 sederhana. Contohnya masa kitorang ramai masuk matrik, dan result kawan aku tak layak masuk mana2, dia ambil STPM. In the end, sekarang dah jadi lawyer even tho lambat setahun dari aku. Sobs, takpelah. Mak dah suruh ambil pendidikan, takpe2. Goodbye forever engineering. T_T

    Apa pun, bila kita cakap hala tuju lepas peperiksaan (kalau boleh sebelum lagi dah rancang), Mak Bapa perlu sama2 berbincang yang terbaik, bukan bagi choice je terus. sebab masa depan.

    apa pun, esok time student aku semua ambil result, aku struggle exam. Doakan aku beb~

  • sha myheart

    22 March, 2011 at 8:31 pm

    STPM memang susah.. Kalau tak pulun sungguh-sungguh, tak dapat la.

    Setuju jugak, ada je yang rasa tak sesuai pakai baju sekolah dah pada masa tu. Tapi, aku suka pakai baju sekolah dan ikut peraturan. Jadi super duper senior kat sekolah, tu yang best. Adik-adik kenal kita. Haha~

    Tapi, kalau tak mampu dengan kesusahan exam STPM, jgn ambik. Ramai giler yang gagal STPM.

    Sambung diploma pun ok jugak. Aku dulu tak nak sambung diploma sebab famili aku tak de duit. Biar sambung degree terus. Tapi pastikan result STPM mantap la.

    Seorang abang yang caring untuk adiknya. Kalau aku pun geram jugak dengan budak-budak yang ada ‘budaya tak pa’ ni..

  • APi

    22 March, 2011 at 8:10 pm

    bagi yang tak minat belajar, mungkin kecenderungan mereka lebih kepada praktikal..
    saranan dari aku sambung jek kat politeknik..
    tak pun boleh bermula dengan kolej komuniti kalau keputusan kurang bagus..

    sekarang negara perlukan ramai tenaga separa mahir untuk diterapkan menjadi mahir..
    syarikat swasta juga mencari tenaga pekerja baru terutamanya dalam sektor automotif..
    negara kita sedang membangun dalam bidang ni..
    terdapat juga program-program latihan yang disediakan..

    kena pandai mencari peluang dan mengisi tempat dalam industri ni walaupun persaingan tu banyak..

    • akubiomed

      23 March, 2011 at 2:32 am

      Setuju dengan pendapat bro. Bagi yang tidak cermelang didalam pembelajaran masih boleh berjaya dengan mengambil pengajian yang berbentuk kemahiran.

      Banyak institut yang menawarkan tempat untuk sambung pengajian didalam bentuk kemahiran. Jangan tewas dan putus asa

  • Anarm

    22 March, 2011 at 7:18 pm

    aku sekarang dah menyesal sebab dulu tak belajar betul2.. pikir nk seronok je.. penyudahnya, SPM sgt teruk! UPSR ngan PMR boleh tahan tapi SPM takleh blah.. menyesal! menyesal! huhu.. :(

  • fakhrullah roslan

    22 March, 2011 at 7:04 pm

    Salam ariff…bagi aku kena gak la susah payah dapatkan result tu kan…tp keputusan ni pun bukannya segala-galanya…kan? ada yang fail SPM pun boleh berjaya. Cuma bdak2 ni kena didedahkan dgn peluang yang ada lepas SPM. Samada berjaya atau sebaliknya.