Berbasah-basah Bersama Amoi & Sony TX5 @ Sunway Lagoon

Jejaka Melayu yang sesat..

Kepada siapa yang tak tau, aku telah dijemput oleh Advertlets ke event My Water Moments with Sony TX5 yang diadakan di Sunway Lagoon 7 Ogos lalu. Agak last minute gak aku dijemput (hari Jumaat) dan disebabkan aku takde agenda hari Sabtu tu, layan jelah ikut diorang ni. Sampai-sampai je geng Advertlets dah kumpul satu tempat. Mak aih.. team work habis diorang ni. Aku yang baru first time join diorang memang blank la hari tu.

Event My Water Moments with Sony TX5 tu diadakan untuk meraikan kejayaan kamera Sony TX5 yang menjadi best seller setelah baru beberapa bulan kamera tersebut dilancarkan. Giler kot. Kamera tu memang stylo habis sebab tahan lasak dan yang paling best kalis air. Mana ada lagi digital compact kamera yang kalis air. Bila dah ada kamera kalis air macam tu, macam-macam gambar lagilah boleh diambil.

Event tu dihadiri oleh blogger yang dijemput oleh syarikat-syarikat pengiklanan yang lain serta rakan media. Macam biasalah, Sony nak promosi habis-habisan kamera ni. Ada pertandingan dianjurkan untuk peserta yang datang dan hadiah untuk pertandingan tersebut adalah kamera Sony TX5 tu sendiri.

Lima pilihan warna: Hijau, Pink, Silver, Merah & Hitam

Ada 5 aktiviti yang dianjurkan masa pertandingan tu. Semuanya mewakili kebolehan dan kehebatan kamera Sony TX5 tu. Agak bertuah sebenarnya sebab Josh suruh aku join sekali masuk aktiviti. Nasib baik! Kalau tak memang mati akal la aku melayan amoi-amoi Advertlets ni. Nasib baik gak masa event tu bukan bulan puasa, kalau tak.. erm…

Sony TX5 Shock Proof (tahan lasak): Masa ni kena campak replika kamera Sony TX5 ke dalam tong. Dia amik masa siapa yang paling cepat campak semua kamera mengikut warna dan bilangan yang diperlukan. Senang jer sebab aku ni main basket. Tutup mata baling pun boleh masuk :P Tapi serius la aku cakap, camera tu memang solid. Kalau setakat terhempas atas lantai boleh relax-relax lagi.

Sony TX5 Dust Proof (kalis habuk): Kena cari kamera dalam kotak tu. Time ni team aku break record kot. Buat dalam masa 20 saat je (setelah 3 kali cubaan.. hehe..). Disebabkan kamera Sony TX5 ni kalis air, maka secara automatiknya dia jadi kalis habuk (molekul air berkali ganda lagi kecil daripada habuk  seperti pasir & debu). Masa ni aku kat belakang jadi tukang kira =______=’

Sony TX5 Temperature  Proof (tahan sejuk/panas): Sama macam tadi, kena cari kamera tu dalam kotak ais ni pulak. Yes! Kali ni aku tak payah kira, boleh main cari kamera dalam ais tu :D Kalau aku ada bajet, dah angkat dah satu kamera Sony TX5 ni sebab aku kan tinggal kat Moscow. Kat sana -20 degree Celcius kot. Ada kamera yang tahan sejuk camni senang ah nak amik gambar time ribut salji ke..

Sony TX5 Waterproof (kalis air): Time ni kena cari kamera tu dalam air. aaaaa… runsing betul aku time ni sebab aku tak bawak goggles. Kalau tak confirm lagi cepat boleh menyelam dan cari kamera tu. Masa gambar ni diambil mamat baju biru tu tengah tunggu tukang jaga masa set timer, tapi aku dah pijak dah 3-4 kamera time tu.. main tipu sket :D tangan je kat atas.. Disebabkan kamera Sony TX5 ni kalis air la yang membuatkan ia menjadi best seller. Senang kot kalau ada kamera yang kalis air ni. Tak perlu risau sangat pasal apa-apa dah.

Last sekali kena tangkap gambar posing dalam air. aaaa…. agak susah sebab aku pakai contact lens. Lain kali ingat, kalau nak masuk Sunway Lagoon sila jangan pakai contact lens.

Kamera Sony TX5 tu memang kecil, nipis dan ringan. Harganya RM1499 tak lebih, tak kurang. Biasanya kamera macam ni susah nak jaga sebab mahal dan senang rosak tapi disebabkan Sony TX5 ni kalis air, sejuk, habuk dan tahan lasak aku rasa kalau mak bapak nak belikan untuk anak pun takde hal dah. Tak macam dulu, kalau nak beli kamera kecik mahal-mahal camni, tunggu dah besar baru dapat.

Apa-apa pun, disebalik kebuntuan aku still enjoy la lepak ngan geng Advertlets ni. Tunggu 2-3 event lagi, lama-lama nanti rapat ah. Team Advertlets dapat tempat kedua untuk pertandingan tu. Dapat Sony Bloggie HD setiap seorang. perrgghh.. jeles siot!

Thanks Advertlets kerana menginvite aku. Tunggu event seterusnya aku cover bersama team Advertlets ni. Untuk gambar-gambar lain termasuk gambar amoi berbasah-basah (kepada yang berminat sahaja), silalah ke page Facebook Advertlets.

2010/2011 Premium Sponsor


56 thoughts on “Berbasah-basah Bersama Amoi & Sony TX5 @ Sunway Lagoon